Isnin, 17 Mac 2014

"May the force be with you..."

Not a "kipas-susah-mati" Star Wars not so long time ago. Didn't even ever give any chance pun nak layan Star Wars. Alasan, sebab ianya melibatkan peperangan antara manusia dan alien (makhluk asing, makhluk selain manusia, makhluk planet lain etc. etc.) dan scene mostly diruang angkasa raya / angkasa lepas. Simply to say, ianya BOSAN.

Then, there is change of pattern. Ya, aku akui it's doesn't start for what it's like. Aku tak expect pun yang suatu masa, aku akan "korek" balik bits by bits mengenai Star Wars. Kalau kau tanya sebelum ni (sebelum semua ni bermula), apa yang aku fikir / ingat tentang Star Wars, aku akan jawab aku ingat Darth Vader, R2-D2, C3PO, Droid berkaki empat dan Padme Amidala. Ya, pengetahuan aku terbatas disitu sahaja sebab aku tak tahu menahu pun mengenai Star Wars dan apa yang berkisar atau diceritakan menerusi filem tersebut. As a matter of fact, actually, Star Wars are somekind of genre yang aku sebenarnya minat. It's a Sci-Fi, and it's about fight (light sabre, The Force) dan salah satu benda yang menarik perhatian aku adalah transition seorang budak kecik, dilatih menjadi Jedi dan end up menjadi seorang penguasa, diktator, mainly antagonis didalam cerita ini. Aku pernah dengar Luke Skywalker dan Anakin Skywalker tapi aku tak pernah dapat nak relate hubungan dieorang. At first, aku sangkakan dieorang berdua adalah adik-beradik (so typical) tapi rupanya aku silap. Bagi engkorang yang sama macam aku dulu, tak berminat, tak suka, dan tak ada rasa nak ambil "port" pun pasal cerita ni, memang tak akan faham apa yang aku bakal bebelkan. Dan entri ni tak akan memberi sebarang erti mahupun makna kepada engkorang (apart from yang aku berharap engkorang akan cuba beri peluang untuk diri engkorang "layan" cerita ini).

Incase engkorang rasa nak layan dan beri peluang kepada diri engkorang untuk menonton Star Wars, aku bagi tips, korang layan dari episode I dahulu. Jangan tonton yang paling awal release sebab engkorang akan jadi macam aku, terpaksa create "partition" didalam kepala untuk save sedikit memori dari episode 4, 5 & 6 supaya aku boleh relate dengan episode 1,2 & 3. Ya, filem pertama Star Wars adalah episode IV, A New Hope yang release pada tahun 1977 then episode V, Empire Strikes Back, 1980 dan diikuti oleh episode VI, Return of The Jedi pada tahun 1983. Disebabkan itu, terdapat perbezaan cinematic yang ketara antara episode "terkemudian" dan episode "permulaan" atau prekuel. Bayangkan episode I, The Phantom Menace dikeluarkan pada tahun 1999, 16 tahun selepas episode VI. Episode II, Attack Of The Clones pula pada 2002 dan yang terakhir sekali, episode III, Revenge Of The Sith 2005. Tapi rasanya itu tak berapa nak memberi kesan since kita boleh faham (mengenai cinematic and such) dan apa yang penting adalah susunan plot serta jalan ceritanya.

Star Wars bukanlah mengenai satu watak tertentu, ianya lebih menceritakan mengenai suasana, situasi dan kondisi kehidupan dialam semesta (selain bumi) serta masalah politik, ketenteraan dan pelindung alam. Yes, it's about good versus evil. The Dark Lord of The Sith versus The Good Force of Jedi, The Senate versus The order of Jedi, The Droid Troops against The Clones, dan tak lupa juga Anakin versus Darth Vader itu sendiri. Siapa Anakin? siapa Darth Vader? siapa Luke? Darth Sidious pula siapa? semuanya berkaitan antara satu sama lain dan aku cuba untuk tidak menspoilkan (spoiler) engkorang yang cuba nak faham cerita nie. Aku cuba nak highlight point-point penting sahaja. Selain itu watak sampingan seperti Master Obi Wan Kenobi, Master Yoda, Jango Fett, Hans Solo (dan banyak lagi sebenarnya) juga harus diberi perhatian.

Okay, let's talk about The Force. Apa itu The Force? dan apakah persamaanya penggunaan The Force antara Jedi dan Dark Lord of Sith?

