Khamis, 28 November 2013

28th Novemba

Remember remember the 28th of November~

Bulan November menyaksikan beberapa sorotan perkara yang signifikan berlaku dalam hidup guwa. Yang bestnya $$$ masyuk dan paling bererti sekali, 2 tahun lepas guwa mula berkenalan Miss S. Tak sangka dari sebuah perkenalsn itu, timbulnya perasaan yang sukar untuk guwa ungkapkan. Perasaan itu sangat... urghh~ hinggakan bila engkorang dapat rasa perasaan tu, engkorang akan ber-monologue sendiri dengan dialog "adakah ini... cinta?" sambil tangan menekap dada.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru kenal. Bila guwa cuba paksa minda guwa mengingati saat-saat kejadian itu, mesti pipi guwa kemerah-merah jambuan blushing berwarna pink. Perghhh!! tak gangster ah ceni. Ahh!! gangster tak gangster, yang penting dalam hati ada hutan.

Okay okay. Dah dah. Guwa mula melalut. Ada baiknya guwa berhenti takat ni dulu. Ada masa guwa "goreng" entri lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 26 November 2013

Mana label entri?

Buntu.

Aku baru perasan. Setiap entri yang aku buat, bila dah publish, label tak keluar. Rugi jer aku lekat label. Korang tau tak macam mana nak adjust benda ni? aku dah tak tau nak buat macam mana lagi. Dah try google 2-3 kali tapi tak jumpa jugak solution. Mintak tolong korang yang pakar tolong selesaikan masalah aku ni. Lebih 50 kali dah garu-garu kepala yang tak berapa nak gatal ni. Label ada cuma tak keluar. Korang faham kan apa aku maksudkan?

Aduii~ peninggg aaa. :S

P/S: Please please help meeeeee.

Isnin, 25 November 2013

Playstation 3 atau Xbox 360

Sekarang guwa dalam dilemma. Citernya guwa teringin memiliki sebijik gaming console. Tujuannya tak lain tak bukan supaya guwa boleh layan game sambil menikmati keindahan grafik next gen console. Bajet ada la guwa kira-kira. Masalahnya guwa tak berminat nak gunakan konsol tersebut untuk online. Pendek kata (panjang tak kata apa-apa), guwa cuma nak beli konsol untuk kegunaan guwa secara offline jer. Sekarang dalam kepala guwa ada Playstation 3 dan Xbox 360. Sekarang guwa timbang-timbang yang mana lagi baik guwa beli. Member guwa suggest beli Xbox 360 so that guwa boleh main game guna pirated disc. Tapi hati guwa kuat mengatakan better guwa beli Playstation 3. Macam mana nie? patut tak guwa sembahyang istikarah?

P/S: Ker better guwa beli PS2 jer? erk? :S

image credit to Wiki

Ahad, 24 November 2013

Kuota baru

Yes! sekarang internet handphone dah re-new. Jadi, kuota dah reload balik jadi 1GB. Boleh update blog through handphone. Nampaknya masalah aku regarding kuota internet recently, dah settle. Tak perlu pening kepala kenapa tak boleh connect blog. Semuanya masalah kuota Digi yang sebenarnya agak kecik kalau compare dengan produk telekomunikasi yang lain. Tapi tak apa, yang penting dah boleh update. Kalau engkorang boleh baca entri nie, maknanya dah okay lah tu. Hee~

Saja ja nak update nie. Nak testing senanya. Miss S, now dah okay dah. Chills~

P/S: sekarang dah boleh mula kira-kira bila agaknya 1GB nie nak habis. :D

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 23 November 2013

Tak terungkapkan

"You've thinking too much..."

BAMM!!

Serasa bagaikan satu pelempang mega hinggap dipipi. Ketika itu, keadaan sekeliling bagaikan menumpu ke arah aku. Aku terkesima, terkejut dan tergamam. Terketar-ketar, duduk diatas kerusi dengan pandangan kosong dilontarkan. "Apa nie?" seolah-olah berkata-kata seorang diri. Suara yang melepasi kerongkong seakan-akan hilang bagaikan gas, berserakan ke semua arah. Tangan mula memegang kepala. Perasaan haru, celaru, keliru mula timbul ibarat lapisan minyak dipermukaan air.

"If that so, I guess we better stop here. This is the end."

Belum lagi reda dengan tamparan kata-kata tadi, sekali lagi tamparan hinggap dipipi. Kali ini lagi kuat dari tadi. Jika penampar tersebut datang dalam bentuk harfiah / literally, pastinya akan merosakkan sistem pendengaran aku sekaligus merosakkan otak. Tapi ini tidak. Bukan telinga, bukan otak tapi hati yang merasa kesannya. Kiranya kalau hati ini kertas, sudah tentu remuk secara langsung. Kalau ais, pasti cair. Namun hakikatnya, ianya hanyalah daging. Tidak remuk, tidak cair tetapi rosak. Itu kalau secara fizikal. Secara dalamannya, perasaan yang hadir secara abstrak. Remuk, cair, hancur, terbakar, direntap, dilenyek, semuanya boleh dirasa. 

Tanpa sempat memikirkan apa respon yang harus diberi, apa kata yang harus diucap, mata terlebih dahulu melakukan kerja. Terasa air mata mengalir dipipi. "Celaka!" getus ku didalam hati. Kenapa mesti mengalirkan air mata? kenapa?? sungguh aku tak mengerti dan faham bagaimana ianya berlaku. Ini sains, ini fitrah, ini semulajadi. Bukan aku yang paksa, tetapi terjadi sendiri. 

Ah, berengsett. Kenapa harus sibukkan fikiran memikirkan bagaimana proses air mata itu terjadi sedangkan didepan ada masalah yang jauh lebih besar. Aku cuba fokus dan paksa otak untuk memikir. Aku gagal. Emosi yang tak terkawal antara puncanya. Semakin lama, serasa semakin laju pula aliran air mata. Nafas tersekat-sekat bagaikan bekalan oksigen terhad.
Add caption
*image taken  from Wallpapers Arena

"Sedihnya drama nie..." aku bermonolog sendirian sambil mengesat air mata.

P/S: Ramai yang sedih bila layan drama, tapi tak ramai yang sedih bila... ermm, tak payah la cakap. Sendiri faham laa. :)

Jumaat, 22 November 2013

Handphone pt. 1

Masih ingat lagi tak handphone apa yang pertama kali dan yang pernah korang guna, dan bila? sekali sekala KLMJ nie tak salahkan? kali nie aku nak share handphone yang pernah aku guna (ni kira yang mula-mula aku guna) sebelum nie.

Kita kena kembali ke zaman pasca SPM aku. Masa tu tahun 2007, baru aku merasa ada telefon mudah-alih sendiri. Model yang pertama kali aku miliki adalah Nokia 6020. Simple tapi punyai features yang aku suka. Handphone tu adalah pemberian (diulangi PEMBERIAN okay) dari parents aku sebab aku dah berjaya melepasi alam persekolahan (WTF?!). Sebenarnya, aku yang merayu-rayu mintak sebijik handphone. Heheh. So, Nokia 6020, ada kamera VGA, dilengkapi sistem infra merah dan ada radio. Kalau compare masa tu dengan masa sekarang, memang tak dipandang la handphone tu. Tapi serius, bila dah ada phone aku jadi BBNU dan asyik snap snap gambar takpun tangkap video. Zaman tu girlfriend pun tak ada dan nak cari seorang girlfriend pun aku tak reti. So, takde la SMS, MMS ni semua. Kecuali texting among kawan-kawan dan family jer.

