Ahad, 23 Februari 2014

BR1M punya pasal...

Haishh!! lama dah aku tak update rupanya. Aku lupa yang aku ada sebijik blog. Ish ish ish, tanda-tanda penuaan diri ni dah mula nak nampak. Nasib baik uban belum nak tumbuh lagi. Aku baru dalam lingkungan 20-an dan mencecah suku abad tahun ni, risau pulak aku. Masuk 30-an, 40-an pulak macam mana? gulpp~ *telan air liur*

Okay lah. Tak nak taip pepanjang. Nanti bosan pulak engkorang baca. Lagipun aku tak plan nak curi masa engkorang lelama sangat. Aku tahu, engkorang kan busyyy, nak-nak lagi hari minggu macam ni. Yang mana masih syiok lagi peram "taik mata", udah-udah lerr. Matahari dah menegak 90 darjah dah nie. Separuh hari dah engkorang hilang. Kan tak best, tu? (okay, literally now aku dah mula nak melalut dan hilang fokus)

Senanya, aku nak habaq (cewahh~) pasal BR1M. Kan duit BR1M sekarang ni dah mula diagihkan, so ada yang dah dapat dan ada yang belum lagi. Honestly, last year aku dapat duit BR1M tapi dengarnya this year lagi strict dari last year. Banyak laa yang dieorang dah saringkan. Tak silap dua orang member aku memang dah confirm confirm kena reject sebelum tiba masa duit BR1M nak diagihkan. Ada la reason kena reject, tak perlu la nak mention (aku pun tak tahu senanya). Tapi kes aku pulak, duit belum masuk acc bank lagi. Ceritanya macam ni, dengarnya duit dah mula diagih pada 21hb haritu (untuk yang masih bujang dan dara), dan keesokkan harinya untuk seisi rumah (yang ada tanggungan). Jadi, hari ni 23hb dan duit tu tak masuk lagi. Opp opp!! jangan nak mula presume apa-apa dulu, cerita aku belum habis lagi.

Okay, memandangkan duit belum masuk, aku mula curious. Halnya disini, bukan aku nak bising pasal duit belum masuk, cuma aku tak pasti whether permohonan aku approved atau rejected. Tu la, aku nak tahu tu jer. Aku dah cuba google macam mana nak semak, dan eventually aku dapati ada 3 cara kesemuanya. Pertama sekali semak online dan masuk ke dalam laman sesawang LHDN, kedua through pos dan ketiga menerusi email. Kalau boleh, aku memang nak dapatkan jawapan on the spot (which is melalui option #1), tapi masalahnya tak semua orang dapat akses melalui cara ni (certain people only). Nak tak nak, dua option jer yang ada.

Ni main point sebenarnya ---> pagi tadi, aku ada cerita dengan mak cik aku since dia ada tanya pasal ni. Kitorang pun cerita punya cerita dan rasanya tak sampai 10 minit pun pak cik aku pulak masuk scene. Tetiba aku jadi spectator dan pak cik dan mak cik aku mula argue. Macam-macam point keluar. Aku hanya mampu nak angguk sebab malas nak hangatkan lagi keadaan. Yang kelakarnya, macam mana boleh tercetusnya argument tu? haih~ aku cuba nak recall tapi tak dapat. Nak tak nak, terpaksa la aku layankan ajerr. Haduyaii~ -..-"

15 minit dieorang argue. Argue punya argue, last-last dedua pun dah give up. Malas nak bertekak lagi dan argument pun end up dengan bergantung tak bertali. Dedua masih lagi nak support point memasing. Aku dah macam "erk?! hokayy... baiklah.." bila suasana yang tegang tetiba sunyi. Masa tu aku guna skill aku jadi "invisible" dan lari dari "zon panas" tu. Lepas tu, aku pun tak pasti apa yang jadi. Lepas ni la aku follow-up kes.

Okay lah. Nak gerak dulu. Buhbye!

P/S: Miss S dah tunggu bila aku nak belanja. Haishh~ cepat jer kan? heheh.

