Anjing. Binatang berkaki 4. Beraneka rupa, nama, jenis serta baka. Gemar menjelirkan lidah. Ada yang berhobikan dengan menggali tong sampah. Biasa berlaku dikawasan perumahan. Menyebarkan air liurnya sana dan sini. Makhluk ciptaan Tuhan. Itu yang seringkali kita lupa.
Setiap makhluk-Nya ada peranan mereka sendiri. Kita antara tahu atau tidak saja. Peranan manusia? menjadi khalifah dimuka bumi. Tapi ramai yang memilih menjadi "kefalah hotak habaq ang!". Menghukum sesuka-hati. Lupa bahawa menghukum adalah sifat-Nya.
Terus-terang, aku bab-bab ilmu agama nie memang tak tinggi mana. Jangankan langit, pokok pisang pun tak lepas. Masih lagi cetek. Hanya mengenal yang asas sahaja. Tapi walaubagaimanapun jua, sejauh mana ilmu anda, once in a while (izinkan aku menggunakan bahasa penjajah buat seketika, nampak berlagak bukan?) kita tetap akan "back to basic" juga.
Beberapa jam yang lalu, anak buah aku menunjukkan telefon mudah alihnya. Terpapar pada skrin, moment-moment WeChat kenalannya. Ada satu post, mengenai telefon mudah alih Samsung. Barang siapa yang memilikinya (mengikut post tersebut, hanya yang "ori" sahaja yang berjaya), jika didail *#0*H pada dail pad, akan tertera paparan servis setting. Jika klik pada SENSOR, kemudian pergi ke IMAGE TEST, akan terpapar gambar seekor anjing yang tak akan dapat didelete walau apa cara sekalipun (kononnya, sebab aku tak pasti ye ke tidak tak boleh delete). Halnya sekarang, post tersebut mungkin telah disebar dan diterima oleh ramai pengguna WeChat.
Dalam post itu juga dinyatakan bahawa, para Ulama' telah bersetuju bahawa telefon mudah alih tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Sejujurnya, aku tak boleh nak brain. Habis fikir pun, masih juga tak dapat nak memahami kenapa. Apa salah anjing tersebut? setakat gambar, bukannya kita pegang pun. Lagi satu, bukannya gambar tersebut terpapar pad skrin pun, melainkan kita dail seperti yang telah dimaklumkan tadi. Pelik bukan? tak rasa anehkah anda?
Kalau aku silap, mohon betulkan serta beri aku pencerahan. Sebab aku masih tak dapat terima perkara tersebut. Aku tak kata aku tolak 100%. Cuma aku perlu penjelasan, mengapa.
Sebelum itu, aku tak sokong kempen "muslim pegang anjing" atau yang sewaktu dengannya. Mana tahu ada yang salah faham bila membaca entri ini.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan