27/12/2014
Sabtuday
2:45 PM
I'm alive and kickin'...
Hai! assalamualaikum! salam sejahtera semua~
Straight to the point, entri kali ini dibuat / ditaip / direka untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pembaca-pembaca blog ini tak mengira sama ada pembaca setia, pembaca senyap, pembaca yang tak sengaja datang ke sini dan mengemukakan komen terhadap entri yang dibaca serta, tak kurang juga pembaca yang tak berapa nak baca (kerna sekadar untuk meraih ping atau mempromosi blog sendiri, hey, tak mengapa) menerusi blog, facebook, google+, twitter, facetoface, surat rasmi/tak rasmi mahupun suara hati (cewah!). Memandangkan terlalu bannnnnyakkkkk soalan, jadi ingin dimaklumkan disini, kami (macam la ramai) hanya mampu menjawab beberapa soalan sahaja dan bagi sesiapa yang soalannya tak dibaca, maaf kami pohon terlebih dahulu (terutamanya aku sendiri sebagai owner blog). Seriously am, sorry much! ini adalah kelemahan kami, insya-Allah kami akan perbaiki dari masa ke semasa.
Baiklah, soalan bukan dipilih secara rawak, tetapi telah dikaji serta dianalisis (kononnn) berdasarkan kekerapan soalan ditanya (populariti soalan), soalan yang tak terlalu peribadi, soalan yang rasanya sesuai untuk semua peringkat umur (untuk ditatapkan disinilah maksudnya) dan ada kaedahnya sendiri didalam pemilihan soalan.
Here we go...
1) Mana perginya tuan blog? kenapa blog bersawang dan tidak dikemaskini?
Tuan blog alhamdulillah masih lagi hidup dan bernyawa, cuma disebabkan kekangan dari segi masa, kudrat serta insiden yang menimpa tuan blog kebelakangan ini menjadi penghalang untuk dirinya berblog. Lebih kurang begitulah, dan tak lupa juga kekangan dari segi availability (keboleh-adaan, wujudker frasa ini?) internet, maksudnya akses internet terhad juga antara penyumbang kurangnya entri. Yep!
2) Adakah tuan blog kekeringan idea dan disebabkan itu, entri blog ini "kureng"?
Jawapan kepada soalan ini sebenarnya antara ya dan tidak, dimana tidak disebabkan masalah "kekeringan" idea sebenarnya jatuh ke nombor 13 selepas 12 masalah-masalah yang lain (yang mana antaranya telah dijawab disoalan no. 1 diatas). Akan tetapi, ya sebab "kekeringan" idea ini adalah salah satu faktor (alasan sebenarnya) yang menjadikan blog ini "perlahan". Blog ini "kureng"? hah iyelah, kiter ngaku jer laaaa. Huu~ T..T
3) Bolehkah saya menawarkan idea untuk "up-kan" blog ini?
Adakah maksud soalan diatas untuk menyumbang entri? jika begitu, sudah tentu dibolehkan, cuma, masalahnya sekarang tuan blog agak ragu-ragu untuk menambah "admin" kepada blog ini. Oleh itu, kepad sesiapa yang ada idea, entri mahupun komen yang membina (membinasa kami tidak terima. Maaf!) bolehlah dihantar menerusi email ke mzneo89@gmail.com . Kami akan review, dan jika memuaskan bagi pihak kami, kami akan publishkan entri tersebut dan dikreditkan nama penghantar ataupun link kepada blog penghantar (jika mahu) dibahagian penutup entri. Terima kasih diucapkan. Jika mahu tawarkan hadiah buat kami, pun tak mengapa. Hihi. Gurau jerr...
4) Akan adakah "Blog Miziey 3.0" atau yang se-erti dengannya nanti?
Whoa! sejujurnya kami tidak berupaya untuk memastikan akan perkara itu. Sedangkan blog ini sahaja tidak terurus (huu~ T,,T). Tapi hey, mana tahu nanti kami akan re-branding blog ini dan diupgrade ke 3.0 dikemudian hari, ye tak? hehe. Walau apa pun, teruskan bersama kami, insya-Allah jika mempunyai cukup sokongan serta motivasi dari anda, kita akan menuju ke arah itu.
5) Miziey, ada vine tak?
Err.. soalan ni berbunyi agak peribadi namun tidak menyinggung isu sensitif, jadi kami putuskan untuk paparkan soalan ini. Untuk pengetahuan anda semua, Miziey (owner blog) tak ada akaun Vine dan tak berapa nak layan Vine. Mungkin anda boleh yakinkan dia untuk buat satu? *wink wink* heheh. Tapi dia boleh dihubungi menerusi facebook, twitter, google+ serta Instagram. Cuma sejak kebelakangan ini, dia... well, you know lah, agak jarang berhubung dirangkaian sosial tersebut. Whatsapp? WeChat? well... itu agak confidential sedikit. Itu kena tanya beliau secara personal.
6) Tak nak ber-vlog?
Hahah. Maafkan kami, bukan kami sengaja untuk ketawa, dan bukan juga soalan ini berbunyi kelakar, cuma kami tak rasa owner blog ini berminat untuk ber-vlog. Lagi satu, blog ni jer dia tak mampu nak uruskan, apatah lagi ber-vlog. Seperti soalan diatas, cuba anda, anda dan anda hubungi beliau secara personal, yakinkan dia untuk membuat vlog. Manalah tahu dia termakan pujukan anda semua. Hahah. Lol!
Owner kata, paparkan 7 soalan cukuplah. memandangkan dah 6 soalan yang dikemukakan, satu lagi soalan kami beri owner sendiri untuk menjawab (soalan sebelum ni, kitorang bincang bersama, tapi untuk ini, 100% jawapan dari owner sendiri). Soalan ini sengaja kami pilih, tanpa menghiraukan samada ianya personal atau tidak. Hamek kau owner... now, jawab lerrr. Hahah.
7) Apa cer "Miss S"? engkorang still together-gether? bila lagi nak merisik Miss S? menyunting bunga ditaman. Hewhewhew.
Err... hurm.. aaa.. susah aa soalan nie. Engkorang memang sengaja, kan? (sambil memandang krew Blog Miziey 2.0 dengan pandangan yang tajam serta hati yang tidak puas). Baiklah, nak jawab "no komen", I bukan retissssss so tak layak. Apa yang mampu aku (guna "aku" lah eh? lagi senang dan "kurang" awkward) kata "Insya-Allah, jika jodoh kitorang panjang, suatu hari nanti, masanya akan tiba..". Heheh. Ouh ya, yes, ya kami masih bersama, still together-gether despite kerap gaduh (dah macam laki bini. -..-") lately over ntah pape, I do still love her and so do her. So, yeah, we still bersama. Amboih, menyunting bunga ditaman yerr..? hihi. Agak-agak, engkorang nak datang tak majlis kitorang? boleh? kalau boleh nanti jemput kat sini, insya-Allah. Aku pulak yang perasan memanjang. Argghh, benci lah! *blushing*
So, itu saja untuk kali ini. Diharap anda semua berpuas hati dengan respon serta jawapan yang diberi. 7 soalan jer mampu kami jawab sebab owner kedekut kuota soalan (ilek owner, ilekkk...). Mungkin soalan yang lain kitorang jawab dilain kali, mana tahu. Oleh itu, hingga berjumpa lagi dientri akan datang dan teruskan melayan blog ini. Byeeee~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan