Sabtu, 12 Januari 2013

Banjir punya pasal...

Haritu hujan lebat. Lebat gila. Air deras berlari pecut 100 m. Jalan raya dan longkang dah tak dapat dikenal pasti. Ibarat adik-beradik. Wiper van kerja overtime, mencuci cermin kereta yang tak berhenti menangis. Ditemani pula oleh kilat yang sabung menyabung. Dan tak lupa juga ribut yang tak berhenti-henti ibarat tweet kat timeline twitter.

Kitorang masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Kesejukkan diluar sekali sekala masuk ke dalam van dan menggeletek penumpang-penumpang didalam, termasuk aku. Rasa geli pun ada, nasib baik aku tak... err... nevermind, kita teruskan cerita.


Disebabkan hujan yang tak nak berhenti bermain enjit-enjit semut itu, semua air pasang. Pasang ape? pasang air laa. Hahah. Air longkang, parit, kolam, tasik, lopak, lubang hidung, semuanya pasang dan penuh. Bila dah penuh, orang awam, eh, I mean barang awam yang menjadi mangsa keadaan. Contohnya bagai jalan raya. Jalan raya dicabuli disana-sini sampaikan jalan tu nak beraya pun tak mampu. Air kelihatan berenang-berenang ditengah jalan raya dengan senang hati padahal dieorang tak tahu yang lori-lori dan jentera berat selalu lalu jalan tu. Nanti tak pasal-pasal masuk berita besok, air mati katak, dihempap lori 15 tan. Heh!

Disebabkan itu juga, semalam dan harini, kenderaan yang menumpang lalu juga menjadi sukar dan malu-malu kucing untuk melalukan diri, termasuk juga kenderaan kitorang. Van yang kitorang naik juga tak berani nak lalu. Giler nak lalu kalau air dah tinggi 4 meter. Manusia yang paling tinggi didunia ni pun mungkin nak cecah 2 meter jer. Apatah lagi van yang paling tinggi didunia.

Tapi, ibarat alang alang mampus, biar sampai ke pangkal kubur, kitorang tak menyerah kalah. (Eceyy, padahal kene paksa keje). Kitorang punya main-con sangat hebat, paksa kitorang turun kerja. Even bos kitorang pun dah malas nak keje. So, sekarang kitorang dah sampai site setelah memakan masa hampir 3 jam sebab kitorang lalu jalan alternatif. Ye, alternatif lah sangattt!!. Sampai site, site dah macam tanah kubur. Sunyi~ sepi~ dan takde orang.

SEKARANG NIE KITORANG NAK BUAT APER???


p/s : online jer lah jawabnya. Huhu~

8 ulasan:

  1. hahahahahaahha.. kenapa ko tak terfikirkan hal tu dulu sebelum sampai????hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku cuma mengikut arahan jerr. Wuaaaa~ T^T

      Padam
  2. ni kau trkandas ke apa kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir terkandas okay, hampirr. Huu~

      Padam
  3. sabah bajir?? ke site kau yg banjir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah mende?? aku dok Sarawak lah!! ye, site aku banjirr. T^T

      Padam
  4. Aku asa ko rasa gembira sebenanya nak x pelu ke site hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dah kat site oii!! happy apa? -.-'

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...