Jumaat, 28 Disember 2012

Bila benda simple jadi... @#$!%^&!!

Hai, tahukah korang apa yang jilaka? ianya adalah apabila korang ada benda nie (rujuk gambar dibawah) dan bila korang masukkan ke dalam poket atau ke dalam beg ianya akan berubah menjadi ini (rujuk seken pic). Dan lepas tu, apabila korang nak menguraikannya, ianya menjadi sangat fakap dan boleh melambatkan perkara yang mudah dan secara tidak langsung boleh membuat orang yang tenang jadi marah. Adalah sangat bertuah kalau kau berjaya mengurainya dengan cepat. Tapi bayangkan kalau korang terpaksa ambil masa sehingga 5 ~ 10 minit...

Aaarghhhh!!!


*gambar dilampirkan bersama...


Rajah 1.1
Gambar rajah 2.5

Faham tak ape yang aku cerita nih?





Rabu, 26 Disember 2012

Sabtu, 22 Disember 2012

Kantoi...

Weyh, korang layan tak MLM12 semalam? Jambu kelakar giler kott. Tak pernah aku ketawa seikhlas tu bila tengok persembahan Jambu. Biasanya mesti aku akan haha jer tapi semalam aku WAHAHAHAHAH sambil guling-guling dan memelok erat bantal busuk adik aku. Serius, semalam Jambu memang best. Shiro pun not bad. Part yang paling kelakar, siap boleh buat iklan pulakk. Ahahahah. Tapi yang tak best nya semalam, boleh pulak aku tertidur part Jozan. Pergh!! what the hell? sedar-sedar jer, masa tu dah nak umumkan siapa yang tersingkir. Bugima!

Part yang sebelum Shiro tu aku tak sempat tengok. Sebab ape? haa... tu laa yang aku nak cerita nih.

Ok, semalam macam biasa aku pick up kekasih hati balik kerja. Semalam aku awal sikit. Sampai jer depan butik tempat dia kerja, aku hantar pesanan ringkas (bahse baku lagii). Aku bagitau, aku dah kat luar. Lepas tu dia reply, "awal pulak malam nie, semangatt ek?" aku pun terus macam, "-,-'". What the hey~ (ikut style Balas punya pronounce). 2 malam sebelum tu, aku amik dia lambat. Lambat taklah lambat mana pun. Baru semenet dua lepas pukul 9. Bila sampai, dia kata aku lambat. Malam tadi, aku awal, dia kata aku semangat pulakk. Arghh!! geram ah dengan makwe sendiri. Love bite kang, baru tahu. Eh eh?

Lepas tu aku ajak dia gi makan. Dia pun okay so kitorang gi tempat biasa ah. Bila kitorang sampai, kedai tu pasang citer Rise of Planets of Apes laa pulakk. Kitorang pun layan jer lah. Tak lama lepas tu waiter (ceh, waiterrr~) amik order. Sambil-sambil tu kitorang pun sembang-sembang. Macam-macam lah, dari hal kerja sehinggalah masuk sembang pasal movie pulakk. Nie la part yang best tentang Miss S nih, kitorang macam think alike. So bila bukak citer, selalunya ade jer benda yang kitorang sembangkan dan seriously aku tak bosan bila sembang dengan dia. Serius aku enjoy (ini bukan ayat bodekk okay).

Nak dijadikan cerita, order kitorang lambat sampai. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Lama kott kitorang tunggu. Agaknya dieorang pergi baru beli bahan-bahan untuk dimasak. Lama kott. Air yang sampai dulu pun dah mencecah paras setengah gelas dah. Haduii~ sebab tu bila order sampai jer, kitorang terus makan.

Aku tak tahu lah. Mungkin aku terlalu fokus dengan Miss S sampai aku tak hirau pasal sekeliling. Lepas kitorang habis jer, kitorang rehat jap. Pastu kitorang nak angkat dah. Entah macam mana, aku pandang belakang 180 darjah. Lepas tu alangkah terkejutnya aku (ceyyy~ tak la terkejut mana ponn) bila tengok kat belakang ada boss dengan family die. Dari rupa gaya, macam baru sampai. Aku pun rasa kekok lagi awkward laa. Perlahan-lahan aku cuba merangkak ke kaunter macam penjenayah. Nak keluarkan duit pun aku buat dengan berhati-hati seolah-olah macam pakar nak defuse bomb jer.

