Khamis, 10 Oktober 2013

Inikah pengakhiran..?

Bangun pagi dengan perasaan bersalah. Terima 29 missed call dan satu text. No satu lagi ada 18 missed call dan 2 text. Missed call satu hal. Kandungan dalam text itu satu hal lagi. Rasa terkilan dan hiba pada masa yang sama. Kepala yang masih berat lagi secara tiba-tiba menjadi segar ibarat orang koma dikenakan kejutan elektrik yang agak kuat. Aku pun tak tahu macam mana perasaan itu dan apa punya haram jadah perumpamaan yang aku pakai.

Kepala aku serabut, kusut. Hati rasa tak tenang. Jiwa bergelora. Adakalanya terpercik percikkan api. Panas, geram dan marah. Tapi bukan pada orang lain, sebaliknya ke atas diri sendiri. Aku mula salahkan diri aku. Terasa bodoh pada masa yang sama. Bodoh dalam kategori yang berbeza. Bukan bodoh sombong atau bodoh ibarat tin kosong. Ini bodoh lain punya bodoh. Kesilapan yang dilakukan berulang-ulang kali. Tak pernah serik.

Aku akui semuanya salah aku. Bukan orang lain. Aku pun tak salahkan dia. Cuma mungkin dia meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Dan penghujungnya kecewa atas harapan nya sendiri. "Maafkan aku..." berapa juta kali nak aku ungkap? akhirnya tak berguna sebab tetap akan ulang benda yang sama. Terbit kekesalan dalam diri aku sendiri.

Pagi ni semuanya serba tak kena. Bangun pun lewat. Kepala resah. Hati runsing. Nasib baik masih waras. Emosi tak menentu. Tak stabil. Ibarat zarah-zarah didalam gas. Bergerak secara rawak. Sedikit tertekan tapi masih boleh dikawal.

Aku hantar 3 sms panjang. 3 mukasurat panjangnya. Lepas satu, aku send. Lepas tu taip lagi, kemudian send. Taip lagi, send. Tak kira walau panjang manapun, aku tahu tak akan ada balasan. Tak apa. Janji dia dapat apa yang tersirat dalam hati aku yang zahirkan dalam bentuk tulisan bertaip. Percaya atau tidak, itu hak dia. Apa tindakan setetusnya aku serahkan pada dia.

Sampai ke saat ini, aku masih menanti sms balas dari dia. Tapi tak juga kunjung tiba. Masih marah mungkin. Dah mula rasa benci? tak mustahil. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Walau tiada rasa terpaksa gagahi juga menelannya demi memastikan kelangsungan hidup. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? disitu persoalannya. Terasa pahit juga sekali-sekala. Kalau boleh dielak, memang aku dah elak. Benda dah nak jadi. Hadap jer lah.

"Life must go on..."

Mat Salleh mana yang cakap ni? tapi ada betul juga apa yang dia kata. Hidup kena teruskan. Ingat kalau mati, semua masalah selesai? tak akan selesai lagi ada. Kalau mati penyelesaiannya dan mati itu mudah, dah lama bunuh diri. Senang. Settle. Tapi tak semudah itu. Dunia ni hanya pentas, kita sebagai pelakon, melakonkan watak masing-masing. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Kalau dah bodoh, ke situ lah juga.

Aargghhh!! *kesal*

P/S: maaf sebab korang terpaksa baca entri ni. Aku hargai. Yang rasa meluat dan tinggalkan page ni, aku nak ucap terima kasih sebab singgah. Bukan aku sengaja nak luah benda macam ni. Aku tak tahu nak luah kat mana. Biasanya aku luah kat dia. Tapi... tak apalah. Dia berhak pilih jalan hidup sendiri. Aku siapa nak tentukan. Selamat tinggal romeo, until next time. Doakan aku bahagia, walau tak bersama dia. Tsk.. tsk.. *nangus (nangis plus hingus)*

-TAMMAT-
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 ulasan:

  1. banyaknya misscall . bila ada hargailah sebaiknya :)

    BalasPadam
  2. tak penat ke jari kau weh msg pnjg2. pakai la emel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dia jarang check emel pulak. Even aku pun sama. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...