Rabu, 29 Mei 2013

Floating ker tak floating?

Sies guwa cuak!!

"Wha..??"

Semalam guwa ada buat fund transfer dari RHB bank ke Maybank. Apa yang buat guwa cuak, dekat RHB bank memang dah tolak la amount yang guwa transfer tu tapi dalam account Maybank guwa takde pulak bagitau yang duit tu dah masuk. Memula guwa act cool dan assume duit tu sedang floating tapi bila guwa fikir lima belas kali, guwa secara suddenly rasa cuak dan gugup. Pelbagai persoalan yang bermain diminda guwa. Guwa takut gak kalau tersalah masuk account. Besar tu amount guwa transfer. RM0.50, tak gila apa tu. Pergh!!

Pagi tadi guwa check sekali lagi mana tahu kot kot semalam mata guwa silap. Biasala kalau dah nama rabun ni, anything can happen. Guwa double check, still sama jer. Jumlah duit dalam account Maybank tu memang tak terusik langsung. Masih lagi lapan ringgit tujuh puloh sen. Guwa nak keluarkan untuk beli rokok pun tak mampu. ATM buat gelak jer tengok guwa berusaha nak keluarkan lapan ringgit tu. Celaka!

Jadi, guwa dengan inisiatif guwa pergi la menggoogle pasal benda ni. Bukan apa, ini first attempt guwa pindahkan duit dari account guwa masuk ke account guwa yang satu lagi. Jadi, guwa takut laa kalau kalau duit tu hilang atau tersalah masuk account. Guwa aware pasal floating, ingat guwa tak sekolah ker sampai benda macam ni guwa tak tahu. Tapi still perasaan cemburu uncertain guwa meracun diri guwa sendiri. Biasanya kalau ada duit yang nak masuk account (Maybank), memang akan ada mention yang duit tengah floating tapi ni takde pun. "Habuk pun tarak.." bak kata keling yang sedang menunggu bas yang tak sampai-sampai lagi dekat sekolah lama guwa.

Berbalik kepada cerita guwa menggoogle tadi, guwa ada la bukak dua tiga forum. Hasil dari penyiasatan guwa tu guwa dapati online fund transfer mengambil masa 2~3 hari dalam kes macam guwa ni. Kalau 3 hari guwa boleh accept sebab dalam Maybank2u cuma floating 2 hari atau 1 hari jer yang dieorang akan bagitau dan highlight. Apa yang guwa risau sekarang ni kalau floating dua hari, sedangkan dekat Maybank2u guwa takde tanda-tanda pun yang duit sedang terapung-apung nak masuk account. Risau guwa ni.

Jadi sekarang siapa yang boleh tenangkan guwa dan bagitau guwa apa yang guwa dah buat ni betul? dan guwa adalah sangat poyo sebab cuak secara sendiri tanpa sengaja. Siapa yang volunteer? siapa?

*please komen kat bawah kalau tak puas hati =)

XOXO (pergh!!)

19 ulasan:

  1. nakpa ta kw ya?hahahaha..tp maybank sik bagus org pdah..slalu duit nak lesap..ntah g cne..kemboja kali..mih3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bingong ku pok. Pat ratus ditransper aku. Mok sik gila. Nasib betol ku polah. Pagi tadik ku ngecek acc Maybank, selamat duit ya ada. Entah lah, aku rasa duit ya pergi Trinidad & Tobago kali. Muahahahah.

      Padam
  2. bukan biasa dia akan hantar emel ke? rilek braderr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bro~ tapi dalam email tu tak mention no acc yang aku transfer. Aku pun menggila sendiri. Macam-macam dah aku fikir. Nasib baik duit tu dah masuk. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...