Selasa, 26 Februari 2013

Tiba masanya...



"Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow.."

Lebih kurang 4 bulan lebih dah berlalu dan kini tiba masanya untuk berpisah. Untuk sementara atau selamanya, aku tak pasti. Tipulah kalau aku kata aku tak sedih. Even aku nak buat kerja pun susah sekarang ni. Tak dapat fokus. Rasa down pun ada. Aku perlu sesuatu untuk motivate aku.


Rasanya dah banyak kali aku keluar masuk ofis kononnya nak pergi toilet. Padahal aku sebenarnya tak dapat nak fokus buat kerja. aku benci la fefeeling macam ni. Aku tak suka. Its not my style. Tapi masalahnya, aku tak dapat nak deny perasaan ni. Tetiba rasa sebak dan sedih. Benci!

"Perpisahan itu, selalu terjadi kepada insan yang.. CUTT!!"

Tiba-tiba, segala kenangan dan memori yang diluangkan bersama selama 4 bulan muncul dalam kepala. Aku.. aku..

Dah lah. Aku tak dapat nak teruskan lagi. Sorry~

"An empty shell
I used to be
Shadow of my life
Was hangin' over me.."

Madcon - Beggin you

Goodbye you~

Rabu, 20 Februari 2013

Muka macam retis?


Aku tak tahu kenapa tetapi lately dah tiga orang tegur muka aku macam muka Nabil RL. Tak pasti adakah ianya satu pujian atau sekadar gurauan kasar sahaja. Itu pun loosely based on profile pic yang aku pakai sekarang (*sila rujuk pic sebelah). Macam muka Nabil ker? korang rasa macam mana?

Sebelum sebelum ni pun ada orang tegur muka aku macam Ally Iskandar. Pulak dah. Ni Miss S punya pasal laa. Dia yang kata muka aku macam tu. Tapi ada jugak member lain yang kata benda yang sama jugak. Hurm. Tapi masalahnya...

Kenapa tak Keanu Reeves?? takpun Aaron Aziz??

Kenapa? KENAPAAA??

Isnin, 18 Februari 2013

Its not about the money, money, money



Baca tajuk entri aku ni mesti korang akan teringat lagu Jessie J-Price Tag kan?

Kalau dulu, aku ingat only money matters. Bagi aku, aku tak kisah apa kerja sekalipun, janji hujung bulan dapat bayaran kaw kaw, aku ok jer dengan kerja tu. Masa tu dalam kepala hanya ingat duit jer. Kalau ada banyak duit, aku boleh beli macam-macam benda dan secara tak langsung, aku akan rasa happy.

"Money can't buy happiness, but without money, you surely won't be happy."

Setuju tak dengan quote diatas? bagi aku, ada betulnya jugak. Dalam dunia sekarang, kalau tak ada duit, memang susah nak hidup. Jadi dari situ, aku anggap yang duit (yang banyak) itu satu keperluan. Untuk dapatkan duit yang banyak, kena la cari kerja dengan gaji yang lumayan.


Tapi ternyata aku silap. Its not the only thing that matters. Banyak lagi benda yang kita kena berikan perhatian selain fokus kepada duit jer. Family, keselesaan bekerja, masa, jaminan kerja, keselamatan dan bermacam-macam lagi la yang patut kita bagi a thought or two jugak. Jangan asyik ingat duit, duit, duit jer. In the end, duit tu tak stay pun dengan korang bila korang dah 'takde' nanti.

Haritu aku baru tengok movie The Devil's Advocate. Seriously, movie tu sedikit sebanyak bukak minda aku. Dari cerita tu, aku dapat pengajaran yang money and fame isn't everything. Boleh jadi, ianya satu ujian untuk kita. Its a test, just a test. Dalam cerita tu, its a test of faith.

Wang bukanlah segala-galanya. Jangan sebab wang, korang jual 'jiwa' korang. If you know, what I mean...

Ok lah. Nak sambung buat kerja balik. Bye~

Sabtu, 16 Februari 2013

Dunia sekeliling kita...

Semalam, member aku ada share gambar baby yang kena toreh pisau dekat lengan, tangan & kaki. Seriously masa tengok gambar tu, bulu-bulu kat tengkuk aku mula berdiri. Ada perasaan semacam "eeriee" la. Sadis aku tengok baby tu diperlakukan sedemikian. Dekat caption tu ada mention benda tu dilakukan oleh Regim Basyhar, something like that la. Dah kenapa? dan kenapa mesti baby tu yang jadi mangsa? bagi aku, tak ada seorang pun manusia yang patut diperlakukan sedemikian. Even ke atas binatang pun aku rasa tak wajar.

