Rabu, 31 Julai 2013

Terlajak perahu boleh undur, terlajak tidur, tak turun kerja. :/

Silap. Sungguh silap.

Jam menunjukkan pukul 9:48 pagi waktu tempatan. Guwa baru buka mata. Kepala guwa kepeningan seolah-olah baru ditanduk dan diterajang oleh anak rusa Nani. Guwa cuba ingat apa yang berlaku.

Kenapa guwa masih disini? bukankah sepatutnya guwa berada didalam ruangan pejabat? kenapa keadaan sekeliling sama macam bilik tidur guwa? adakah guwa bermimpi disiang hari? atau bermimpi dimalam hari tapi dalam mimpi itu siang? kepala guwa mula sarat dengan soalan-soalan yang guwa pun tak dapat nak jawab.

Mata guwa melilau mencari telefon pintar guwa, L. Guwa nampak ada 3 panggilan terlepas. Semuanya dari "Syg". Owh, Cik S rupanya. Itupun jam 4 lebih kalau tak silap. Seingat guwa memang guwa ada angkat telefon awal pagi tadi. Cik S kejutkan bangun sahur. Oh, calon isteri contoh. Selain dari tu, tak ada panggilan terlepas dari mana-mana pemanggil lain. Sebenarnya guwa syak takut-takut mana tahu ada rakan sekerja yang buat panggilan tapi guwa tak sedar. Namun, tak ada.

Ini L

Guwa pergi dapatkan telefon pintar guwa yang satu lagi, X8. Kebiasaannya rakan sekerja guwa memang akan hubungi nombor kat telefon ni sebab guwa pasang kad sim Celcom dekat X8. Sungguhpun begitu, tak ada jua. Oh, baru guwa ingat, sorang telefon rosak dan tak dapat dihidupkan. Seorang lagi telefon hilang. Macam mana nak buat panggilan kalau macam tu? kalau ada pun yang seorang lagi (orang yang ketiga) mesti sebab kehabisan kredit panggilan. Itu pasti. Sebab kalau guwa lewat 30 saat pun dieorang akan cuba hubungi guwa. Apatah lagi guwa ibarat mangsa kena culik, dah 4 jam tak ada berita bagi dieorang.

Guwa kembali kepada L. Guwa taip satu pesanan ringkas kepada rakan sekerja guwa. Meminta maaf bahawasanya guwa tak sengaja tak turun kerja. Guwa bagi alasan kenapa. Kemudian, guwa buka aplikasi Mukabuku. Guwa cari rakan sekerja guwa yang satu lagi. Memang guwa tahu sangat dia ni. Mesti ada layan Mukabuku tak kira samada ada kerja atau tak. Sebabnya, guwa pun 5 kali 2 dengan dia jugak. Heheh. Guwa cuba cari dan akhirnya guwa jumpa. Mesej guwa sama seperti pesanan ringkas tadi, sama jer fesyen ayat yang guwa pakai. Ini bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sama dan tiada berlakunya percanggahan maklumat disitu. Kalau maklumat bercanggah, maksudnya ada yang tak kena.

Setelah guwa pasti mereka-mereka ini dapat maklumat yang sohih dimana lokasi dan bagaimana keadaan guwa sekarang, barulah guwa boleh menarik nafas lega. Jadi, guwa pun tak la berasa ibarat bergantung tak bertali. Tahu tak macam mana perasaannya itu? kalau tahu takpe. Guwa pun tak tahu nak terangkan macam mana perasaannya. Baiklah, guwa rasa seperti nak menyegarkan diri terlebih dahulu. Ada baiknya guwa pergi mandi. Nanti, kalau ada masa guwa akan kemaskini lagi entri guwa. Oleh itu, sehingga berjumpa lagi.

Assalam~ dan selamat tinggal.

*pelik tak ayat entri guwa? guwa saje jer tak nak jadi warga Anglofill (betul ker ejaan guwa?) kali ini. Hehe.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 30 Julai 2013

Tak Sangka...

Sharmila, nama yang tak asing lagi bagi Amran. Dia lah cinta hati pengarang jantung, putih-putih melati merah-merah delima dan semanis kurma baginya. Tanpa Sharmila hidup Arman tiada bererti. Ibarat bernafas didalam lumpur, sesak dan tiada udara.

Namun kini, itulah yang Arman rasai. Pedih, sangat pedih terasa. Arman tidak menyangka perkara ini akan terjadi. Kejadian yang terjadi setahun yang lalu masih lagi menghantui dirinya dari hari ke hari. Dia tidak menyangka Sharmila bertindak sedemikian rupa. Pun begitu, kenangan indahnya bersama Sharmila turut mencengkam rasa. Semuanya bagai menekan jiwa Arman. Cubit peha kiri, pinggul kanan terasa gatal, itu lah yang Arman rasa.

Semuanya bermula dengan kejadian malam itu. Arman kerja lebih masa dan tak dapat balik awal berbuka puasa bersama Sharmila, isterinya yang tercinta.

