Selasa, 31 Disember 2013

Akhirnya kontrak guwa tamat

Guwa nak cerita pasal banjir melanda kawasan perumahan guwa. Tapi entri yang guwa dah siap taip tu tak jugak guwa publish. Later later lah eh. Sebab sekarang perasaan guwa bercampur baur. Gembira, sedih, terharu, terkilan semuanya terasa. Hari ni merupakan hari terakhir guwa bekerja bersama syarikat guwa yang sedia ada sekarang. Rasa macam tak percaya pun ada. Sekarang guwa officially dah pun tamat kontrak (since hari ni hari half day) dan setelah setahun dua bulan dan kurang lebih 15 hari, kontrak guwa akhirnya ditamatkan dengan jayanya. Perghh!! mende yang jayanya pun guwa tak tahu. Padahal projek belum completion lagi. -.-"

Walaubagaimanapun, guwa berasa gembira dan sedikit lega even selepas ni guwa memang akan sibuk mencari "lubang" baru. Lega sebab buat pertama kalinya guwa berjaya menamatkan kontrak kerja guwa. Pengalaman sebelum-sebelum ni guwa mana ada official contract. Ini la yang pertama kali dan alhamdulillah guwa berjaya menamatkannya. Perasaannya sukar guwa nak gambarkan. Rasa macam tamat sekolah (selepas tingkatan 5) pun ada. Lu orang yang bekerjaya tu faham laa perasaan guwa.

Sebenarnya kontrak guwa dah pun tamat pertengahan bulan 10 yang lalu. Boleh rujuk entri guwa bulan oktober. Namun masa tu kontrak guwa disambung semula (extent) sehingga hujung tahun which is hari ini. Guwa ingat tadi nak bagi ucapan farewell sepatah dua kata, akan tetapi guwa takut guwa yang rabak. Dah la dua hari yang lalu, rumah guwa dilanda banjir, tak pasal pulak ofis guwa banjir gara-gara penuh dengan tangisan air mata guwa. Tsk.. tsk.. tsk... Jadi, guwa decide tak jadi laa nak bagi ucapan. Tadi sebelum balik, boss guwa pun ada buat meeting, berucap sepatah dua kata. Sedikit hiba jugak masa tu namun perasaan tak sabar nak balik agak mengaburi perasaan yang hiba itu. Baru jer nak fefeeling. Ishhh. Scumbag brain.

So thats pretty much sums it all up. Guwa tengah berkira-kira ni, balik nanti nak buat apa. Heheh. Okay lah, till next time okay. Cerita banjir tu guwa hold dulu lah. Insya Allah ada masa dan idea nanti guwa update. Just stay tuned orite. Till then, bye~

P/S: Guwa bagitau Miss S guwa nak apply kerja kat McD (temporary) tapi dia tak bagi sebab dia kata dia rasa lebih insecure kalau guwa kerja macam tu. Heheh. Saje jer guwa nak usik dia. Sorry babyy~ ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 20 Disember 2013

"Bunuh" masa punya pasal

Wayang set jam 8:45pm. Ada balance dalam 30 minit sebelum tayangan bermula. Aku dan Miss S decide jalan-jalan dalam mall. Nak kill the time kononnya. Then, kitorang masuk satu kedai pakaian ni. Miss S kata, kedai tu memang jual barang dengan harga yang affordable dan tak terlalu mahal. Kebetulan, masa tu ada sale. Kaw-kaw harganya. Pilihan banyak serta design boleh dikatakan, not bad. Aku jadi rambang mata. Aku rasa Miss S pun sama. Aku decide nak angkat satu untuk aku dan satu lagi untuk Miss S.

Kitorang pun mula la mencari-cari mana yang sesuai. Miss S suggest supaya aku angkat t-shirt tribal. Dah lama dah dia request nak tengok aku pakai t-shirt macam tu. Follow trend katanya dan mesti nanti aku nampak "macam comel jer, macam comel.jer..." (plan nak ambil hati ker apa ni?). Okay laa, tribal pun tribal laa. Finally, aku jumpa satu yang aku suka. Miss S yang tolong pilihkan (thanks Miss S). Then, aku minta dia pilih satu untuk dia sendiri. Tak syok la kalau aku sorang jer yang beli. Dia yang asyik temankan aku jalan dari tadi takkan nak tengok jer plus kalau beli dua, harga lagi murah.

