Jumaat, 31 Mei 2013

Serabut


Guwa rasa kepala hotak guwa dah macam cable earphone. Serabut, kusut dan sukar untuk dileraikan. Macam-macam masalah negara yang guwa tengah fikirkan. Dah la mood nak bercuti ni tengah nak up, time tu jugak kepala guwa nak serabut. Ibarat mencari spender dalam timbunan bra, begitulah pepatah yang paling matching dengan penyelesaian masalah guwa ni. Dapat cari, tapi sukar. Pergh!!

Rabu, 29 Mei 2013

Floating ker tak floating?

Sies guwa cuak!!

"Wha..??"

Semalam guwa ada buat fund transfer dari RHB bank ke Maybank. Apa yang buat guwa cuak, dekat RHB bank memang dah tolak la amount yang guwa transfer tu tapi dalam account Maybank guwa takde pulak bagitau yang duit tu dah masuk. Memula guwa act cool dan assume duit tu sedang floating tapi bila guwa fikir lima belas kali, guwa secara suddenly rasa cuak dan gugup. Pelbagai persoalan yang bermain diminda guwa. Guwa takut gak kalau tersalah masuk account. Besar tu amount guwa transfer. RM0.50, tak gila apa tu. Pergh!!

Pagi tadi guwa check sekali lagi mana tahu kot kot semalam mata guwa silap. Biasala kalau dah nama rabun ni, anything can happen. Guwa double check, still sama jer. Jumlah duit dalam account Maybank tu memang tak terusik langsung. Masih lagi lapan ringgit tujuh puloh sen. Guwa nak keluarkan untuk beli rokok pun tak mampu. ATM buat gelak jer tengok guwa berusaha nak keluarkan lapan ringgit tu. Celaka!

Selasa, 28 Mei 2013

50% of something is better than 100% of nothing...

What say you?

Hampir dua minggu aku hilang. Bagi yang rindu, jangan risau, aku tak diculik oleh alien mahupun janda anak lima yang bercita-cita untuk jadikan aku anak ikan beliau. Takde. No such thing. Aku masih disini. Bernafas, berlagu, terkentut dengan normal. Cuma, aku tak dapat nak update blog kerana banyak halangan yang menimpa. Ini pun aku cuba kerahkan keringat yang ada disebalik celah-celah lipatan ketiak yang tak berapa nak berbulu.

Khamis, 16 Mei 2013

Due Date


Hahah. Serius kelakar!

So, last weekend aku kebosanan. Tidur sampai tengahari dan still ada masa saki baki lagi hari untuk dipersiakan. Seriously though aku tak faham, kenapa masa bekerja, aku rasa tak sabar sangat tunggu hujung minggu tapi bila hujung minggu dah sampai, aku macam tak tahu nak buat apa. Bukan macam lagi sebenarnya, memang tak tahu nak buat apa pun. Kebetulan masa tu aku tak berapa nak texting dan calling calling dengan Miss S since dia busy dengan convocation preparation and so on. Owh by the way, congrats Miss S. Untonglaa muka masuk paper. Mihmihmihmih. Jadi, aku agak free masa tu. Nak ajak member, dieorang kata dieorang penat so tak nak la kacau.

Dengan itu aku bercadang waktu petang aku nak luangkan masa bersiar-siar menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam. Turned out to be, aku end up dengan bersiar-siar didalam mall. Bahahahah. Aku tak tahu lagi nak pergi mana. Aku rasa masa tu aku spend around sejam lebih dalam tu. Maybe 2 jam (I guess). Mostly aku hanya browsing dan seingat aku, aku hanya spend 2 ringgit sahaja itu pun hanya untuk se'cup' besar cola. Cup ker glass anyway?

