Isnin, 17 Mac 2014

"May the force be with you..."

Not a "kipas-susah-mati" Star Wars not so long time ago. Didn't even ever give any chance pun nak layan Star Wars. Alasan, sebab ianya melibatkan peperangan antara manusia dan alien (makhluk asing, makhluk selain manusia, makhluk planet lain etc. etc.) dan scene mostly diruang angkasa raya / angkasa lepas. Simply to say, ianya BOSAN.

Then, there is change of pattern. Ya, aku akui it's doesn't start for what it's like. Aku tak expect pun yang suatu masa, aku akan "korek" balik bits by bits mengenai Star Wars. Kalau kau tanya sebelum ni (sebelum semua ni bermula), apa yang aku fikir / ingat tentang Star Wars, aku akan jawab aku ingat Darth Vader, R2-D2, C3PO, Droid berkaki empat dan Padme Amidala. Ya, pengetahuan aku terbatas disitu sahaja sebab aku tak tahu menahu pun mengenai Star Wars dan apa yang berkisar atau diceritakan menerusi filem tersebut. As a matter of fact, actually, Star Wars are somekind of genre yang aku sebenarnya minat. It's a Sci-Fi, and it's about fight (light sabre, The Force) dan salah satu benda yang menarik perhatian aku adalah transition seorang budak kecik, dilatih menjadi Jedi dan end up menjadi seorang penguasa, diktator, mainly antagonis didalam cerita ini. Aku pernah dengar Luke Skywalker dan Anakin Skywalker tapi aku tak pernah dapat nak relate hubungan dieorang. At first, aku sangkakan dieorang berdua adalah adik-beradik (so typical) tapi rupanya aku silap. Bagi engkorang yang sama macam aku dulu, tak berminat, tak suka, dan tak ada rasa nak ambil "port" pun pasal cerita ni, memang tak akan faham apa yang aku bakal bebelkan. Dan entri ni tak akan memberi sebarang erti mahupun makna kepada engkorang (apart from yang aku berharap engkorang akan cuba beri peluang untuk diri engkorang "layan" cerita ini).

Incase engkorang rasa nak layan dan beri peluang kepada diri engkorang untuk menonton Star Wars, aku bagi tips, korang layan dari episode I dahulu. Jangan tonton yang paling awal release sebab engkorang akan jadi macam aku, terpaksa create "partition" didalam kepala untuk save sedikit memori dari episode 4, 5 & 6 supaya aku boleh relate dengan episode 1,2 & 3. Ya, filem pertama Star Wars adalah episode IV, A New Hope yang release pada tahun 1977 then episode V, Empire Strikes Back, 1980 dan diikuti oleh episode VI, Return of The Jedi pada tahun 1983. Disebabkan itu, terdapat perbezaan cinematic yang ketara antara episode "terkemudian" dan episode "permulaan" atau prekuel. Bayangkan episode I, The Phantom Menace dikeluarkan pada tahun 1999, 16 tahun selepas episode VI. Episode II, Attack Of The Clones pula pada 2002 dan yang terakhir sekali, episode III, Revenge Of The Sith 2005. Tapi rasanya itu tak berapa nak memberi kesan since kita boleh faham (mengenai cinematic and such) dan apa yang penting adalah susunan plot serta jalan ceritanya.

Star Wars bukanlah mengenai satu watak tertentu, ianya lebih menceritakan mengenai suasana, situasi dan kondisi kehidupan dialam semesta (selain bumi) serta masalah politik, ketenteraan dan pelindung alam. Yes, it's about good versus evil. The Dark Lord of The Sith versus The Good Force of Jedi, The Senate versus The order of Jedi, The Droid Troops against The Clones, dan tak lupa juga Anakin versus Darth Vader itu sendiri. Siapa Anakin? siapa Darth Vader? siapa Luke? Darth Sidious pula siapa? semuanya berkaitan antara satu sama lain dan aku cuba untuk tidak menspoilkan (spoiler) engkorang yang cuba nak faham cerita nie. Aku cuba nak highlight point-point penting sahaja. Selain itu watak sampingan seperti Master Obi Wan Kenobi, Master Yoda, Jango Fett, Hans Solo (dan banyak lagi sebenarnya) juga harus diberi perhatian.

Okay, let's talk about The Force. Apa itu The Force? dan apakah persamaanya penggunaan The Force antara Jedi dan Dark Lord of Sith?

Okay, layan Naruto tak? Dragon Ball? pernah dengar chakra? Qi? takpun tenaga batin laa (paling common) sebab semuanya adalah lebih kurang sama dari segi konsep. Cuma istilah sahaja yang berbeza. Begitu jugak halnya dengan The Force. Ianya adalah tenaga dalaman (bukan mental mahupun fizikal) ianya lebih kepada spiritual. Tenaga spiritual ini difokuskan dan dizahirkan menjadi suatu daya yang dikenali sebagai The Force. Jedi pula adalah orang atau pihak yang mengamalkan "Force" demi kebaikkan dan guess what, The Sith pula menggunakannya untuk kejahatan.