Mulanya dia refuse. Biasa la, taktik. Ye tak, Miss S? hehe. Aku insist dan aku kata kat dia, kalau dia tak nak angkat satu, aku cancel beli baju yang dia dah tolong pilihkan tadi. Dia pun mula laa cari. Ada beberapa helai yang menjadi pilihannya dan agak makan masa jugak untuk dia nak decide. Sampaikan dia minta pendapat aku mana lagi yang lebih sesuai.

Memandangkan masa terbatas, aku pilih salah satu baju yang berwarna warna favourite dia. Dia diam dan berfikir seolah-olah keputusan yang bakal dia ambil akan menentukan masa depannya. Haduii~ then dia mula cari baju yang lain dan still, dia minta pendapat aku samada baju tu okay atau tak. Aku macam biasa, seperti typical boyfriend yang lain memang 80% akan jawab okay. Dia macam tak percaya dan sangsi dengan jawapan aku. Kononnya aku kata macam tu sebab nak ambil hati dan sebab aku nak cepat-cepat keluar dari kedai tu. Pulak dahhh. Tapi dah memang betul-betul okayy, aku nak jawab apa lagi? heh! girlsss~ -.-"

Selepas, tiga empat kali bertukar baju dan minta pendapat aku, aku dah mula rasa geram. Bukan fed up, cuma geram. Diibaratkan masa tu, aku rasa kalau ikutkan hati, memang aku dah gigit-gigit Miss S. Ye la, movie dah nak start beberapa minit lagi. Nanti terlambat pulak. Masa tu aku bagitau dia, better pilih satu yang dia betul-betul berkenan atau aku akan tarik dia straight pergi tengok wayang dan cancel beli baju, termasuk la baju yang aku nak angkat.

Lepas tu dia gelak dan buat senyuman keji plus manja. Aihhh. Rasa hati nie geram dan cair pun ada at the same time. Ishhh. Paling aku rasa tak boleh nak terima, dia akhirnya pilih baju lain (yang bukan among yang dia pilih awal-awal tadi). Aku macam.. "whaa...ttt?? biar betul?". Dia pilih baju t-shirt warna putih dengan corak rama-rama bersaiz besar. Biar betul Miss S nie. Masa tu aku macam "Eeeiii~ ggrrr aummm. Ehhh?.;P". Sebelum dia tukar fikiran buat sekian kalinya lagi, aku cepat-cepat rampas baju tu dari dia dan terus tuju ke kaunter. Then cepat-cepat aku bawak dia keluar dari situ.

On the way nak pergi tengok wayang, aku mula la membebel. Dia senyum jer. Hisshh.

P/S: Dia kata dia sengaja buat aku geram on purpose so that nanti aku akan ingat kat dia. *speechless* Hee~ ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 18 Disember 2013

Hanya sekadar renungan

"Don't let environment controls you, make yourself controls the environment..."

Hellooooo~

Hati riang, jiwa senang, masalah bukanlah penghalang. Gila kau kalau aku kata tak ada masalah. Bahkan aku rasa masalah nie macam lebih dari apa yang aku mampu galas. Tapi orang kata "Allah tak akan bebankan hamba-Nya melainkan hambanya itu mampu menanggungnya...". Maaf kalau ayat aku salah. Aku cuma ingat lebih kurang macam tu la maksudnya. Aku tak refer mana-mana sumber sekarang, sebab itu based on apa yang aku ingat. Apa yang penting, kau faham apa point aku. Jadi, kalau masalah-masalah yang aku hadapi sekarang mampu aku tanggung, tak.perlu la nak risau lebih-lebih. Cuma perlu duduk, fikirkan dengan fikiran yang tenang dan waras, tanpa ada gangguan emosi, insya Allah masalah akan dapat disetel. Janji Allah itu pasti, kan?

Jadi, buat apa nak bermuram durja? lebih baik sebarkan aura positif. Send all the positive vibes around you, man. Thats all you need. Macam ayat intro aku diatas. Jadikan diri kau sendiri yang mengawal suasana sekeliling. Jangan biarkan suasana sekeliling yang kawal diri kau tu. Jadikan diri kau tu gembira, riang dan tabah hadapi segala masalah so that apa-apa pun halangan mendatang, kau akan mampu hadapi.

