Selasa, 15 Januari 2013

Langit Jatuh

Inilah pengakhiran..
Tahan nafasmu dan kira hingga *sembilan,
Rasakan bumi bergoncang dan kemudian,
dengarkan jantung ku berkecaian,

----------------------------------------------
(korus)

Biarkan langit jatuhhh,
Bila ia runtuhhh,
Kita kan berdiri teguhhh,
Menghadapinya bersama, dengan utuh,

(ulang korus dua kali atau sampai mampus)

Langit Jatuh - Adile

*aku tau, sepatutnya sepuluh. Aku nak bagi rima die sama bunyi, so aku letak sembilan. Sape tak puas hati, pergi merajuk dalam hutan.

Familiar tak lagu diatas? lagu tu merupakan lagu dendangan Adele bertajuk Skyfall yang baru memenangi pencalonan untuk Best Original Song di Golden Globe Awards baru-baru ini. *tepuk laa tangan sikitt*. Serius, lagu ini memang best. Lagi best didengar bila tengah kecewa atau tatkala menahan kentut berjam-jam lamanya. Cuba lah kalau tak percaya. Ya, cubalah. Jangan malu-malu.

Lirik lagu diatas pula dialih bahasa dari bahasa Urdu ke bahasa Siam dan baru sahaja dialihkan bahasanya oleh aku sendiri. *tepuk tangan lagi* dan didendangkan oleh penyanyi tempatan, Nur Adile yang membuat kerja part time menjual jerawat. Aku pilih dia sebab... err... sebab dia tak ada kerja. Bisnes jerawat dia pun dah tak semeriah dulu. Aku kesian kat dia, so aku bagi dia kerja. Jadi penyanyi. Walaupun suaranya sedikit sahaja better dari itik serati, namun aku percaya, dia ada masa depan yang cerah jika dia gigih berusaha dan mempunyai keinginan yang tinggi dalam menimba ilmu geografi. Hurmm. Aku doakan yang terbaik untuknya.

Ok, cukup cukup sudah. Cukup sampai disini saja tentang Adile. Mari kita bercerita mengenai langit jatuh atau lebih dikenali sebagai Skyfall. Seperti yang kita maklum, Adele menulis lagu Skyfall ini sebagai lagu tema untuk filem Bond yang terbaru juga dengan tajuk yang sama. So semalam aku download lagu nih dan aku dengar ulang-ulang sampai aku rasa mual-mual dan muntah. Lepas tu aku cari official video di yotube. Ada scene dari filem Skyfall.

Sejujurnya, aku tak pernah tengok filem Bond. Mana-mana Bond. Bila sebut Bond, tanpa disedari, muka Pierce Brosnan akan muncul sambil tersengih tatkala memeluk erat awek super hot. Ah cilake! bencikk ahh. Tapi sebenarnya Bond adalah lebih lagi dari Pierce Brosnan. Bukannya makhluk itu sahaja yang memegang watak Bond, ramai lagi pelakon lain yang pernah memegang watak yang sama.

Sorang yang menarik perhatian aku adalah Daniel Craig. Ya, beliau tak hensem. Muka ibarat mekanik kedai Ah Weng yang berbaju lusuh, penuh minyak dan membawa spanar ke sana ke mari. Walaubagaimanapun, Craig adalah badass. Aku sebariskan beliau sama seperti Bruce Wills, Dwayne Johnson, Hugh Jackman dan Eric Cantona. Kesemua nama yang aku mention ini, kalau berlakon, akan ada harapan 80% untuk aku tengok. Kalau Keanu Reeves 90% tetapi dia bukan kategori badass, so tak payah nak cerita mengenai beliau.


Oleh itu, semasa Skyfall ditayangkan serentak tahun lepas, aku bersemangat dan beria-ia nak tengok. Filem terakhir Craig yang aku tengok adalah Cowboys vs Alien dan ianya sangat best dan awesome. Plus,dalam tu ada Olivia Wilde yang hot lagi sexy. Jadi, aku menyimpan cita-cita dan angan-angan nak tengok cerita tu. Namun... bila aku nak tengok, pawagam kat hometown aku buat hal. Dieorang tak main Skyfall. Macam biasa, dieorang lambat apdet. Cilake! aku masa tu jadi marah dan geram. Rasa nak bako jer tempat tu. Lepas tu aku merajuk, tak nak tengok Skyfall kat pawagam. Nak dijadikan cerita, 2~3 minggu lepas tu, dieorang main Skyfall. Rajuk aku tak habis lagi. Puas Miss S pujokk. Siap nak bagi coki-coki lagi kalau aku bawa dia tengok Skyfall (ok, ini tipu!). Tapi... aku tak nak! full stop.

Tak lama lepas tu, member Miss S ada download Skyfall camrip punya. Miss S ada ambik. Dia bagi aku. But still, aku tak nak tengok. Tak nak dengar lagi dah nama-nama Skyfall nih. Siapa sebut depan aku, aku cabut bulu hidung dia on the spot. Sehinggalah semalam... rasanya marah aku dah cooldown. Bila aku download video lagu Skyfall nyanyian Adele, aku terasa nak tengok Skyfall. Tapi, kalau boleh aku tak nak tengok yang tak clear punya.

Jadi...

Sekarang aku tengah download Skyfall. Harap-harap dapat siap sebelum balik. Dapat gak aku tengok kat rumah. Download lambat sebab line slow dan aku pakai torrent. Korang yang dah baca hingga ke perenggan nie, doa-doakan download aku habis dengan jayanya okay? good!

Dah lah. Dari tadi aku tahan kentut. Nak dengar lagu Skyfall dulu, pastu gi berak dengan tenang. Babai all~ see you next time. Chaow!

8 ulasan:

  1. lagu tu bila ditranslatekan macam ajak orang bunuh diri je.hahahaha

    BalasPadam
  2. Kawu nang setail miji pat aku mintak lak cheta kawu :D

    BalasPadam
  3. kunjungan balik serta follbacknya udeh ane follow tuh www.naufalthedarkness.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Skyfall xbest langsung!!! pembaziran duit aku. dah la aku siap tgk kat iMax

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak best eh? aku okay jerr. Ntah aa, maybe sebab aku tak pernah tengok Bond sebelum nie.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...