Last time, aku ingat lagi ada orang share gambar kucing yang kena penggal kepala oleh sekumpulan lelaki. Dan ada jugak yang kena siat kulit, hidup-hidup. What a scumbag! apa kucing tu dah buat kat kau? apa mak bapak kau mati kena ratah dengan kucing tu ker? tak ada sifat penyayang betul dalam diri. Kurang kasih sayang sejak kecil lagi kot.

Semalam aku tengok dalam berita pasal serpihan meteor yang jatuh kat Rusia. Lebih kurang 400 yang cedera sebab serpihan meteor tu jatuh kena dekat kilang besi. Rasanya 400 orang tu semua kerja kat kilang tu lah. Dan para saintis claim yang serpihan meteor tu takde kaitan dengan asteroid diberi nama  Asteroid 2012 DA14 yang juga dalam perjalanan melimpasi bumi. Lately, macam-macam bencana jadi, kan?

Serpihan meteor yang jatuh kat Rusia

Then, bila fikir-fikir balik, kan? kita ni dah diambang kiamat tahu tak. Macam-macam tanda dah keluar. Aku tak kata tak lama lagi kiamat, no! cuma kita ni dalam fasa-fasa terakhir la. Bila cakap pasal kiamat, teringat balik video The Arrivals. Ye, aku layan Arrivals tu. Nak kata aku percaya 100% tu tak la. Sebab dalam tu kadang-kadang based on teori & assumption dieorang. Cuma ada antaranya yang boleh diterima oleh akal aku.

Yang agak shocking bagi aku, adalah apabila aku baca haritu pasal Pope Benedict yang nak bersara. "Weyh, setakat pope, ape kecoh? bukan kite follow die pun. Lantak die lah." Ok ok, calm down. Aku tak risaukan sebab dia nak bersara. Itu hal dia lah. Tapi yang aku risaukan adalah ramalan Pope St. Malachy suatu masa dulu. First of all, aku tak percaya 100% okay. Aku just suka nak give thoughts tentang benda tu. Aku tak nak cerita kat sini sebab banyak explaination nak kena buat dan aku tak ada bahan / info benda tu sekarang. Korang boleh google sendiri la kalau nak tahu sebab aku tak ada masa nak cari. Kalau ada masa, nanti aku cuba cari dan buat satu entry okay.

By the way, aku bukan nak takut-takutkan korang, aku nak kita sama-sama beringat jer. Supaya kita dapat mempersiapkan diri masing-masing. Bukan setakat untuk facing benda ni, malah untuk akhirat gak. Aku tak tahu korang, tapi topik pasal end of the days, kiamat, perang akhir zaman ni memang menarik perhatian aku. Kadang, sampai aku sanggup gali info dan research pasal benda ni. Dan dengan benda nie, aku rasa motivate untuk mempersiapkan diri aku. Tu jer tujuan aku nak bukak citer pasal ni. Jangan korang salah faham pulak.

Seriously, kalau aku nak cerita, panjang jadinya entri nih. Tapi kalau korang ada masa free, korang buat la research sendiri. Aku sarankan korang buat research pasal Tasik Galilei, Knights of Templar, Millenium Temple, Peter The Roman & Planet Nibiru.

Orite! till next time.

Playstation-4 controller leaked pic

Korang tahu tak yang Sony akan keluarkan konsol generasi keempat dieorang tak lama lagi namely Playstation 4? sebenarnya dari dulu lagi aku mengidam nak ada satu konsol milik aku sendiri, namun ianya hanyalah tinggal impian sebab aku tak mampu dan sebab mak aku tak nak belikan. The only konsol yang aku ada pun Nintendo NES yang main pakai 'tape' tu.

Itu pun sebelum aku mengenal Playstation dan cakera padat. Bila aku dah mula kenal playstation, aku mula simpan hasrat nak ada Playstation sendiri. Macam-macam cara aku merayu dengan mak aku supaya belikan aku konsol, tapi semuanya menemui kegagalan. Selalunya end up dengan 1001 alasan yang mak aku berikan. Never want to tell the real reason that is no money and tak mendatangkan hasil serta merosakkan tv. Selalunya mak aku akan bagi alasan yang buat aku boleh terima. Kira reasonable jugak la, selari dengan pemikiran aku selaku budak-budak masa tu. Tu la naluri seorang ibu, kan? korang yang kaum Hawa ni akan rasa someday, macam mana nak handle karenah anak-anak.