Hey, aku tak perfect. Aku pun bukannya pakar motivasi. Tapi aku harap entri nie boleh bantu kau rasa sedikit positif. Sikit pun jadi lah sebab aku rasa positif sekarang. Aku tinggalkan rasa negatif tu buat seketika. Kalau aku lagi power, mungkin aku akan convert negativity itu jadi positive. Boleh ker macam tu? tak mustahil ye tak?

P/S: Cuba hadapi semuanya dengan tabah okay? kita mampu sebenarnya. Kan Miss S? I know you'll read this. I still love you. :')
Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 17 Disember 2013

Feels like a shit...

I kinda failing and started to falling down. Took a glance on a mirror and see my own image, I'm asking myself "what just happened to me?". I looked like a shit. Yeah, no kidding. It is me shitting around fucking everything out of my life. Started to think since when does this happen. I couldn't find the answer.

If I was an experiment, the result would be bad. I had dissapointed everyone who put so much hope in me and guess what, I kept dissapointing. I don't know what to do anymore. My life has been so much... I just don't know how to expressed it. Simply to say, my life has been fucked up. By whom? whos else, its by my ownself.

Here I am, confuse of what would I become. Right now I'm counting my days and I would be jobless. It doesn't suprise me when I felt that everybody around seems like to leave me. Heck, even my job doesn't want me anymore. I wonder when will my life gave up upon me.

I'm on the edge, deciding of what my next move would've be. Seems like jump off is the easiest and the best option so far. Then, I can enjoy that little time while I'm falling with happiness and no regret of the decision that I've made before I hit the very ground. The very dark bottom hard ground.

There were so many thoughts planted in my head. Pretty much about everything. My life, my family, my friend, my network and her. Don't let me start with her. Shes the one that kept my up and support me so much. Yet, I kept dissapointing her and let her down. I am bad. Was wrong and imperfect human being. Isn't that normal? but still, considering she would have better life without me. She had a bright future ahead of her. Never thought that I would've fit in that picture thought. Well, its not just her. So as everyone else around me. I'm just a burden. A weight that should've been ditched since theres no purpose of its existence.

I'm getting down. Deeper and deeper...

P/S: I'm wasted. Right? :/
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 16 Disember 2013

10 ekor semut hitam

Tahu lagu 10 budak hitam? guwa rasa nak gubah lagu tu jadi 10 ekor semut hitam. Pastu guwa akan rakam dan save dalam format mp3. Then, guwa pasang lagu tu kuat-kuat dengan harapan semua semut dalam bilik guwa (terutamanya semut hitam) dapat dengar lagu tu.

Guwa bukan apa, guwa sakit hati dengan kehadiran semut-semut dalam bilik guwa dan dieorang buat bilik guwa macam bilik dieorang sendiri. Apa kejadahnya sedemikian? binatang punya semut.

So, bila dieorang dengar lagu tersebut, ada la sedikit (atleast sikittttt pun jadilah) timbulnya ketakutan dalam hati dieorang terhadap guwa. Lantaran itu, mudah untuk guwa mengawal indeks kematian semut dalam bilik guwa sekaligus mengawal populasi semut-semut tersebut. Amacam? genius tak guwa?

Jangan tanya semut hitam ada telinga serta hati atau tak, nanti guwa tampar lelaju menggunakan spender basahan guwa. Mampu?

P/S: Miss S, mohon jangan gelak. Mohon sama-sama membantu membanteras isu semut-semut nie.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Reason...

"Love has no condition..."

Itu aku pernah baca. Cinta itu tak disengajakan. Sebab tu bila seseorang mula jatuh cinta, ia dipanggil "jatuh" bukannya "terjun". Kau pernah terjun cinta? jangan. Aku sarankan jangan. Jadi, cintakan seseorang basically tanpa sebab. Ya, tak ada sebab kenapa kita bercinta. Kalau kau boleh senaraikan satu muka surat penuh kertas kajang A4, aku boleh kata, mungkin kau bukan cintakan dia. Kau hanya suka. Tapi itu la, sukar nak bezakan suka dan sayang/cinta nie. Kalau sekadar minat, mungkin dapat la kau beza. Theres a fine line between "like" and "love". Fine line hokayy. Very very fine. Halus sangat-sangat sampai line tu hampir tak nampak. Cinta itu buta orang kata. Mungkin tak buta, cuma rabun jerr. Kan?

