Isnin, 21 Januari 2013

Seri pun tak apa...

Game semalam aku tengok dalam keadaan yang mamai sambil diringi tiupan angin sepoi sepoi bahasa oleh kipas siling. Mata aku sebelah bukak sebelah tutup. Mulut ternganga dan terdapat beberapa cebisan biskut famous amos bersembunyi dicelah-celah gigi. Phone terbaring disebelah, tidur lena setelah aku gunakan selama hampir sejam bercalling-calling sayang, rindu, I lebiu dengan Miss S. Mesti phone aku keletihan. Kesian. Miss S pun mesti dah lena. Aku hantar sms. Dia reply. Aku reply balik, dan kemudian ada bunyi cengkerik menyanyi. Sah, dia dah lena. Tapi tak apa, kalau dia tak lena pun, kena hang up juga. Sebab aku ada game untuk ditonton. Perlawanan antara Menyu menentang Tottenhang di Stadium Bukit Jalil.

Sehati Berdangdut


Bukan main semangat lagi aku nak tengok game semalam. Siap conteng muka dengan krayon. Siap pakai jersi dan spenda Menyu. Misai aku dah shave, bulu hidung aku dah trim. Aku dah ready. Dah ready untuk game semalam. Aku cuba tenangkan diri. Rasa excited sangat dan tak dapat nak berhenti kentut. Gila, memang gila. Oh, adakah ini... cinta? #ehh

Masa aku bukak tibi. Referee sedang tarik nafas, nak tiup wisel. Kelihatan wajahnya yang gugup itu terpampang dikaca tibi. Aku tak puas hati. Aku tukar pergi siaran HD. Komfem! beliau gugup. Sempat juga aku lihat beliau mengorek hidung. Dipalitnya pada bola tersebut kepingan taik hidungnya. Urghh!! pengotor.

Tiba-tiba...

Aku nampak Miss S. Dia pegang tangan aku. Rasa macam mimpi. Mukanya semakin dekat menghampiri aku. Bibirnya... aku fokus pada bibirnya.. dan kemudian dia...

Fak!! aku mimpi. aku cuba bukak mata sedaya upaya. Akhirnya aku berjaya. Kelihatan pada skrin, Menyu dah pun leading satu gol. Cantek! ini berita gembira. Namun tak cukup gembira untuk menyedarkan aku dari mamai state yang aku alami 15 menet yang lalu.

Perkara diatas berlaku 2~3 kali lagi. Mimpi, terjaga, mimpi, terjaga. Dem!! last-last dan half time. Aku kerahkan semua tenagaku. Aku tekan otot punggung untuk mengangkat badanku. Cubaan pertama gagal. Cubaan kali kedua, berjaya. Aku cuba fokus. Dimanakah terletaknya punat televisi ini?? kataku bermonolog sendirian dalam keadaaan mamai. Aku cuba untuk mengingatnya kembali. Ya! baru aku ingat. Disisi tibi itu sendiri. Aku tekan dan pandangan tibi mula kabur. Suaranya semakin menghilang.

12 saat kemudian. Keadaan menjadi sunyi sepi. Aku rasa tenang. Aku nak landing kepala, nak tidur, nak cari mimpi tadi dan jumpa Miss S dan.. (you know lahh).

Sebelum tidur, aku bet Menyu menang...

Akan tetapi...

Indah kabar dari rupa... Menyu cuma seri. Namun, seri pun tak apa. Thats all we need (kononnya laa). :/

-TAMMAT-

4 ulasan:

  1. hahahahha.macam siot.. dalam game siap muncul miss s lagi..hahaahahhaha.. takpelah.. bukan rezeki man u nak menang,aku pun agak kecewa tu..

    BalasPadam
  2. ok gk ya seri..arsengal?kalah pok..sobs2..dhlah main dlm hujan kelimumur

    BalasPadam
  3. gmbr tuh wat aku mngekek gelak...bhahahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...