Sabtu, 16 Februari 2013

Dunia sekeliling kita...

Semalam, member aku ada share gambar baby yang kena toreh pisau dekat lengan, tangan & kaki. Seriously masa tengok gambar tu, bulu-bulu kat tengkuk aku mula berdiri. Ada perasaan semacam "eeriee" la. Sadis aku tengok baby tu diperlakukan sedemikian. Dekat caption tu ada mention benda tu dilakukan oleh Regim Basyhar, something like that la. Dah kenapa? dan kenapa mesti baby tu yang jadi mangsa? bagi aku, tak ada seorang pun manusia yang patut diperlakukan sedemikian. Even ke atas binatang pun aku rasa tak wajar.

Last time, aku ingat lagi ada orang share gambar kucing yang kena penggal kepala oleh sekumpulan lelaki. Dan ada jugak yang kena siat kulit, hidup-hidup. What a scumbag! apa kucing tu dah buat kat kau? apa mak bapak kau mati kena ratah dengan kucing tu ker? tak ada sifat penyayang betul dalam diri. Kurang kasih sayang sejak kecil lagi kot.

Semalam aku tengok dalam berita pasal serpihan meteor yang jatuh kat Rusia. Lebih kurang 400 yang cedera sebab serpihan meteor tu jatuh kena dekat kilang besi. Rasanya 400 orang tu semua kerja kat kilang tu lah. Dan para saintis claim yang serpihan meteor tu takde kaitan dengan asteroid diberi nama  Asteroid 2012 DA14 yang juga dalam perjalanan melimpasi bumi. Lately, macam-macam bencana jadi, kan?

Serpihan meteor yang jatuh kat Rusia

Then, bila fikir-fikir balik, kan? kita ni dah diambang kiamat tahu tak. Macam-macam tanda dah keluar. Aku tak kata tak lama lagi kiamat, no! cuma kita ni dalam fasa-fasa terakhir la. Bila cakap pasal kiamat, teringat balik video The Arrivals. Ye, aku layan Arrivals tu. Nak kata aku percaya 100% tu tak la. Sebab dalam tu kadang-kadang based on teori & assumption dieorang. Cuma ada antaranya yang boleh diterima oleh akal aku.

Yang agak shocking bagi aku, adalah apabila aku baca haritu pasal Pope Benedict yang nak bersara. "Weyh, setakat pope, ape kecoh? bukan kite follow die pun. Lantak die lah." Ok ok, calm down. Aku tak risaukan sebab dia nak bersara. Itu hal dia lah. Tapi yang aku risaukan adalah ramalan Pope St. Malachy suatu masa dulu. First of all, aku tak percaya 100% okay. Aku just suka nak give thoughts tentang benda tu. Aku tak nak cerita kat sini sebab banyak explaination nak kena buat dan aku tak ada bahan / info benda tu sekarang. Korang boleh google sendiri la kalau nak tahu sebab aku tak ada masa nak cari. Kalau ada masa, nanti aku cuba cari dan buat satu entry okay.

By the way, aku bukan nak takut-takutkan korang, aku nak kita sama-sama beringat jer. Supaya kita dapat mempersiapkan diri masing-masing. Bukan setakat untuk facing benda ni, malah untuk akhirat gak. Aku tak tahu korang, tapi topik pasal end of the days, kiamat, perang akhir zaman ni memang menarik perhatian aku. Kadang, sampai aku sanggup gali info dan research pasal benda ni. Dan dengan benda nie, aku rasa motivate untuk mempersiapkan diri aku. Tu jer tujuan aku nak bukak citer pasal ni. Jangan korang salah faham pulak.

Seriously, kalau aku nak cerita, panjang jadinya entri nih. Tapi kalau korang ada masa free, korang buat la research sendiri. Aku sarankan korang buat research pasal Tasik Galilei, Knights of Templar, Millenium Temple, Peter The Roman & Planet Nibiru.

Orite! till next time.

2 ulasan:

  1. betul..betul... memacam dah berlaku..
    kena be prepared!! XD

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...