Isnin, 18 Februari 2013

Its not about the money, money, money



Baca tajuk entri aku ni mesti korang akan teringat lagu Jessie J-Price Tag kan?

Kalau dulu, aku ingat only money matters. Bagi aku, aku tak kisah apa kerja sekalipun, janji hujung bulan dapat bayaran kaw kaw, aku ok jer dengan kerja tu. Masa tu dalam kepala hanya ingat duit jer. Kalau ada banyak duit, aku boleh beli macam-macam benda dan secara tak langsung, aku akan rasa happy.

"Money can't buy happiness, but without money, you surely won't be happy."

Setuju tak dengan quote diatas? bagi aku, ada betulnya jugak. Dalam dunia sekarang, kalau tak ada duit, memang susah nak hidup. Jadi dari situ, aku anggap yang duit (yang banyak) itu satu keperluan. Untuk dapatkan duit yang banyak, kena la cari kerja dengan gaji yang lumayan.


Tapi ternyata aku silap. Its not the only thing that matters. Banyak lagi benda yang kita kena berikan perhatian selain fokus kepada duit jer. Family, keselesaan bekerja, masa, jaminan kerja, keselamatan dan bermacam-macam lagi la yang patut kita bagi a thought or two jugak. Jangan asyik ingat duit, duit, duit jer. In the end, duit tu tak stay pun dengan korang bila korang dah 'takde' nanti.

Haritu aku baru tengok movie The Devil's Advocate. Seriously, movie tu sedikit sebanyak bukak minda aku. Dari cerita tu, aku dapat pengajaran yang money and fame isn't everything. Boleh jadi, ianya satu ujian untuk kita. Its a test, just a test. Dalam cerita tu, its a test of faith.

Wang bukanlah segala-galanya. Jangan sebab wang, korang jual 'jiwa' korang. If you know, what I mean...

Ok lah. Nak sambung buat kerja balik. Bye~

2 ulasan:

  1. Yeah ... memang betol pa padah kawu ... adakah entri tok klak berkaitan an interbiu kawu yg terbaru tok klak hoho ~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...