Okay, layan Naruto tak? Dragon Ball? pernah dengar chakra? Qi? takpun tenaga batin laa (paling common) sebab semuanya adalah lebih kurang sama dari segi konsep. Cuma istilah sahaja yang berbeza. Begitu jugak halnya dengan The Force. Ianya adalah tenaga dalaman (bukan mental mahupun fizikal) ianya lebih kepada spiritual. Tenaga spiritual ini difokuskan dan dizahirkan menjadi suatu daya yang dikenali sebagai The Force. Jedi pula adalah orang atau pihak yang mengamalkan "Force" demi kebaikkan dan guess what, The Sith pula menggunakannya untuk kejahatan.

"The Sith rely on their passion for strength. They think inwards - only about themselves."

"The Jedi are selfless. They only care about others"

**Kedua-dua quotes di atas aku petik dari Anakin Skywalker, episode III, perbualannya dengan Chancellor Palpatine.

Pengamalan "Force" adalah sama bagi semua, cuma untuk apa mereka gunakan "Force" itu yang membezakannya. Dari quotes diatas, kita boleh tahu yang The Sith gunakannya untuk melindungi diri sendiri manakala Jedi gunakannya untuk melindungi orang lain.

Jadi disini, Jedi dan Sith adalah dua individu yang berbeza?

Hurm, actually tak. Jedi adalah organisasi pengamal "The Force" yang berkhidmat sebagai pelindung alam semesta. Senang nak faham, dieorang adalah military, armed force etc. etc. cuma dieorang punya weapon adalah Light Saber (which is berbeza dengan askar-askar yang lain, droids, clones). Dieorang punya skop agak meluas tapi untuk bahagian "pertahanan" sahaja. Tujuannya adalah untuk create balance dan membela nasib makhluk yang lemah sebab penindasan, kezaliman mudah saja nak berlaku dimana-mana. The Sith pulak, yang aku faham tak seramai Jedi. Senang nak faham, The Sith juga adalah Jedi (sebab dieorang mengamal "The Force") tetapi didorong oleh kuasa gelap / kuasa kejahatan dan berubah haluan (jadi jahat laa). Bear in your mind, yang dieorang ni adalah kuat dan bukannya baru setahun mengamalkan "The Force". Count Dooku (Darth Tyranus), Darth Maul, Darth Sidious dan of course, Darth Vader adalah antara The Sith yang bukannya calang-calang. Ouh, dieorang pun gunakan Light Sabre as a weapon.

Apa itu "Light Sabre"? holy shiat, kau tak tahu?? aku rasa antara perkara yang signifikan mengenai Star Wars ni adalah "Light Sabre". Senang nak faham, Light Sabre adalah pedang lampu suluh. Hahah. Pemegangnya memang seakan-akan dan sebijik macam lampu suluh. But instead of mengeluarkan cahaya seperti lampu suluh, Light Sabre keluarkan cahaya laser. Ianya cukup kuat untuk memotong besi ibarat memotong kertas A4 menggunakan gunting (bahkan lagi mudah dari itu). Biasanya digunakan oleh Jedi dan tak kurang juga The Sith. Cahaya nya ada yang berwarna merah, hijau dan biru. Ada jugak berwarna purple (Master Mace Windu punya). Tapi rasanya perbezaan warna cahaya tu tak melambangkan kekuatan "Light Sabre". Tak ada beza la maksudnya. Hatta, kalau ianya warna "pink" pun still sama power macam yang warna merah, atau biru atau hijau dan sebagainya. Kekuatan light sabre sebenarnya terletak pada pengguna itu sendiri. Kiranya tinggal skill jer yang membezakan tahap kehebatan dieorang. Ada yang mahir guna dua light sabre. Light sabre ni juga cukup kuat untuk memantulkan tembakan dari senjata seperti pistol dan laser (disebabkan cahaya nya yang sudahpun mempunyai bentuk fizikal yang sendiri).

Okay, The Force aku dah cover, Jedi dan The Sith aku dah cover, even light sabre pun aku dah cover. Mengenai isu diplomasi dan politik aku tak nak cover since part ni yang agak bosan dan boleh jadi reason orang tak suka nak layan Star Wars tapi percayalah, ianya essential dan antara reason yang menyebabkan point-point awesome lain berada ditempatnya sendiri. Sebab nanti engkorang akan tahu siapa itu Padme, Palpatine, The Council, The Queen dan sebagainya. Baiklah, aku rasa cukup la sampai sini dulu. Lain kali aku blog lagi. Kbye~

P/S: Sorry~ aku malas nak tepek gambar. Letih nak google since line macam har har har har am. Miss S mesti tak nak baca entri ni. Intro jer dah boleh buat dia menguap. Kbye~

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tak la detail mana. Just nak bagi idea jer kepada yang tak berminat dan tak tahu menahu pasal Star Wars. Hee~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...