Kali pertama sampai pejabat lebih awal dari biasa. Rasa segan pula nak masuk. Kelihatan mesin punch card senyum menyambut kedatanganku. Selalunya mukanya masam mencuka tetapi bukan pagi ini. Sinaran mentari mula memancar menembusi ruangan pejabat yang sebesar kangkang kera gergasi. Dua tiga ekor lipas sedang mencuba sedaya upaya menyembunyikan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Penyaman udara bersuhu 16 darjah celcius juga agak terasa tatkala aku memijakkan kaki ke dalam pejabat. Urat kentut aku kesejukkan lantas membantutkan niatku untuk kentut setelah sampai dipejabat. Tidak mengapa, aku redha.
Aku berjalan menuju ke mejaku. Ku letakkan bag diatas meja dan mula menari gangnam style. Terasa bersemangat sahaja bila sampai awal seperti ini. Setelah badan mula berpeluh dan terasa beberapa titik peluh mula membasahi seluar dalam, aku berhenti. Aku dapatkan kunci drawer dan buka laci. Aku capai gelas percuma, hadiah pembelian Milo 65 pek dan sebatang sudu. Kemudian aku cari teh susu 15 dalam 1. Seperti biasa, mulakan hari dengan sarapan. Kita minum dulu!
Diluar kelihatan beberapa kumpulan pekerja sedang berkumpul dengan muka yang serius tak kira la bangla, indon mahupun warga tempatan Oh, mungkin mereka masih mengantuk rasanya. Milo yang aku bancuh tadi mula mengeluarkan aroma terapinya. Sekali aku sedut, hmph! menusuk ke dalam kalbu. Setiap bulu hidung ku bergetar kemalu maluan dek penangan aroma tersebut.
Aku dapatkan kerusi lantas aku duduk bersila. Dengan penuh lemah gemalai, air milo itu aku kacau. Sekali sekala aku sedut dengan rakus. Aahh~ nikmatnya. Aku buka komputer didepanku, masukkan kata laluan dan buka blog.
Kemudian...
Hahah. Aku apdet blog aa. Saje jer nak bagitau arini aku turun awal. Sampai opis terus apdet. Tapi baru publish. Huhu~ ok lah. Nak singgah jamban jap. Cuci apa yang patut. Huhu~ lalalalalala~
baik-baik.. memang nampa semangat ko tu..hahahha
BalasPadamkeh3.... sonok betul masuk ofis awal2..bgus2... boleh jadi pekerja contoh :P
BalasPadamhehe... kisah hidup ceria.. ;)
BalasPadam