"Syg, abg OT mlm ni. Bos abg mntk abg tlng bg mkn ikan emas kat opis ni. Lpas abg bg ikan mkn, abg balik. Syg awak ketat2"

Lebih kurang begitu la pesanan ringkas yang tak berapa nak ringkas dari Arman. Akan tetapi, tiada balasan dari Sharmila. Marah mungkin. Ataupun kecewa. 10 minit kemudian, hempon pintar lah sangat Arman berbunyi. "Trutt trutt.. trutt trutt..". Owh, SMS rupanya. Ingatkan ada panggilan tadi. Arman tengok dan baca SMS tersebut. Dari Sharmila. Ringkas sahaja balasannya. "K". Itu jer. Sekeping huruf yang membuatkan jantung Arman tak tentu arah mengepam darah. Peluh mula memercik ibarat air yang memancut keluar dari batang paip yang bocor. Dengan kadar segera, Arman memberi makan ikan emas bos nya walaupun sebenarnya belum tiba masanya.

Arman meluncur laju dengan kereta barunya. I mean, kereta yang baru disewanya pagi tadi. Mercedes mewah milik Saipul Behari [GAMBAR]. Sesampainya dirumah, Arman pergi dapatkan Sharmila.

Namun...

Alangkah terkejutnya Arman apabila melihat Sharmila.. melihat Sharmila bersama Max.. tsk.. tskk.. tskk... sedang berbaring... dengan Max sedang mencium pipi Sharmila.

Owh ya, Max adalah kucing milik Arman dan Sharmila. Kenapa Max cium pipi Sharmila? sebab mulut dan pipi Sharmila penuh dengan... benda ni. [GAMBAR]

*Kenapa guwa takleh post gambar? :/
**lama dah guwa tak buat citer. Saje jer buang boring. Huhu~
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 29 Julai 2013

Servis lambat punya.. -.-"

Semalam adalah dating berbuka bersama yang agak awful dan spoiled buat guwa dan Miss S. Ini adalah gara-gara servis yang agak lambat semasa nak berbuka semalam. Kitorang tunggu sejam lebih untuk makanan yang kitorang pesan. Air pun ambik masa yang agak lama nak sampai. ABC guwa apatah lagi. Guwa perati kiri kanan, ada beberapa orang customer dah mula muka berkerut dan resah. Tambah pulak dengan rengekkan budak kecik salah sorang customer kat situ.

Semalam bukannya first time guwa makan kat situ. Sebelum ni pernah gak member guwa bawak makan. Miss S pun baru lepas makan kat situ dua minggu lepas. Tapi dia kata tak la macam semalam dieorang punya servis. Paling guwa tak suka tu bila kitorang dah selesa duduk few minutes kat situ and kitorang tengah nak order, boleh pulak sorang brader yang keje kat situ bagitau awek yang amik order kitorang mintak kitorang pindah. Peh! padahal brader tu nampak jer kitorang nak duduk kat situ. Bile kitorang dah selese baru nak mintak pindah. Pokemon betul! atleast letak ler papan tanda ker takpun sehelai kertas A4 atas meja tu dan tulis kat situ "BOOKED". Takdela kitorang sibuk-sibuk nak duduk situ. Hish! guwa bukan apa, kat situ area pondok so kira lebih private la. Last-last kitorang duduk meja makan biase jer sebab semua pondok tu dah fully booked. :/

Guwa bagitau Miss S, ni first and the last la makan (dating) kat sini. Serious tak berapa best dan Miss S pun macam setuju gak. Die lagi kesian. Lama tunggu Ice Lemon Tea. Heheh. Sorry babe. Serious kitorang tak expect benda macam ni jadi. Kalau kitorang tahu, confirm la kitorang datang lagi awal. Semalam tu pun kitorang buang masa sebelum gi situ. Jalan-jalan shopping la kononnya.


Dah lah. Nanti tak pasal-pasal pulak guwa emo lebih bila ingat pasal kejadian semalam tuh. Hmm. Till next time y'all. Bye~
Published with Blogger-droid v2.0.10

Boleh tak korang teka?

Selamat pagi semua!

Guwa tahu, awal-awal pagi di awal-awal minggu terutamanya hari Isnin adalah sangat-sangat layu dan tak bersemangat. Bukan sebab puasa (jangan jadikan puasa alasan!), sebenarnya benda ni dah sebati dalam diri kita sampaikan hari Isnin dilabelkan sebagai Monday Blues. Come on man, hari-hari adalah sama. Normal la rasa berat sikit sebab masih permulaan lagi, kan? jadi, awal pagi ni guwa nak share satu gambar yang menarik minat guwa sebagai apa orang kata merelease-kan sedikit ketegangan tentang impression terhadap hari Isnin.

Guwa dapat gambar ni dari Churp Churp yang juga dishare dari Awesomephilia. Think you can guess it? kalau korang rasa hebat, jawab diruangan komen. ;)

HINT : SUPERHERO

Image credit to : Awesomephilia






Sabtu, 27 Julai 2013

Terasa sebak bila...

