Rabu, 31 Disember 2014

Kata Ganti Diri

Aku, kau dan dia, dari darjah 1 kita pelajari dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Setiap hari kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Tapi sebenarnya tak ramai yang peka akan peranannya. Besar, ya sangat besar jurangnya.

"Kau" dan "kamu", nampak macam "saya" dan "aku". Fungsinya sama tapi beza jauh beribu batu. Bagaikan dalam irama dan lagu, nada berlainan memberikan maksud serta impressi yang tertentu. Tak percaya? cuba la guna kata ganti diri yang biasanya guna "saya", tukar dengan "aku". Haa... contoh macam cikgu, kau guna "aku". Tak ker haru jadinya kalau begitu? melainkan kau memang jenis murid yang perangai macam hantu serta tak tahu malu.

Bagaimana rasanya bila seseorang panggil kau "sayang"?. Itu pun kata ganti diri, kalau diucap, boleh buat kau mabuk kepayang. "Dup dap dup dap" jantung kau, berdegup kencang. Rasanya kalau boleh, hendak sahaja kau terbang. Muka kau berseri, tersenyum girang. Walau kau baru tersadung, terjatuh masuk longkang.

Dari tak kenal, lalu bercinta. Dari teman biasa-biasa, menjadi teman istimewa. Teman tapi mesra, pun boleh jadi juga. Tapi tak mustahil, jadi sebaliknya. Dari "awak" dan " saya", kepada "kau" dan "aku" sahaja. Situasi berubah, tak seperti sedia kala. Bukan terjadi kepada aku, sekadar peringatan cuma.

Sekadar sebuah entri, tidak berkaitan langsung antara yang hidup dan mati. Sahaja aku nak bagitahu, lain kata ganti diri, membawa perbezaan erti. Bergantung juga kepada situasi. Biasanya, kalau dah gaduh, mula la mencaci. Paling-paling koman (common), keluar la "babi". Termasuk diri aku sendiri, yang mana aku sedar, harus diperbaiki. Manusia, salah dan silap dalam kehidupan, memang tak lari.

**entri nie saja aku buat macam nie, sebab aku rindu nak baca satu blog tu, style pengarangan dia memang ikut irama dan melodi. Sebenarnya nak dedicated entri nie untuk Miss S tadi. Disebabkan tengah taip sambil OTP, fokus dan idea mula la lari. Miss S, I'm sorry. T..T**

Psst: Aku blushing dowh, bila dia panggil aku "abg"? :$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...