Rabu, 28 November 2012

1 year = 12 months = 52 weeks = 365 days

Hmmm... fuhhh... *tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan*

Tak sangka, masa cepat berlalu. Kacang hijau yang semalamnya aku tanam, sekarang dah mekar menjadi sayur taugeh yang ranum. Tapir jiran aku yang dulunya biasa bermain bola bersama-sama, kini dah berumah tangga dan beranak lima. Hempon Xperia yang aku beli dulu, mula nak meragam, mintak tukar baru lettew. Pokoknya, manggis. Eh, pokoknya, masa memang berlalu dengan pantas.

Setahun bersamaan dengan dua belas bulan sama jugak dengan lima puluh dua minggu ataupun tiga ratus enam puluh lima hari. Hari ini genaplah setahun. 28 November 2011, tarikh yang tak mungkin aku lupakan. Dari situ segala-galanya bermula. Dan bagi aku, sangat-sangat bermakna. Segala suka duka, pahit manis, masam masin, segalanya terasa dalam tempoh setahun itu.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan the very special thanks to someone yang sentiasa berada ketika aku perlukan. Terima kasih jugak sebab sanggup bertahan selama setahun ini. Terima kasih sebab sentiasa temankan aku dan menjadi sumber inspirasi buat aku. Thanks to this whole great year. Your existence in my life really change it all. Thank you, thank you sooo much.


p/s : Aku masih ingat lagi tatkala aku jatuh kerana 'tali' tempat aku berpaut terputus, dia menyambut aku dan memberi sinar harapan yang baru dimana aku melompat lebih tinggi dari ketinggian yang pernah aku berada sebelum ini. Untuk itu, terima kaseh awakk... ;')

4 ulasan:

  1. kau tau x masa aku bukak blog kau ni gambo dalam entri kau ni xnak keluar tau. pastu bila ayat last kau tu 'terima kasih awakk..;)' menyebabkan aku nak tengok gambo yang tak dapat aku tengok tu. lepastu kan aku kan copy url gambo tu bukak dlm tab satu lagi sebab aku ingat dalam gambo tu ada 'awakk' tu ghupenyewwwww... (lu pikiaq sendirik)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishhh. Ape kau cakap nie? aku pulak yang pening baca komen ko. Hahah. Mesti ko frust kan bila bukak tab baru tu. Heheh. Sorry~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...