Guwa paling pantang dan paling tak suke bila tengok rancangan Bersamamu kat tv3. Apa-apa jer rancangan yang seumpama tu guwa tak berapa nak berkenan. Bukan apa, disebalik ketampanan dan kemachoan guwa, hati guwa ni sebenarnya mudah nak tersentuh. Hati guwa ni lembut sebenarnya. Lagi lembut dari lintah darat (mende?). Bila guwa tengok rancangan seumpama tu, mula la lantai rumah guwa nak banjir. Mak guwa pun tak larat nak mop lantai tu. Sampaikan guwa sendiri hampir lemas dalam kolam air tangisan buatan guwa sendiri. Sebab tu la guwa malas nak layan. Kalau layan.. tsk.. tskk.. iskk.. hmm.
Tapi itu tak menghalang guwa dari mempromosi niat murni Lifebuoy ni. Guwa rasa terpanggil la nak ungkapkan sepatah duwa kata mengenai program yang dieorang jalankan. Guwa nak citer panjang lagi tapi apakan daya, tak tertahan dah guwa ni. Sebak sangat terasa didada guwa. Ni pun guwa tahan sebaik mungkin. Guwa perasan beberapa titisan air mata mula menitik atas meja guwa. Tsk.. tsk.. tsk..

Apa-apa pun, berita selanjutnya kat sini, Don't leave the less fortunate behind this Ramadan! Ianya mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal dalam menjaga dan mendidik anak-anaknya serta cabaran yang diharungi menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma. 


Guwa nak masuk jamban. Nak nangis lama-lama kat dalam tu. T^T

Jumaat, 26 Julai 2013

Bahaya smartphone kepada kita.

Guwa yakin, ramai antara korang yang dah maju ke depan seiring dengan peredaran masa kini. Dan guwa juga percaya, kebanyakkan dari kita memang ada memiliki smartphone walau sebijik. Yang lagi advance mungkin ada dua bijik atau lebih. Betul?
Disebabkan kebanyakkan smartphone sekarang memang pakai konsep touch screen (ker screen touch?) iaitu semuanya melibatkan aktiviti sentuh menyentuh skrin, sekaligus sebenarnya dah mendedahkan kita kepada ancaman. Seperti yang kita maklum, aktiviti sentuhan ni melibatkan kulit. Kadang-kadang, bakteria, minyak, tahi hidung akan melekat pada kulit khususnya permukaan jari. Jadi bila kita menyentuh skrin handphone, secara langsung benda-benda asing yang guwa mention tadi akan berpindah ke skrin. Later on, akan pindah pulak ke pipi korang semasa korang sedang buat panggilan. Tak giler ape tu? tak percaya? masih tak nak percaya? okay, guwa tak nak buang masa, korang check it out sendiri kat sini, Your Smartphone Might Giving You Pimples. Guwa harap lepas ni, korang akan jaga kebersihan handphone korang dan please la jangan jadi pengotor (tetibe).

Gara-gara secebis gambar

Kalau sebelum ni aku ada kongsi mengenai seramshit (baca SINI), ada lagi satu akaun twitter yang wajar untuk engkorang ikut kalau engkorang jenis yang gemarkan baca mengenai kes-kes atau kisah yang rare (kisah yang famous pun ada). Nama akaun tersebut adalah @twt_asasi. Sama seperti seramshit, twt_asasi pun jenis akaun yang bertukar-tukar curator. Cuma bezanya twt_asasi bertukar curator seminggu sekali. Jadi setiap curator akan curate akaun tersebut selama seminggu. Kebanyakkan curator adalah dari kalangan pelajar jurusan undang-undang. Jangan tanya kenapa. Kalau engkorang masih curious, sila tanya mereka.

Aku tertarik dengan kes yang dikongsi semalam. Mungkin ramai yang tahu pasal kes ni tapi yang pastinya aku antara sebilangan manusia yang tak tahu menahu langsung mengenai kes tersebut hinggalah twt_asasi kongsikan semalam. Ianya adalah mengenai satu kes yang dikategorikan dibawah kes jenayah siber. Kes Amanda Todd.

Kenal Amanda Todd?


Mengenai latar belakang Amanda Todd, tak banyak yang diceritakan. Pendek kata, Amanda hanyalah seorang pelajar normal seperti pelajar-pelajar yang lain. Kes ni bermula dengan sebuah perbualan kosong diruangan chat. Dalam ruangan tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali mula menyapa Amanda. Lelaki itu jenis yang memang pandai, bijak dan manis mulut. Setelah agak lama "berchatting", lelaki tersebut mula minta sesuatu. Dia minta Amanda tunjukkan buah dadanya (betulkan aku kalau aku silap). Amanda ni pula termakan la pujuk rayu lelaki tersebut. Dia pun bagi la tanpa memikirkan consequence yang bakal berlaku.

