Kali pertama sampai pejabat lebih awal dari biasa. Rasa segan pula nak masuk. Kelihatan mesin punch card senyum menyambut kedatanganku. Selalunya mukanya masam mencuka tetapi bukan pagi ini. Sinaran mentari mula memancar menembusi ruangan pejabat yang sebesar kangkang kera gergasi. Dua tiga ekor lipas sedang mencuba sedaya upaya menyembunyikan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Penyaman udara bersuhu 16 darjah celcius juga agak terasa tatkala aku memijakkan kaki ke dalam pejabat. Urat kentut aku kesejukkan lantas membantutkan niatku untuk kentut setelah sampai dipejabat. Tidak mengapa, aku redha.
Aku berjalan menuju ke mejaku. Ku letakkan bag diatas meja dan mula menari gangnam style. Terasa bersemangat sahaja bila sampai awal seperti ini. Setelah badan mula berpeluh dan terasa beberapa titik peluh mula membasahi seluar dalam, aku berhenti. Aku dapatkan kunci drawer dan buka laci. Aku capai gelas percuma, hadiah pembelian Milo 65 pek dan sebatang sudu. Kemudian aku cari teh susu 15 dalam 1. Seperti biasa, mulakan hari dengan sarapan. Kita minum dulu!
Diluar kelihatan beberapa kumpulan pekerja sedang berkumpul dengan muka yang serius tak kira la bangla, indon mahupun warga tempatan Oh, mungkin mereka masih mengantuk rasanya. Milo yang aku bancuh tadi mula mengeluarkan aroma terapinya. Sekali aku sedut, hmph! menusuk ke dalam kalbu. Setiap bulu hidung ku bergetar kemalu maluan dek penangan aroma tersebut.
Aku dapatkan kerusi lantas aku duduk bersila. Dengan penuh lemah gemalai, air milo itu aku kacau. Sekali sekala aku sedut dengan rakus. Aahh~ nikmatnya. Aku buka komputer didepanku, masukkan kata laluan dan buka blog.
Kemudian...
Hahah. Aku apdet blog aa. Saje jer nak bagitau arini aku turun awal. Sampai opis terus apdet. Tapi baru publish. Huhu~ ok lah. Nak singgah jamban jap. Cuci apa yang patut. Huhu~ lalalalalala~
Rabu, 23 Januari 2013
Isnin, 21 Januari 2013
Seri pun tak apa...
Game semalam aku tengok dalam keadaan yang mamai sambil diringi tiupan angin sepoi sepoi bahasa oleh kipas siling. Mata aku sebelah bukak sebelah tutup. Mulut ternganga dan terdapat beberapa cebisan biskut famous amos bersembunyi dicelah-celah gigi. Phone terbaring disebelah, tidur lena setelah aku gunakan selama hampir sejam bercalling-calling sayang, rindu, I lebiu dengan Miss S. Mesti phone aku keletihan. Kesian. Miss S pun mesti dah lena. Aku hantar sms. Dia reply. Aku reply balik, dan kemudian ada bunyi cengkerik menyanyi. Sah, dia dah lena. Tapi tak apa, kalau dia tak lena pun, kena hang up juga. Sebab aku ada game untuk ditonton. Perlawanan antara Menyu menentang Tottenhang di Stadium Bukit Jalil.
Sehati Berdangdut |
Sabtu, 19 Januari 2013
Listen! listen! listen! lemme speak!
Once upon a time in Zimbabwe...
Miss Astro Awani : Madam Seripah, there is...
Madam Seripah : Listen Miss Astro Awani! listen!
Miss Astro Awani : But...
Madam Seripah : Listen!
Miss Astro Awani : ..why..?
Madam Seripah : Listen!
Miss Astro Awani : I just...
Madam Seripah : Listen!... lemme speak.
: Lemme speak...
: Lemme speak...
: Lemme speak...
(lemme speak x 50)
Miss Astro Awani : *runaway~*
Madam Seripah : Miss Astro Awani, I hope all the best fo...
KEBABOMMMM!!!
Miss Astro Awani : (..I was just about to tell her, there is a bomb planted in the room... hurm.. :( )
THE END!
*tak paham ek? nasib aa. Lalalala~*
Apekebende...?!?
[INI ENTRI SEMALAM]
1,2,3,15!
