Khamis, 2 Mei 2013

Ironman 3

A self-described genius, billionaire, playboy, and philanthropist -Tony Stark

Dari haritu lagi guwa nak buat satu entri pasal muvee nih tapi tak berkesempatan. So last week, guwa dan Miss S serta dua orang lagi partner in crime pergi menonton Ironman 3. Last week merupakan tayangan perdana citer tu jadi memang dah dijangka, ruang dewan pawagam akan penuh dengan manusia. Masa guwa dan Miss S beli tiket tu, separuh hall dah booked. Nasib kitorang agak baik dimana sempat untuk beli tiket untuk seat kat tengah. Guwa rasa kalau lambat 15 saat lagi, mesti kitorang dah duduk dibahagian depan dan terpaksa mendongak 2 jam lebih. Gila! tak sanggup guwa.


Showtime pukul 10:20 pm dan kitorang masuk awal kenkonon semangat dan tak sabar nak tengok lelaki besi beraksi. Tup tup show delay ke 10:30 (ker 10:45? guwa lupa) sebab ada masalah teknikal. Pfft! teknikal lah sangat. Entah entah dieorang nak masuk jamban, pergi membuang apa yang patut secara berjemaah. Seperti biasa, sebelum tayangan bermula ada la dua tiga bijik trailer filem yang bakal ditayangkan, dimain. Guwa dapati The Lone Ranger agak menarik. Lakonan Johnny Depp yang mana menjanjikan aksi yang lucu. Plus, guwa syak citer tu adalah aksi komedi. Macam best. After Earth pun boleh tahan. Ada anak beranak the Smith's. Will Smith + Jaden Smith + Sci Fi = lu kiralah sendiri.

Okay! cukup untuk intro. Mari kembali ke topik utama entri ni. Ironman 3, something yang guwa jangka akan menjanjikan aksi yang gempak, superb dan efek yang penuh chaos. Dan yes! Ironman 3 memenuhi citarasa guwa.

Honestly speaking, tak banyak yang guwa tahu tentang Ironman. Kalau bukan sebab Ironman di"live-action"kan, Ironman (2008) dan Ironman 2 (2010), guwa mungkin tak akan tahu kewujudan salah satu watak yang agak penting dalam Marvel's Universe nih. Seriously bila sebut Marvel, dalam kepala guwa akan  muncul Spiderman dan juga Wolverine. Guwa tak tahu kenapa dan guwa tak faham kenapa dua watak ni tak dimasukkan ke dalam The Avengers padahal mengikut kefahaman guwa, kedua-dua watak Spideman dan Wolverine merupakan ahli rekrut didalam The Avengers. Okay, mungkin dieorang nak masukkan watak The Avengers yang asal, itu guwa boleh terima. Tapi guwa harap untuk next sekuel dieorang akan masukkan walau bukan dua-dua, atleast salah satunya masuk laa.

Lupakan hal tu. Kita kembali kepada playboy dan genius yang digemari ramai, Tony Stark atau lebih dikenali sebagai Ironman. Permulaan cerita mengimbau kembali ke masa lalu dimana masa tu Tony Stark belum lagi diculik dan tak pernah terfikir pun akan mencipta sebuah suit besi. Tony bersama dengan saintisnya yang jelita, Maya Hansen. Masa tu, Miss Pepper Potts bukanlah siapa-siapa dalam hidup Tony Stark. Malam tahun baru, 1999, seorang lelaki kurang upaya, Aldrich Killian telah membuat satu proposal yang ringkas, pendek dan padat dan dikemukan kepada Maya lalu dibentes oleh Stark. Sebenarnya tujuan Alrdich adalah untuk mengemukakan ideanya tentang AIM, Advance Idea Mechanics (bukan Anugerah Industri Muzik) dimana ideanya adalah mengenai sel yang boleh dijana semula (betulkan guwa kalu guwa silap). Dimana orang yang kurang upaya (dari segi fizikal) boleh jana sel dieorang semula. Meaning to say, yang takde kaki boleh tumbuh kaki, yang takde telinga boleh tumbuh telinga dan yang takde kemaluan, boleh tumbuh... okay, lu pikerlah sendiri (guwa dah macam Nabil dah.. takpe, alang-alang lu orang kata guwa Nabil, kan?).

Story cut short, sebab nak citer pasal AIM tu memakan masa which is later on dieorang ada buat satu projek dipanggil "Extremis" yang mana Aldrich (yang jauh berbeza dengan yang sebelumnya disebabkan oleh AIM) juga mengemukakan ideanya kepada Miss Pepper Potts. Miss Pepper Potts terima atau tak proposal tu, tu guwa tanak cerita.