"The Sith rely on their passion for strength. They think inwards - only about themselves."

"The Jedi are selfless. They only care about others"

**Kedua-dua quotes di atas aku petik dari Anakin Skywalker, episode III, perbualannya dengan Chancellor Palpatine.

Pengamalan "Force" adalah sama bagi semua, cuma untuk apa mereka gunakan "Force" itu yang membezakannya. Dari quotes diatas, kita boleh tahu yang The Sith gunakannya untuk melindungi diri sendiri manakala Jedi gunakannya untuk melindungi orang lain.

Jadi disini, Jedi dan Sith adalah dua individu yang berbeza?

Hurm, actually tak. Jedi adalah organisasi pengamal "The Force" yang berkhidmat sebagai pelindung alam semesta. Senang nak faham, dieorang adalah military, armed force etc. etc. cuma dieorang punya weapon adalah Light Saber (which is berbeza dengan askar-askar yang lain, droids, clones). Dieorang punya skop agak meluas tapi untuk bahagian "pertahanan" sahaja. Tujuannya adalah untuk create balance dan membela nasib makhluk yang lemah sebab penindasan, kezaliman mudah saja nak berlaku dimana-mana. The Sith pulak, yang aku faham tak seramai Jedi. Senang nak faham, The Sith juga adalah Jedi (sebab dieorang mengamal "The Force") tetapi didorong oleh kuasa gelap / kuasa kejahatan dan berubah haluan (jadi jahat laa). Bear in your mind, yang dieorang ni adalah kuat dan bukannya baru setahun mengamalkan "The Force". Count Dooku (Darth Tyranus), Darth Maul, Darth Sidious dan of course, Darth Vader adalah antara The Sith yang bukannya calang-calang. Ouh, dieorang pun gunakan Light Sabre as a weapon.

Apa itu "Light Sabre"? holy shiat, kau tak tahu?? aku rasa antara perkara yang signifikan mengenai Star Wars ni adalah "Light Sabre". Senang nak faham, Light Sabre adalah pedang lampu suluh. Hahah. Pemegangnya memang seakan-akan dan sebijik macam lampu suluh. But instead of mengeluarkan cahaya seperti lampu suluh, Light Sabre keluarkan cahaya laser. Ianya cukup kuat untuk memotong besi ibarat memotong kertas A4 menggunakan gunting (bahkan lagi mudah dari itu). Biasanya digunakan oleh Jedi dan tak kurang juga The Sith. Cahaya nya ada yang berwarna merah, hijau dan biru. Ada jugak berwarna purple (Master Mace Windu punya). Tapi rasanya perbezaan warna cahaya tu tak melambangkan kekuatan "Light Sabre". Tak ada beza la maksudnya. Hatta, kalau ianya warna "pink" pun still sama power macam yang warna merah, atau biru atau hijau dan sebagainya. Kekuatan light sabre sebenarnya terletak pada pengguna itu sendiri. Kiranya tinggal skill jer yang membezakan tahap kehebatan dieorang. Ada yang mahir guna dua light sabre. Light sabre ni juga cukup kuat untuk memantulkan tembakan dari senjata seperti pistol dan laser (disebabkan cahaya nya yang sudahpun mempunyai bentuk fizikal yang sendiri).

Okay, The Force aku dah cover, Jedi dan The Sith aku dah cover, even light sabre pun aku dah cover. Mengenai isu diplomasi dan politik aku tak nak cover since part ni yang agak bosan dan boleh jadi reason orang tak suka nak layan Star Wars tapi percayalah, ianya essential dan antara reason yang menyebabkan point-point awesome lain berada ditempatnya sendiri. Sebab nanti engkorang akan tahu siapa itu Padme, Palpatine, The Council, The Queen dan sebagainya. Baiklah, aku rasa cukup la sampai sini dulu. Lain kali aku blog lagi. Kbye~

P/S: Sorry~ aku malas nak tepek gambar. Letih nak google since line macam har har har har am. Miss S mesti tak nak baca entri ni. Intro jer dah boleh buat dia menguap. Kbye~

Jumaat, 14 Mac 2014

Silap build-up...

Ini edisi bila tak dapat nak tidur malam..

Hell yeah! it's fuckin past 1:12am dan disini aku masih lagi terkebil-kebil, continuosly menguap tapi tak mampu nak lelapkan mata. Once aku try tutup mata, fikiran aku mula menerpa ke alam yang tak nak aku sentuh pun. Alam mistik, misteri kinda stuff. Apa yang anehnya, aku tak terfikir pun akan hal-hal sebegitu not until mata aku baru tutup selama 1 saat. Scumbag brain! sengaja fikir yang bukan-bukan so that aku tak berani nak tidur. What a dimwit. Pfft!. Not to mention yang last two week, aku kena "himpit". Yes, aku tak tipu tapi mungkin ada penjelasan saintifik disitu. Tapi kali ni bukan pasal tu aku nak cerita.