Tapi...

Apa yang slacknya, boss duduk betul-betul dekat meja tengah. Kalau nak keluar, kena lalu boss gak. Haduii~ nak buat macam mana, awkward pun awkward laa. Last-last aku pergi dekat dia dan tegur dan...

ALAMAK KANTOII LAA PULAKK!!

huhu~ dia siap tanye lagi siapa nie sambil tunjuk kat Miss S. Ahahahah. Damnit! agak kemaluan juga disitu. Basah celah kangkang aku. -.-'

Dah lah. Tu jer aku nak update for now. Time's up. Gotta get back to work. :D


Jumaat, 21 Disember 2012

Masih disini...

21.12.2012

Aku masih disini, meneruskan kehidupan seharian. Masih bekerja hingga ke petang membanting otot mata menghadap pc. Tak lupa juga menguji urat-urat tangan untuk mengklik tetikus dan menekan-nekan papan kekunci. Masih juga berkesempatan untuk mengemaskini blog. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, masih bernafas hingga ke hari ini. Dan mampu untuk berak 3 kali sehari (setakat ini lah).

Persoalannya...

Khamis, 20 Disember 2012

21.12,2012 Kiamat...?

20.12.2012, tarikh hari nie. Last week aku ada post pasal tarikh 12.12.12 kan? minggu nie, 20.12.2012 pulakk yang menjadi hit seantero dunia. Sebab? sebab tarikh tu dikatakan cantekk lagi menawan. Seswai untuk dijadikan tarikh istimewa seperti tarikh perkahwinan, tarikh tercirit paling lama, tarikh break dengan pakwe/makwe dan sebagainya. Hari ni aku bet, ramai pasangan yang nak mendirikan masjid. Harap-harap masjid yang didiri terbina teguh dan bukan sekadar special pada tarikhnya sahaja. Aminnn~


Akan tetapi, selain itu, walaubagaimanapun, tarikh besok hari juga menjadi topik hangat penduduk bumi. Ingat lagi filem 2012, dimana diinspirasikan (betul ker istilah aku nie?) dari ramalan penduduk Mayan mengenai hari 'kiamat'? jadi, besok merupakan hari yang dinantikan. Dinantikan eh? siapa yang menanti?


Akceli, aku sendiri tak pasti tapi dari pagi tadi aku asyik terbaca mengenai benda nie dekat twitter. Pernah gak dengar sebelum nie sebenarnya tapi tak amik port sangat. Bukan apa, tapi kita tak patut percaya kepada benda-benda macam. Perihal tentang kiamat nie hanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t jerr. Haa... kan aku dah jadi Ustard Don Givap dah. Ni la yang aku malas nie. *main-main janggud*

Dah lah. Aku nak makan mi nih. Pastu packing. Nak balik. Babai~


Kerana sekeping donut...

Argghhhh!!! *rage*
*gambar sekadar hiasan, donut sell separately*

Pagi nie aku rasa sangat geram dan hampir menjadi seekor hulk gara-gara tak jumpa kueh gelang. Kau tau ape tu kueh gelang? orang kampung aku panggil donut. Tak tahu apa itu donut? sila rujuk kamus dewan bahasa dan pustakawan. Aku takde mase nak membelek dan aku tak ingat muka surat berape ada cerita pasal donut.


Tahu tak, pagi tadi selepas mandi dan berak, aku secara tiba-tiba terkenangkan kueh donut. Aku tak tahu kenapa, mungkin rindu agaknya. Sebab tu aku dah set dalam minda dan jiwa aku, pagi nie aku nak makan donut. Oleh itu, pagi tadi bile kitorang singgah area tempat menjual kueh dan mueh beraneka warna makanlah jangan hanya dipandang (tetibe nyanyi lagu raya. -.-'), mata aku mula mencari-cari donut. Aku lari ke sana, aku lari ke sini, guling-guling, melompat, main sembunyi-sembunyi tapi tak jugak jumpa donut. Hampir 240 saat aku mencari tapi gagal. Rasa nak nangis dan terkucil ditempat kejadian pun ada. Aku bukannya mintak cheese ataupun chocolate donut, aku hanya mintak yang biasa jer tapi itu pun takde. Waaa~ merajuk aa macam nie. Huu~

Dan lepas tu kan... lepas tu kan...