Then, after few months (rasanya dalam 2-3 bulan) aku bertekad nak tukar handphone baru. Kalau tak silap masa tu sistem bluetooth dah ada dan aku jadi gatal nak ada phone yang built-in dengan bluetooth. Aku discuss dengan parents aku (kena marah siott sebab reason tak solid) dan after few tries of negotiation akhirnya aku berjaya. Mak cik aku sendiri yang sanggup beli phone aku dengan harga aku sendiri yang decide. Aku tak la letak harga yang terlalu tinggi and quite reasonable la price yang aku tawarkan. Cukup untuk aku beli phone yang aku target tu, Motorola L6. Cuma yang mistake nya masa tu, Motorola L7 keluar (beberapa bulan kemudian). Siott. Motorola L6, cover steel. Bila bukak cover belakang dan cover tu jatuh atas lantai, bunyi macam sudu jatuh. Sies. Yang bestnya masa tu L6 ada bluetooth. Boleh la bluetooth lagu, gambar, video and so on. Kamera kurang lebih jer dengan Nokia sebelum ni. Tak banyak features yang beza dengan Nokia 6020. Cuma size handphone lagi besar.

Motorola L6 tu pun aku tak pakai lama. Sejak aku dah mula bekerja (boleh rujuk SINI) aku mula perasan yang aku dah ada duit. Bila berduit ni, aku mula la plan nak beli phone yang dah lama aku aim, N-GAGE QD. Untuk ni, special sikit sebab walau takde kamera, tiada port untuk sambung ke PC dan bluetooth yang bapakkk sloww, no hal. "Guwa watlek jer" heheh. Aku dah lama aim phone ni. Reason? tak lain tak bukan sebab nak main game laa. Dulu gila nak phone ni dan akhirnya dapat gak aku beli. Walau second hand, aku tetap puas hati sebab phone ni aku dah lama aim, phone baru pakai 2 bulan dan yang penting, phone ni aku beli dengan duit aku sendiri (tak perlu jual L6). Sayang sangat aku dengan phone ni dulu. Main game sampai tak henggatt. Sampai phone panas. Takpun sampai kepala pening sebab asyik fokus tengok skrin phone yang tak la besar mana. Game favourite aku dulu, Tom Clancy's Ghost Recon, The Sims (aku dah lupa nama) dan ONE (game ala-ala Tekken). Ada gak game lain tapi kurengg la layann.

Okay. Aku berhenti setakat ni dulu. Nanti kalau aku cerita semua, panjang sangat dan nampak bosan nak baca. Next time aku update lagi sambungan entri ni. Apa jadi dengan N-GAGE QD & Motorola L6 aku tu? stay tuned (cewahh!!).

Bye!

P/S: Senanya aku nak buat entri penuh sampai phone yang latest aku guna, tapi tak jadi sebab terlalu panjang. Heheh.

*Pic credit to GSMArena.com

Khamis, 21 November 2013

Bosan, tak dapat online

Bila tak dapat online, mula la nak menggelabah. Tak senang duduk. Tidur tak basah, makan tak lena, mandi tak kenyang. Semua serba tak kena. Celaru, keliru, mood tak menentu.

Dah 2 hari internet kat ofis guwa buat hal. Rasa geram, pitam dan nak bertukar jadi Hulk pun ada. Nak nak pulak masa tu tak ada kerja satu apa pun. Nanti kemas-kemas meja, sapu lantai semua, orang kata tunjuk rajin depan bos. Tapi nak buat macam mana, guwa kan sememangnya rajin. DNA rajin ni memang ada dalam diri guwa, tak dapat dielak. Tapi habis-habis pun 5 minit dah setel. So belen lagi berjam-jam nak buat apa? nak guwa bersihkan satu site ker macam mana?

Selang 2 saat lepas tatap browser (yang macam hidup segan mati tak mahu) me-loading page, boleh pulak rasa terlelap. Kalau korang terer ilmu hisab, korang kira la berapa kali guwa terlelap & dapatkan kebarangkalian sekali serta nyatakan hipotesis korang.

P/S: Rasanya dah boleh cari hobi baru nak buat apa kalau internet tak ada. Hurm, guwa fikir nak collect siput babi. Ada cadangan lain?



Isnin, 18 November 2013

Highland Tower & Villa Nabilla

Semalam aku tonton Highland Tower. Sejujurnya aku hanya 30% jer berminat nak download & tengok citer nih. Tapi memandangkan anak buah aku dah beli dvd citer tu, so kitorang pasang la. Memula aku ingatkan citer ni mengisahkan mengenai Highland Tower dan kisah-kisah yang dikatakan pernah berlaku kat situ, turned out to be ianya lebih kepada video-video rakaman oleh satu kumpulan yang nak buat dokumentari mengenai Highland Tower tersebut.

Tengah shooting, dieorang diganggu oleh beberapa series gangguan berskala. Memula cuma kamera kena kacau. Lepas tu, barang-barang dekat "base" pulak kena. Kerusi tersusun dengan sendiri. Later on bateri supply dieorang habis dan salah seorang kena tarik jauh dari tempat dia berdiri sebelum tu. Macam-macam lagi la berlaku. Dipendekkan cerita, salah seorang dari dieorang kena rasuk dan seorang lagi histeria. Dua-dua perempuan. Panik dan tak tahu nak buat apa, dieorang pun lari dan dapatkan bantuan ustaz.

Okay, part ni aku dah malas nak cerita. Habis citer ni aku confuse. Sebenarnya citer ni betul-betul filem dibuat dalam bentuk dokumentari atau betul-betul dokumentari lalu dibuat filem? siapa boleh rungkaikan permasalahan aku ni?

Belum habis setakat tu. Awal pagi tadi aku terbaca pula mengenai kisah Villa Nabila pulak. Sebelum ni pernah baca kisah Villa Nabila ni cuma aku dah lupa. Kononnya ada 30 orang budak masuk ke rumah tu. Motif? tak tahu. Another documentary perhaps? dan dari 30 orang tu, 23 orang hilang dan tak dijumpa. Hinggalah ke-pukul-berapa-entah tadi, 22 orang mula dijumpa. Akhirnya tinggal seorang tak pasti dah jumpa atau tak. Tapi ada pihak yang dakwa, pasal 30 orang tu cumalah hoax semata kerana pihak polis dapat hanya satu aduan sahaja mengenai seorang budak yang hilang. Itu aku tak pastu tapi hari ni memang kecoh dengan kes tersebut. Nak caya atau tak, terpulang kat korang.

P/S: tunggu la lepas ni dieorang buat filem Villa Nabilla pulak. Heheh.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 17 November 2013

Suhu 39°C

Demam guwa masih tak kebah. Gara-gara bersteamboat tempohari. Senanya guwa nak cita pasal kejadian malam tu, tapi memandangkan guwa demam & tak mampu nak apdet blog, guwa jadi malas nak cerita. Sekarang guwa masih kesejukkan peluk diri sendiri. Agak-agak suhu badan guwa cecah 39° C. Panas woa~ tapi guwa rasa sejuk. Kenapa? adakah hukum keseimbangan tenaga di apply disini?

Hidung guwa masih berair. Sekejap-sekejap guwa tarik. Kalau kena timing, tarik panjang-panjang satu kali memang naik stim. Rasanya guwa lagi sanggup hidung berair dari tekak kering macam semalam. Tension gila rasa. Guwa bawak baring, sekejap-sekejap terlelap mimpi apa entah. Dah la mimpi ngeri. Kalau mimpi "sedap" tu tak apa la jugak.