Jadi tak ada sebab untuk bercinta? kalau macam tu, kenapa bercinta? well, aku pun tak tahu nak explain macam mana. Mungkin yang pernah rasa saja tahu perasaannya. Macam kau merokok jugak. Eh, kau tak merokok ea? sorry~

Tapi itu tak bermakna semua benda kau buat untuk dia tak bersebab atau atas sebab yang remeh-temeh. Kau bawak dia pergi kedai makan sebab korang lapar, kau belikan dia coki coki sebab dia suka, kau hantar dia balik rumah mak bapak dia sebab dia belum milik kau lagi. So, kesimpulannya semua bersebab (aku tak sure contoh yang aku pakai tu betul ker tak dengan point aku). Wajar ker ko bagi dia rumah, kereta dan semua duit kau ada sebab suka-suka? atau kau spend sehari-hari dengan dia hingga kau sanggup berhenti kerja sebab nak spend masa dengan dia? atau kau call dia setiap 5 minit sepanjang hari sebab kau rindu dia?

Wajar? tak?

So, fikir-fikirkan.

P/S: Sebenarnya aku kena buat entri (whole entry) nie pasal Miss S. Tapi banyak idea aku hilang entah ke mana. Aku patut taip jer masa ada idea tadi. Hurm. But yeah shes right. I should call her once in a while, oftenly, not because I was asked to, but because of no reason and I miss her. Okay Miss S, you're totally right. You've got a point there. :')
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 15 Disember 2013

Dinner lagi

Ada dinner lagi. Kali ini dengan geng-geng workers join sekaki. Waduh-waduhh, pusing sekali kepalanya. This time bersteamboat pulak. Guwa dah tak lalu nak sumbat makanan dalam perut guwa. Tambah pulak asap steamboat ni dari tadik asyik kejar guwa. Attractive sangat ker guwa nie? pakaian simple tapi member kata guwa smart. Smart apa ada hal, guwa biaserr jerr. Lupa nak pakai kasut tadi. Pakai sandal pun bolehh.

Batang hidung boss dari tadi tak nampak pun. Hanya kelihatan beberapa ekor supervisor dan staff-staff sahaja. Selain ditemani oleh 50+ orang workers. Ada antara workers balik Indonesia malam ni. Semua pakat nak ambil gambar-gambar kenang-kenangan. Sampai makan pun lupa.

Guwa bukan apa. Saja tunggu sampai pukul 8. Sebab ada lucky draw. Kot-kot ada untung, boleh la topap duit dalam wallet. Guwa tengok tadi macam banyak jer sampul. Tak sempat nak beli hadiah, beri duit pun jadi. Lagi bagus apa bagi duit. Boleh tolong tong-tong yer tak?

P/S: Doakan guwa lucky malam ni. No. guwa 0015. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 14 Disember 2013

Berpisah

...tak tahu nak kata apa. Sedih. Nak buat macamana. Hmm. Langit tak selalunya cerah. Pasrah? redha? walau tak pernah dipinta. Nak buat macam mana, "semuanya Tuhan sudah tentukan" kata construction manager aku. Ya, Tuhan dah tetapkan semua. Tsk.. tsk..

P/S: Sabarlah wahai hati. Sabarr. :'(
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 13 Disember 2013

Kekenyangan

Malam ni ada dinner dengan higher managment and staff. Perghh!! kenyang tak henggat. Perut terasa teranjak ke hadapan 2cm. Macam-macam dah sumbat dalam perut. Kepala terasa lain pulak. Dah tukar jadi warna biru agaknya. Haduii~

P/S: Agak-agak larat tak angkat malam nie. :S
Published with Blogger-droid v2.0.10

Siapa aku?

Hari berganti hari, waktu berganti waktu. Hari yang serasa bagai semalam dah pun berlalu. Masa berjalan tak menunggu. Kadang membuatkan aku keliru. Dan end up aku sendiri pun buntu. Celaru, ya kau boleh kata begitu.

Berubah itu suatu perkara normal. Siapa yang tak pernah mengalami perubahan? bahkan kucing jiran aku pun berubah. Semalam, malu-malu kucing tapi hari ini, dah pandai sailang awek bestfriend sendiri. Pura-pura cari makanan dibelakang semak berdua, rupa-rupanya sedang... *ehem*. Kau faham-faham sendirilah. Segan pulak aku nak cerita. Hanya mampu geleng kepala sahaja.