15 ekor tapir bermain diatas kelopak mataku. Bernyanyi lagu "Bara bara bara, ceret beret beret" sambil menari rumba. Jiwaku kental, cuba melawan. Namun, ibarat kata pepatah, "apa gunanya mulut kalau tak pandai senyum?" aku tersungkur. Telah ku kerah semua tenaga yang ada, fizikal mahupunbatin mental. Tapi gegaran yang dirasai hasil getaran partikel-partikel halus daripada tarian rumba tapir tersebut masih mengganggugugat batinku.
AARGHH!!! ronta mataku. "Tinggalkan aku bersama dia, jangan ganggu kami..." kata mata kanan kepada Sepul, ketua tapir sambil menunjukkan ke arah mata kiri. "Apa salah kami?" tangis mata kiri sambil mengesat hingusss (ehh??).
"Aku tak peduli!! kami nak menari rumba, sampai kami pengsann!! muahahahahaktuih!" jawab tapir dengan nada menghina diiringi hilai tawa dan juga suara latar tapir yang berdekah-dekah.
Aku masih kaku. Anak mata melihat kedepan, menembusi lapisan paparan cecair kristal, menembusi papan mak (motherboard daa...) dan menembusi wayar-wayar yang berselirat seolah-olah aku ini adalah superman. Namun, bila beberapa ujian dilakukan, aku masih sejenis manusia biasa. Aku masih belum memakai seluar dalam diluar. Aku tiada biceps dan 6 pack yang awesome. Sah! aku bukan superman!
CUTT!!
Ok. ok.. sebenarnya aku mengantowk. Takde pa pe yang special sebenarnya. Saje jer nak apdet. Ngee~ :)
1,2,3,15!
15 ekor tapir bermain diatas kelopak mataku. Bernyanyi lagu "Bara bara bara, ceret beret beret" sambil menari rumba. Jiwaku kental, cuba melawan. Namun, ibarat kata pepatah, "apa gunanya mulut kalau tak pandai senyum?" aku tersungkur. Telah ku kerah semua tenaga yang ada, fizikal mahupun
AARGHH!!! ronta mataku. "Tinggalkan aku bersama dia, jangan ganggu kami..." kata mata kanan kepada Sepul, ketua tapir sambil menunjukkan ke arah mata kiri. "Apa salah kami?" tangis mata kiri sambil mengesat hingusss (ehh??).
"Aku tak peduli!! kami nak menari rumba, sampai kami pengsann!! muahahahahaktuih!" jawab tapir dengan nada menghina diiringi hilai tawa dan juga suara latar tapir yang berdekah-dekah.
Aku masih kaku. Anak mata melihat kedepan, menembusi lapisan paparan cecair kristal, menembusi papan mak (motherboard daa...) dan menembusi wayar-wayar yang berselirat seolah-olah aku ini adalah superman. Namun, bila beberapa ujian dilakukan, aku masih sejenis manusia biasa. Aku masih belum memakai seluar dalam diluar. Aku tiada biceps dan 6 pack yang awesome. Sah! aku bukan superman!
CUTT!!
Ok. ok.. sebenarnya aku mengantowk. Takde pa pe yang special sebenarnya. Saje jer nak apdet. Ngee~ :)
Selasa, 15 Januari 2013
Langit Jatuh
Inilah pengakhiran..
Tahan nafasmu dan kira hingga *sembilan,
Rasakan bumi bergoncang dan kemudian,
dengarkan jantung ku berkecaian,
----------------------------------------------
(korus)
Biarkan langit jatuhhh,
Bila ia runtuhhh,
Kita kan berdiri teguhhh,
Menghadapinya bersama, dengan utuh,
(ulang korus dua kali atau sampai mampus)
Langit Jatuh - Adile
*aku tau, sepatutnya sepuluh. Aku nak bagi rima die sama bunyi, so aku letak sembilan. Sape tak puas hati, pergi merajuk dalam hutan.
Familiar tak lagu diatas? lagu tu merupakan lagu dendangan Adele bertajuk Skyfall yang baru memenangi pencalonan untuk Best Original Song di Golden Globe Awards baru-baru ini. *tepuk laa tangan sikitt*. Serius, lagu ini memang best. Lagi best didengar bila tengah kecewa atau tatkala menahan kentut berjam-jam lamanya. Cuba lah kalau tak percaya. Ya, cubalah. Jangan malu-malu.