Selain membaca buku secara 'percuma' kat Popular serta membelek-belek beberapa helai baju yang tak mungkin aku mampu beli (waktu tu), aku pergi browsing dikedai cd. Macam dah jadi rutin bagi aku, pergi situ mesti singgah dekat kedai cd. Padahal aku tak beli apa ponn. Selalunya aku akan pergi ke section pc game. Aku bukan apa, aku suka tengok cover depan cd/dvd game jer. Tak terlintas pun dalam kepala aku nak beli. Then bila aku dah browse semua, aku pergi ke section movie. Tengah-tengah mata aku meliar mencari sesuatu yang tak pasti, entah macam mana tetiba aku terfokus dekat satu cd nie. Ada gambar Tony Stark (Robert Downey Jr.) dan Alan citer Hangover (Zack Galifianiakis?). Nama citer tu Due Date. Bila aku baca sinopsis, aku dapati citer tu macam kelakar. Masa tu aku 50-50 nak angkat ker tak cd tu. Then bila aku fikir balik, ah baik aku download jer kat ofis. Korang pun tahu, aku tengah broke dan sengkek sekarang ni. Hahah.

Rabu, 15 Mei 2013

Obsesi seorang perempuan...




Serius, aku tak faham...

Orang kata, perempuan ni ada banyak nafsu. Kalau tak silap, ada 9 semuanya. Salah satunya adalah nafsu untuk bershopping. Lain orang lain ragamnya. Ada yang gemar membeli baju tidur setiap minggu, ada yang pantang melihat bra bercorak animal printed dan tak lupa juga yang tak tahan dengan kasut tumit gergasi 13 inci setengah. Barang kemas? tak payah cerita. Memang 'kemas' lah barang yang ada dikedai tersebut. Licinn. Macam kepala bapak mertua aku bak kata Abdul Wahub. Yang muslimah sikit mungkin akan angkat shawl, pashmina, hijab, niqab, rejab, hisab dan sebagainya. Terkini, yang aku tahu, dieorang gemarkan pattern bercorak tribal. Aku tak tahu kenapa.

Isnin, 13 Mei 2013

Secara rasminya aku 'pecah'...


Sedih.. sangat sedih..

Aku.. aku.. aku tak tahu macam mana nak cerita.. sobs.. sobs.. *tarik hingus yang meleleh*. Sejak bila ianya berlaku pun aku tak tahu.. tsk.. tsk.. sedar-sedar, aku dah pun 'pecah'. Biarlah gambar menceritakan segalanya.

bukan aku...

Ahad, 12 Mei 2013

Rumah aku ada 'benda'...

Saban hari, hampir setiap malam, malam-malam aku diganggu oleh suatu bunyi misteri. Aku perasan kejadian ini berlaku sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi. Aku ingat nak pasang cctv terutamanya dibahagian dapur rumah kitorang. Sebab kebiasaannya bunyi tu datang dari dapur rumah. Tiba-tiba aku teringatkan cerita Paranormal Activity dan Penunggu Istana. Apa jadi kalau rumah aku betul-betul ada 'benda' tu? aku ni bukannya seorang yang pemberani. Berani tu tak ada dalam kamus hidup aku. Tapi nak kata aku takut pun tak jugak (please laa, hilang kemachoan aku). Bunyi tu selalu jer mengganggu malam aku, tau tak.

Jumaat, 10 Mei 2013

Susah ker nak mintak LIKE?


Mood tak malu guwa tengah ON.

Guwa rasa guwa ditipu arr. Bila guwa check statistik kat Nuffnang, guwa dapati pageview guwa adalah sangat sedikit. Tapi bila guwa check dekat Blogger, pageview guwa lain pulak. Guwa tak pasti yang mana satu tipu guwa. Guwa tak puas hati ni, tak puas hatii!!

Secara tiba-tiba, guwa teringat pulak yang Facebook sebenarnya ada page statistik. Tapi masalahnya untuk view statistik tu guwa kena dapatkan sekurang-kurangnya 30 like untuk page blog guwa. Haa.. by this time, guwa rasa lu dapat relate dengan tajuk entri guwa ni, kan?