So, thats it. Sony akan keluarkan Playstation-4 dan seperti biasa, rumours akan tersebar ibarat kelumumur yang berterbangan bila kau flipshair dan rambut kau penuh kelumumur. Kutu? tak nak cerita. Pagi tadi aku ada tengok gambar tu dan seriously aku tak rasa macam 4th generation high-end controller pun. Mungkin sebab ianya prototype, aku tak tahu. Tapi dengarnya ada few features yang Sony dah add untuk controller kali ni contohnya seperti touch-up screen dan ada lampu pada bahagian atas. Tak lupa juga yang contoller tu akan ada audio output, means controller tu akan keluarkan bunyi. Kira macam ada mini speaker laa. Dengar-dengar gak yang butang select dan start tak ada. Aku tak pasti either dieorang buang butang nie dan gantikan dengan touch screen, atau dieorang pindahkan dekat belakang controller tu. Hurm, sounds weird, kan?

Itu features yang dieorang nak apply tapi dari gambar yang aku dapat, tak banyak perubahan dari segi design. Still look as typical Playstation controller cuma ada penambahan sedikit pada controller tu.

Ok lah. Cakap banyak pun tak guna, baik korang tengok sendiri rupa controller tu dan nilaikan sendiri.


Ramai gak yang kata pic ni fake. Aku tak nafikan gak. Ada yang kata pic ni lama dah keluar, even sebelum PS3 keluar lagi. But hey, PS3 mana ada touch screen, kan? mana ada audio output. So, maybe benda ni dieorang dah lama nak implement tapi tak jadi. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat, okay?

p/s : Kali ni aku berazam nak beli konsol pakai duit sendiri. Habis la tv mak aku lepas ni. =)

sumber : Cnet

Jumaat, 15 Februari 2013

SUSAH KER MENJAGA HUBUNGAN??


[SEBENARNYA AKU NAK PUBLISH PAGI TADI]


Topik aku hari ni memang tak boleh blah lagi lah. Aku rasa khutbah tengahari nanti pun tak buka topik sehangat ni. By the way, hangat ker? ye, sehangat-hangat tahi tapir kau!. Shut up dan teruskan pembacaan.

Sebenarnya, benda ni terpercik ke dalam minda aku sejak semalam lagi. Aku spend masa lebih kurang empat puluh lima minit memikirkan masalah duniawi yang satu ni. Oh before that, aku bukan bercakap mengenai hubungan pakwe-makwe a.k.a couple-couple okay. Kalau hubungan tu susah sangat nak jaga, break jer lah, apa susah. Dah masing-masing tak dapat nak go on, buat apa buang masa dan sakitkan hati meneruskan hubungan tu? dia kira macam wi-fi connection la. Kalau tak dapat nak connect wi-fi tu, korang disconnect jer dan connect dengan line yang lain. See? mudah kan?

Tapi lain pulak halnya bila hubungan tu dah ada ikatan yang sah. Dalam kata yang mudah, dah berstatus "married". Dah jadi husband and wife. Wife okay, bukan wi-fi. Bukan boleh connect dan disconnect sesuka hati jer. Bukan boleh putus dan return macam kau buat masa zaman couple-couple dulu.


Sebenarnya aku cakap pasal apa ni? aku bercakap mengenai affair, okay. Wujudnya orang ketiga dalam hubungan dan mungkin juga orang keempat. Dalam kes ni, aku specific kan untuk married couple yang tinggal berjauhan mainly disebabkan oleh kerja. Seorang tinggal diutara manakala seorang pulak diselatan. Kerja punya pasal, sanggup tinggal berjauhan. Berkorban laa katakan. Lepas berbulan macam tu baru jumpa.

Serious, aku respect bagi certain couple yang boleh keep on tinggal berjauhan without having any affair. Kesetiaan tu, susah nak dapat dan bukan mudah nak menahan godaan sekeliling. Tak kisah la mana-mana pihak pun. Serasa macam menahan lapar dan dahaga dibulan Ramadhan dan pada masa yang sama kau kerja dekat kedai makan cina. Nampak? nampak tak dugaannya disitu?

"Amboi amboi amboi~ macam ada pengalaman jer En. Miziey yang cute nih."