Sabtu, 12 Januari 2013
Banjir punya pasal...
Haritu hujan lebat. Lebat gila. Air deras berlari pecut 100 m. Jalan raya dan longkang dah tak dapat dikenal pasti. Ibarat adik-beradik. Wiper van kerja overtime, mencuci cermin kereta yang tak berhenti menangis. Ditemani pula oleh kilat yang sabung menyabung. Dan tak lupa juga ribut yang tak berhenti-henti ibarat tweet kat timeline twitter.
Kitorang masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Kesejukkan diluar sekali sekala masuk ke dalam van dan menggeletek penumpang-penumpang didalam, termasuk aku. Rasa geli pun ada, nasib baik aku tak... err... nevermind, kita teruskan cerita.

Khamis, 10 Januari 2013
Kisah Man...
Man. 18. Normal. Bukan gay. Tidak merokok dan bukan kaki perempuan, hanya kaki bangku sahaja. Ketinggian sederhana. Kulit kuning cirit. Tak berapa nak hensem. Bercita-cita menjadi superman pertama di Malaysia.
Ya, itulah dia lebih kurang serba sedikit mengenai biodata Man. Tampaknya seperti remaja-remaja yang lain. Kelihatan biasa sahaja. Namun, disebalik gaya nya yang bersahaja, tersingkap satu rahsia didalam dirinya. Dia.. dia.. eii!! tak saspen aa bagitau awal-awal.
Ok, sambung cerita...
Hidup bersama keluarga, Man merupakan anak yang ketujuh dari sebelas orang adik beradik. Ayahnya sudah tiada... baru pergi kerja tadi. Ibunya pula seorang surirumah yang sukses. Mampu untuk menguruskan sebelas orang anak tanpa merungut walau berbaldi-baldi dan bertong-tong keringat diperah. Tak pernah komplen ataupun mengadu. Oh, contoh ibu misali. Cuma, kadang-kadang dia update status di facebook mahupun post tweet di twitter sahaja. "letih la harinie.. overhaul jamban dan polish sayap kipas" "nak masak apa untuk makan tengah hari ni eh?" "alahai~ beginila rasanya bila ada 11 orang anak, rumah tak pernah nak teratur... hmph!" adalah antara tweet dan status yang menjadi favourite beliau. Oh, lupa nak perkenalkan, nama ibu Man, Kinah. Nama penuh Hulk.. Hulkinah.
Bapa Man bekerja sebagai buruh kasar. Kerjanya duduk didalam ofis sambil memegang kepala dan memikirkan masalah duniawi. Macam mana nak mengatasi masalah obesiti dikalangan tapir diseluruh dunia, macam mana nak hentikan pergolakan di Syria. (Syria, cyber cafe tempat Man selalu lepak bermain Dota 2.), dan bagaimana nak dapatkan approval dari bini untuk kawen baru adalah antara masalah-masalah yang perlu diselesaikan oleh bapak Man. Alamakk, aku lupe lagi nak perkenalkan. Nama bapak Man, Riz. Nama penuh, Keriz Evan. Kacukan Bugis dan Belanda. Jadi Belangis.
Ok, mari kita berbalik kepada Man. Apa yang sangat istimewa pada dirinya itu.
Sebenarnya...
Hahah. Aku takde idea. Saje jer nak pektis. Lame dah tak buat novel. Plus, aku pun dah beberapa hari tak apdet blog. Cilake tenet opis down. Huu~ Ok lah, nak sambung keje. Babai~ >.<

