Sabtu, 8 Disember 2012

Plan hujung minggu...

Hujung minggu, saat-saat yang  aku tunggu sejak mula turun kerja dari hari isnin haritu. Macam-macam perancangan dah dibuat. Melancong ke eropah, menyelam ke dasar jurang Mariana, menjejak bigfoot, menangkap obor-obor dan mandi air terjun bersama tapir jiran. Itu antara intipati perancangan yang aku dah draft dalam kepala. Sudah tentu, disebabkan kekangan masa, tak semua dapat aku laksanakan, tak semua dapat dicapai. Sebab tu aku kena susun ikut keutamaan.


Sebenarnya-benarnya besok ada plan besar. First of all, my family members besok semua pergi ke Miri sebab ada kenduri. Dan second, my officemate ajak satu office bertandang ke kampung beliau. Dengarnya dia nak bawak jalan jalan mencari buah memandangkan banyak buah yang masak ketika ini dikampungnya. Kalau tak silap, bos dah prepare 4 bijik kereta untuk besok. Walaubagaimanapun, antara dua-dua invitation tu, dua-dua aku tak join. Sebab? aku malas. Dan esok aku nak rehat jerr sepanjang hari. Muahahahahahahah.


Aku ni dah bosan tahap cipan duduk dalam ofis yang berekon nih. Takde beza antara aku dan jambu batu dalam peti ais kat pantry kitorang tu. Kitorang serupa cuma dia duduk diam jer, manakala aku duduk sambil pura-pura buat kerja padahal aku tengah berfesbuk dan bertuita. Heheh. Sebab tu aa aku rasa nak update entri petang nih. Lagipun, lama dah tak update kan. Heheh. Tu jer laa update untuk kali nie. Sorry tak dapat lama, nanti kantoi pulakk. Hik3. >.<

Until next time mi fren. Babai~ ;3

psst: Ok, sebenarnya aku tanak pergi sebab nak date dengan Miss S. Jangan bagitau kat die tau. Huhu~

8 ulasan:

  1. serious kn...rehat lgi best..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Especially kalau kau kerja 6 hari seminggu & cuma ada hari tu jer untuk kau relaks. The only day.

      Padam
  2. owh...kantoi xbuat kerja...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada. Aku buat kerja lah! dah siap ponnn!! huhu~

      Padam
  3. sempat jugak lu update masa kt opis? powa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang powa nya Ajewan? ini licik. Heheh.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...