Dah lah. Tak nak cerita lagi. Biarkan ku pergi membawa luka dihati. Tsk... tsk... tsk...

p/s : Nasib baik ada wafer dan adik yang jual tu tadi cute. huhu~ lalalalalala~

Rabu, 19 Disember 2012

Jumaat, 14 Disember 2012

Skeptik...

Ya Allah!! ngantowk nya mataaa. Haduii~ dari tadi aku asyik menguap jer. Dah sama spesis dengan badak air dah. Nasib baik aku comel. Berapa banyak bulu hidung aku dah cabut tapi tak jugak hilang mengantok nih. Ini dulu petua cikgu kitorang. Kalau mengantok, cabut bulu hidung sendiri. Bulu hidung SENDIRI okay. Kalau bulu hidung orang lain, korang tak kan hilang mengantok. Hilang nyawa kott. Ye lah, dah orang yang korang cabut bulu hidung tu hilang sabar, korang lah yang kene, ye tak? heheh.

Aku percaya yang kebanyakkan dari kita nie agak skeptikal kan? ye la, bila tengok sesuatu, kita akan cepat 'melatah'. Melatah dalam istilah cepat memberi respon yang negatif berbanding positif. Bukan melatah macam separuh sawan tu sambil menyebut perkara-perkara yang tak sepatutnya seperti "O tapir ku kacak!" "O mak kau!" dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.

Bercerita mengenai skeptikal, semalam kitorang diberi pen sorang satu. Aku tak tau kenapa. Aku amik jer, tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Disebabkan aku skeptik, jadi...

Ok lah, aku paste gambar kat sini... aku nak mintak korang komen apa first impression korang, boleh? nak jugak tahu apa pendapatan korang. Hewhewhew.

Nah gambarnya...

Jangan lupe komen kat bawah! huhu~

Khamis, 13 Disember 2012

Twitter sms...

Korang main twitter? jum follow aku @MzNeo89

Best tak intro aku? macam tak malu jer kan mintak difollow. Ah, aku peduli ape. Mihmihmih. Owh, sebenarnya aku bukan apa, nak cerita pasal twitter punya servis, twitter sms. Sebelum-sebelum nie, aku ada pakai twitter sms celcom. Syok gak. Dapat bertuit, reply tuit. Cuma masalahnya ko tak nampak timeline jerr. Tapi bagi aku, aku tak kesah sebab aku dah setkan tuit saper yang akan masuk ke hempon aku via sms.

Later on, aku beli simpack baru, Digi Buddyz. Sebab aku nak kekoling & sms Miss S 24/7 free jer. Aku ingat lepas beli no baru tu, mesti nanti aku topap sebab nak lanjutkan tempoh sah kredit jer. Kredit tak terpakai. So, untuk memanfaatkan kredit tu, aku pun guna la no tu untuk subscribe twitter sms & facebook mobile. Masing-masing potong RM1 seminggu & akan ada tinggal lagi kredit beberapa ringgit. Jadi yang aku langgan kat celcom tu aku cancelkan laa.

Rabu, 12 Disember 2012

Wordless Wednesday 010

12 12 12     12:12


Isnin, 10 Disember 2012

Derby game

Semalam ada dua perlawanan penting. Satu, game Harimau Malaya menentang Thai dan satu lagi derby game antara Manshitty dan team feberet aku, Manchester United. Memandangkan kedua-dua game tersebut clash of the titan, aku terpaksa memilih satu antara dua. Please, jangan pertikaikan kesetiaan aku (setia laa sangattt!! pui!!) dan nilai aku berdasarkan keputusan yang aku buat. Bak kata pepatah, "don't judge book by its colour". Ok, enuff said. Aku pilih game Menyu. Ok, aku hanya nampak macam nie, nak tengok game bosan atau tengok game yang buat kau terkencing melihat setiap aksi? jadi aku pilih yang latter. Sekali lagi, jangan judge aku.