Ingatkan semuanya tamat disitu, namun ternyata tidak. Beberapa hari selepas tu, dia datang lagi kacau Amanda. Kali ni dia minta Amanda berdiri didepan kamera tanpa seurat benang pun. Tapi bukan untuk ambil gambar tetapi hanya untuk tayangan secara langsung sahaja. Webcam purpose only. Rasa macam pelik, Amanda tolak la permintaan lelaki tu. Macam aku kata tadi, lelaki tu bijak, dia gunakan gambar Amanda tempohari sebagai alasan untuk mengugut Amanda. Disebabkan takut gambar tempohari tersebar, Amanda terpaksa akur. Pun begitu, dasar memang lelaki jenis pembelit, dia tu tetap sebarkan gambar itu.

Sejak gambar buah dadanya tersebar, Amanda jadi tertekan. Ini kerana perkara ni dah sampai ke pengetahuan ahli keluarga Amanda serta rakan-rakannya satu sekolah. Disebabkan peristiwa tu, Amanda mula di-bash dikalangan budak-budak sekolahnya dan sering dilemparkan dengan panggilan nama-nama yang kurang menyenangkan, dicaci dan dihina. Bukan setakat disekolah, malah diruangan maya pun Amanda turut kena bash.

Terdesak dan rasa tertekan, Amanda cuba hubungi bekas teman lelakinya. Semua benda dia cerita. Dari A-Z. Malangnya buat Amanda, bekas teman lelakinya itu pun dua kali lima dengan lelaki yang sebarkan gambar buah dadanya. Bekas teman lelakinya cuba mengambil kesempatan diatas masalah Amanda. Dia minta Amanda untuk melakukan hubungan seks. Perkara ni bukan sekali dua. Mungkin lebih dari itu. Tahu mengenai hal ni, ibu bapa Amanda bawa dia pergi berjumpa pakar terapi (atau pakar kaunseling, aku lupa). Akhirnya selepas beberapa pertemuan, mereka disarankan untuk pindah dari situ dengan harapan supaya Amanda boleh menjalani hidupnya tanpa perlu berdepan dengan pelajar-pelajar sekolahnya sekaligus mengurangkan sedikit tekanannya.

Menjalani hidup ditempat baru, semuanya bagaikan kembali seperti sedia kala. Amanda tak lagi tertekan dan dia dapat bersosial tanpa diganggu oleh masalahnya sebelum ini. Tapi, rupanya masalah tersebut muncul sekali lagi. Lelaki yang mengugut Amanda dapat kesan lokasinya yang terkini. Kalau tak silap, dia cari menerusi rakan-rakan persekolah Amanda. Entah macam mana, perkara yang terjadi sebelum ni terjadi lagi sekali. Amanda mula dipulau dan disisihkan. Dicaci, dihina sekali lagi. Dia kembali tertekan.

Dipendekkan cerita, Amanda bertindak untuk bunuh diri. Tetapi sebelum itu, dia sempat rakam satu video berdurasi lebih kurang 9 minit, menceritakan bagaimana semuanya berlaku. Enkorang boleh cari di youtube. Rasanya video tersebut masih ada. Boleh juga guna wiki. Ada diceritakan mengenai kes Amanda ni. Amanda akhirnya menggantung dirinya sendiri dirumah kediaman mereka. 

Sadis, kan? jadi kepada engkorang yang suka sangat nak nganjing-nganjing, trolling dan bash orang kat internet, boleh jadikan kes Amanda ni sebagai teladan. Berpada-pada la kalau iya pun. Engkorang kena ingat, apa yang kita buat kat orang lain suatu hari nanti akan jadi menimpa kita sendiri.

"What goes around, comes around..." right?


Rabu, 24 Julai 2013

Kau orang android user?

Pergh! guwa rasa guwa dah terlebih attach dengan handphone baru guwa. Sekarang ni pun guwa update entri through handphone. Kalau diikutkan, nak jer guwa buat drawing pakai handphone. Masalah ni, masalah. Bale bale. Macam mana nak settlekan masalah ni? owh ya, kalau guwa typo, maafkan guwa. Almaklum la guwa menaip guna skrin sesentuh. Typo mypo tu biase ah. Buat tak nampak sudah. ;P

Korang pakai android? guwa pakai android hampir 2 tahun. Android yang mula-mula guwa pakai adalah android 2.1 Eclair. Lepas tu, guwa rasa gatal jer nak goda phone. Opps! maksud guwa, godam. Hack tahu? biasanya untuk android user, dieorang guna terms rooting. Benda yang sama jer. Guwa upgrade android guwa jadi 2.2 Froyo. Agak lama gak guwa pakai. Tapi lepas 2.3 Gingerbread keluar, guwa rasa nak update lagi tapi tak berani sebab tak tahu samada version tu stable atau tak. Last-last, guwa mintak member guwa yang upgrade jadi 2.3. Sekarang ni, semenjak guwa beli handphone baru* last week, guwa pakai 4.1.2 Jelly Bean (baru lagi kott. ;p). So far, yang terbaik guwa experienced secara hands on.

*Miss S, mohon jangan rasa menyampah. Please lah jangan. ;)

Guwa rasa guwa dah lama pakai android. Walaubagaimanapun, guwa masih tak dapat nak memahami macam mana android ni beroperasi. Guwa tak dapat nak sync kan dalam kepala hotak guwa. Guwa rasa guwa punya logic dan android punya logic, tak sama.

Okay, sebagai seorang pengguna android, masalah yang paling frequent dihadapi (majority) adalah masalah lagginess dan bateri cepat drain. Betul tak? kalau korang android user, korang tahulah. Masalah ni memang sentiasa melanda. Tak kisah la apa device yang kau orang pakai. Sebenarnya dua masalah ni berkait rapat sebenarnya. Tak la rapat sangat. Bau bau bacang jer. Sepupu sepapat dua kali.

Secara logik, semakin banyak apps (aplikasi) yang kau bukak, semakin lagging lah handphone tersebut dan semakin besar la penggunaan bateri. Itu kalau ikut kita punya logik. Akan tetapi, hari ini baru guwa tahu yang sebenarnya android tak beroperasi macam tu. Guwa seorang pengguna Windows (Win) dan guwa assume most of us are. Kita kan typical Malaysian, harusla sama. Hahah. Tapi android bukan based on Win tapi based on Linux OS. Okayy, guwa nampak ada yang berkerut dahi. Tak faham lettew. Windows dan Linux adalah OS (Operating System). Alaa, korang tahu Windows, kan? Linux tu macam tu aa cuma cara dia beroperasi lain sikit.

Android ni direka berdasarkan Linux. Konsep dia macam ni, korang bukak apps, lepas tu korang tak quit atau exit properly sebab korang tak jumpa butang exit. Korang terus shortcut gi home dan bukak apps lain pulak. Meaning dah 2 apps yang running, betul? actually ya dan tak. Okay, apps yang korang running mula-mula tu memang running tapi dia running dengan penggunaan very very minimal. Seumpama macam dia tak running. Tapi ada dekat background sebab nanti kalau korang bukak apps tu, apps tu dah ready untuk digunapakai. Berbanding kalau korang kill apps tu, bila korang bukak balik, dia akan take 2~3 second malah sometimes 1 minit atau lebih baru berfungsi. Sebab tu tak digalakkan untuk pakai apps yang boleh Autokill. Tak berapa nak berbaloi. Berbeza dengan Windows dimana once korang bukak apps, lepas tu korang shortcut gi home dan bukak apps baru, apps yang mula-mula korang bukak tadi tu still running macam biasa.

Jadi kenapa android phone boleh lagging?

Sebenarnya banyak faktor yang boleh mempengaruhi kelagginess handphone korang. Guwa nak tekankan mengenai apps jer kali ni. Yang lain korang boleh google sendiri. Okay, setiap kali korang bukak apps. Ianya akan diregister dengan different user. Meaning different apps, different user. So, kalau satu apps crash, freeze, lagg. Hanya apps tu akan mati. Takde efek keseluruhan system tersebut. Mostly lagging adalah disebabkan software. Samada tak compatible dengan hardware, ataupun belum stable lagi. So bila bukak certain apps, phone jadi lagging.

Bateri drain pulak macam mana?

Bateri drain biasanya disebabkan oleh services. Wi-fi, bluetooth, data adalah antara yang kuat makan bateri. Kalau korang nak conserve bateri korang, kena la tutup service yang tak dipakai. Lagi satu, brightness juga antara faktor yang makan bateri korang selain wallpaper bergerak (Live Wallpaper) dan apps. Ya, apps makan bateri. Tapi macam guwa kata tadi, apps yang running kat background adalah sangat-sangat minimal penggunaannya. So, takde lah drain bateri sangat.

Okaylah, guwa rasa ada baiknya guwa mengundur diri. Guwa dah mula rasa mengantok nih. Guwa nak tido jap memandangkan guwa tak dapat nak lunch. So, till next time brader & sista.

Sekadar hiasan

Selasa, 23 Julai 2013

Suka cerita seram

Takut? penakut? heh. Sejujurnya dalam diri guwa ni ada sekelumit  sifat penakut. Ianya dah built in dalam diri guwa sejak sekian lama. Takut hantu tu memang ada cuma levelnya tak sama la waktu sekarang ni dengan tatkala guwa masih berusia 10 tahun suatu ketika dahulu. Guwa even pernah berlari masuk bilik bila guwa tengok satu video clip Metallica (guwa dah tak ingat apa nama lagu tu) sebab dalam video clip tu ada nenek dan dia keep on nyanyi "na.. na.. na.." dalam versi yang agak creepy. Serius guwa cuak. Masa tu guwa kecik lagi. Kakak saudara guwa la yang gemar bukak channel MTV tuh. Tup.. tup.. lagu tu pulak main.

Sekarang ni pun sama. Kadang-kadang kecuakkan boleh melanda tanpa guwa sedari. Nak kata guwa berpengalaman dengan makhluk paranormal a.k.a makhluk halus/hantu ni, takde lah sangat. Tapi selama guwa hidup diatas muka bumi ni, tipu la kalau guwa kata guwa tak pernah kena kacau. Guwa pernah kena kacau dekat rumah guwa sendiri. Betul, serius guwa tak tipu. Ini memang betul-betul dan bukannya rekaan. Tapi bukan pasal tu guwa nak cerita sekarang nih. Maybe next time okay.


