Khamis, 30 Januari 2014

Tarik panjang-panjang

Fuh! fuh!

Aku cuba hembus udara dan kosongkan paru-paru. Kemudian, dengan tempo yang sederhana, aku menarik udara dengan perlahan. Kali ini cuba untuk memenuhkan segala ruang yang ada. Peparu, perut, limpa, pankreas, ginjal, apendiks, usus besar, usus kecil dan tak lupa juga mulut. Aku tahan udara yang aku kumpulkan tadi. Telinga aku cuba menangkap rentak yang kepala aku cuba fokuskan. Malangnya ianya tak kelihatan, kalau tak, mesti mata aku turut bekerjasama. Oh, aku lupa, mata ada tugas khas yang lain. Aku kumpulkan sepenuh tenaga yang ada, aku hembus udara lalu aku kawal  dengan meng-adjust bibir supaya udara yang dihembus tidak sia-sia sekaligus berubah menjadi suara. Tinggi rendah suara aku kawal dengan halaju udara yang aku hembus.

Okay okay! cut it out!!

Sabtu lepas, pergi menggila bersama yang tersayang, Miss S and two of our bestfriends. Double date lah kiranya (konon~). Plan memang ada sebelum ni cuma tak lah seperti yang berjalan sabtu lalu. Biasalah, kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Walaubagaimanapun, plan tetap jalan walaupun haluannya sedikit berbeza. Sedikittttt sahaja (sambil menunjukkan ibu jari dan jari telunjuk yang dirapatkan, namun ada sedikit ruang diantara kedua jari tersebut). Plan asal, sepatutnya malam sabtu (hari sabtu, dia punya malam), tetapi berubah secara tak disengajai nya pun dan mengambil tempat disebelah petangnya. Alaa, plan nak pergi kareoke jer sebenarnya. Dah lama rancang, cuma masa yang sesuai tu belum ada.

Sampainya dekat pusat kareoke, macam biasa, pergi kaunter tanya itu dan ini bla, bla, bla and bla, bla, then masuk ke dalam bilik yang dah dipilih. Oh, sebelum tu, kitorang pilih tempat tu sebab murah and berbaloi (puas hati dengan sistem bunyi yang ada, servis yang diberi and so on lah). Dapat info pun dari member kepada bestfriend. Benda yang selalu terjadi most of the time (tak kira lah dengan sesiapa pun) mesti rasa segan nak nyanyi memula. Not until 15 minit yang terakhir, rasa nak berebut mikrofon dengan member. Biar bertegang segala urat yang ada. *super-facepalm*

Rasanya 2 jam haritu pun masih tak puas. Serasa macam banyak lagi lagu yang nak dinyanyi. Patut la member tanya haritu nak amik 3 jam or 2 jam (sebab pakej yang murah tu memang intent untuk 2 jam sahaja). Kiranya kalau amik 3 jam memang pakai standard rate lah rasanya. Mungkin lagi mahal. Apa-apa pun, ianya memang best! dan sangat-sangat the very enjoyable. Selalu dating berdua jer, tapi once in a while hangouts sesama member pun okay gak. Memang la feeling tak sama tapi atleast seronok tu ada. Hope next time boleh la plan lagi macam nie. Kalau tak kareoke pun, aktiviti lain pun okay except bungee-jumping (its a big NO!).

Alright, its time to go. Nak layan Twitter pulak. Ada masa dan akses internet dilain kali, kita berjumpa lagi. Kalau tak ada, janganlah jumpa dulu *tetibe*. Bye~

2 ulasan:

  1. aku paling lama boleh sejam je. Tak minat la karoke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? minat lain-lain kan? maybe ko prefer lagi jamming compare to kareoke. Ye dak? heheh. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...