Selasa, 12 November 2013

Man of Steel

Sebenarnya aku dah taip panjang. Tapi lupa save dan aku sakit hati nak edit balik. Not to mention aku accidently ter-publish (macam nokharommm!!). So aku decide start from scratch again. Mungkin kali ni aku taip pendek sikit dari sebelum ni. *trauma + menyesal taip panjang-panjang*.

Man of Steel, MoS reboot dari movie Superman yang sedia ada. Rasanya tajuk sangat sesuai. Kalau letak Superman lagi, mungkin ramai yang tak nak tengok. First impression okay, bila mana mention Superman, semorang akan bayangkan seorang lelaki dengan kain zirah berwarna merah dan spenda (juga berwarna merah) yang dipakaikan dibahagian luar. Mungkin 30% susut dari keuntungan yang ada sekarang. Bukan sebab nama tak komersil, nama terlalu komersil la sampaikan orang dapat bayangkan Superman tu macam mana.

Superman adalah superhero. Hero dengan kekuatan yang luar biasa. Superhuman, superstrength, berupaya untuk terbang dan keluarkan sinaran merah menerusi matanya. So superman adalah Cyclop plus Thor plus Henry Cavill. Just so you know, watak Superman adalah dari DC Comics sementara Cyclop dan Thor dari Marvel. Rasanya ramai yang tak faham fakta ni tapi aku saja mention. Sebab ramai yang tak tahu bahawa DC & Marvel adalah dua universe yang berbeza. Enuff!! no more talk about this.

Honestly, bagi aku MoS adalah o-kay. In terms of response dan feedback yang diterima. Aku sendiri baru tonton movie ni. Baru dapat download version yang clear (bawah 1G). Dulu kemain lagi aku excited nak tengok kat wayang. Tapi.. hmm. Malas la nak cerita. Terlalu panjang dan terlalu sedih untuk diceritakan. Bagi aku, its not bad at all. Okay, theres some flaw but overall, its quite okay.

Cinematic agak mengancam. Baik Krypton mahupun bumi, kedua-duanya nampak menarik. Scene lebih banyak dibumi. Dah tentu fokus kepada watak utama, Kal-El atau nama buminya Clark Kent. Krypton hancur dan bumi hampir-hampir jadi New Krypton. Perlu difahamkan, MoS adalah "flashback" jika dilihat pada setting masa MoS, bagaimana Superman itu ada, wujud, muncul etc. How Superman was made? MoS is the answer. Kenapa dia dihantar ke bumi dan kenapa dia pilih untuk selamatkan bumi. Kenapa tak jadi kontraktor gred F atau jadi buruh kasar tukang lepa semen, MoS ada jawapannya.

Dari segi storyline, aku tak faham kenapa banyak yang beri respon negatif pasal benda ni. Sebab bagi aku, storyline tak teruk mana pun. Tak ada part yang mana aku tak faham. Semuanya dicerita dengan baik. Mungkin ramai yang mengharapkan sesuatu yang lebih dari MoS agaknya. Mungkin juga sebab MoS adalah movie Superman pertama yang aku layan dari mula sampai habis. Sebelum ni mana pernah aku layan filem Superman. Kurang minat. Smallville? tak layan. Sorry~

Walaubagaimanapun, tak mematahkan semangat aku nak tengok MoS. Nampak tak betapa gigihnya aku tunggu berbulan lamanya baru download. Nampak tak? perghhh!!

Aku dapat tahu yang MoS ada amik reference dari filem Matrix. Masa aku tengok Superman lawan Zod, terus teringat dengan scene Neo lawan Agent Smith. Lepas tu aku buat mini research dan ada certain benda yang memang copy dari Matrix. Not copy and paste tapi copy, edit and paste. Macam aku kata tadi, dieorang amik reference. Perasan atau tak, ada dua orang pelakon dalam Matrix turut membintangi MoS. Perry White (Laurence Fishburne) dan Lieutenant General Swanwick (Harry Lennix). Perasan? dan role dieorang berdua pun lebih kurang sama dalam MoS. Kebetulan atau memang disengajakan, itu tak pasti. Kalau korang perasan "The World's engine", juga lebih kurang design nya dengan robot milik The Sentinel. Betul tak? sekarang siapa nak buktikan kat aku MoS ada melibatkan The Wachowski? ada atau tak? hurm. 

Dah jadi trend sekarang, filem yang pecah panggung kena ada sekuel (sedangkan zombie kampung pisang pun ada). MoS pun sama. Dengarnya ada melibatkan watak Batman (garapan Christopher Nolan) dan akan release mungkin penghujung 2014 takpun by 2015. Rasanya DC sekarang nak fight dengan Marvel (The Avengers). Mungkin akan ada filem yang melibatkan banyak superhero DC sama macam Avengers selepas ni. Justice League perhaps? huhu~

Okay, tak banyak aku dapat cerita. Masa pun limited. Aku takut nanti lupa nak save lagi. Nak start from scratch lagi? tobat tak nak. So aku stop kat sini. Till next time okay. Bye~

P/S: Kalau DC cross-over Marvel mesti lagi best, kan? ;)

2 ulasan:

  1. Man of steel eh.....hmmm...aku rasa movie tu tak best. Aku tgk separuh camtu pastu delete

    BalasPadam
    Balasan
    1. Starting die memang slow bro. Kena tabah dan cekal layan citer ni. Hahah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...