Selasa, 11 Februari 2014

"Renew license..."

Qada' dan qadar itu ada, pasti. Terima dengan hati yang redha dan tabah dengan setiap ketentuan-Nya.

Tudia. Muqadimmah memang tak boleh blah lagi lah. Serasa macam ustard selama 1.5s. Well, nak buat macam mana, dulu pernah dicadangkan supaya menjadi guru agama bila dah dewasa. Mungkin ada sedikit tempias dari masa lalu, siapa tahu (meh!).

*termenung jauh jap, 2s jer mkay*

Okay! back to reality. Ni sebenarnya nak cerita pasal semalam. Semalam punya cerita laa. Nak cerita besok punya cerita, aku sendiri pun tak tahu lagi, jadi aku pilih untuk cerita kisah semalam. Boleh dikatakan apa yang berlaku semalam boleh dirumuskan dalam satu simpulan bahasa (ker peribahasa?!), "Sudah jatuh, ditimpa tangga...". Assumed engkorang yang membaca ni punya ilmu kefahaman bahasa melayu asas dan faham bebeno maksud ungkapan tersebut. After one problem, comes another one. Like that laa less over. Perghh!! manglish tahap silaker, but I liked it. :D

Dari ungkapan tersebut, memandang kepada situasi, aku ubah sedikit menjadi "sudah jatuh, ditimpa motor". Only, semalam memang literally aku jatuh dan aku ditimpa oleh motorsikal sendiri (at least some part of me). Accident, yes! but only involving me, my bike and a bit kind of busy road. Self-accident? selfie? just say what you want, yer cakap jer apa kau nak, tapi... hurm. Haish!! sebenarnya aku malas nak explain sebab aku rasa semalam memang 40% kesilapan memang datang dari aku. 10% jalan yang licin (tak basah langsung, kering tapi itu la, ramai yang kata licin) dan 50% untuk inconsiderate pickup (kalau tak silap Hilux). Aku tak salahkan 100% pickup tersebut walau aku rasa nak mengakui kesalahan dan kesilapan diri sendiri sebenarnya bukan mudah. Memang silap aku sendiri jugak. A bit tergopoh dan rushing. Kalau aku watlek dan cool, mungkin insiden semalam boleh dielak dan berkemungkinan aku jadi nak hangout dengan insan yang tersayang. "Keep calm and avoid accident.." kate nyerr. Walau apa pun, aku terima semua ni sebagai takdir. Benda dah nak jadi. *pandang ke bawah dan ukur semula jarak langit dan bumi*

Mulanya aku nak story apa yang berlaku. Tapi rasanya tak perlu lah. Aku salah, driver pickup tu pun salah. Semacam mesin dalam satu proses yang menghasilkan produk yang rosak disebabkan timing antara mesin-mesin tersebut clash. Yes! a simple .01s, diulangi, point zero one seconds (split-second) can caused so much different. Percaya? aku rasa memang ada logiknya disitu tapiiii... tapi tapi tapi, macam aku kata tadi, benda dah nak jadi so cakap apa pun tak guna. Tak menguntungkan sesiapa (terutamanya aku), oleh itu tak guna lagi kita bercakap tentang perkara ni (baca ayat ni dalam nada drama telenovela yang di dubbing dalam bahasa melayu).

Kenapa tajuk "renew license.."?

Sebab last year, belum sampai setahun pun sebenarnya (tapi dah hampir laa), aku self-accident dan end-up luka dibahagian siku sebelah kanan. Kesan / parut luka tersebut masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Dan semalam, aku dah "renew" lesen tersebut, kali ini siku sebelah kiri pulak. How nice was it? awesome much?

Tahu tak, dalam banyak-banyak benda yang bermain dalam fikiran aku selepas aku jatuh, benda yang paling aku risaukan adalah seluar jeans aku koyak. Luckily tak ada tanda-tanda koyak pun. Kenapa? my fucking brain tetiba focus kepada seluar jeans, I simply don't know why is the reason and what was so significant about it. -..-"

Okay. Nak cuci luka. Till next time folks. Buhbye!