Begitu jugak aku. Maksud aku berubah. Bukannya berdua didalam semak. Mohon jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin, aku berubah secara drastik. Opps, drastik itu mungkin agak terlampau, tetapi ya, aku akui sendiri aku memang berubah. Tapi jauh sangat ker perubahan tu?

Sampaikan aku sendiri tertanya-tanya, siapa aku? apatah lagi orang lain disekelilingku. Aku tak hairan kalau mereka kata, mereka makin tak kenal aku. Aku faham perasaan itu. Aku berubah, mungkin menjangkau waktu. Tak seiring macam dahulu. Padahal dulu aku tertinggal jauh dibelakang hinggakan sebatu.

P/S: Berubah itu memang sifat manusia. Itu lumrah dan fitrah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 8 Disember 2013

Kebasahan

Perghhh!! lama dah tak berhujan sambil ride CT100 guwa. Tadi guwa tak dapat mengelak lagi. Kena pulak dengan hujan lebat. Member guwa siap tanya, "nak redah hujan ker tak? aku mana-mana pun okayy". Peh! guwa pun tak kisah la kalau kena basah hujan sekalipun. Kata gangster, kan? hujan lagi buat guwa cool apa. Tapi yang guwa risaukan jalan yang kebasahan, penuh dengan keairan. Dah la jalanraya bukannya cantik macam Nora Danish mahupun Neelofa. Lopak ada dimana-mana. Nak-nak lagi CT guwa nie memang ganas sikit bila membrek. Itu yang guwa risau. Walaupun gangster, tapi safety harus dijaga. Safety first tahu.

Jadi, sambil menunggu hujan slow down, kitorang redah la sekejap mencari port yang cantek sikit. Ye la, tak macho aa lepak depan kedai, berdiri sambil merenung awan seolah-olah sedang membaca aliran hujan bila nak berhenti. So, member guwa bawak guwa singgah dekat open area food court tak jauh dari lokasi kejadian. Okay laa. Ada tv. Boleh layan movie yang dipasang walau tak dengarpun mende yang dieorang cakap.

Guwa order teh tarik. Ingat nak minum jer. Tapi member guwa suggest pulak nak pekena sup tulang. Aahh, sup tulang pun sup tulang ah. Tulang guwa pun dah menggigil kena hujan sebentar tadi (perghh!! kata gangsterrr). Lepak punya lepak, tak sedar pulak masa berlalu. Hampir 2 jam kitorang lepak situ. Member guwa layan syok punya. Bukan sebab layan tv. Tapi sebab "cuci mata" melihatkan awek-awek indon yang sedang ambil order. Parahh, member guwa yang sorang nie memang parahh. Pantang tengok awek sikit. Guwa tak macam tu (kononnya). Hee~

P/S: Miss S jangan marah please. Mata I tengok tv jer. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mulut bau arak...

Aku jenis yang boleh nak open-minded especially bila ada orang yang open dulu terhadap aku. Aku dan kau akan okay as long as kita respek sesama sendiri dan tak melanggar hak serta mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. Respek, itu yang penting.

Aku ada member non-muslim. Non-muslim tak ada larangan untuk meminum arak sepertimana muslim muslimat semua ditegah (bahkan ada yang muslim tapi minum jugak. -.-"). Tapi dieorang tahu batas dan apa yang aku boleh makan/minum dan faham keadaan aku. Aku kira beruntung ada member macam tu. Bukannya jenis yang "aku minum relax jer, kau pun try la weyy". Spesis macam ni, kalau boleh dia nak tengok satu dunia pun ikut buat apa yang dia buat. Harap kita tak ada member macam ni. Kalau ada, sila ambil precaution.

Cuma, aku kurang respek (lama-lama boleh hilang respek aku) bilamana ada orang yang waktu bekerja pun dia minum. Kemaruk sangat ker apa? tak boleh tunggu malam ker? nak-nak lagi lepas tu kena berurusan dengan orang lain. Takkan nak guna bahasa isyarat, kan? kena juga buka mulut. Tapi... hanya Tuhan yang tahu. Mulut berbau arak dan buat orang lain rasa tak senang. Dah tu pipi kaler merah jambu. Haduiii~ korang nak hadap ker orang macam ni?

