Sabtu, 27 Disember 2014

Overheat, atau overhate?!

Tengah-tengah syok melayan PES 2015, laptop aku dengan selamba padam. Aku terkebil-kebil dalam 30saat. Serasa macam ada lighter dalam hati, memercikkan api, membakar sanubari (puitis gila ayat.. puiii!! tis). Aku garu kepala. Tak tahu kenapa. Mungkin rasa sedap. Tak mungkin kerna gatal.

Arrghhhh!! benci!!

Aku pegang laptop dikanan dan kiri. Aku berdiri. Laptop aku pegang separas dada. Aku lambung laptop ke atas. Tapi tak cecah siling bilik. Dalam gerak perlahan (slow-mo), aku ambil kerusi plastik. Sebelum laptop cecah lantai bilik, dengan tenaga yang ada, kerusi yang aku genggam kemas aku hayunkan ke arah laptop. Hayunanku mengena. Laptop tersedak lalu sembelit. Impak dari perlanggaran jirim pepejal. Antara kerusi dan laptop. Aku lihat laptop. Kaku, layu serta nyawa-nyawa ikan. Baring diatas lantai, menghabiskan sisa nafas yang ada (ini metafora, laptop mane bernafas!). Dan...

Oh, rupanya itu hanya imaginasi aku. Laptop masih lagi didepan aku. Memaparkan tiada apa-apa (no-thing). Pitam? pengsan? tak sedarkan diri? kombinasi dua atau lebih pilihan jawapan?

Aku menyandar pada kerusi. Terkentut. Memikirkan masalah duniawi yang tak pernah settle-settle nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...