Walaubagaimanapun, guwa gemar membaca atau mendengar kisah-kisah hantu/seram. Normal lah kan? kita suka benda-benda yang thrill. Kalau takut hantu, baca kisah hantu. Kalau takut degree spec naik, pergi tenung monitor lama-lama tak pun membaca dalam gelap. Kalau takut sakit, pergi merokok takpun tak payah makan ubat. Itu lah guwa. So, haritu, guwa ada follow satu account dekat twitter dengan tweethandle bernama @seramshit. Kalau korang ada account twitter dan gemarkan kisah seram, guwa sarankan korang follow account tersebut. Guwa dapat tahu pasal ni pun dari Miss S. Dia selalu cerita dekat guwa cerita-cerita yang seramshit tu kongsikan.

Kalau tak silap guwa, setiap malam akan ada curator yang berbeza-beza handle account tersebut. Dengan itu, kisah yang diceritakan akan berbeza-beza dan sentiasa akan ada kisah yang nak dikongsikan. Serius, cerita yang dieorang ceritakan tu ada antaranya adalah dari pengalaman diri sendiri, mind you okay. Dan ada antaranya hanyalah cerita-cerita dari mulut ke mulut orang lain. Jadi, ada la tokok tambah disitu dan kesahihan agak diragukan. Bagi guwa, guwa lebih suka baca kisah yang berkisarkan pengalaman sendiri. Sebab kisah tu jarang didengari dan kita boleh tahu directly dari orang itu sendiri. Kalau yang dicerita oleh ramai orang, mesti cerita tu dah femes (siap ada  filem lagi) so kurang sikit thrill unless guwa tak pernah dengar/baca/tengok filem tu sendiri.

Guwa tahu, sekarang bulan puasa. Ramai yang tahu atau fikir semua syaitan dan jin diikat. Korang pasti ker? kalau dieorang kena ikat pun, adakah korang tak akan kena kacau? seramshit ada kisah dieorang tersendiri.

Oh ya, biasanya dieorang akan update waktu tetengah malam. Guwa sarankan korang baca dekat timeline dan jangan baca dekat page profile dieorang kat twitter kalau tak nak... err.. ikut korang lah. Heheh.

Khamis, 18 Julai 2013

Rebranding blog

Hasil dari beberapa kali perjumpaan bersama dengan ahli lembaga pengarah serta beberapa ekor shareholder yang terlibat, kami telah memutuskan untuk mem-branding semula blog ini. Ini selaras dengan permintaan yang tinggi daripada pembaca-pembaca senyap dan misteri blog. Kami cuba sedaya upaya kami untuk memuaskan hati semua pihak walaupun kami tahu ianya adalah sangat mustahil. "Haters gonna hate" dan "beliebers gonna believe". Dengan itu, tindakan susulan dari pihak kami akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Hanya retak menanti belah sahaja lagi.

Dikesempatan ini juga, pihak kami ingin mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih thank you daun keladi diatas maklum balas yang diberikan oleh para pembaca. Kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada anda semua. Tak kisah lah samada pembaca tegar, separa tegar atau spesis yang hanya membaca entri sekali-sekala. Kami sayang anda semua. Betul, kami tipu.


Akhir kata, sekiranya ada lagi cadangan bernas yang lain, bolehlah diajukan dilaman facebook fan page blog [KLIK SINI] ataupun hantarkan email anda ke mzneo_mizi@yahoo.com.my. Kami akan cuba melayan luahan perasaan, ketidakpuashatian serta komen yang membina daripada pihak anda.

Sebelum kami mereverse diri, izinkan kami bermadah helah. Dimana ada kemahuan, disitu ada keambilan. Pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang. Putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati..

Ok bye bye~

Rabu, 17 Julai 2013

Apa ni???

Harini rasanya kemalasan guwa up naik satu level lagi. Guwa malas nak update. Tapi guwa update kat sini bagitau yang guwa malas nak update. Adakah ini dikira satu update walau pada mulanya guwa tak berniat nak update apa-apa pun? terupdate kah entri guwa yang tak membawa apa-apa erti ini?

Guwa bosan dowh. Tengah tunggu masa nak balik sebenarnya ni. Huu~

Selasa, 16 Julai 2013

Kena culik sebab...

Hai semua, apa khabar? assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat menyambut Ramadhan hari yang ke-tujuh. Tak terasa kan? sekarang dah masuk seminggu dibulan Ramadhan Al-Mubarak. Macam mana dengan puasa korang? mantap? atau sentap? apa-apa pun, kita cuba lakukan yang terbaik okay? niat kena sentiasa lakukan yang terbaik bro. Ingat tu.