Sekarang ni guwa berkira-kira nak mandi atau tak. Kena pulak cuaca hujan. Memang baring peluk diri sendiri macam ni memang sedap. Kalau peluk orang lain, confirm tanak sebab tak selesa peluk guwa. Agak-agak, Miss S nak tak peluk guwa? bahahahah. Maafkan guwa, guwa giloz sekejap. Time cenggini memang otak senget sikit. Tak berapa nak centre. Mihmihmihmih.

Ok ah. Guwa nak bertaffakur jap. Fikir apa decision patut guwa buat.

P/S: Doakan guwa cepat sembuh. Next next week guwa dah nak jumpa Miss S. Huu~

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 15 November 2013

Nak download anime, tak tahu title apa

Lama dah tak layan anime. Dulu selalu layan Naruto. Sekarang tak tahu apa cerita. Dari semalam lagi aku buat operasi mencari dan mendownload anime. Anime yang aku nak download tu dah lama release. Cuma aku tak ingat tahun bila. Heck, even aku tak tahu apa nama anime tu. Apa ya g aku ingat (roughly) pasal seorang student universiti yang tinggal serumah dengan 5 orang awek yang hot dan seksi. Kinky huh? so you got my idea right? bukan hentai okay. Apa barang layan hentai? ish.. ish.. ish.. *geleng kepala*

UPDATE: Cari punya cari, petang ni tadi baru jumpa. Nama anime tu Shimokita Glory Days. Set! besok aku download. Miss S, take note! :)

P/S: Ni gara-gara member layan One Piece la ni.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 13 November 2013

Tergelak

"What is one funny thing your partner does that makes you laugh?"

Soalan ni membuatkan aku terkenang sekejap. Dia terus muncul dalam kepala aku. Apa yang dia buat boleh buat aku tergelak?

"Heheh..."

Aku tersenyum dan ketawa kecil. Sangat kecil sampaikan kau tak tahu sebenarnya aku sedang senyum sendiri atau buat iklan gigi. Ya, bila aku senyum, secara automatik gigi aku akan buat penampilan. Tak macam dia. Dia lebih suka senyum tanpa menampakkan gigi. Kawan-kawan dia kata dia senyum macam kucing. Heck, aku tak pernah tengok kucing tersenyum secara live.

Berbalik kepada soalan tadi. Rasanya banyak benda yang dia buat, aku boleh tersenyum. Tapi, apa yang dia buat boleh buat aku tergelak?

Then, kisah lama terimbau kembali. Masa tu kitorang dekat Sugar Bun, SB. SB tu macam KFC dan McD, restoran makanan segera berasaskan ayam. Kat Sarawak jer ada. Aku tak berapa nak ingat apa punca konflik tu cuma aku ingat memang salah aku. Aku buat dia marah. Marah sangat. Masa tu kitorang baru nak makan. Sangat obvious bila dia marah. Even dia koyakkan daging ayam tu pun dah macam singa. Agaknya dia bayangkan ayam tu adalah aku.

Masa tu suasana jadi suram. Siapa yang boleh tengok aura, mesti dapat nampak aura warna hitam mula menyelubungi meja kitorang. Senyap dia lain macam. Kedengaran bunyi garpu bergeser dengan pinggan kaca. Ngilu.

Lebih kurang 10 minit lepas tu, marah dia dah mula nak kurang (Dalam masa 10 minit tu selera aku dah hilang). Walaupun dah kurang, dia still tarik muka serius. Masa tu, tanpa sengaja aku tergelak. Aku tak tahu kenapa. Bila aku tergelak tu, dia mula nak marah balik. Dia marah, gelak aku pulak makin jadi. Gila agaknya aku masa tu. Then, entah kenapa, dia palingkan muka. Dia tutup mulut. Dari riak wajahnya aku dapat rasa dia tengah tahan gelak. Dia paling balik tengok depan, tapi tangan masih tahan mulut. Matanya tutup. Beberapa saat lepas tu dia pun gelak. Hati aku dah mula rasa lega. Aku renung mukanya dan masa tu aku tengok dia nampak comel. Serius comel. Suasana dah mula okay. Mood tetiba berubah 360°. Aku cuba buka mulut. Dia buat acuh-acuh merajuk. Makanan aku tu memang aku tak sentuh. Makan fries jer. Dia pulak boleh habis makan.

Sekarang, aku rasa aku dah tahu apa jawapan untuk soalan tadi. Literally, aku tersenyum sambil taip entri ni. Macam video yang dimainkan semula dalam ingatan aku. Heheh.

P/S: Dia kata dia tak boleh nak marah aku lama-lama. Dia tak tahu kenapa. Truth is, aku pun sama. :)




Published with Blogger-droid v2.0.10

Detox Foot Patch punya cerita

This nails it!

Last nite aku ada argue dengan Miss S mengenai detox foot patch. Masa aku call dia kata dia nak pasang foot patch tu. Moment lepas tu, artikel dan apa yang pernah dishare di facebook terlintas dalam kepala. Then aku bring it up. Aku tanya since when dia pakai foot patch tu. Dia kata since recently. Aku tanya betul ker foot patch tu buang toksin? dan boleh ker foot patch digunakan secara berterusan boleh jadikan badan any slimmer?

You know, once aku dapat tahu pasal benda-benda macam ni, I can't help it but to doubt. So, pagi tadi aku ada buat research sikit mengenai detox foot patch. Specifically keburukan detox foot patch. I literally wrote that okay. Hahah.

So I stumbled with this blog by Aidid Mu'addib. Mungkin ada antara korang yang kenal dengan dia. Everything ada dicerita dalam entri ni "Detox Foot Patch - Teknologi Paling Lahabau Y'all". Okay, entri tersebut maybe quite harsh (baca tajuk entri pun tahu) but he's got some point there. See, aku tak kata dia betul atau salah (heck, even me myself don't know which one right or wrong) tapi reason dan hujah yang dia bagi ada logik. Somehow, seems like this guy really hate MLM so much (hey, who are we to judge?). Malangnya dia dah tak update blog, tak tahu kenapa. Kalau tak, mesti aku dah masukkan dia dalam blog list aku. Entri dia memang agak "panas" tapi aku suka baca. So as the rest of blogger dalam list aku. I do enjoyed reading their entries.

So, there you go. Make sure korang yang curious, yang pernah pakai detox foot patch (atau still pakai) dan yang tertarik nak baca entri ni baca page Aidid Mu'addib yang aku dah link kan tadi (just click those link will ya?). Then korang analyze sendiri.

Duh! bye~

P/S: Miss S tanya aku kenapa aku still merokok despite aku tahu rokok tak baik untuk kesihatan. She got a point right there. :)

Selasa, 12 November 2013

The Internship

Just nice

Okay okay. Cut the deal tentang Man of Steel coz we gonna talk bout The Internship now. You see, tempohari aku ada post status di Facebook stating yang aku dalam dilemma samada nak tengok Man of Steel atau The Internship (ya I know the movie already out like months ago, so what??) dan aku ada dapat feedback from a friend suggesting yang aku patut tengok The Internship instead. The thing is, both movie aku dah mula tengok (okay, recently aku jadi spesis yang tengok movie setengah jalan sebab aku spent lunchtime aku having lunch while watching movie like a bawse) dan both movie start slow (tak menarik, kurang meyakinkan aku untuk tengok sampai habis, layan macam tak berapa layan etc etc). Jadi aku dalam dilemma. Memandangkan MoS lagi recent dari TI, so aku pilih MoS which is actually pilihan yang kurang bijak. Padahal aku pakai Digi. Okay, siapa yang tak faham reference ini sila google. Aku nak tengok sejauh mana hebatnya skill meng-google korang semua. (Hint: Digi's tagline).