Tetiba teringat pulak masa zaman lepas SPM dulu. Masa tu memang innocent la aku. Bau arak pun tak kenal. Aku kerja sebagai cashier kat station pam minyak. Masa tu malam, pukul 7 lebih macam tu kalau tak silap. Ada sorang lelaki masuk ke dalam, tengah cari barang. Baju selekeh, aku expect mesti kerja dekat workshop. Nampak kesan minyak kat lengan serta kat baju dan seluar. Masa dia nak bayar, aku perasan la ada bau yang pelik. Aku tak tau apa-apa, tercari-cari mana datang bau tu.

Mamat tu pulak, tak cukup dengan mabuk, nak berlagak pulak. Masa tu duit dia bagi note kertas RM1, banyak. Mungkin dalam RM7 ada laa. Dah tu pulak duit tu buruk. Aku okay jer nak terima except ada satu tu yang macam dah koyak terbahagi dua tapi ada selotape yang menyatukan kertas tersebut. Aku reject laa duit tu. Aku mintak duit lain. Mamat tu dah high, dia gertak nak pukul aku. Aku nak kata berani sangat tu tak aa, tapi bila dicabar, mau tak panas jugak hati ni. Aku lawan la balik cakap dia. Aku kata kalau tak nak tukar duit, dia kena pulangkan salah satu dari barang yang dia ambik tadi. Masa tu suasana dah tegang. Aku rasa semua orang fokus kat kitorang berdua.

Disebabkan takut keadaan menjadi bertambah buruk, last-last supervisor (perempuan) kitorang suruh terima jer duit tu. Yang penting dia blah dari situ. Aku pun bengang aa. Mana fair macam tu. Lepas tu, supervisor tu tanya aku, "kau tak perasan ker mulut dia bau arak? dia tengah mabuk tu". Lepas tu, aku pun macam "oh ye ke? sorry~ tak tahu pun". Hahah. Cilake.

Sampai sekarang aku tak suka dengan bau tu. Sebab tu bila company ada buat party or celebration, aku berat hati nak attend. Sebab aku tau, memang akan ada air tu punya. Nanti tak syok la tengok dieorang mabuk. Dieorang pun rasa tak syok sebab aku tak minum sama. Thats why aku prefer tak nak pergi. Last time, ada sekali jer aku attend. Tu pun aku rasa gelisah dan tak selesa. Dieorang bila dah minum, high, memang personaliti pusing 360° laa.

P/S: Kalau aku dengan Miss S minum kopi susu, kitorang jadi aktif dan talkative. Adakah itu suatu kesalahan? :O

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 7 Disember 2013

Kalah lagi...

Guwa missed game tadi

Sampai bilik, guwa on internet hemfon. Semak fesbuk dan twitta. Kot-kot ada artis halo halo contact guwa. Cek-cek takde pulak (seperti biasa). Line ibarat telo dihujung tanduk. Fifti-fifti bak hang. Sekejap ada, sekejap tak ada. Jadi gambar load lambat. Hanya nampak benda bulat pusing-pusing ditengah gambar.

Bila gambar dah fully load...

Hurm. "...United second successive home defeat...". Wait... whattt???

Okay. MU kalah lagi. Fine. Haduii~

P/S: Guwa lagi kesal missed game tadi dari kesal MU kalah. Guwa miss Miss S. :'(
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 6 Disember 2013

Sidangkan lilah lagi tegigit...

Ouch!

Penah denga itu pepatah "sidangkan lilah lagi tegigit, inikan pula suami isteli" kah? haiyahh~ guwa bukan mau cakap pasal itu suami isteli. Guwa mana boleh ada suami. Guwa belum lagi beristeli. Guwa mau cakap pasal itu lidah yang tegigit. Siapa belum penah melasainya pun kegigitan lidah? aiyoo~ manyak sakit oww. Pelit bukan main wa kasi tau lu.

Itu sakit apa macam mau cakap ah? aiyaa~ wa pun tale tau apa macam mau celita. Kalau lu mau tau, lu kasi gigit lu punya lidah sekalang. Ya, sikalanggg!! wa mau tengok lu punya muka tuka itu kelabu, bilu atau hijau. Lu jangan gigit telalu kuat. Nanti putus itu lidah, padan muke lu. Tale spey pat jual kedai maa. Mau jait balik itu lidah yang kejatuhan diatas tanah, begugulan bagaikan daun kekelingan.