Awal pagi lagi guwa ada terbaca kisah yang dishare oleh abam Boni Kacak dekat Facebook mengenai seorang remaja cina yang dilarikan atau diculik oleh lapan orang lelaki (dipercayai melayu) di Shah Alam. Bukan setakat tu, badannya siap diconteng lagi. Kalau korang yang tak tahu cerita, mesti korang kesiankan budak cina tu dan anggap perbuatan lapan orang lelaki tu tak patut, ye tak? rileks bro, jangan cepat melatah. Nenek member guwa kata, theres always reason for everything. Kalau korang yang tak pass bahasa inggeris tu biar guwa tolong terjemahkan dengan bantuan pemahaman english guwa yang sekadar mendapat band 3 dalam MUET. Maksudnya adalah untuk setiap perkara, mesti ada sebab kenapa ianya berlaku. Guwa percaya apa yang nenek member guwa kata ni adalah 80% betul. Mana lagi 20%? lain kali la guwa cerita. Tak larat guwa nak explain kat sini.

Okay, berbalik kepada cina tadi. Kenapa dia diculik dan apa motif penculik tersebut menculik dirinya? dah lama tinggalkan sekolah, bahasa guwa pun tunggang langgang. Hampeh betul!

Mangsa, Ng Munn Tatt, 24, dikatakan diculik pada seawal jam tiga pagi ketika sedang makan bersama teman wanitanya. Walaubagaimanapun, teman wanitanya tak diapa-apakan tambahan pulak semua barang berharga miliknya diserahkan kepada teman wanitanya. Lepas tu mangsa pun melarikan diri bersama lapan orang lelaki terbabit. See? ayat guwa tunggang langgang lagi. -.-"

Guwa tak tahu apa yang terjadi, namun dari apa yang guwa baca, mangsa dikatakan dilarikan ke dalam hutan dan kemudiannya ditinggalkan keadaan berbogel dilebuhraya. Terdapat kesan lebam pada wajah mangsa (dari gambar yang guwa nampak) dan yang paling ketara sekali, pada badan mangsa ditulis "SAYA HINA AGAMA ISLAM".

Bila kaji punya kaji, rupanya mangsa ni memang mengaku ada menghina orang melayu dan Islam dilaman sosial seperti Facebook dan Twitter. Tak cukup dengan tu, dia mengaku pernah campakkan bangkai babi didepan surau dan rumah orang Islam untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Pergh! memang dashyat niat dan motif mamat nih.

Bro, sebagai seorang warganegara Malaysia, ko patut tahu yang agama Islam adalah agama rasmi negara dan isu agama merupakan isu yang agak sensitif. Kalau ko pergi serang isu sensitif kepada minoriti pun ko masih salah apa lagi kalau ko memang serang yang majoriti. Tak gila apa tu? bagi guwa tindakan yang dikenakan ke atas mamat ni masih lagi berperikemanusiaan (walaupun agak melampau sedikit) tapi belum teruk lagi. Nasib baik dieorang tulis kat badan mamat tuh. Kalau dieorang ukir? pergh! suddenly guwa teringat cerita Inglorious Basterd, part Lt. Aldo Raine ukir swastika (simbol nazi) kat dahi Hans Landa sebagai tanda dia merupakan bekas askar nazi suatu ketika dahulu.

Dah lah. Anggap la ini suatu pengajaran. Jangan sampai ada yang buat perkara lagi teruk lagi lepas ni. Tambah pulak sekarang bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Respect la sikit. Setuju?

Sabtu, 13 Julai 2013

Nak jugak update...

Hari keempat bangun sahur. Hampir terbabas. Ada belen dalam 7 menet lagi nak imsak. Guwa sempat jamah kuih batik jawa 2 bijik, kurma sebijik dan rokok setengah batang. Dan segelas air teh. Dengan harapan semoga guwa mampu bertahan sampai ke petang berbekalkan iman guwa yang tak berapa nak teguh ni.

Mata guwa dah mengantuk nih. Skrin yang guwa tatap ibarat memerli guwa. Mouse yang guwa pegang dah macam tak termampu nak klik. Keyboard pun asyik typo memanjang. Dah bermacam-macam kaedah dah guwa pakai demi memastikan mata guwa bertahan, namun macam sia-sia sahaja.

Jam dah menunjukkan pukul 10:42 pagi. Yes! ada 18 menet lagi nak lunch time. Memandangkan guwa puasa, guwa nak manfaatkan masa yang ada untuk tidur. z..Z..z..Z..z..Z..z..Z

Rabu, 10 Julai 2013

First day...

Hari pertama puasa. Sehingga kini guwa masih boleh bertahan. Nafsu mengantuk lagi membuak-buak jika dibandingkan dengan nafsu makan. Seolah-olah ada seekor tapir baru baligh sedang duduk diatas kelopak mata guwa sambil merokok. Berat. Lagi berat dari biasa.

Akan tetapi, bila guwa nak lelap jer, secara automatik dalam kepala guwa terbayangkan makanan. Adakah ini..? cinta? hurm.

Dah lah. Tak baik layan lama-lama laman sosial dibulan yang mulia nih. Adalah baiknya kalau guwa gi tidur dulu. Huu~

Apa menu berbuka petang ni ek?