So, The Internship, TI bukanlah movie yang sangat epic/awesome/hebat dll tapi its worth to watch. Ini aku boleh guarantee since aku baru jer lepas tengok movie tu. Mind this man, korang tak akan menyesal tengok TI sebab dalam tu cukup dengan humour dan moral value.

TI mengisahkan mengenai dua orang jurujual yang baru jer kehilangan kerja, Billy (Vince Vaughn) dan Nick (Owen Wilson). Bisnes tak jalan, bos gulung tikar dan mengakibatkan kedua-duanya hilang pekerjaan. Nick pilih untuk bekerja dengan abang iparnya (selepas dinasihatkan oleh kakaknya sendiri) juga kerja sebagai seorang jurujual manakala Billy sangkut dengan masalahnya sendiri. Belum cukup lagi penderitaannya setelah kehilangan kerja, teman wanitanya pulak tinggalkannya. Dia dah macam lost, totally lost. Lantaran itu, Billy decide untuk mengambil langkah yang drastik. Sangat drastik should I say. Dia mendaftar untuk dirinya dan juga Nick untuk masuk ikut serta pengambilan pelatih untuk Google. Okay, seperti yang sedia maklum, Google bukan seperti syarikat biasa-biasa atau kecil-kecilan bahkan Google adalah syarikat korporat multinational yang specialize dalam bidang internet (ini aku google). Nak masuk jadi pelatih bukannya senang. Walaubagaimanapun, Billy sangat optimis hingga dia sanggup palsukan maklumat latar belakang dirinya dan Nick untuk tujuan tersebut.

Despite of kedua-duanya hanya ada pengetahuan sangat sedikit tentang internet, komputer apatah lagi Google, mereka berjaya untuk ditemuduga. Temuduga dijalankan secara online menerusi webcam (guna komputer dalam library pulak tu which is aku rasa sangat kelakar. Hahah). Even beats the odd, dieorang berjaya masuk untuk ikut serta dalam program pengambilan pelatih tu yang mengambil tempat di ibu pejabat Google dan berlangsung sepanjang musim panas. Antara soalan penemuduga tu, "kalau kamu jadi kecil, sekecil duit syiling dan jatuh ke dalam sebuah pengisar, apa yang akan kamu lakukan?". Seriously, korang patut tengok sendiri jawapan dieorang. Serious kelakar. Mungkin sebab cara pemikiran dieorang yang out of the box tu dieorang dipilih.

Sampainya di Google HQ, dieorang berdua dapati selain dieorang, semua peserta pelatih adalah rata-ratanya remaja yang nampak nerd, geek dan computer whiz. Sepanjang program tersebut, dieorang mesti buat satu kumpulan yang dipilih oleh dieorang sendiri. Billy dan Nick dapati yang dieorang tak ada ahli kumpulan. Not until 3 orang pelatih lain (yang turut tak ada kumpulan) Stuart, Yo-Yo & Neha. Nak tak nak, dieorang terpaksa team up as a team yang diketuai oleh seorang wakil Google, Lyle. Sesi ice breaking menjadi sangat awkward lebih-lebih lagi apabila budak-budak tu kurang yakin dan percaya akan Billy dan Nick yang obviously nampak macam tak tau apa-apa.

Akan tetapi, dari masa ke semasa, hubungan dieorang semakin akrab dan bonding menjadi makin kukuh. Disamping itu, muncul Graham, watak antagonis cerita ni dan pembuli yang selalu buli Billy dan Nick secara mentally. Kiranya dia psycho Billy dan Nick laa kiranya.

Macam aku mention tadi, citer nie ada moral value, good moral value. Ianya mengajar kita persaingan sihat itu okay dan jangan pernah berputus asa. Percaya pada keupayaan diri dan percaya kepada kekuatan ahli pasukan dan kekuatan pasukan itu sendiri. Semuanya korang akan rasa bila dah tonton citer nih.

So thats it. The Internship. Bagi sapa-sapa yang belom tengok lagi dan sedang mencari filem komedi untuk dilayan, aku sarankan filem ni. Expect nothing dan enjoy the movie.

Okay, gotta go. Bye~

P/S: Miss S dah tunggu aku. Nak kekoling jap. :3
Published with Blogger-droid v2.0.10

Man of Steel

Sebenarnya aku dah taip panjang. Tapi lupa save dan aku sakit hati nak edit balik. Not to mention aku accidently ter-publish (macam nokharommm!!). So aku decide start from scratch again. Mungkin kali ni aku taip pendek sikit dari sebelum ni. *trauma + menyesal taip panjang-panjang*.

Man of Steel, MoS reboot dari movie Superman yang sedia ada. Rasanya tajuk sangat sesuai. Kalau letak Superman lagi, mungkin ramai yang tak nak tengok. First impression okay, bila mana mention Superman, semorang akan bayangkan seorang lelaki dengan kain zirah berwarna merah dan spenda (juga berwarna merah) yang dipakaikan dibahagian luar. Mungkin 30% susut dari keuntungan yang ada sekarang. Bukan sebab nama tak komersil, nama terlalu komersil la sampaikan orang dapat bayangkan Superman tu macam mana.

Superman adalah superhero. Hero dengan kekuatan yang luar biasa. Superhuman, superstrength, berupaya untuk terbang dan keluarkan sinaran merah menerusi matanya. So superman adalah Cyclop plus Thor plus Henry Cavill. Just so you know, watak Superman adalah dari DC Comics sementara Cyclop dan Thor dari Marvel. Rasanya ramai yang tak faham fakta ni tapi aku saja mention. Sebab ramai yang tak tahu bahawa DC & Marvel adalah dua universe yang berbeza. Enuff!! no more talk about this.

Honestly, bagi aku MoS adalah o-kay. In terms of response dan feedback yang diterima. Aku sendiri baru tonton movie ni. Baru dapat download version yang clear (bawah 1G). Dulu kemain lagi aku excited nak tengok kat wayang. Tapi.. hmm. Malas la nak cerita. Terlalu panjang dan terlalu sedih untuk diceritakan. Bagi aku, its not bad at all. Okay, theres some flaw but overall, its quite okay.

Cinematic agak mengancam. Baik Krypton mahupun bumi, kedua-duanya nampak menarik. Scene lebih banyak dibumi. Dah tentu fokus kepada watak utama, Kal-El atau nama buminya Clark Kent. Krypton hancur dan bumi hampir-hampir jadi New Krypton. Perlu difahamkan, MoS adalah "flashback" jika dilihat pada setting masa MoS, bagaimana Superman itu ada, wujud, muncul etc. How Superman was made? MoS is the answer. Kenapa dia dihantar ke bumi dan kenapa dia pilih untuk selamatkan bumi. Kenapa tak jadi kontraktor gred F atau jadi buruh kasar tukang lepa semen, MoS ada jawapannya.

Dari segi storyline, aku tak faham kenapa banyak yang beri respon negatif pasal benda ni. Sebab bagi aku, storyline tak teruk mana pun. Tak ada part yang mana aku tak faham. Semuanya dicerita dengan baik. Mungkin ramai yang mengharapkan sesuatu yang lebih dari MoS agaknya. Mungkin juga sebab MoS adalah movie Superman pertama yang aku layan dari mula sampai habis. Sebelum ni mana pernah aku layan filem Superman. Kurang minat. Smallville? tak layan. Sorry~

Walaubagaimanapun, tak mematahkan semangat aku nak tengok MoS. Nampak tak betapa gigihnya aku tunggu berbulan lamanya baru download. Nampak tak? perghhh!!