P/S: Sorry Miss S, have to cancel our date yesterday. I was such so messy and bit of clumsy. :/

Jumaat, 7 Februari 2014

Handphone pt.2

Untuk pt.1 boleh rujuk [SINI].

Kemainkan aku dulu buat entri? siap main part-part lagi. Padahal continuation langsung takde. Ibarat buah keranji didalam perahu, macam tu la entri aku. Tak kemana sudahnya. Bukan sebab lupa atau apa (memula tu aku hold jer idea untuk sambungan entri part 1 sebelum ni, tapi lepas tu memang betul-betul lupa laa), tapi sebab penyakit "procrastination", dalam bahasa saintifiknya atau lebih mudah dikenali dalam bahasa melayu common, melengah-lengah @ berlengah @ dilengah-lengahkan atau apa-apa jer lah. Walaubagaimanapun, bagaikan tukul dan Thor (sebab tukul dan pahat sangat laa cliche), aku kembali teringat / diingatkan mengenai entri tersebut. Memandangkan ada masa terluang yang aku sendiri tak tahu nak luangkan untuk apa, aku bercadang untuk menaip segugus entri ini.

Err.. kita berhenti kat mana sebelum nie? ada siapa-siapa boleh bagitahu?

Okay. Aku dah ingat. Kita berhenti kat N-GAGE QD tu. So, lepas ada QD, few months rasanya. Ada la dalam 2-3 bulan aku terpaksa jual QD tu. Tindakan tu boleh dikatakan agak drastik, dimana aku tak fikir masak-masak semasak-masaknya dua tiga belas kali akan tindakan tersebut. Alasan yang paling solid adalah gara-gara aku nak sambung study. Jadi, sebagai seorang student yang inginkan gaya dan keterampilan yang menarik dan tampak elegan, aku memerlukan telefon mudah alih yang agak decent (maybe not so decent but quite average laa) untuk memudahkan aku mengharungi liku-liku sebagai seorang student yang baru nak belajar duduk jauh dari ketiak mak sendiri (ini metafora, jangan tak faham pulak). Downside QD adalah QD tak ada kelengkapan kamera, sistem bluetooth yang hamsap tahap buntut cipan sampaikan boleh butthurt (tak kisahlah sama ada penerima atau penghantar yang menggunakan servis "gigi biru") dan sistem simpanan data yang agak maha-kelam-kabut. Tiga alasan ni dah cukup untuk meyakinkan aku bahawa tindakan menjual QD sangat wojibalrunnah tatkala itu.

Namun, langit tak selalu cerah, kentut tak selalu indah. Ada juga terdetik didalam hati, jauh dibahagian corner yang kelam, penyesalan akan tindakan itu. Tak sangka rupanya lepas tu QD jadi objek yang rare. Perasannya nak beli balik QD tu, umphh!! hanya Tuhan saja yang tahu.

Balance duit yang ada, dicampur dengan duit hasil titik peluh sendiri dan titik minyak majikan (ketika itu), kira punya kira, cukup jumlah wang yang terkumpul. Cukup untuk aku angkat satu hemfon first-hand yang aku beli sendiri, guna duit sendiri.

"dulu aku sendiri, kini masih sendiri..." tetiba jer ada lagu dipasang.