Sabtu, 8 Disember 2012

Plan hujung minggu...

Hujung minggu, saat-saat yang  aku tunggu sejak mula turun kerja dari hari isnin haritu. Macam-macam perancangan dah dibuat. Melancong ke eropah, menyelam ke dasar jurang Mariana, menjejak bigfoot, menangkap obor-obor dan mandi air terjun bersama tapir jiran. Itu antara intipati perancangan yang aku dah draft dalam kepala. Sudah tentu, disebabkan kekangan masa, tak semua dapat aku laksanakan, tak semua dapat dicapai. Sebab tu aku kena susun ikut keutamaan.


Sebenarnya-benarnya besok ada plan besar. First of all, my family members besok semua pergi ke Miri sebab ada kenduri. Dan second, my officemate ajak satu office bertandang ke kampung beliau. Dengarnya dia nak bawak jalan jalan mencari buah memandangkan banyak buah yang masak ketika ini dikampungnya. Kalau tak silap, bos dah prepare 4 bijik kereta untuk besok. Walaubagaimanapun, antara dua-dua invitation tu, dua-dua aku tak join. Sebab? aku malas. Dan esok aku nak rehat jerr sepanjang hari. Muahahahahahahah.


Aku ni dah bosan tahap cipan duduk dalam ofis yang berekon nih. Takde beza antara aku dan jambu batu dalam peti ais kat pantry kitorang tu. Kitorang serupa cuma dia duduk diam jer, manakala aku duduk sambil pura-pura buat kerja padahal aku tengah berfesbuk dan bertuita. Heheh. Sebab tu aa aku rasa nak update entri petang nih. Lagipun, lama dah tak update kan. Heheh. Tu jer laa update untuk kali nie. Sorry tak dapat lama, nanti kantoi pulakk. Hik3. >.<

Until next time mi fren. Babai~ ;3

psst: Ok, sebenarnya aku tanak pergi sebab nak date dengan Miss S. Jangan bagitau kat die tau. Huhu~

Rabu, 5 Disember 2012

Isnin, 3 Disember 2012

Kembali sennyyiummm

Pernahkah korang menonton drama korea Full House suatu ketika dahulu? siapa yang pernah tengok, sila cabut bulu ketiak 3 helai. Masa tu lagu nyanyian Hujan, eh silap, Rain bertajuk Un Myung (betulkan kalau aku silap) adalah agak femes dan menjadi pujaan ramai dara dan anak dara tua yang melayan drama nie petang-petang. Lagu nie jugak pernah masuk carta lagu feberet dan wajib nyanyi bagi jejaka perasan kachak tatkala mandi.

Panas & Hujan - Rumah Penuh

Lagu nie juga pernah dialih bahasakan, maksud aku versi berbeza iaitu dalam bahasa melayu yang didendangkan oleh Saiful err... aku tak ingat saiful apa. Mungkin Saiful Apek barangkali ataupun Saifull house. Ahahahah. Ok, lawak itu agak hambar, tapi tak apa, tahun depan aku cuba lagi. Dalam bahasa melayunya, lagu tersebut diberi nama Kembali Senyum.

Haa... nampak tak? nampak tak permainannya disituu? sila baca balik tajuk entri.


Sebenarnya, intro dengan tajuk entri aku takde kaitan yang signifikan pun. Aku kaitkan sebab ada penggunaan istilah yang sama. Apa yang kembali senyum sebenarnya? aku laa yang kembali sennyyiumm. Kenapa? sebab berukband aku dah mula beroperasi seperti dahulu. Sebelum nie berukband tak dapat beroperasi kerana disyaki menghidapi masalah senggugut dan juga apendik C. Tapi tak mengapa, kini berukband aku dah boleh mula berlari, melompat, bergayut dan berguling-guling dengan cerianya. Antara salah satu buktinya adalah, aku dapat update entri tengah-tengah malam macam nie. Huhu~

Ok lah, tu jer yang aku nak update. Kangkang aku dah gatal nie, mintak digaru. Huhu~ nasib baik kangkang, kalau "adik" aku tadi... hmmm... malaslah nak cerita...