Aku dapat tahu yang MoS ada amik reference dari filem Matrix. Masa aku tengok Superman lawan Zod, terus teringat dengan scene Neo lawan Agent Smith. Lepas tu aku buat mini research dan ada certain benda yang memang copy dari Matrix. Not copy and paste tapi copy, edit and paste. Macam aku kata tadi, dieorang amik reference. Perasan atau tak, ada dua orang pelakon dalam Matrix turut membintangi MoS. Perry White (Laurence Fishburne) dan Lieutenant General Swanwick (Harry Lennix). Perasan? dan role dieorang berdua pun lebih kurang sama dalam MoS. Kebetulan atau memang disengajakan, itu tak pasti. Kalau korang perasan "The World's engine", juga lebih kurang design nya dengan robot milik The Sentinel. Betul tak? sekarang siapa nak buktikan kat aku MoS ada melibatkan The Wachowski? ada atau tak? hurm. 

Dah jadi trend sekarang, filem yang pecah panggung kena ada sekuel (sedangkan zombie kampung pisang pun ada). MoS pun sama. Dengarnya ada melibatkan watak Batman (garapan Christopher Nolan) dan akan release mungkin penghujung 2014 takpun by 2015. Rasanya DC sekarang nak fight dengan Marvel (The Avengers). Mungkin akan ada filem yang melibatkan banyak superhero DC sama macam Avengers selepas ni. Justice League perhaps? huhu~

Okay, tak banyak aku dapat cerita. Masa pun limited. Aku takut nanti lupa nak save lagi. Nak start from scratch lagi? tobat tak nak. So aku stop kat sini. Till next time okay. Bye~

P/S: Kalau DC cross-over Marvel mesti lagi best, kan? ;)

Isnin, 11 November 2013

Man Utd 1 - 0 Ars

Satu jaringan yang membezakan segalanya.

Game semalam berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada team feberet guwa, Man Utd. Game sangat tegang, buatkan guwa rasa sekejap okay, sekejap rasa nak terkucil. First half mungkin guwa boleh katakan yang The Gunners dengan mudah dijinakkan oleh pasukan Iblis Merah (minus beberapa cubaan bahaya yang tak ada finishing), tetapi bermula seken half, rentak Gunners mula berubah. Ibarat bawa anak mandi ditepi pantai, kemudian tsunami datang menyerang padahal memula tadi pantai sungguh tenang dan disangkakan tiada badak air berendam didalam air. Begitu la lebih kurang perumpamaan yang guwa boleh fikirkan. Maaf kepada sesiapa yang tak dapat nak catch-up dengan perumpamaan guwa. Akan guwa perbaiki dimasa akan datang.

Permainan dibabak pertama banyak dikawal oleh Menyu. Menyu banyak push, Arsenal duduk diam. Bagaikan mengajar anak kecil kencing berlari, begitu la gelagatnya pasukan bimbingan pengurus The Gunners berbangsa Perancis, Arsene Wenger (maafkan guwa sekali lagi kalau engkorang tak boleh nak relate perumpamaan guwa). Minit ke-27, Van Persie meletakkan Menyu dihadapan hasil tandukan ala ala Matias Kotey tempohari ketika menentang pasukan Tok Gajah. Bezanya Van Persie lagi hengseng dan kali ini bola dihantar menerusi sepakan sudut. Szczesny, Gibbs, Giroud, Sagna antara mangsa-mangsa yang terlibat. Gagal menghalang bola tandukan The Legendary Ex-Gunner, RVP.

"We worked on free kicks & corners because Arsenal have a few smaller players in their team. Thankfully it paid off" -Wayne Rooney.

Seken half, Arsenal mula kawal permainan. Ozil, Giroud, hatta Gibbs pun tampak bahaya sementelah sepak mula dibabak kedua. Cubaan demi cubaan dilakukan dan United hanya mampu bertahan. Sekali sekala melakukan counter attack itu pun berjaya dihalang oleh pertahanan Gunners. Vermaelen, Giroud, Ozil dan Bendtner masing-masing mencuba nasib. Tapi.. tale ong maa. Satu pon tale masok.

Menet ke-90+, reff tiup wisel. Moyes happy, Wenger terdiam, Persie bertepuk-tangan, Gunners kecewa dan you know the rest of the story lah.

"Say cheese..." source: Goal.com

P/S: Miss S kata dia support Arsenal. Guwa ketawa sambil senyum sinis. Dia kata "senyuman keji". Hahah. Pa-pa pun, GGMU~

Ahad, 10 November 2013

Game penting pagi nanti

Tak sabar!

Awal pagi nanti ada game penting. Juara 20 kali liga, Manchester United menentang pendahulu liga, Arsenal. Kalau guwa cerita sejarah kedua-dua pasukan gergasi ni, kebas tangan guwa. Tak payah cakap banyak, guwa dah ready. Semangat guwa sekarang ni, tak sabar tunggu kick-off. Korang pulak macam mana? guwa tak peduli meriam apa Arsenal pakai. Janji game cantik. Sekarang guwa nak reply text Miss S. Letih guwa nak pujuk beliau. Almaklum la, orang tengah merajuk. Mohon jangan ganggu guwa. Apa-apa, kita tunggu game pagi nanti. Bye~ chalo beteii.

P/S: masih ingat kah lagi dengan sejarah 8-2 di Old Trafford? mihmihmihmih.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 8 November 2013

Masalah, masalah lagi masalah

"He's there in the dark,
He's there in my heart,
He waits in the winds,
He's gotta play a part"
-Trouble is a friend, Lenka.

Masalah selalu ada, tak kira dimana-mana. Siapa yang tak pernah ada masalah? orang gila? mana kau tahu? pernah jadi gila? masalah orang gila yang paling besar adalah dia gila. Itu pun dikira masalah. Tak ada seorang manusia pun tak pernah ada masalah. Period. Its not debatable. All of your argument would not be valid. Tudia.

Tapi tak semua orang facing masalah yang sama. Semua orang ada masalahnya tersendiri. Aku pun tak terkecuali. No exceptable. Mungkin disini aku share masalah ditempat kerja. Selain dari itu, rasanya terlalu personal dan tak sesuai dikongsikan disini.

Huh~

Izinkan aku mengeluh. Aku rasa bagai nak gila. Hari ni saja dah macam-macam masalah yang jadi. Mungkin bukan masalah aku sepenuhnya, tapi tetap terasa bebanannya. In summary, ada dua masalah yang berlaku which is disebabkan dua masalah ni, menyebabkan timbulnya masalah ketiga.

Masalah pertama adalah mengenai drawing. Suasana kerja aku memang melibatkan drawing drawing ni semua. Jangan tanya kenapa dan apa kerja aku. Ini bukan kaunter pertanyaan. Okay pasal drawing tu, ada benda yang sangat super tiny mikro kicik punya problem tapi kitorang punya bos Jepun sangat la freakish annoying harini tak macam biasa (which is tak annoying sangat laa. Ye, sangattt) boleh pulak dia buat hal ni macam dunia punya hal. Dia bising bukan main padahal, hek ele. Kalau kau ditempat aku pun kau akan rasa macam "seriously? is it worth to be mad like this? ffff!!". Ni mesti gara-gara bos nak buat wayang depan die punya bos. Haa.. kira macam tu la. Sebab minggu ni, ada bos lagi besar dari bos tadi datang buat audit. Mungkin sebab nak jaga bontot beliau, die jadi gelabah dan pura-pura macam die sorang jer yang buat kerja. Perghhh!!