Perasaan masa tu, sebak, terharu, gembira, lapar dan dahaga, semua ada. Akhirnya aku decide untuk angkat hemfon berjenama Sony (which is masa tu Sony Ericsson), k750i. Sangat classy. Siap ada tema Spiderman 3. Ada trailer serta of coz theme Spiderman 3 tu lah. Masa tu Spiderman 3 baru saja ditayangkan secara perdana, dan aku berjaya meletakkan diri aku diantara barisan penonton yang sempat tengok semasa tayangan primere. Makin laa rasa "wow!" atau "woa~" dikala itu. SE k750i, model hemfon keluar Sony Ericsson yang lebih memfokuskan lebih kepada "camera" yang mana salah satu essence features yang aku cari-cari. Kiranya, penyesalan aku jual QD agak terbalas laa. Berbaloi la katakan. Masa tu kamera SE aku baru 1.3MP tak silap. Memori kecik jer size (maksud aku kapasiti) iaitu 512MB. Ye la, kamera pun still kocik compare sekarang punya model laa, so storage tak la makan banyak space (compare sekarang okay, compare sekarang). Tapi masa tu, agak kesemputan jugak memori hemfon aku. Walau tak dikhususkan untuk "music" dan bunyi, aku tetap berpuas hati dengan pemain mp3 yang sedia ada. Tapi yang lagi best, pemain video (I mean kualiti video) yang disokong oleh fon tersebut agak membuatkan mataku terpancar sinarannya. Masa tu rasa macam dah high-end gila kualiti video tu (since SE prefer untuk support mp4, tambahan pulak skrin agak kecik). Downside? hurm, masa tu aku tak berapa nak kisah tapi bila dah lama pakai, worn-out la menatang tu. Aku merujuk kepada "kayu ria" fon tersebut untuk tujuan navigasi (bila dah lama pakai, rosak dowhh!!)

Tapi respek jugak dengan kualiti yang Sony persembahkan. Aku end-up dengan pakai fon tu kurang lebih 2 tahun macam tu. Sebelum aku gatal nak hemfon yang layann~ jer bila main music.
SE aku dulu kaler silver. Hensem!

Setelah k750i banyak berjasa untuk aku, aku tak sanggup lagi nak sakitkan fon tersebut. Dengan calar-balar, kepadatan memori dan ketinggalan dari segi kualiti kamera, aku pilih untuk angkat satu fon baru. Masih kekal dengan pengeluar yang sama, aku angkat SE w850i (pun ada "i" gak). Tapi kali ni duit loan dengan mak aku + duit k750i yang kedai tu nak angkat. Tak banyak yang aku nak cerita pasal w850i ni sebab feel untuk fon tersebut agak "biasa" tak sebest k750i dan N-GAGE QD sebelum ni. w850i, hemfon slide pertama yang aku ada (yang mana aku rasa aku dah guna secermat mungkin) dan hanya mampu bertahan setahun lebih sahaja, sehinggalah "ribbon" pada belakang bahagian atas fon (yang ditolak menggelungsur ke atas bertindak sebagai censor dan menghantar data ke skrin) mengalami kerosakkan atau kegagalan. Tapi sebelum rosak, aku memang ada flash fon tu. Flash ni sama term macam "root" pada android, "jailbreak" pada iPhone atau senang nak faham, hack. Bukan gula-gula hacks! -_-"
Sejibiek macam aku punyaaa, in terms of kaler and rupa laa

Kebetulan jugak masa tu aku praktikal. Jadi nak tak nak, kena cari fon lain buat sementara waktu. Tak lari jugak dari pengeluar yang sedia ada, aku angkat w660i (still ada fokin "i"), fon yang mungkin dalam kelas terendah (lowest-class) untuk keluarga siri "Walkman". Tapi, still mampu untuk menangkap gambar, memainkan lagu dan video serta menghantar data menerusi bluetooth dan prestasinya tak la mengecewakan. Sies!
Ni pun sama, same kaler macam aku punya

Dan dan dan...

Cop!! aku nak kena berhenti kat sini aa. Sakit dah belakang aku. Dari tadi tukar kaki yang bersilang (sebab rasa semut-semut) dan mungkin antara faktor penyumbang, kenapa belakang aku sakit. Serius ni. Ni nak kena baring 15 minit dulu untuk initial recover.

Okay lah. Next time aku sambung lagi, insya Allah. Aku gerak dulu. Nak free-fall atas tilam yang empuk macam roti mayat dulu. Bye~

*All images credit to google.

P/S: Miss S mesti dah bosan dengan cerita aku ni. Feeling aku cerita macam excited gila tapi dia buat muka macam.. hurm.. "maleh aa nak denga.." haa.. macam tu laa agaknya feeling Miss S tu. Betul tak Miss S? :P

Selasa, 4 Februari 2014

Hot setap atau hot sentap?

