29/12/2014
Isnin
Ada temujanji. Dengan pakar fisioterapi. Tapi nampak macam
trainee. Mungkin kurang pengalaman barangkali. Dah la lambat
sampai pagi tadi. Temujanji jam 9:30 pagi, sampai pukul 10:05 pagi.
Alaa, trainee, kau sampai atau tak, datang atau tidak, tak kesah
hatta kau pergi mati. "Aku apa peduli..", kata trainee. Itu agakan aku
sahaja, bukannya benar-benar terjadi.
Rutin macam biasa, check itu check ini. Rekod itu, rekod ini, nampak
macam serius jer kaji. Padahal kerja serupa tahi. Tangan kanan aku
masih tak dapat bengkok sepenuhnya tak macam tangan kiri.
Maafkan aku sebab aku mencaci. Sejujurnya, aku sedikit sakit hati.
Sebab yang pakar sebenar, masih lagi bercuti.
Aku terasa bosan. Rutin macam nie, dirumah pun boleh aku
kerjakan. "Come on laa.. be honest, macam la kat rumah kau buat..
kan? kan? kan?". Ye la aku mengaku, tapi sekurang-kurangnya
kecacatan nie tak mengganggu kerja aku seharian. Bangun tidur,
main game dan makan, memang tak lah terasa sebarang gangguan.
Macam mana kalau bila buat kerja sebenar yang mudah tapi kau
dah tak boleh tahan? hati kecil aku berkata, "iya tak iya juga kan...".
Sekarang aku dalam dilema. Nak lakukan pembedahan pemindahan
besi, atau biarkan sahaja. Sebenarnya, kalau ikutkan aku, aku nak
turun kerja. Dah cukup rasanya berehat dirumah, goyang kaki lama-
lama. Nanti otak jadi berkarat pula jadinya. Itu pun satu hal juga.
Hmmm. :/
Pray for pantai timur & negeri2 yg terbabit dgn banjir. semoga keadaan kembali seperti sedia kala, amin.
BalasPadamHai, sorry kalau komen ini mengganggu.. nak ajak tuan punya blog melawat blog baru saya ini di http://kampunggadgetonline.blogspot.com.
Saya prmote pelbagai jenis aksesori telefon, gadget & sewaktu . silalah singgah.