Selasa, 12 November 2013

The Internship

Just nice

Okay okay. Cut the deal tentang Man of Steel coz we gonna talk bout The Internship now. You see, tempohari aku ada post status di Facebook stating yang aku dalam dilemma samada nak tengok Man of Steel atau The Internship (ya I know the movie already out like months ago, so what??) dan aku ada dapat feedback from a friend suggesting yang aku patut tengok The Internship instead. The thing is, both movie aku dah mula tengok (okay, recently aku jadi spesis yang tengok movie setengah jalan sebab aku spent lunchtime aku having lunch while watching movie like a bawse) dan both movie start slow (tak menarik, kurang meyakinkan aku untuk tengok sampai habis, layan macam tak berapa layan etc etc). Jadi aku dalam dilemma. Memandangkan MoS lagi recent dari TI, so aku pilih MoS which is actually pilihan yang kurang bijak. Padahal aku pakai Digi. Okay, siapa yang tak faham reference ini sila google. Aku nak tengok sejauh mana hebatnya skill meng-google korang semua. (Hint: Digi's tagline).

So, The Internship, TI bukanlah movie yang sangat epic/awesome/hebat dll tapi its worth to watch. Ini aku boleh guarantee since aku baru jer lepas tengok movie tu. Mind this man, korang tak akan menyesal tengok TI sebab dalam tu cukup dengan humour dan moral value.

TI mengisahkan mengenai dua orang jurujual yang baru jer kehilangan kerja, Billy (Vince Vaughn) dan Nick (Owen Wilson). Bisnes tak jalan, bos gulung tikar dan mengakibatkan kedua-duanya hilang pekerjaan. Nick pilih untuk bekerja dengan abang iparnya (selepas dinasihatkan oleh kakaknya sendiri) juga kerja sebagai seorang jurujual manakala Billy sangkut dengan masalahnya sendiri. Belum cukup lagi penderitaannya setelah kehilangan kerja, teman wanitanya pulak tinggalkannya. Dia dah macam lost, totally lost. Lantaran itu, Billy decide untuk mengambil langkah yang drastik. Sangat drastik should I say. Dia mendaftar untuk dirinya dan juga Nick untuk masuk ikut serta pengambilan pelatih untuk Google. Okay, seperti yang sedia maklum, Google bukan seperti syarikat biasa-biasa atau kecil-kecilan bahkan Google adalah syarikat korporat multinational yang specialize dalam bidang internet (ini aku google). Nak masuk jadi pelatih bukannya senang. Walaubagaimanapun, Billy sangat optimis hingga dia sanggup palsukan maklumat latar belakang dirinya dan Nick untuk tujuan tersebut.

Despite of kedua-duanya hanya ada pengetahuan sangat sedikit tentang internet, komputer apatah lagi Google, mereka berjaya untuk ditemuduga. Temuduga dijalankan secara online menerusi webcam (guna komputer dalam library pulak tu which is aku rasa sangat kelakar. Hahah). Even beats the odd, dieorang berjaya masuk untuk ikut serta dalam program pengambilan pelatih tu yang mengambil tempat di ibu pejabat Google dan berlangsung sepanjang musim panas. Antara soalan penemuduga tu, "kalau kamu jadi kecil, sekecil duit syiling dan jatuh ke dalam sebuah pengisar, apa yang akan kamu lakukan?". Seriously, korang patut tengok sendiri jawapan dieorang. Serious kelakar. Mungkin sebab cara pemikiran dieorang yang out of the box tu dieorang dipilih.

Sampainya di Google HQ, dieorang berdua dapati selain dieorang, semua peserta pelatih adalah rata-ratanya remaja yang nampak nerd, geek dan computer whiz. Sepanjang program tersebut, dieorang mesti buat satu kumpulan yang dipilih oleh dieorang sendiri. Billy dan Nick dapati yang dieorang tak ada ahli kumpulan. Not until 3 orang pelatih lain (yang turut tak ada kumpulan) Stuart, Yo-Yo & Neha. Nak tak nak, dieorang terpaksa team up as a team yang diketuai oleh seorang wakil Google, Lyle. Sesi ice breaking menjadi sangat awkward lebih-lebih lagi apabila budak-budak tu kurang yakin dan percaya akan Billy dan Nick yang obviously nampak macam tak tau apa-apa.

Akan tetapi, dari masa ke semasa, hubungan dieorang semakin akrab dan bonding menjadi makin kukuh. Disamping itu, muncul Graham, watak antagonis cerita ni dan pembuli yang selalu buli Billy dan Nick secara mentally. Kiranya dia psycho Billy dan Nick laa kiranya.

Macam aku mention tadi, citer nie ada moral value, good moral value. Ianya mengajar kita persaingan sihat itu okay dan jangan pernah berputus asa. Percaya pada keupayaan diri dan percaya kepada kekuatan ahli pasukan dan kekuatan pasukan itu sendiri. Semuanya korang akan rasa bila dah tonton citer nih.

So thats it. The Internship. Bagi sapa-sapa yang belom tengok lagi dan sedang mencari filem komedi untuk dilayan, aku sarankan filem ni. Expect nothing dan enjoy the movie.

Okay, gotta go. Bye~

P/S: Miss S dah tunggu aku. Nak kekoling jap. :3
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 ulasan:

  1. Memang sgja typo ke apa? The Insternship? :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. INSTERNSHIP tu macam Instagram dan Exchange-a-gram. Mohon paham. :P

      Padam
    2. Hahah. Ngaku jela typo. Tak pyh nak coverrrr. Boo :p

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...