Hello weyh~

Sebelum bermula, guwa saje je nak kabo yang entri nie dah guwa taip ribu-ribu saat yang lalu. Almaklom laa, guwa kan takde keje. Ade je benda yang guwa nak taip. Walau tak ada idea, guwa adakan jugak. Hah, acaner tu? eh, lu piker lah sendiriii!!

Orang kata "terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya". Memang betul, guwa setuju. Bila terlepas cakap, nak-nak pulak apa yang kita kata tu menyakitkan hati seseorang, memang agak marabahayalah kan? kadang, kita tak sedar. Apa yang kita kata tu, menyentapkan hati orang. Tersentap, tahu? korang amik ranting kayu, patahkan dua. Ada dengar bunyi patah tak? sekali snap jer, terpatah dua. Macam tu la tersentap. Efek die instant. Lagi instant dari mee maggi kari ayam. Siape yang pernah main YM (sape tak tahu die noob, takpun bebudak baru nak up) dulu ade ape nama benda tu guwa dah lupa. Audible kalau tak silap namanya. Ada gambar sekali dengan audio. Ada satu tu gambar kayu, dan kalau kita mainkan audible tu, dia akan terpatah dua sambil jerit, "Oh! snappp!!". Kiranya kalau tersentap, pakai audible tu. Haa.. tu namanya tips tak kira tempat. Sesuka hatinya saya ya mengatakan sebegitu.

Tapi sekarang zaman dah berubah. Ada banyak cara berkomunikasi. Tak payah pakai asap lagi dah. Tak payah pakai burung merpati. Ada kemudahan dipanggil internet dan smartphone. Kalau ada dua ni, kebanyakkan memang akan ada Whatsapp, WeChat, Line dan macam-macam lagi lah. Bila dah ada kemudahan tu semua, kita (termasuk guwa insan yang hina lagi dina ini) akan mengeksploitasikan semaksimum mungkin penggunaan aplikasi-aplikasi tersebut. Yer, binatang tu dipanggil aplikasi. Takkan nak panggil seterika baju takpun selipar jepun pulak. Hambar ye? ketawakan sajeww~

Jadi, lagi mudah la kita nak menyentapkan hati orang. Eh, maksud guwa lagi mudah nak ter-menyentapkan hati orang lain. Ada "ter" didepan maksudnya tak sengaja lah kan? bukan niat dihati sebenarnya. Guwa tak tuju siapa-siapa, guwa nak sedarkan diri guwa sendiri dan sesama kita. Guwa rasa, guwa pun ada sentapkan hati orang lain, tapi guwa tak sedar dan guwa tak mintak maaf pon. Sesiapa pun dia, guwa betul-betul mintak maaf (kalau ada yang terbaca). Tak payah la kata dalam atau melalui aplikasi tersebut, dari blog ni, mana tahu ada yang tersentap, guwa nak apologizing much okay. Serius, guwa mintak maaf. Biasanya guwa tak sengaja. Betul ni, guwa tak memain.

Kalau korang tak nak maafkan, guwa siapa nak paksa. Karang, guwa bukak dalil, korang kata tak sohih pulak. Takpe, guwa mintak jer, tak nak bagi hak engkorang. Boleh? sekali lagi, guwa sorry okay? kecik, besar, sederhana, radius poin lima nano meter pun ia, kalau korang tersentap disebabkan oleh guwa (tanpa mengira saiz), guwa mintak maaf. I'm very sorry to my deepest gut.