Aku cakap bukan dari pengalaman sendiri okay. Aku mana pernah kahwin. Dalam mimpi pernah lah (aku rasa). Tapi, aku nilai ni berdasarkan orang-orang disekitar aku. Korang tahu kan aku kerja dekat site. Dekat site aku tu ada macam-macam warga. Yang dari Japan, Philliphine dan dari Malaysia sendirilah of course. Dari dieorang ni, aku dapat gambaran yang hidup berjauhan ni sememangnya sesuatu yang sukar. Nak tak nak, kene jugak ada affair. One way or another, mesti akan ada. Dan bende ni buatkan aku terfikir, susah sangat ker nak jaga hubungan? ker sendiri yang naik tanduk dan mula nak buat hal?

Aku tahu, ada antara readers yang baca blog ni yang dah kahwin. Kalau boleh, aku nak tahu jugak pendapat korang tentang benda ni. Aku nak tahu apa faktor yang mempengaruhi munculnya orang ketiga. Adakah sebab kewangan? masa? keseronokkan? atau keperluan?

Share la sikit. :)

Khamis, 14 Februari 2013

Panggilan mistirius amigus!!


Semalam aku dapat panggilan misteri. Misteri sangat panggilan tu sampai fon aku tergagap, tak tahu siapa nama pemanggil. Biasanya fon aku cekap (semakpong laa katakan), mesti dia kenal siapa yang call aku. Kalau dia tak kenal pun, dia akan bagitau aku yang "Munyet" call. "Munyet" nie kira anonymous laa. Die tak tahu so die assume pemanggil tu anon.

Tapi, bukan semalam. Semalam special case. Fon aku kaget dan tergamam. Kalau boleh, nak jer die terkucil ditempat kejadian. Nombor tu pun macam aneh dan tak pernah aku tengok sebelum nie. "Ini panggilan dari Planet Marikh nie" aku bermonoloque sendirian.


Selepas berfikir dan berimaginasi selama 10 menet, aku pun jawab panggilan tersebut. "Hello, assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..." dengan penuh konfidennya aku memulakan bicara. Tanpa mengetahui siapakah pemanggil itu, yahudikah dia? nasrani kah dia, aku tak pasti. Yang pastinya salam aku dah bagi. Kalau si pemanggil itu bertanda "islam" pada kad pengenalannya, maka diwajibkanlah ke atas dia untuk menjawab salam aku tadi. (Eh, asal aku cakap macam ustard nih? what tha Eff??)

"Hmm, waleykomsalam." jawabnya ringkas namun padat dan cukup bagi menjawab salamku tadi. Dari suaranya, kedengaran seperti seorang ibu dan nadanya yang agak serius, sedikit sebanyak mengecutkan perutku yang sedia ada lapar. Didalam kepalaku terbayangkan macam-macam. Adakah wanita yang memanggil ini cuba memberi amaran kepadaku supaya jangan mengganggu anak daranya lagi? ah, susahnya menjadi seorang yang tampan dan kacak nih.

"Awak nie Miziey blogger tu ker?" tanya wanita tersebut. Secara tiba-tiba nadanya berubah dan kini bagaikan seorang belieber yang berharap dapat calling calling bersama Justin Bibiaq. Aku pun mula menukar nada ku. Dengan sedikit lagak ibarat Jalaluddin Hassan, aku menjawab. "Erm, ye ini saye. Ada apa-apa yang penting kerr? sebab kalau takde aper-aper, I gotta go now sebab ada meeting kena attend". Peh! genius! hebak ah. Tak sangka aku ada bakat berlakon. Mungkin, akulah pelakon yang dicari oleh Rosham Yes.

Lepas tu..

CUTTT!!!

Sebenarnya aku dapat call untuk interbiu. Huhu~ aku tengah piqiaq nie nak pergi atau tak. Bende nie lame dah aku apply sebelum aku dapat kerja kat tempat aku keje sekarang nie. Macam mane ek? nak pergi atau tak? *garu bontot yang tak berapa nak gatal* hurmmm...

Rabu, 13 Februari 2013

Ada apa dengan 14 Februari?


Besok 14 Februari. Oh, hari yang aku nanti-nantikan. Bukan! bukan seperti yang korang bayangkan. Aku tak sambut hari Valentino Rossa. Aku tahu hukum menyambut hari tersebut. Hukumnya adalah harus, HARUS untuk kita tidak menyambutnya. Haram tahu! tahu? eloklah.

