Rabu, 31 Disember 2014

"Happy" New Year?

20 minit lagi 2014 pergi, 2015 ganti. Bunyi bunga api dari tadi tak henti-henti. Semua orang dalam mood bergembira dan happy. Aku pulak dalam bilik, sorang-sorang sambil buat entri.

Serious, aku tak ada mood. Apa lagi nak happy, semua rasa macam ke laut. Time-time macam nie, mudah jer nak mencarut. I'm sorry, I know, this is not good.

Aku tak tahu kenapa jadi macam nie, apa puncanya. Apa yang aku tahu, mood swing tak menentu dan rasa tak suka semua perkara. Aku tak expect akan semua nie, aku tak sangka. Aku cuma hanya nampak semua benda kecik besar, kecik besar sahaja.

Jam sekarang dah 11:59. Dari tadi aku taip, belum jugak habis apa yang aku karangkan. Serasa nak give up, tapi aku cuba lawan. Nampak gayanya, terpaksa la aku publish tahun hadapan. 2015 la yang aku maksudkan. Kalau kau rasa tak faham, cuba baca balik dari mula, aku dah malas nak terangkan.

**sampai perenggan nie, aku dah malas nak fikir. Apa-apa pun, selamat tahun baru 2015 buat engkorang semua. Semoga engkorang lebih sukses tak kira la dalam apa jua bidang yang engkorang ceburi. Agak-agak kalau azam last year tak tercapai, sambung la tahun nie. Tak apa la renew azam, janji engkorang serasa macam ada motivasi so boleh la achieve apa matlamat yang engkorang cuba nak capai tu. Dah lah, aku pun malas nak panjangkan lagi, aku berhenti setakat nie.

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...