Mandarin?

Ya, Mandarin. Apa yang guwa tahu, Mandarin merupakan salah satu musuh ketat yang memang gila-gila ketat dengan Tony Stark. Kalau tak silap, Mandarin pernah menggunakan pattern Ironman kemudian beliau buat satu robot (Ultron rasanya, ker Ultimo) yang hampir sama dengan Ironman. Guwa tak tahu siapa lebih hensem tapi yang guwa tahu, Ironman dah sepak bontot beliau (Mandarin) untuk kesekian kalinya.

Tapi...

Bukan dalam Ironman 3. Mandarin adalah.. err... erm.. macam mana nak cakap eyh? let say Mandarin adalah satu watak yang berbeza dari komiknya. Guwa pun tak tahu sangat actually tapi Mandarin ni nampak lain sikit. Bukan dari segi penampilan, tetapi dari segi perwatakan. Which is why guwa rasa lu patut tonton sendiri kalau nak tahu macam mana.


Okay, kali ni Tony Stark dah up satu level. Lu kena ingat yang latar masa Ironman 3 adalah selepas latar masa The Avengers. Lepas dieorang kalahkan Loki dan hantar semua alien balik kampung dan tak lupa juga dimana Ironman hampir mati, Stark berada didalam keadaan yang sangat tertekan, murung dan jadi lebih protective. Dia even susah nak tidur malam. Jadi waktu yang ada dia gunakan untuk mengupgrade Ironman. Berkenaan dengan up satu level yang guwa mention tadi, Stark dah boleh kawal Ironman tanpa beliau perlu berada disisi didalam suit tersebut. Paham tak apa guwa maksudkan? tak paham, sila pergi tonton Ironman 3.

Untuk sekuel kali ni, serius banyak suit-suit baru dan yang tak pernah guwa tengok, muncul. Semuanya boleh dipandu dengan bantuan Jarvis. Lu tak kenal Jarvis? sila buat ulangkaji pergi tonton Ironman terlebih dahulu. Untuk aksi lawan-lawan letup-letup, guwa boleh katakan yang Ironman 3 ni boleh tahan. Fighting scene juga agak menarik.

Owh, guwa tak mention Harley eyh? Harley adalah seorang budak berusia 10 tahun yang menjadi co-assistant untuk Stark. Kenapa? sebab Stark dah mati. Well, at least itu apa yang orang ramai fikirkan. Stark ugut Mandarin. Mandarin serang rumah Stark. Semua aset Stark hancur. Stark pakai suit Ironman dan terbang sejauh mungkin sampai habis bateri dan akhirnya tersadai beberapa ribu kilometrico jauhnya dari tempat tinggal Stark. Last-last Stark menyelinap masuk ke sebuah rumah dan dia jumpa Harley. Harley tolong Stark dan BOOM! jadilah coco crunch. No, seriously Harley memang tolong Stark. Tanpa Harley, mungkin sukar bagi Stark nak hidupkan balik Ironman tuh, at least tu la yang guwa paham.


Untuk rating citer nih, guwa bagi 8/10. Seriously best dan wajar untuk ditonton 2~3 kali. Guwa pun rasa nak tonton lagi sebenarnya. Owh, tahukah korang yang Ironman 3 ni merupakan sekuel yang finale? that means lepas ni takde la lagi Ironman. Huu~ janganla sedih. Alaa, Superman, Batman & Spiderman dulu pun sama gak. Ada jugak remake. Mungkin versi yang berbeza. Betul tak?

Okay, guwa rasa ada baiknya guwa mengundur diri. Guwa belum bagi lagi tikus rumah guwa makan. Kesian dieorang tak makan lagi dari minggu lepas. Ok lah, until next time. Babai~

Assalamualaikum~

Ciao!

psst : peh! guwa tak mention pasal War Machine eyh? War Machine dah rebranding jadi Iron Patriot. Kah kahkah. Kelakar siot nama tu. Hensem lagi nama tapir jiran guwa.

2 ulasan:

  1. best juak..weh,ko tauk sik,rya En.Suresh ngembak miak JP g diat iron man tk rah sibu..hahahaha..poret sik aku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Suresh ya sapa? waa, best lah pat tangga Ironman ramey-ramey. Aok, ko nang poret. Pa ko sik join juak? menyamar jadi miak JP jap. Huhu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...