Second, adalah pasal drawing yang hilang. Heres an idea. Semua drawing yang kitorang dah buat, semuanya akan disimpan didalam server. Rasanya tak perlu kot aku explain server tu apa. Asalkan korang faham, yang drawing kitorang dah hilang. Bukan satu file, okay. Tapi satu folder. Assume dalam folder tu ada berdozen dozen drawing. Kitorang amik masa buat tu semua. Dan pastinya bukan sehari. Aarghhh!! nak bertukar jadi Hulk, boleh? gila kau satu folder hilang. Sampai naik juling mata aku melilau cari folder tu. Tak jumpa gak. Member pun sama tolong cari but still, nothing. Last-last, kitorang sepakat yang kitorang terima hakikat folder tu hilang entah ke mana. Entah siapa yang main palat pun aku tak tahu. Padam folder tu buat apa, gi la rosakkan server tu. Haa, kan dah mula berprasangka negatif dah aku ni.

Last but not least, macam yang aku mention sebelum ni, ada masalah ketiga which is event from dua masalah tadi. Ini bukan masalah aku tapi kena dengan kitorang punya lead department. Die punya cuti kena freeze. Eh, tak. Cuti die belum approve gara-gara dua masalah tadi. Bila jadi macam tu, die terus down. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Lagi satu yang main dalam kepala aku, hujung bulan ni aku ingat nak cuti. Nak jumpa Miss S. Rindu. Tapi masalahnya, leave form aku belum isi lagi. Tapi kalau isi pun. Hmm...

Eh, dah lah. Tak fokus aku nak blogging tengok Hot Seat MLM 2013. Nyesal aku update time cenggini. Heh!

P/S: Trouble is a friend oh trouble is a friend oh oh... :/
Published with Blogger-droid v2.0.10

Its all about perspective

"Bini aku cantik. Tapi bagi kau mungkin tak. Siti Nurhaliza cantik, tapi bagi aku tak.." lebih kurang macam tu la perbualan yang aku dengar. Terdengar sebenarnya. Mana boleh switch on switch off telinga. 24/7 on. Jadi tak sengaja la sebenarnya. Tadi tu perbualan superior aku dengan business partnernya suatu ketika dulu. Suddenly, memory dalam kepala aku main semula perbualan tersebut.

Berbalik kepada present time. Bila tengah syok scroll timeline, ada dua tiga kucing bernyanyi (eh?). Tak maksud aku, ada dua tiga status yang kadang-kadang kelakar, lucu tapi rasa annoying pun ada bila dua pihak bertelagah dan saling berbalah, masing-masing pertahankan idola masing-masing. Pihak A kata seorang ni cantik dan pihak C pun kata yang seorang lagi cantik (because A & B too mainstream, aku pilih A & C instead) hinggakan bagai tak sudah. Neverending, bak kata orang Inggeris. Padahal yang never ending disini adalah both of their stupidity dan sikap yang tak boleh terima pendapat satu sama lain.

Admit it. Setiap manusia punyai citarasa yang berbeza dan tak akan pernah sama semuanya. Kalau semua sama, jadi tak best la kan? semuanya jadi stereotype. Walaubagaimanapun, in terms of general speaking, memang akan ada yang sama bagi mana-mana pihak. Si A & C mungkin ada hobi yang sama, namun sukakan benda yang berbeza. Macam tu la lebih kurang maksudnya. Tapi bila bercakap mengenai sesuatu yang khusus especially berkaitan sesuatu yang subjektif, dua-duanya mungkin ada pendapat sendiri.

Oleh itu, hentikan la berbalah dan terima la pendapat masing-masing. Tak perlu la nak gaduh pasal benda yang tak akan habis. Nak nak lagi gaduh kat laman sosial. Malu la weyh. Satu dunia boleh baca (even tak faham). Jadi, jangan la membodohkan diri sendiri (yang memang dah sedia ada bodoh?). Just my twenty five cent. Not much.

"You can win an argument against educated person, but can never win against uneducated one..."

P/S: Dia tetap cantik & comel bagi aku walau bagi kau, kau dan kau tak. :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 7 November 2013

Blog blog blog


Blogging are fun!

Yes it is. Aku sangat setuju. Berblogging memang sangat-sangat menyeronokkan. Especially bagi yang memang ada passion dalam menulis, menaip dan menghasilkan entri blog. Sebenarnya dalam berblogging ni ada seninya yang sendiri. Ada jiwa jugak sebenarnya. Siapa yang dapat rasa benda tu memang akan rasa berblogging ni sesuatu yang menyeronokkan. Kau akan rasa macam.. hurm.. macam layannn jerr.. macam best jerr.. macam comel jerr.. erk?!

The thing bout blogging ni jugak, bila kau jumpa blogger dengan minat yang sama. Sama macam kau jumpa someone in real life. Bila ada something in common especially about interest, mesti sembang tak habis lah kan. Haa.. lebih kurang macam tu la perasaannya. Walaubagaimanapun, tak ada minat yang sama pun tak apa, janji boleh masuk channel, itu pun okay. Kan kan kan?

Teknik penceritaan dan gaya bahasa yang menarik pun beri kesan yang mendalam. Ada yang jenis straight to the point, ada jenis yang gemar berkias, ada yang berpantun, ada yang bergurindam dan ada yang berlagu. Depend dengan kau nak layan jenis yang macam mana. Of course kau tak akan mampu nak puaskan semua pihak. Kalau macam aku, aku lebih prefer blogger yang responsive. Saling berinteraksi dan saling ludah meludahi dan bertikam lidah (eh?). Hahah. Gurau jer lah. Tapi tu la, aku prefer jenis yang aktif.

Lagi satu, ada tips yang aku baca sebelum ni, kalau nak naikkan UV (unique visitor), kau kena cari haters. Well, aku tak berapa berkenan sangat dengan tips ni tapi kalau kau jenis yang kejar traffic, mungkin boleh apply tips tersebut. Tapi, jangan salahkan aku pulak nanti. Try it at your own risk bebeh. Heheh.

Oh man! sebenarnya ada lagi yang aku nak cerita tapi memandangkan masa mencemburui aku, terpaksa la aku me-reversekan diri buat masa ni. Till next time okay. Buhbye~

Rabu, 6 November 2013

Terharuw...

Terharu. Itu yang aku rasa. Rasa macam nak menangis pun ada. Namun, aku bukanlah jenis lelaki yang mudah nak mengalirkan air mata. Akan tetapi, aku masih manusia biasa. Punyai hati dan perasaan. Rasa tersentuh itu tetap ada biarpun aku cuba tahan. Aku bernasib baik sebab dilahirkan comel dan ada sedikit ciri-ciri macho dan ganteng pada diri. Ini memudahkan aku untuk dibezakan dengan spesis pondan-pondan yang mana dewasa ini sering mengalahkan kaum hawa dari segi kefiminismanya. Kefiminisma, wujud kah perkataan itu? suka hati aku jer nak reka. Pui!

Sebenarnya aku terharu bila lihat semua kerja dan usaha aku selama ini terbukti didepan mata. Well, bukan aku seorang yang buat. Credit juga ditujukan kepada dua ekor rakan sekerjaku. Hasil usaha penat lelah kitorang semua akhirnya terbayar. Disamping bayaran dalam bentuk gaji yang kitorang terima setiap hujung bulan. Priceless, yet meaningful.

Korang dapat bayangkan tak betapa.. awhh, aku tak tahu perkataan apa yang sesuai. Nampak sangat vocabulary aku lemah. Kurang membaca mungkin. Tapi perasaannya macam tu laa. Ianya macam.. umphh!! tak tahu la nak kata apa. Sukar diungkapkan. Korang dah penat-penat buat kerja dan akhirnya korang dapat tengok sendiri apa yang korang buat tu didepan mata. Haa.. bayangkan perasaannya macam mana. Aku tak tau la kalau korang dapat bayangkan. Tapi kalau korang pernah rasa, haa.. macam tu la perasaannya.