Dengan itu, guwa tanpa segan dan silu nak mintak bantuan dari lu semua yang baca entri guwa ni. Serius guwa mintak tolong ni. Kalau guwa dapat buat sendiri, guwa takkan kacau lu semua. Peh! ayat guwa nih, kemainn.

Khamis, 9 Mei 2013

Ntah ape-ape


Lu tahu tak apa yang celaka?


Ianya adalah apabila lu tengah syok nak apdet blog, tetibe laptop gedik-gedik buat hal. Boleh  pulak dia nak 'stuck' bilamana guwa tengah layan taip entri blog. Masalahnya guwa tak taip directly ke Blogger. Instead guwa taip pada notepad terlebih dahulu then baru lah later on guwa kopipastakan ke Blogger. Ini adalah gara-gara kesilapan guwa satu ketika dahulu dimana guwa accidently terdelete entri blog guwa. Bila dah terdelete, guwa nak retrieve mana? takkan nak mintak dengan ketua kampung. Takkan pasal hal ni, guwa nak halo-halo contact Obama. Takkan nak blackout.. opps! guwa terlepas taip eh. Sorry, sorry~ jadi, sejak haritu guwa mengambil langkah berjaga-jaga. Tapi bila dah buat macam tu, boleh pulak laptop guwa buat celaka. Sikit lagi guwa nak tangan-tangankan laptop guwa nih. Nasib baik guwa cool dan masih boleh control hensem. Kalau tak...

Isnin, 6 Mei 2013

Mogok, Miss S & Undi...

Last week memang terbaikk! terbaek baq hang.

Well, last last week. Aku pergi bercuti. Pergh! gaya macam pergi bercuti ke luar negara. Padahal still dalam Sarawak jer ponn. Ow ya, for those yang tak pernah jejak kaki ke Sarawak, please set your mind right. Ada ker patut kata kitorang takde internet dan duduk dalam hutan. Agak-agak la weyh! *maaf, ini mungkin lanjutan perang PRU13 yang berlaku dalam twitter sejak semalam* dan aku assume, tak semua yang tak pernah jejak kaki ke Sarawak ada mindset macam tu. Hanya segelintir sahaja. Certain only. Siapa terasa pedas , dialah yang makan Korean Spicy KFC tu.

Khamis, 2 Mei 2013

Ironman 3

A self-described genius, billionaire, playboy, and philanthropist -Tony Stark

Dari haritu lagi guwa nak buat satu entri pasal muvee nih tapi tak berkesempatan. So last week, guwa dan Miss S serta dua orang lagi partner in crime pergi menonton Ironman 3. Last week merupakan tayangan perdana citer tu jadi memang dah dijangka, ruang dewan pawagam akan penuh dengan manusia. Masa guwa dan Miss S beli tiket tu, separuh hall dah booked. Nasib kitorang agak baik dimana sempat untuk beli tiket untuk seat kat tengah. Guwa rasa kalau lambat 15 saat lagi, mesti kitorang dah duduk dibahagian depan dan terpaksa mendongak 2 jam lebih. Gila! tak sanggup guwa.


Showtime pukul 10:20 pm dan kitorang masuk awal kenkonon semangat dan tak sabar nak tengok lelaki besi beraksi. Tup tup show delay ke 10:30 (ker 10:45? guwa lupa) sebab ada masalah teknikal. Pfft! teknikal lah sangat. Entah entah dieorang nak masuk jamban, pergi membuang apa yang patut secara berjemaah. Seperti biasa, sebelum tayangan bermula ada la dua tiga bijik trailer filem yang bakal ditayangkan, dimain. Guwa dapati The Lone Ranger agak menarik. Lakonan Johnny Depp yang mana menjanjikan aksi yang lucu. Plus, guwa syak citer tu adalah aksi komedi. Macam best. After Earth pun boleh tahan. Ada anak beranak the Smith's. Will Smith + Jaden Smith + Sci Fi = lu kiralah sendiri.