Miss S, this one includes you too. Everyone, take note. Every single one, that knows and aware of my existence, you all intact. I am so sorry~

Sori jugak tajuk entri entah ke mana. Tak macam berapa nak berkaitan. T..T

P/S: Sorry seems to be the hardest word. When you mean it from the very dark, steep, deep of your heart. :'(

Tikam kail

Takde keje, guwa membawa diri. Balik ke kampung tanam jagung. Eh, common sangat dah tanam jagung, kan? tanam iPhone boleh? baik gua tanam iPhone kazen guwa. Kot-kot tumbuh bak cendawan, boleh gak guwa jual tang mana yang masak tu. Heheh. Takde ah, gurau jer. Tapi serius, guwa stay kat kampung. Actually, kampung tak la jauh ke mana, masih dekat hometown guwa jer. Hahah. Mesti korang tak dapat bayangkan, kan? dari rumah guwa, ade la dalam 15 - 20 menet nak ke kampung guwa tu. Guwa stay dekat rumah arwah nenek guwa. Ada mak cik dan pak cik guwa (sebelah mak) stay kat situ. Nenek dah takde, lama dah pergi. Tsk.. tsk.. sape yang bukak cerita nie? tsk.. tsk.. *lap hingus*. Jap eh, guwa nak sedekahkan al-fatihah buat nenek guwa (korang pun baca lah sama, bagi yang berugama Islam tu). Ingat laa, amal yang tak akan putus adalah amal anak dan cucu, cicit kita sendiri (sebab tu pentingnya mentarbiahkan keluarga dalam suasana yang islamik sejajar dengan apa yang Rasulullah S.A.W ajarkan) selain dari amalan yang kita sendiri amalkan sewaktu kita masih lagi hidup.

Tudia, ada macam ustad Don tak? ustad Kazim pun takpe. Best aper. UAI pun bolehh. Heheh. Dah dah, makin ke laut pulak cerita guwa nanti. Eh, memang guwa nak cerita pasal laut pun (sungai actually, tapi kira same lah eh). Kazen guwa tu, ajak guwa tikam kail. Tak la jauh mana, dekat rumah jer. Rumah nenek guwa ni memang dekat tepi sungai. Area belakang tu memang port baek punya nak mancing suatu ketika dahulu. Masa guwa kecik-kecik, pernah gak guwa join uncle guwa, hatta bapak guwa sendiri pun pernah join sama. Tapi itu dulu, tak serius dan tak berapa nak tahu sangat. Lepas tu memang tak sentuh kail lagi dah. Sampai la sekarang, kazen guwa ajak mengail bersama. Guwa on jer. Tapi kualiti air tu tak macam dulu lagi dah. Boleh dikatakan teruk laa jugak. Kalau engkorang tengok pun, memang korang geleng kepala secara automatik (bukan manual, tapi auto). Walaubagaimanapun, masih ada ikan yang berhabitat disitu. Ikan sungai, biasalaa. Tapi nak bagi nama, guwa tak reti. Sebab semua nama yang kazen guwa mention, nama dalam bahasa Melanau. Dalam bahasa melayu, guwa kurang arif (bukan kurang sebenarnya, memang tak tahu ponn). Apa yang guwa tahu, hanyalah ikan Sembilang (dalam bahasa kitorang laa, bahasa Sarawak) atau nama inggerisnya Catfish. Haritu guwa ada tangkap seekor, tapi saiz agak kecik. Lebih sikit dari sejengkal guwa rasa. Masih kecik lagi (belum sekolah agaknya. heheh). Dan satu lagi tu ikan buntal, nama inggeris guwa dah lupa. Ape eh?
Ni aa catfish yang guwa tangkap. eceyy!! acah jerr. :P
Image guwa cilok dari The Great White Hunter. Guwa google jer. Sorry eh bro, pinjam gamba sat.