Disampin itu (waa~ wa punye bahasa, sudah implove woa~), bukan sahaje lidah, itu dinding pipi sana pun telase sakit kalau digigit. Sama dengan wa punya condition sikalang. Wa punya gigi paling belakang sebelah kanan, itu cikgu sain wa dulu panggil gigi gelaham, kuat jahat woa~ dia kasi gigit wa punya pipi punya dinding. Itu pasal wa makan cuwing gam. Supaye gigi wa kunyah-kunyah lepas itu wa kasi simpan dekat itu gigi. Macam kusyen laa. Kasi itu gigi landing slow-slow. Selalu dia kasi hentam kuat, kissing sama gigi gelaham atas. Kalau mau belomen, jangan menyusahkan pihak lain nye pun tale pe. Ini sangat menyukarkan dinding pipi wa yang tak besalah untuk hidup. Haiyaaa~ itu laa olang selalu kata, cinta itu buta, tale nampak olang lain, hanye nampak cinta hati saja.

P/S: Wa cinta sama itu Miss S. Aww~ ;'$

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 4 Disember 2013

Terima kasih

Dari pagi tadi rasa tak selesa. Resah, gelisah, gundah. Tak tahu kenapa. Cuaca pun macam ikutkan perasaan sendiri. Berarak awan nan kelabu, diiringi hujan lebat yang turut menggamatkan suasana. Bagaikan ada petanda untuk beritahu sesuatu.

Bila menjelang petang hari, baru aku mengerti. Berita yang aku terima, aku cuba hadamkan. Terkejut sebenarnya kerana tak pernah menyangka itu akan terjadi. Heh, salah sendiri juga. Terlalu bersenang-lenang didalam zon selesa hinggakan pandangan hadapan menjadi kabur. Bila perkara sebegini terjadi, mula la menggelabah tercari-cari tempat untuk bersandar dan berpaut. Jujur, rasa bagaikan nak rebah. Bukan fizikal, tetapi mental. Tapi aku sedar aku harus kuat. Ini baru sedikit. Belum apa-apa lagi.

Hurmmm.

Setahun lebih... setahun lebih dah pun berlalu. Banyak benda yang dah aku kutip. Kenangan, perasaan, pengalaman, pendek kata segala-galanya. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut walau mental dan emosi aku mulai stabil, lantas aku tak tahu nak kata apa. Benda yang mungkin paling waras aku ucapkan sekarang adalah terima kasih. Ya, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana bagi aku peluang. Terima kasih kerana bagi aku kepercayaan. Terima kasih untuk masa-masa yang diluangkan bersama. Itu mahal. Tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan dan... arghh!! aku dah kehabisan dengan kata-kata. Tak tahu lagi nak susun macam mana.

P/S: Aku tak clash dengan Miss S. Mohon tak ada yang salah faham. Aku sayang dia. ;')

Published with Blogger-droid v2.0.10

Entri pertama bulan Disemba

Minggu lepas aku pergi bercuti. Jadi, blog tak sempat update. Sebenarnya banyak yang aku nak cerita, tapi tak tertaip. Letih, lenguh dan kepenatan sebab sehari-hari berjalan ke sana ke mari melihat keadaan sekeliling dan menikmati masa bersama insan yang tersayang juga menjadi puncanya. Kena pulak dengan coverage internet yang kurang supportive. Pendek kata, memang keadaan tak mengizinkan aku untuk update entri. Insya Allah selepas ni aku akan kembali update entri secara rutin semula. Aku tahu ramai yang nantikan entri terbaru dari aku, kan? *cengkerik mula keluarkan bunyi*

Oh ya, Paul Walker dah tak ada, meninggalkan kita semua. Dia tinggalkan legasi untuk kita. Aku rasa macam nak nangis bila dapat tahu berita nie. Ironinya, dia mati kemalangan jalan raya/kenderaan (sebagai penumpang menurut sumber yang boleh dipercayai) sedangkan filemnya yang paling laris sekaligus menaikkan namanya adalah filem yang melibatkan kenderaan berkuasa tinggi. Selepas ni, siri The Fast and Furious tak akan sama tanpa Paul Walker a.k.a Brian O' Connor.

Okay. Nanti aku update lagi. Ini sekadar muqadimmah sahaja. Mohon nantikan dengan penuh debar. Bye!

xoxo ( -.-")

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...