Jumaat, 15 Februari 2013
SUSAH KER MENJAGA HUBUNGAN??
[SEBENARNYA AKU NAK PUBLISH PAGI TADI]
Topik aku hari ni memang tak boleh blah lagi lah. Aku rasa khutbah tengahari nanti pun tak buka topik sehangat ni. By the way, hangat ker? ye, sehangat-hangat tahi tapir kau!. Shut up dan teruskan pembacaan.
Sebenarnya, benda ni terpercik ke dalam minda aku sejak semalam lagi. Aku spend masa lebih kurang empat puluh lima minit memikirkan masalah duniawi yang satu ni. Oh before that, aku bukan bercakap mengenai hubungan pakwe-makwe a.k.a couple-couple okay. Kalau hubungan tu susah sangat nak jaga, break jer lah, apa susah. Dah masing-masing tak dapat nak go on, buat apa buang masa dan sakitkan hati meneruskan hubungan tu? dia kira macam wi-fi connection la. Kalau tak dapat nak connect wi-fi tu, korang disconnect jer dan connect dengan line yang lain. See? mudah kan?
Tapi lain pulak halnya bila hubungan tu dah ada ikatan yang sah. Dalam kata yang mudah, dah berstatus "married". Dah jadi husband and wife. Wife okay, bukan wi-fi. Bukan boleh connect dan disconnect sesuka hati jer. Bukan boleh putus dan return macam kau buat masa zaman couple-couple dulu.
Sebenarnya aku cakap pasal apa ni? aku bercakap mengenai affair, okay. Wujudnya orang ketiga dalam hubungan dan mungkin juga orang keempat. Dalam kes ni, aku specific kan untuk married couple yang tinggal berjauhan mainly disebabkan oleh kerja. Seorang tinggal diutara manakala seorang pulak diselatan. Kerja punya pasal, sanggup tinggal berjauhan. Berkorban laa katakan. Lepas berbulan macam tu baru jumpa.
Serious, aku respect bagi certain couple yang boleh keep on tinggal berjauhan without having any affair. Kesetiaan tu, susah nak dapat dan bukan mudah nak menahan godaan sekeliling. Tak kisah la mana-mana pihak pun. Serasa macam menahan lapar dan dahaga dibulan Ramadhan dan pada masa yang sama kau kerja dekat kedai makan cina. Nampak? nampak tak dugaannya disitu?
"Amboi amboi amboi~ macam ada pengalaman jer En. Miziey yang cute nih."
Aku cakap bukan dari pengalaman sendiri okay. Aku mana pernah kahwin. Dalam mimpi pernah lah (aku rasa). Tapi, aku nilai ni berdasarkan orang-orang disekitar aku. Korang tahu kan aku kerja dekat site. Dekat site aku tu ada macam-macam warga. Yang dari Japan, Philliphine dan dari Malaysia sendirilah of course. Dari dieorang ni, aku dapat gambaran yang hidup berjauhan ni sememangnya sesuatu yang sukar. Nak tak nak, kene jugak ada affair. One way or another, mesti akan ada. Dan bende ni buatkan aku terfikir, susah sangat ker nak jaga hubungan? ker sendiri yang naik tanduk dan mula nak buat hal?
Aku tahu, ada antara readers yang baca blog ni yang dah kahwin. Kalau boleh, aku nak tahu jugak pendapat korang tentang benda ni. Aku nak tahu apa faktor yang mempengaruhi munculnya orang ketiga. Adakah sebab kewangan? masa? keseronokkan? atau keperluan?
Share la sikit. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hello, hye im syakhira and im not married yet! heee :)
BalasPadambagi pendapat aku tek nak.. IMAN,kepercayaan,kesetiaan,kejujuran ya antara perkara wajib dalam hubungan. sik kira la baru gerek or tunang ka tambahan gik da kahwin..
So i see you "contoh"kan tek org nok kerja jauh2. long distance relationship memang banyak benar dugaan. but as long as masing2 tahu tanggungjawab dirik empun. insyaAllah gejala sik sihat as "scandalous" tok sikkan happen!
dari gerek tok lah akan insyaAllah sedikit sebanyak mengajar kita untuk setia.. bayangkan ajak. mun da gerek da curang.. apa gik bila da kahwin. so need to prepare ourself first..takut kelak melukai hati orang lain :) hehehe... i love this topic.. u see, i seems like not stop *talking* hahah...
Yeah! definitely agree with you. Kena pandai jaga diri & percaya kepada pasangan masing-masing. Thanks for the serious comment. ;3
Padam