Ini merupakan pengalaman agak manis bagi aku selama aku bekerja disini. Tidak terlalu manis, dikhuatiri dijangkiti diabetis. Hahah. Tak.kelakar? tak apa. Aku boleh ketawa sendiri. Sebab aku happy. Takpe korang, takpe.

Ok lah. Next time aku update lagi. Tak dapat lagi aku nak teruskan. Bertakung dah air mata ni dari tadi aku tahan. Bersinar-sinar dah mata aku. Nak pergi lap air mata jap. Tata. Bye bye~

xoxo *sila muntah laju-laju*

P/S: Miss S kata "terharu" lebih sesuai compare to "terkilan" sebab "terkilan macam untuk benda yang tak bagus jer. Thanks awak, thanks. ;3
Published with Blogger-droid v2.0.10

Pembelian musim panas

Pagi tadi guwa terbaca website Wisel. Haramjadah mana buka pc guwa tapi layan Wisel, pun guwa tak tahu. Heres the thing tentang Opera. Die bukak balik last page yang ko bukak. Jadi terpaksa la guwa baca secara tak sengajai. Antara yang menarik minat guwa, sudah tentu mengenai kelab feberet guwa, Menyu. Kelab lain guwa malas nak ambil tahu. Pergi mampus. Guwa kurang kesah.

Antara yang menjadi highlight adalah, Menyu masih cuba dapatkan bek kiri Everton, Leighton Baines dan sanggup tukarkan dengan Zaha (secara pinjaman). Dengarnya 7 juta dieorang tawarkan (tambah kalau tak silap dari bidaan sebelum ni). Apa kes antara Moyes dan Baines sebenarnya? mungkin masih terkenangkan cinta lama dan masih rindu dengan Baines, Moyes sanggup lepaskan Zaha. Zaha kononnya kurang menyengat musim ni. Itu dakwaan Moyes. Dan musim ni, baru 2 kali buat kemunculan.

Bagi guwa, guwa tak berapa nak minat sangat Baines masuk Menyu. Tapi nak buat macam mana, guwa bukan manager. Mungkin Moyes ada perancangan beliau sendiri. Lagipun ada baiknya dia pinjamkan Zaha pergi kelab lain. Ada berfungsi jugak budak tu daripada dibiarkan memantapkan skill memanas bangku simpanan. Dah cukup dah skill memanaskan bangku simpanan beliau. Tak perlu nak mantapkan lagi.

Lagi yang guwa baca, Menyu mungkin akan sasarkan pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira. Kalau jadi, guwa rasa memang banyak la saingan dibahagian tengah Menyu. Kagawa, Carrick, Cleverly, Jones semuanya boleh main tengah. Tambah lagi Khedira. Perghh!!

Tapi kalau dilihat dengan pembelian Menyu sebelum ni. Agak jarang sebenarnya dieorang beli pemain yang dah ada nama. Biasanya dieorang beli pemain yang kurang dikenali. Cristiano Ronaldo, korang kenal sebelum main dengan Menyu? Hairudin Omar, korang kenal? macam mana dengan Guy Bwele? malas la guwa nak sebut lagi nama-nama lain yang dah gah.

Apa lagi eh? oh, Evra menafikan kenyataan yang disalah ertikan oleh penemuramah senegara beliau. Kononnya, beliau akan tinggalkan Menyu walau apa cara sekalipun. Tetapi sebenarnya tak. Mana satu yang benar pun guwa tak pasti. Adakah wartawan Perancis tersebut menipu? atau Evra yang berdusta? tak kesah la mana-mana pun janji dieorang bahagia. Nipu nipu ni dosa senanya. Tak caya tanya ustak guwa.

Dah lah. Guwa nak blah dulu. Nak berax. Bye~

P/S: agak-agak tajuk entri guwa ni boleh blah tak?



Siapa setuju Zaha lagi hengseng dari Bwele?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 3 November 2013

Caffeine Couple

Dua tin kopi susu didalam satu bungkusan plastik. Kelihatan sepasang straw sedang berpelukan mesra, terkeluar sedikit dari bungkusan. Seorang jejaka sedang melangkah dengan berhati-hati menuju ke meja yang kelihatannya ada seorang gadis berkaca mata besar dengan bingkai plastik hitam. Kelihatan gadis itu senyum padanya. Dia membalas senyuman gadis itu. Didepan gadis itu, kelihatan dua pinggan mi goreng. Berkemungkinan milik gadis itu dan yang satu lagi, milik jejaka tersebut. Oh, sepasang kekasih rupanya. Makanan dan minuman yang dipesan sama. Tak berbeza. Heheh. Lucu. Bila sedang hangat bercinta, apa yang dimakan pun sama. Seiring dengan janji yang telah ditaburkan sekian lama, you jump I jump. You happy, I'm happy. Lebih kurang begitula maksudnya tadi. Semuanya nak sama seolah-olah ingin beritahu orang sekeliling yang mereka adalah sweet couple lovebirds what-so-ever.

"O'oh. Mistake la kita order air nie. You tahu kan whats gonna happen?" kata si gadis tadi. "Yeah, I know. Thats why I bought it on purpose." jawab si jejaka sambil senyuman terukir dibibirnya.

Rupanya pasangan kekasih ini ada kisah mereka sendiri dengan kopi susu. Kedua-keduanya tak tahu pada mulanya. Orang lain pun minum kopi susu tapi tak la memberi effect macam apa yang jadi pada mereka berdua. Mungkin lain orang, lain ketahanannya. Dengan kata lain, tolerance terhadap kafein yang terkandung didalam kopi susu tersebut berbeza bagi setiap individu.

*flashback*

Waktu itu, senjakala hampir menjelma. Pasangan kekasih ini duduk diatas motor Modenas CT100 sambil menghadap ke arah matahari. Ingin menikmati pandangan diwaktu senja bersama kononnya. Pada handle motor, kelihatan satu bungkusan plastik. Ada satu tin kopi susu didalamnya. Si jejaka itu pun ambil tin tersebut lalu dibuka. Straw dimasukkan ke dalam tin. Si jejaka bagi kepada gadis tersebut. Gentleman katanya kalau dahulukan perempuan. Ladies first la katakan. Si gadis sedut sedikit sahaja air tersebut. Takut mungkin dengan rasa air yang tak pasti lagi macam mana. Tambahan pula, dia bukanlah peminat air berasaskan kopi. Setelah air yang disedut dirasa, ekspresinya berubah. Seolah-olah, berpuas hati dengan rasa air tersebut. Dia suka. Si jejaka tadi tersenyum melihat aksi comel kekasihnya. Dia pun turut menyedut air tersebut. Tak seperti si gadis, si jejaka memang layan kopi. Terutamanya bila dia plan untuk berjaga malam. Kopi memang jadi peneman setianya. Walaubagaimanapun, itulah kali pertama dia merasa kopi susu dalam tin. Ekspresi wajahnya juga menunjukkan tanda-tanda puas hati. Macam tak sangka pun ada juga dengan rasa air tersebut. Unexpected. Setelah beberapa lama, kedua-duanya pun merancang untuk pulang kerana hari pun sudah lewat petang.

Di malam hari, "kick" dari kopi susu tersebut mula terasa. Ketika sedang OTP, (on the phone, okay) tampak perbezaan yang agak ketara dengan mereka berdua. Perbualan mereka rancak dari biasa. Mood dan suasana pun agak memberangsangkan. Happy semacam. Kedua-duanya tertanya-tanya apakah yang menjadi punca semua ini. Setelah beberapa ketika, mereka berdua setuju yang kopi susu lah penyebabnya. Ini terbukti hasil dari eksperimen kurang bertauliah dari mereka berdua. Namun keputusannya positif.