Selasa, 9 Julai 2013

9 Julai...

Harini dah 9 Julai 2013. Tarikh yang nampak macam biasa tapi agak signifikan bagi guwa. Especially adik guwa. 18 tahun dahulu (peh! macam panglipurlara), guwa dapat tahu yang guwa dapat seorang adik, perempuan, mengikut sumber yang boleh dipercayai. Masa tu, guwa tak piker banyak sangat. Perasaan memiliki seorang adik pun guwa tak tahu macam mana. Ye la, guwa mana pernah ada adik sebelum tu. Kalau 'adik' tu ada aa (kalau faham diam-diam sudah).

Saban tahun berlalu. Adik guwa membesar dengan normal. Disebabkan rapat sangat dengan guwa, perangai adik guwa pun serupa lelaki. Nasib baik dia masih mengekalkan appearence sebagai seorang perempuan. Mohon dijauhkan adik guwa dari menjadi seekor tomboy yang cemerlang. Semakin hari semakin annoying pun ada. Tapi, dalam pada itu, adik guwa la teman yang setia. Suka duka tawa tangis semuanya bersama (pergh!). Takde la sampai macam tu sekali. Tapi die memang rapat la dengan guwa.


Bila dah berjauhan macam ni, baru guwa sedar yang guwa sebenarnya sayangkan adik guwa. Guwa terasa rindu pulak dengan dia. Ye la, dia la teman gaduh kat rumah tu. Dia gak tempat guwa meluah prob guwa. Huu~ dah la Miss S jauh. Adik guwa pun jauh sekarang nie. Cakap pasal Miss S, tak lama lagi dia nak balik. Yeay! rindu la nak jumpa. Huu~

Jadi, harini merupakan ulang tahun kelahiran adik guwa yang ke lapan belas. Tak sangka eh, cepatnya masa berlalu. Insya-Allah lagi dua tahun setengah guwa kawen (eh eh? dah gatal dah guwa nih). Dikesempatan ini, guwa nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada satu-satunya adik guwa yang guwa sayang. Semoga dia sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah. Guwa doakan dia berjaya didunia dan akhirat.



Owh, by the way, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Diharap Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelumnya. Amin ya rabbal alamin.



Psst: To Farah, present sila claim raya nanti. Hee~

Isnin, 8 Julai 2013

Bo bo bo bo bosannn...

Kebosanan melanda. Takde keje. Tak tahu nak buat apa. Production zero. Dari pagi tadi asyik buat wayang jer. Tengok member sebelah-sebelah, muke ngantowk jer. Hmph! takde keje jugak lettew~ bukak browser tutup browser, fesbuk, twitter pastu baca artikel yang dishare kat fesbuk. Letih aa.

Don't get me wrong. Guwa bukan pekerja cemerlang. Malah bukan juga seorang pekerja yang beretika. Guwa lagi suka tak buat apa-apa tapi gaji guwa jalan. Tapi kan, kalau guwa dok rumah layan DoTA, guwa rasa masa guwa lagi bermanfaat dan lebih terisi. Kan kan kan?

Lusa dah start puasa bro. Huu~ guwa ingat nak angkat PSP satu aa. Boring boring boleh gak layan game. Heheh. What say you?

Pergh! awek ni layan DoTA bro~ 

Selasa, 2 Julai 2013

Dah Julai rupanya...

Peh! guwa makan masa 32 saat nak sign in blog. Celaka apa tulisan dalam bahasa arab. Ilmu guwa dalam bahasa arab pun masih tunggang langgang lagi. Sepatah apa pun guwa tak faham. Guwa terasa bengang. Hari tu guwa nak layan ERA FM pun tak dapat. Kononnya ERA FM hanya boleh didengari di Malaysia sahaja. Guwa duduk Malaysia lah hoi! apa kes guwa tak boleh nak layan ERA nih? guwa saspek ni mesti google punya kerja. Bila guwa bukak page google, sekali keluar google Afghanistan. Siapa boleh tolong guwa setting benda nih? guwa dah pening tak tahu nak atur macam mana. :/

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk Julai rupanya. Ramadhan dah on the way. Tak lama lagi sampai. Semoga kita semua dapat jumpa Ramadhan sekali lagi setelah setahun tak berjumpa. Guwa rasa cabaran kali ini lagi tough dari tahun lepas. Walaupun tahun lepas guwa berpuasa dekat site. Alhamdulillah lapar dan dahaga guwa dapat tahan. Tapi rasanya tahun ni lagi sukar sebab guwa memang sepanjang masa duduk ofis. Ni la cabarannya. Masa terasa lama bhai. Tambah-tambah pulak pantry dekat belakang guwa jer. Pergh!

By the way, sapa antara korang yang ada akaun RHB Bank? pernah tak ada orang call pasal insuran? guwa pernah dapat call sebelum ni. Guwa musykil laa. Guwa takut guwa kena scam jer. Malas la guwa nak cerita detail.

Oklah. Guwa sajer jer nak update. Takde pape. Chills yaw~ hee~


Babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...