Selasa, 9 April 2013

Bunyi katak?


Katak atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Les Froggies under the tempayan adalah merupakan sejenis makhluk yang tak memiliki ekor, telinga capang dan iPhone. Terdiri dari pelbagai etnik dan kaum, katak adalah antara objek yang aku tak suka bila kelihatan berkeliaran dirumah selain tikus, lalat serta anak buah aku. Mungkin disebabkan oleh strata serta bentuk nya yang agak menggelikan itu, ataupun raut wajahnya yang membuatkan aku tak senang, aku tak tahu. Walaubagaimanapun aku suka karekter Froggy dalam Lawak Kampus. Dia agak kelakar dan penuh misteri. Eh, betul ker nama dia Froggy?

Jadi, kenapa katak dijadikan tajuk utama hari ini sedangkan orang lain sibuk berkempen sempena PRU13 yang bakal menjelang? haa.. itulah yang kita nak tahu sekarang ni.


Tahu tak haritu masa calling dengan Miss S, dia kata dia ada suprise untuk aku. Seronok la dapat suprise dari cik gerlpren. Woohoo~ tapi kan...

*amik mood jap*

dia diam.. ya, diam macam silent. Silent macam takde bunyi. Tak lama lepas tu, ada bunyi yang aku tak pasti. Bila aku hayati dan amati, seolah-olah bunyi katak sedang memanggil bestfrennya, hujan. Eh, betul ker nie bunyi katak? agak lama la jugak aku cuba yakinkan diri dan cuba kenali bunyi tersebut.

"Cam tak bunyi apa tu?" Miss S tanya buat gaya manja suwit suwitt.

Entah macam mana, aku secara tetiba teringat sesuatu. Bukan teringat, much more to terfikirkan sesuatu. Masa tu aku dapat rasa peluh mula menitik. Celah ketiak dah macam air terjun.

SIOTTTT!!!

Aku cam bunyi tuhh!! :S

Hensem tak katak ni?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...