Okay! cukup untuk intro. Mari kembali ke topik utama entri ni. Ironman 3, something yang guwa jangka akan menjanjikan aksi yang gempak, superb dan efek yang penuh chaos. Dan yes! Ironman 3 memenuhi citarasa guwa.

Honestly speaking, tak banyak yang guwa tahu tentang Ironman. Kalau bukan sebab Ironman di"live-action"kan, Ironman (2008) dan Ironman 2 (2010), guwa mungkin tak akan tahu kewujudan salah satu watak yang agak penting dalam Marvel's Universe nih. Seriously bila sebut Marvel, dalam kepala guwa akan  muncul Spiderman dan juga Wolverine. Guwa tak tahu kenapa dan guwa tak faham kenapa dua watak ni tak dimasukkan ke dalam The Avengers padahal mengikut kefahaman guwa, kedua-dua watak Spideman dan Wolverine merupakan ahli rekrut didalam The Avengers. Okay, mungkin dieorang nak masukkan watak The Avengers yang asal, itu guwa boleh terima. Tapi guwa harap untuk next sekuel dieorang akan masukkan walau bukan dua-dua, atleast salah satunya masuk laa.

Lupakan hal tu. Kita kembali kepada playboy dan genius yang digemari ramai, Tony Stark atau lebih dikenali sebagai Ironman. Permulaan cerita mengimbau kembali ke masa lalu dimana masa tu Tony Stark belum lagi diculik dan tak pernah terfikir pun akan mencipta sebuah suit besi. Tony bersama dengan saintisnya yang jelita, Maya Hansen. Masa tu, Miss Pepper Potts bukanlah siapa-siapa dalam hidup Tony Stark. Malam tahun baru, 1999, seorang lelaki kurang upaya, Aldrich Killian telah membuat satu proposal yang ringkas, pendek dan padat dan dikemukan kepada Maya lalu dibentes oleh Stark. Sebenarnya tujuan Alrdich adalah untuk mengemukakan ideanya tentang AIM, Advance Idea Mechanics (bukan Anugerah Industri Muzik) dimana ideanya adalah mengenai sel yang boleh dijana semula (betulkan guwa kalu guwa silap). Dimana orang yang kurang upaya (dari segi fizikal) boleh jana sel dieorang semula. Meaning to say, yang takde kaki boleh tumbuh kaki, yang takde telinga boleh tumbuh telinga dan yang takde kemaluan, boleh tumbuh... okay, lu pikerlah sendiri (guwa dah macam Nabil dah.. takpe, alang-alang lu orang kata guwa Nabil, kan?).

Story cut short, sebab nak citer pasal AIM tu memakan masa which is later on dieorang ada buat satu projek dipanggil "Extremis" yang mana Aldrich (yang jauh berbeza dengan yang sebelumnya disebabkan oleh AIM) juga mengemukakan ideanya kepada Miss Pepper Potts. Miss Pepper Potts terima atau tak proposal tu, tu guwa tanak cerita.

Mandarin?

Ya, Mandarin. Apa yang guwa tahu, Mandarin merupakan salah satu musuh ketat yang memang gila-gila ketat dengan Tony Stark. Kalau tak silap, Mandarin pernah menggunakan pattern Ironman kemudian beliau buat satu robot (Ultron rasanya, ker Ultimo) yang hampir sama dengan Ironman. Guwa tak tahu siapa lebih hensem tapi yang guwa tahu, Ironman dah sepak bontot beliau (Mandarin) untuk kesekian kalinya.

Tapi...

Bukan dalam Ironman 3. Mandarin adalah.. err... erm.. macam mana nak cakap eyh? let say Mandarin adalah satu watak yang berbeza dari komiknya. Guwa pun tak tahu sangat actually tapi Mandarin ni nampak lain sikit. Bukan dari segi penampilan, tetapi dari segi perwatakan. Which is why guwa rasa lu patut tonton sendiri kalau nak tahu macam mana.


