Jumaat, 8 Februari 2013

Eksperimentasi tahi


Aku kehairanan lah. Kepelikan, keanehan dan kemistiriusan. Aku tak tau laa samada boleh percaya atau tak, tapi yang pasti, ianya cukup untuk membuatkan aku terfikir sejenak, dua jenak dan tiga jenak. Tadi aku sign in blogger.com seperti biasa. Aku nak masuk nak check kot-kot ada blogger femes menyinggah blog aku dan tumpang berak kat sini. Manalah tahu, nasib aku indah, ada juga blogger femes sudi melangkah ke dalam jamban nih dan memuntahkan sepatah dua komen yang bernas lagi jitu.

Namun, seperti biasa, tak ada. Cuma yang menghairankan aku, bahawasanya semalam aku secara rasminya tak ade update apa-apa pun. Tapi!! (haa, nie punchline die) aku terkejut yang pageview aku semalam lagi tinggi dari hari yang aku ada update. Apakah makna semua ini? aku check balik update-update yang lepas, macam tuuuu gak. Adakah ini bermakna, semakin tidak diupdate, semakin ramai yang ingin berkunjung ke blog aku?? boleh kah hipotesis ini digunapakai?

Ok, untuk menyokong hipotesis ini, apa kata kita lihat berapa banyak pageview blog ini besok hari. Adakah ramai dari hari ini? atau ramalan dan analisis aku hanyalah bullshit semata-mata? sama-sama kita saksikannya... besok hari.

Ok, nak berak dulu. Babai~

4 ulasan:

  1. kira bertuah la kalau blogger femes komen kat blog kita , hihi

    BalasPadam
  2. suka dengan awok punya blog. Apa yg ditulis macam best jea baca 6_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? like la facebook page. Boleh la baca update selalu. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...