Rabu, 13 Februari 2013

Ada apa dengan 14 Februari?


Besok 14 Februari. Oh, hari yang aku nanti-nantikan. Bukan! bukan seperti yang korang bayangkan. Aku tak sambut hari Valentino Rossa. Aku tahu hukum menyambut hari tersebut. Hukumnya adalah harus, HARUS untuk kita tidak menyambutnya. Haram tahu! tahu? eloklah.

Aku bukanlah seorang ustard. Namun ade laa sedikit ilmu didada. Ape yang aku tahu, aku kongsikan bersama. Ape yang aku tak tahu, aku tanya gugel. Boleh ek macam tu? huhu~


14 Februari a.k.a besok merupakan hari penting buat penyokong Menyu dan Royel Medrit. Ini kerana ianya merupakan pertemuan antara dua kelab bola sepak gergasi tersebut sejak kesekian kalinya tak bersua muka dan berlaga pipi. Bagi ahli kelab mahjong mahupun kelab catur atau kelab sabung ayam, yang tak into team-team kelab bolasepak, mungkin tak terasa bahangnya. Akan tetapi, bagi penyokong tegar mahupun penyokong acah-acah aje yang hanya menyokong kelab yang ada pemain yang hengseng, mungkin rasa berdebar-debar dan tak sabar menantikan perlawanan tersebut.

Tumpuan sudah tentu kepada cicak tambatan Royel iaitu ex Menyu, Kristiano Runaldo dan tak lupa juga kepada RVPP selaku penyerang sensasi Menyu tatkala ini. Aku dengar Pak Alex nak pasang 3 orang untuk mark Kristiano Runaldo seekor sahaja. Mungkin Pak Alex turunkan 15 pemain untuk bermain awal pagi nanti dengan 3 pemain ekstra. Hurm. Mungkin juga. Diharap perlawanan yang sengit akan diperlihatkan awal pagi nanti.

Jadi, oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu, bersengkang mata menonton perlawanan Liga Juara Juara Eropah antara Royel Medrit melawan Menyunaited awal pagi nanti. Incase aku tak sedar, tolong gerakkan aku. Nombor hemfon ade dekat efbi. Pliss catit atau savekan nombor tersebut. Senang korang nak call, gerakkan aku pagi nanti. Okeyh?

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...