Khamis, 14 Februari 2013

Panggilan mistirius amigus!!


Semalam aku dapat panggilan misteri. Misteri sangat panggilan tu sampai fon aku tergagap, tak tahu siapa nama pemanggil. Biasanya fon aku cekap (semakpong laa katakan), mesti dia kenal siapa yang call aku. Kalau dia tak kenal pun, dia akan bagitau aku yang "Munyet" call. "Munyet" nie kira anonymous laa. Die tak tahu so die assume pemanggil tu anon.

Tapi, bukan semalam. Semalam special case. Fon aku kaget dan tergamam. Kalau boleh, nak jer die terkucil ditempat kejadian. Nombor tu pun macam aneh dan tak pernah aku tengok sebelum nie. "Ini panggilan dari Planet Marikh nie" aku bermonoloque sendirian.


Selepas berfikir dan berimaginasi selama 10 menet, aku pun jawab panggilan tersebut. "Hello, assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..." dengan penuh konfidennya aku memulakan bicara. Tanpa mengetahui siapakah pemanggil itu, yahudikah dia? nasrani kah dia, aku tak pasti. Yang pastinya salam aku dah bagi. Kalau si pemanggil itu bertanda "islam" pada kad pengenalannya, maka diwajibkanlah ke atas dia untuk menjawab salam aku tadi. (Eh, asal aku cakap macam ustard nih? what tha Eff??)

"Hmm, waleykomsalam." jawabnya ringkas namun padat dan cukup bagi menjawab salamku tadi. Dari suaranya, kedengaran seperti seorang ibu dan nadanya yang agak serius, sedikit sebanyak mengecutkan perutku yang sedia ada lapar. Didalam kepalaku terbayangkan macam-macam. Adakah wanita yang memanggil ini cuba memberi amaran kepadaku supaya jangan mengganggu anak daranya lagi? ah, susahnya menjadi seorang yang tampan dan kacak nih.

"Awak nie Miziey blogger tu ker?" tanya wanita tersebut. Secara tiba-tiba nadanya berubah dan kini bagaikan seorang belieber yang berharap dapat calling calling bersama Justin Bibiaq. Aku pun mula menukar nada ku. Dengan sedikit lagak ibarat Jalaluddin Hassan, aku menjawab. "Erm, ye ini saye. Ada apa-apa yang penting kerr? sebab kalau takde aper-aper, I gotta go now sebab ada meeting kena attend". Peh! genius! hebak ah. Tak sangka aku ada bakat berlakon. Mungkin, akulah pelakon yang dicari oleh Rosham Yes.

Lepas tu..

CUTTT!!!

Sebenarnya aku dapat call untuk interbiu. Huhu~ aku tengah piqiaq nie nak pergi atau tak. Bende nie lame dah aku apply sebelum aku dapat kerja kat tempat aku keje sekarang nie. Macam mane ek? nak pergi atau tak? *garu bontot yang tak berapa nak gatal* hurmmm...

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...