Kazen guwa kata, itu maybe sebab guwa punya luck atau nasib aa. Ye la, first time laa katakan. Kira first time laa since a long time. Sebab haritu, guwa sorang jer yang dapat tangkap. Umpan kazen guwa, semua berjaya dihadam oleh ikan lain. Tak pasti ikan kecik atau besar, tapi kebanyakkannya memang dah dimakan. Ada sekali dia hampir dapat yang besar punya, tapi malangnya terlepas. Ikan tu baru nak tarik sikit, dia dah tarik habis. Takde rezeki sebenarnya. Tapi kalau diikutkan plan yang sebenar-benarnya, kitorang nak mancing udang. Hahah. Takde mendapat, ikan pulak yang makan. Lepas tu ikan nak buat apa? kitorang buang kott sebab pak cik guwa (bapak kazen guwa tu lah) tak nak simpan ikan tu dalam peti ais. Bau katanya dan takde yang nak masak ikan macam tu (since penyediaan untuk masak ikan tu agak melecehkan, yes it is). Last-last, kitorang buang jer laa macam tu jer. Guwa tak kisah sangat tapi masalahnya guwa dah gian nak mancing lagi. Kalau boleh, memang nak dapatkan udang pun. Entah lah, somehow sekarang ramai yang dapat udang (maybe musim kott, guwa tak sure pulak). Memang betul, kat kawasan kitorang tu ada udang, cuma kena tikam agak ke tengah sedikit laa (mengikut firasat pak cik guwa tu). Dieorang kata, air sekarang memang air udang. Kaler agak kemerah-merahan. Tapi kitorang masa tu dah petang dah. Kureng lah nak kemerah-merahan air tu. Guwa yang tak tahu menahu apa-apa ni, angguk-angguk jer laa.

Tapi dalam hati.. masih lagi nak cuba ni. Mihmihmihmih.

P/S: Panjang semacam jer perenggan guwa, kan? tak gitu Miss S? hurm.

Sabtu, 1 Februari 2014

Ini kali lah

Tidur kurang lebih 2 jam dan badan terasa sengal bukanlah sesuatu yang kelakar. Terasa macam nak demam pun ada. Dalam hati dah pasang niat nak bangun, pergi cuci muka dan hisap rokok sebatang sebelum pecah-laju. Walaubagaimanapun, akibat sifat "procrasinating" yang telah diterap didalam diri, aku akhirnya end up dengan bangun sejam sebelum matahari berada tegak diatas kepala. Belen masa antara tempoh tersebut aku buat apa? *sigh*

Rasanya 85% online, 5% termenung dan 10% memikirkan apa agenda hari ini. Online through phone, macam biasa dah jadi rutin, check WeChat, Whatsapp, Tagged, Twitter dan Facebook. Harini ada special sikit, aku tetiba terusik hati nak semak email. Both Yahoo! dan Gmail. Mostly crappy stuff yang masuk inbox. Belum kira yang masuk ke dalam "spam" folder lagi. Kalau tak keluar ekspressi "what the..?" atau "bullshit!!" dan "fuck this shit!!" selepas menyemak spam folder adalah tidak sah. Jilaka! ye, memang.

Somehow, aku rasa macam nak stalk mana-mana group atau page mengenai vacancy untuk area hometown aku. Luckily (yes, indeed!), aku terjumpa satu post yang mungkin akan mengubah rutin harian aku (recent routine since aku jobless). Aku cuba baca dan fahami post tersebut berulang-ulang kali. Rasa macam tak sangka, dan tak percaya. Memang betul lah orang kata, peluang itu ada. Biasanya orang kata "peluang itu hanya datang sekali.." dan aku memilih untuk berpegang pada itu. Jadi, peluang yang ada terbuka untuk aku ni, tak mungkin aku sia-siakan. I mean, the hell why not? or should I say why the fuck aku nak tolak? "man! this is your chance, might be your ONLY chance dude" (aku bermonolog sendirian).

Dan hati aku suddenly bersuara... "Ini kalilah.." dalam suara Anwar Ibrahim. What the..???

Apa yang signifikan nya?
*Googled "Ini kalilah" and stumbled with above pic. Can you relate that?

P/S: Doakan aku berjaya. Walau korang rasa tak seberapa, doa korang sangatlah membantu. Ianya semacam "like" dekat Facebook atau "+1" pada Google+. Kalau boleh, nak jer aku minta korang "retweet" permintaan aku ni so that member-member korang turut berdoa bersama. Thanks, you all!

P/S-2: Miss S, mohon doakan jugak okay. I know you gonna read this entry. Love you! ;')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...