Okay, kali ni Tony Stark dah up satu level. Lu kena ingat yang latar masa Ironman 3 adalah selepas latar masa The Avengers. Lepas dieorang kalahkan Loki dan hantar semua alien balik kampung dan tak lupa juga dimana Ironman hampir mati, Stark berada didalam keadaan yang sangat tertekan, murung dan jadi lebih protective. Dia even susah nak tidur malam. Jadi waktu yang ada dia gunakan untuk mengupgrade Ironman. Berkenaan dengan up satu level yang guwa mention tadi, Stark dah boleh kawal Ironman tanpa beliau perlu berada disisi didalam suit tersebut. Paham tak apa guwa maksudkan? tak paham, sila pergi tonton Ironman 3.

Untuk sekuel kali ni, serius banyak suit-suit baru dan yang tak pernah guwa tengok, muncul. Semuanya boleh dipandu dengan bantuan Jarvis. Lu tak kenal Jarvis? sila buat ulangkaji pergi tonton Ironman terlebih dahulu. Untuk aksi lawan-lawan letup-letup, guwa boleh katakan yang Ironman 3 ni boleh tahan. Fighting scene juga agak menarik.

Owh, guwa tak mention Harley eyh? Harley adalah seorang budak berusia 10 tahun yang menjadi co-assistant untuk Stark. Kenapa? sebab Stark dah mati. Well, at least itu apa yang orang ramai fikirkan. Stark ugut Mandarin. Mandarin serang rumah Stark. Semua aset Stark hancur. Stark pakai suit Ironman dan terbang sejauh mungkin sampai habis bateri dan akhirnya tersadai beberapa ribu kilometrico jauhnya dari tempat tinggal Stark. Last-last Stark menyelinap masuk ke sebuah rumah dan dia jumpa Harley. Harley tolong Stark dan BOOM! jadilah coco crunch. No, seriously Harley memang tolong Stark. Tanpa Harley, mungkin sukar bagi Stark nak hidupkan balik Ironman tuh, at least tu la yang guwa paham.


Untuk rating citer nih, guwa bagi 8/10. Seriously best dan wajar untuk ditonton 2~3 kali. Guwa pun rasa nak tonton lagi sebenarnya. Owh, tahukah korang yang Ironman 3 ni merupakan sekuel yang finale? that means lepas ni takde la lagi Ironman. Huu~ janganla sedih. Alaa, Superman, Batman & Spiderman dulu pun sama gak. Ada jugak remake. Mungkin versi yang berbeza. Betul tak?

Okay, guwa rasa ada baiknya guwa mengundur diri. Guwa belum bagi lagi tikus rumah guwa makan. Kesian dieorang tak makan lagi dari minggu lepas. Ok lah, until next time. Babai~

Assalamualaikum~

Ciao!

psst : peh! guwa tak mention pasal War Machine eyh? War Machine dah rebranding jadi Iron Patriot. Kah kahkah. Kelakar siot nama tu. Hensem lagi nama tapir jiran guwa.

Aku, kau & dia...

Spoiler alert!
*Maaf, ini bukan entri romantik mahupun entri bergenre aksi. Ini entri thriller yang penuh saspen dan digarap dengan kemas serta digaul dengan sebati ibarat Rojak Haji Man*

..aku gurau jer..

Sebelum aku mula, aku nak mengeluh, boleh?

"Hmmph~"

"Budak-budak zaman sekarang..." itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Aku tahu, budak-budak sekarang makin advance dari generasi sebelumnya. Tak perlu la aku keluarkan istilah generasi Y, generasi Z atau generasi X sebab aku sendiri pun tak tahu maksud istilah tersebut. Aku tergolong dalam generasi mana, pun aku tak tahu. Tapi aku dapat bezakan antara lapisan generasi tersebut. Macam dalam family aku, maksud aku family besar dimana yang duduk diatas sekali datuk & nenek dan terus bercambah beberapa peringkat kepada anak, cucu dan cicit dimana aku duduk dalam kumpulan cucu, aku dapati kami (kitorang semua) ada beberapa lapisan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...