Man.... |

Sabtu, 5 Januari 2013
Misi mencari maskot...
Weyh korang! aku tau ada antara korang-korang nie yang follow blog aku sejak dari blog aku yang lama dulu, kan? korang ingat lagi tak dekat blog lama aku dulu ada seekor maskot yang diberi nama timangan sebagai tapir. Walaupun tak official, tapi tapir tersebut telah mengharumkan (ye ke?) blog aku dan memeriahkan suasana dihari raya. Ingat tak dulu, dari blog picisan dan umpama pondok telefon ditepi jalan, blog aku mula berubah menjadi papan tanda jalan dan mula dikenali sejak aku perkenalkan maskot tersebut.
Jadi, untuk itu, aku ingin mengajak korang berbincang bersama, apakah maskot yang sesuai untuk digunapakai dekat blog aku nie. Patut tak kalau aku amik maskot dari blog yang lama dan mengembalikan zaman kegemilangannya seperti suatu ketika dahulu? adakah? adakah?

Khamis, 3 Januari 2013
Azammm lah sangattt~ -.-'
Dah masuk hari ke-3 dalam 2013, baru aku dapat update.
"Azam berazam untuk membina seribu bangunan
Azam berazam untuk mendaki puncak kemajuan
Untuk mencipta semangat kebudayaan..."
Ingat lagi tak dengan lagu diatas? yang sebaya-baya atau tua dari aku mesti pernah dengar, kan?
Ok, macam seperti tahun-tahun yang sudah. Dekat-dekat nak masuk jer tahun Masihi, mesti ramai yang bertanya mengenai azam. "Tercapai ker azam tahun lepas?" "apa azam tahun nie?". Ini memang antara soalan feveret laa yang akan ditanya. Aku tak tahu adakah ini budaya masyarakat dunia atau hanya di Malaysia sahaja, itu aku tak pasti.
Azam aku last year, untuk pinang anak tapir jiran sebelah untuk digandingkan bersama dengan tikus rumah aku dengan harapan lepas kawen dengan tapir, tikus tu dapat laa hidup dengan lebih teratur dan tak curi-curi lagi masuk dapur rumah aku secara senyap-senyap. At least, lepas nie dia akan curi masuk dapur jiran aku pulak. Muahahahah. Bijak tak aku? yes!
Seriously, aku tak reti nak pasang azam nie. Yer, betul wa cakap sama lu. Aku tak ada target yang spesifik untuk dicapai pada certain-certain tahun. Sebab bila aku nak target something, aku tak sandarkannya pada tahun. Aku sandarkan pada kenangan... ehh??
"Kenangan manis, kau dan aku takkan terputus...duri ranjau dalam bercinta, lumrah duniaaaa...sayang menyayang, cinta ditayang, perasaan menjadi gampanggg, huwoooo~"
Haa... mesti korang baca sambil terdengar suara Jamal Abdillah, kan? mueheheheh. Tapi memang betul laa. Aku tak reti dowh. Haritu Miss S ada tanya aku, apa azam aku tahun nie. Masa tu aku jawab jer tahun nie aku nak ada sebijik kereta aku sendiri. Tak kisah laa kereta sorong, ataupun kereta control. Tapi sebenarnya dalam hati....
"tahun nie I berazam nak pinang U, boleh?" ;P
Ahahahah. Hormon gatal aku mula menular. Dah macam virus dah. Semuanya bermula dari hujung bulu ketiak. Hihi~
Ok lah, aku nak gerak dulu. Tak tahan nak kencing dah nie. Babai~
psst: dari semalam member-member asyik cerita pasal kawen. Apedehal?

Aku gugel Azam, muka dia yang keluar... comel? |

Langgan:
Catatan (Atom)