Ok, tu jer. Babaiiiii~ >.<

Sabtu, 1 Disember 2012

1st of december...

1 Disember 2012...

Permulaan kepada bulan baru. Bulan terakhir pada tahun ini. Dalam bulan ni jer yang ada tarikh istimewa yang berulang untuk abad ini, 12-12-12. Mesti ramai yang berebut-rebut nak kawen ari tu kan? bagi aku, ada apa dengan tarikh? ia hanyalah nombor jer.

Namun...


Bulan disember nie memang sangat-sangat bermakna bagi aku. Dalam banyak-banyak bulan, bulan disember lah yang paling aku suka. Yang kedua, mungkin sekali bulan syawal. Berkemungkinan sebab dalam bulan nie, selalunya cuti (dulu laa) dan yang paling penting sekali, bulan nie (disember) laa aku dilahirkan ke dunia, 23 tahun yang lalu. Sehingga saat ini, aku dah bernafas dan hidup diatas muka bumi selama 23 tahun 6 jam 50 menet. Yerr, iye iye jer aku kan? kekonon tepat lerr mase tuu.

Aku tak ingat dalam bulan islam mana aku lahir. Rasanya Jamadil Awal kott, ker Jamadil Akhir. Ini yang aku konpius. Sebab tu aku prefer pilih ikut kalendar Gregorian berbanding kalendar Hijri. Kalau kau tanya aku berapa haribulan hari nie (ikut kalendar Hijri) pun komfem aku tak dapat jawab. Sebab aku selalu lost track. Biasanya aku akan ingat tarikh lahir bulan islam tatkala bulan Ramadhan ataupun kalau ada perayaan tertentu sahaja macam hari raya, maulud nabi, nisfu sya'ban dan yang sewaktu dengannya. Eleh, korang pun lebih kurang aku jugak kan? tak payah nak tipu laa. Tak perlu laa jadi musang berbulu ayam. Aku kenal laa yang mana intan, yang mana kaca, yang mana permata. Eh?

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ilahi. Syukran Ya Allah. Kau masih beri aku kesempatan. Aku tahu banyak khilaf yang aku dah lakukan. Disebabkan kasih sayang-Mu, aku masih lagi disini hingga ke hari ini. Maafkan aku...

Tak lupa jugak kepada mak dan bapak aku. Tanpa dieorang, aku tak mungkin disini, merasa pahit manisnya hidup. Aku tak mungkin tahu bagaimana perasaannya menjadi seorang manusia. Dulu, pernah aku terfikir, kalau aku bukan manusia, siapalah aku? mungkin aku jadi kucing. Takpun tong gas sahaja. Hmm. Entah aa, aku pun tak tahu kenapa aku berimaginasi sebegitu. Masa tu aku imagine jadi kucing hitam yang selalu makan ikan dan banyak luangkan masa untuk tido. Oh, indahnya duniaaa.

Tak lupa juga thanks dekat "awakk". Terima kasih banyak-banyak. Biar ribut sandy, tsunami, fogging, hujan, panas melanda, awak tetap ada disisi. Jatuh bangun, suka duka sentiasa bersama. Ibarat lirik lagu Teman Pengganti, "ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama" macam tu la rasanya perasaan saya dekat awak. I don't know how long would our relationship last, but trust me, i'm hoping it to be forever. But, if we're not meant to be, i promise that i won't forget you. If happiness do exist, you're the closest to it in my life so far... i love you, sooo much.

To all my friend, yang dah wish, yang belum wish, yang aku kenal in real life, yang aku kenal kat alam maya, thanks to all of you sebab dah warnakan hidup aku. Korang dah corakkan macam-macam. Aku akan ingat sebanyak mungkin kenangan yang aku ada dengan korang semua. Tanpa korang, hidup aku mungkin tak akan se-ohsem ini. Thanks yall. Aku tak mintak apa-apa except korang kekalkan hubungan yang dah ada sekarang ini. Terima kasihh semua.

Thanks to ALL of you!! ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...