*present time*

"You plan nak berjaga ker malam ni?" tanya gadis dengan nada yang straight. Heheh. Si jejaka tersenyum. "You ingat tak masa awal-awal perkenalan kita dulu? kita selalu calling calling sampai pagi" kata si jejaka itu. "Hmm. Boleh jer selalu call macam tu, tapi you yang selalu tertidur. Lepas tu biarkan I sorang-sorang" jawab si gadis dengan bibirnya dijuihkan. Tandanya merajuk, dan minta dipujuk. Si jejaka memang kenal benar dengan perangai kekasihnya itu lalu digenggamnya tangannya. Si gadis tertunduk. Sedikit malu mungkin. Malu-malu kucing. Jejaka itu pun berkata, "Sorry la syg. I letih sebab kerja. Bukan I sengaja pun. Sebab tu I plan nak berjaga malam ni, calling dengan syg sampai pagi. I akan temankan syg. Boleh?". Si gadis mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Bagaikan tak mampu rasanya menatap wajah kekasihnya itu. Malu, gembira, touching, semuanya terasa. Tak lupa pipinya yang kemerah-merahan menahan malu. Bibirnya mengukir senyuman. Dia mula menarik nafas panjang. Matanya merenung tajam mata kekasihnya. Terpancar sebuah harapan disebalik sinar matanya.

"Janji?"
"Janji!"

P/S: Bila kita betul-betul sayangkan seseorang, kita akan cuba sedaya upaya gembirakan dia. :')

Diadaptasi dari kisah benar...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 2 November 2013

End of first season...

"The best relationships start off as a friendship first.."
Yeah, aku setuju dengan statement diatas. Bermula dengan perkenalan secara random di Facebook, boleh terjalin satu hubungan yang serius. Siapa sangka dengan satu komen pada status boleh berlanjutan hingga beratus komen dan merebak ke status yang lain. Kadang-kadang aku rasa bait-bait lirik lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latip ada benarnya. Lirik berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin? tak pun pengalaman anak saudara bapak tiri jiran sebelah rumah, siapa tahu.

Sekarang kalau dikira campur tolak darab bahagi dipuncakan kuasa dua darab pekali 'n', dah hampir dua tahun dah. Kalau kisah ni adalah tv series, ni dah kira penghujung season 1. Kalau masok season 2, mesti jadi lebih gempak, hopefully. But still, "pilot episode" tak akan pernah dilupakan. Aku boleh tersenyum sendiri kalau aku mainkan semula "pilot episode" tu. "Sudden approach" yang agak random. Even sekarang aku mainkannya semula dan tersenyum sendiri sambil menaip entri ni. Harap tak ada yang perasan aku tersenyum sambil buat "kerja".

Macam kisah-kisah yang lain, or should I say, kisah cinta yang lain, mesti ada konflik dan perbalahan. Tipu la kalau tak ada. Kalau diplotkan pada graf, mesti nampak turun naik up and down. Kalau kisah aku, rasanya nampak macam graf nilai emas. Okay, tak la macam tu sangat sebenarnya tapi nampak la turun naiknya. Itu ada, sudah pasti. Kalau korang pulak? garisan melengkung mungkin? ogif? hahah.

Jadi persoalannya sekarang macam mana aku nak tamatkan season 1? sebelum masok season 2 selepas tu. Ada apa-apa cadangan tak? :P

Jumaat, 1 November 2013

Tak perasan

Rasanya dah setahun lebih dah usia blog guwa. Birthdaynya pun rasanya dah lepas. Sekarang pun dah hampir ke penghujung tahun 2013. Banyak perubahan dah guwa buat dekat blog guwa. Ada dalam 2~3 kali dah guwa renovate ruangan blog ni. Guwa pecah bilik master bedroom, guwa tukar toilet dengan dapur, guwa buang garaj, guwa pasang mangkok jamban ditengah-tengah bilik tidur dan macam-macam lagi lah. Siapa yang mengikuti blog guwa dari dulu, mesti faham apa yang guwa maksudkan.

Widget lagilah. Sekejap-sekejap tukar posisi dan ada antara widget datang dan pergi. Antara yang bertahan hingga kini adalah widget untuk Facebook page blog guwa. Guwa bukan apa, dulu guwa buat page tu bertujuan untuk guwa jadikan medium supaya setiap kali guwa update entri, automatically akan masuk page tersebut. Guwa taknak penuhkan timeline guwa. Menyemak. Serious! selain daripada tu guwa memang tak ada setting untuk purpose lain.

Akan tetapi...
(Ni la part yang penting, sila buat-buat suspen)

Tadi guwa terbukak page tu. Nampak macam biasa. Cuma ada satu noti menarik anak mata guwa. Macam biasa la, guwa pun curious. Ada satu pesanan. Dari perempuan. Nama macam Miss S. Guwa ingat beliau tadi, tapi bukan. Guwa baca dengan penuh teliti. Rupanya dia musykil tentang duit yang floating bila kita buat transfer secara online. Guwa pun teringat guwa pernah blog pasal tu sebelum ni. Sebab bila dia buat online transfer, tak dinyatakan samada duit tu floating atau tak. Dia cuak la kiranya. Takpe, guwa faham perasaan tu. Tapi masalahnya, soalan tu diajukan pada 13 Oktober yang lalu. Guwa tak perasan pun pasal benda ni. Guwa tak sangka akan ada orang pergi tanya dekat situ. Kalau dia post 31hb, okay la kan guwa baru jawab hari ni. Ni tak, 13hb kott. 2 minggu lebih soalan tu terperam disitu. Dah jadi jeruk dah. Walaubagaimanapun, guwa kan macho. Guwa gagahkan diri guwa juga untuk mereply.

So moral of the story, once in a while tu sila-sila la check up Facebook Page (jika ada). Mana tahu kes macam guwa ni akan berulang. Tak mustahil, kan?

Jadi, majulah sukan untuk negara! *tetiba*

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Novemba

Hari ni dah masuk 1 November. Rupanya Oktober ada 31 hari. Guwa bukan tak tahu, cuma guwa lupa. Mungkin sebab banyak sangat telan semut. Baru jer guwa baca entri semut karya Ajewan. Sape yang nak menyinggah, klik kat SINI. Kesian kat beliau. Ada 5 bijik semut mati lemas dalam air teh.

Bulan ni agak signifikan bagi guwa dan ... *ehem* Miss S. Malu la nak mention. Banyak benda dan rasa. Sekali sekala boleh buat guwa ter-KLMJ seketika. Ibarat iklan kitkat, "berehat sebentar, KLMJ". Guwa harap harapan yang guwa harapkan harap-harap la tercapai. Dan bukannya layu macam lagu HyperEk, Harampan. Tapi lagu Hanya Guwa best, kan?

"Hanya gu wa yang cari, rambutan masih ada, mungkin sikit saja..." perghh!! lama dah guwa tak kokey. Apa?? kongkek? wahacoi la lu!! guwa maksudkan karaoke lah!

Dah dah. Mari belajar mengira. Hari ni 1hb. 28 tolak 1, 1 jatuh 28 ketawa. 1 tumbuk 28, 28 balas balik, 1 jatuh lagi bla.. bla.. bla.. ok! jawapannya 27. So yeah, ada 27 hari lagi. Ada apa? sibuk la lu. Gi basuh sana jauh-jauh. Apa ni pesen Israel berak tak basuh. Pengotorlah! kuikuikui.

Ok bye~ 27, 27, 27... :3

P/S: countdown bebeh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...