Rabu, 15 Mei 2013

Obsesi seorang perempuan...




Serius, aku tak faham...

Orang kata, perempuan ni ada banyak nafsu. Kalau tak silap, ada 9 semuanya. Salah satunya adalah nafsu untuk bershopping. Lain orang lain ragamnya. Ada yang gemar membeli baju tidur setiap minggu, ada yang pantang melihat bra bercorak animal printed dan tak lupa juga yang tak tahan dengan kasut tumit gergasi 13 inci setengah. Barang kemas? tak payah cerita. Memang 'kemas' lah barang yang ada dikedai tersebut. Licinn. Macam kepala bapak mertua aku bak kata Abdul Wahub. Yang muslimah sikit mungkin akan angkat shawl, pashmina, hijab, niqab, rejab, hisab dan sebagainya. Terkini, yang aku tahu, dieorang gemarkan pattern bercorak tribal. Aku tak tahu kenapa.


Aksesori? pergh! tak payah cerita lah. Dari gelang, rantai, cincin, jam tangan, dildo, anting-anting dan bermacam-macam lagi lah. Bercakap pasal jam tangan, yang nie paling aku musykil sehingga aku terasa nak garu-garu ketiak yang tak berapa nak gatal nih. Aku tak tahu adakah perkara ini normal terjadi dikalangan kaum Hawa tapi yang pastinya aku perasan benda ni dikongsi bersama in common oleh adik aku dan Miss S. Dieorang gemarkan jam tangan. Ya, jam tangan. Dalam satu masa, dieorang akan ada at least 2~3 jam tangan. Nasib baik dieorang tak pakai sekali. Kalau tak, memang nampak macam tiga suku lah. Ye tak?

Tapi serius. Macam last-last week, masa aku pergi bercuti tu aku ada belikan adik aku serta Miss S jam tangan. Alaa, jam murah jer. 12 ringgit jer.. 12 ringgit jer lagi nak 4k. Hahah. Masa tu aku belikan gak walhal aku tahu masa tu Miss S & adik aku memang dah ada jam tangan. Takkan aku nak beli rantai emas kott. Agak-agak laa. So, jam tangan tu pun agak fancy since ada design Rilakuma. Miss S ni minat giler Rilakuma. Rilakuma yang aku kenal, adalah spesis beruang yang nampak comel kaler coklat. Comel, memang comel. Jadi, Miss S pun suka la dengan jam tangan tersebut. Aku belikan untuk adik aku pun jam yang sama, cuma kaler yang berbeza. Itu pun lepas Miss S yang suggest. Balik dari cuti, aku bagi adik aku jam tu, dan dia pun suka jugak. Peh! padahal masa tu ada orang bagi jam berharga 4 rat dekat dia woa. Ini jam 12 hengget pun dah buat dia suka. Serius, aku tak faham.

Lagisatu yang aku perasan, dieorang suka pakai jam yang berbeza setiap kali keluar. Ini logically speaking lah sebab nak kenakan dengan outfit. Plus, takkan nak simpan jam yang tak dipakai tu buat jeruk. Kalau kita kaum Adam ni memang satu tu jer lah yang kita pakai. Aku tak nafikan gak ada yang jenis simpan 2~3 jam tapi only minority laa. Mostly memang akan ada satu jer jam. Takpun, memang tak ada jam langsung since sekarang kalau nak tahu waktu semasa, just perlu refer smartphone jer. Betul tak?

Walaubagaimanapun aku still tak faham dengan obsesi dieorang dengan jam tangan. Aku rasa ada baiknya aku berhenti kerja dan buat pinjaman bank, bukak satu kedai jam. Ahahah. Lepas ni tak payah beli lagi. Pakai jer jam yang ada tu. Heheh.

Dah lah, aku nak sambung layan movie. Bye~


8 ulasan:

  1. mahalnya jam.. nak gak 1.. hana masih di tahap rendah nafsu bershoping ni.. hehe

    mmg rasa mcm nak beli semua. tapi xbeli pun. skdar suka2 ja tengok dan belek2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus! jangan dipupuk nafsu macam tu. Tak baik untuk kesihatan wallet bakal suami. Hahah. :D

      Padam
  2. ada satu lagi yang ko kena tau. ko boleh tanya dan rujuk adik ko n miss s. perempuan ni suka pada halia. dan dorang akan selit halia yang dipotong kecik kat lobang telinga dorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata kau abam Boni. Masalahnya bukan halia dieorang pakai. Bawang besar kott. Hahah. xD

      Padam
  3. jam aku cgek jk..ya pun aku x tauk cne dh tuju..jam po renjes rugged..nok boleh bukak tutup ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun ada jam poranjes lokk. Boleh tuka tuka nya pun poranjes. Aku suka pakey Tommy kaler puteh! *tetiba*

      Padam
  4. erk,sedapnya mengumpat kita lam blog. siap buat entri lagi. -.-'

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...