Aku bukanlah seorang ustard. Namun ade laa sedikit ilmu didada. Ape yang aku tahu, aku kongsikan bersama. Ape yang aku tak tahu, aku tanya gugel. Boleh ek macam tu? huhu~

Sabtu, 9 Februari 2013

Selamat Tahun Balu Cinaa!!


Aiyaa~ tahun balu cina sudah dekat woa~ sudah beli limau mandalin kaa? dekat opis wa, ade dua kotak limau mandalin sudah woa. Balu 3 hali simpan ini opis, sudah satu setengah kotak limau mandalin hilan. Pergi mana? pergi masuk pelut maa. Sudah mabuk itu limau mandalin sudah.

Ini tahun, tahun ulaa. Wa dulu lahir tahun ulaa juga. Ini tahun, umo wa sudah masok 24 tahun nye punn. Belmakna wa sudah jumpa 2 kali tahun ulaa nye punn. Tapi wa belom lagi 24. Masih lagi 23 dan muda lemaja. Masih kacak dan kiyud lagi maa.




Dikesempatan inii, wa mau ucap hepi cainis nu year kepade semua-semua membe wa yang menyambutnya. Wa pun selaku lakyat Meleisia yang plihatin, juga akan menyambut tahun balu cina. Bolehkah begitu?

Kepade Ah Chai, Ah Meng, Mr. Yii, Mr. Tiew, Mr. Sia & the family, Mrs. Teh, Mr. Daniel, Ah Seng & the family, Yap Ah Loy, Low Fatt, Sing Kwong, Zang Zhe Yee, Jackie Chan & Jet Li, HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL OF YOU~ semoga ini tahun ulaa membawa lagi banyak 'ong' walau wa tida tahu itu ulaa simbolais apenye punn. Huhu~

Makan besar ini malam kaa? by the way, angpao lai lai lai. Heheh. :D

Jumaat, 8 Februari 2013

Eksperimentasi tahi


Aku kehairanan lah. Kepelikan, keanehan dan kemistiriusan. Aku tak tau laa samada boleh percaya atau tak, tapi yang pasti, ianya cukup untuk membuatkan aku terfikir sejenak, dua jenak dan tiga jenak. Tadi aku sign in blogger.com seperti biasa. Aku nak masuk nak check kot-kot ada blogger femes menyinggah blog aku dan tumpang berak kat sini. Manalah tahu, nasib aku indah, ada juga blogger femes sudi melangkah ke dalam jamban nih dan memuntahkan sepatah dua komen yang bernas lagi jitu.

Namun, seperti biasa, tak ada. Cuma yang menghairankan aku, bahawasanya semalam aku secara rasminya tak ade update apa-apa pun. Tapi!! (haa, nie punchline die) aku terkejut yang pageview aku semalam lagi tinggi dari hari yang aku ada update. Apakah makna semua ini? aku check balik update-update yang lepas, macam tuuuu gak. Adakah ini bermakna, semakin tidak diupdate, semakin ramai yang ingin berkunjung ke blog aku?? boleh kah hipotesis ini digunapakai?

Ok, untuk menyokong hipotesis ini, apa kata kita lihat berapa banyak pageview blog ini besok hari. Adakah ramai dari hari ini? atau ramalan dan analisis aku hanyalah bullshit semata-mata? sama-sama kita saksikannya... besok hari.

Ok, nak berak dulu. Babai~

Selasa, 5 Februari 2013

Dilema

Aku tau, aku lame dah tak apdet. Internet down. Serius!

Februari.. bulan paling tak best. Kononnya bulan berkasih. Pui! laa. Huu~ aku ade kurang dari sebulan jer masa terluang untuk bersama Miss S. Sebab lepas nie, dia pergi sambung belajar. Ambil Degree. So, lagi kene tunggu 2 tahun la nampak gayanya. Untuk aper? ade laa. Lalalalala~

Cakap pasal sambung belajar nie, buat aku terfikir gak. Aku tak sambung kerr? hmm. kengkadang rasa terdetik jugak dalam diri nie nak gi sambung belajar. Tapi kalau betul la aku sambung belajar, komfem makan dalam 3~4 tahun lagi nak habiskan degree. Biasa laa, bebudak engineering la katakan. Haduii~ Macam lama, kan? tapi dulu 3 tahun diploma, tak terasa ponn. Serius, tak terasa. Aku habis dulu around 2010. Sekarang dah 3 tahun, kalau aku terus sambung aritu mesti dah nak grad dah. Tu pun kalau tak sangkut lah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...