This is merely a discussion, if only korang berinteraksi dengan aku. Memandangkan tak ada yang sudi mahupun rajin berkomen dalam blog ni (except certain individu(s)), jadi terpulang kepada korang nak anggap entri ni macam mana.

Aku baru jer selesai satu game DotA, bermain bersama-sama built-in artificial intelligence. Even so, kali ni game kinda a little bit tough. "Play safe" yang biasa aku praktikkan (even though tak applicable dalam game sebenar, mainly pubs game), still aku boleh maintain. Oh, "play safe" ni maksudnya (kurang lebih) adalah dengan memastikan aku kurang mati (less death) dan aku end up dengan score 7/0/17. Yeah, it's fuckin record, average I would say tetapi boring much. Ya, boring. Kenapa? sebab aku kurang kill. Bukan sebab biasa di"KS" (Kill Steal) oleh AI, tetapi sebab aku hesitate nak kill. Even boleh aku katakan, hanya satu atau dua kill sahaja yang aku sendiri initiate while lagi 5 kill semuanya aku sendiri KS or hasil dari ganking bersama ally aku.

Opps! sorry~ aku tak mention pun siapa hero yang aku pakai. It's fuckin Anub'seran guys. Okay, sebelum korang ketawakan aku, ingin aku tegaskan disini, Anub'seran a.k.a Nerubian Weaver ni bukanla hero yang aku minat. Game tadi adalah random so aku dapat Weaver (letih la nak taip nama binatang ni). Betul dia ranged type hero, ada skill yang spammable (swarm) dan kalau lucky enough, boleh dapat kill dari skill tersebut walaubagaimanapun dia ni fragile. Seriously fragile. Okay, mostly carry memang begitu tapi serious aku cakap, aku lost dowh. Item pun aku keliru nak beli apa since aku sendiri confuse nak build up macam mana. Mulanya aku nak build up Weaver as a lone ranger. You know, those type yang boleh face to face dengan enemy's hero dan end up killing it well. Tapi entah macam mana, setengah jalan aku tersilap item pulak. Dari offensive jadi defensive dan dan dan (ini serious kalut gila) game aku jadi tak betul lagi mengelirukan. Aku boleh build Azwraith, Traxex ataupun Riki dan jadikan dieorang carry yang boleh fight musuh on their own tapi bukan dengan Weaver. At last, aku jadi sangat dependable dengan ally sendiri.

Normally aku akan heads up enemy's AI dengan dua tiga level ataupun 10 level ke depan (untuk kes yang imba) dan boleh "makan" musuh dengan mudah tapi dengan Weaver, paling aku dapat kejar pun sama level dengan enemy's third highest hero level (Slardar kalau tak silap) itupun dua hero lagi memang selang satu level ke depan. Ini aku perasan semasa mid-game dimana aku yang level 15 while Leshrac (hero musuh) dah level 17 followed up oleh Leoric, level 16. Silap farm, ye aku tau. Tapi silap farm sebab silap item, dan silap item sebab silap item build up. Nasib baik tak main pubs game, kalau tak confirm kene cop sebagai noob tegar. Fockin shiatt!!

Dah lah, yang tak reti main DotA tu memang tak ah nak baca entri ni. Bagi yang layan DotA pun maybe akan jadi macam, "mende la dia repekkan..". Sorry sebab bazirkan masa korang beberapa menet. Aku taip ni pun sebab tak dapat nak tidur. Might as well layan satu lagi game baru dapat lelapkan mata. Haishh!! (padahal dari tadi tak habis-habis menguap)

Okay ah, cukup sampai sini. Korang sila la tidur lagi. Heheh. Dah dah, nak layan game ni. Buhbye!

Khamis, 13 Mac 2014

Alih Bahasa...

Macam jilakee... -..-"

Apparently, sedang on the phone dengan Miss S dan biasanya kitorang akan guna bahasa Sarawak akan tetapi kali ini Miss S request untuk guna bahasa hometown since it's more privacy. Tapi yang sangat terase jilake ni adalah bila menukar a.k.a mengalih bahasa ni, vocabulary tersesat entah ke mana. Ada certain words yang tersilap translate. Miss S macam biasa, suka nak bahan aku (well, aku pun sama actually. Hehe~). Tapi itu la, kelakar kott. Hahah.

Ni kalau dah tersasul ni kategori ape pulak? ye la, kalau salah taip, jadi typo, so salah sebut / cakap ni apa? speapo? hahah.

P/S: Next time nak belajar bahasa Perancis pulak. Biar tersasul Frans, France, French. Hihi. French kiss pulak macam mana? opps!! kbye~

Rabu, 12 Mac 2014

Ingat nak kurangkan stress, tapi..

Terasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Nak cakap dengan dinding, dinding pun tak lalu nak layan aku. Cakap dengan handphone, tak ada respon. Kebetulan, anak mata terpandang kotak PS2 kat atas meja. "Eh, layan PS2 pun okay gak nih..." monolog ku sendirian.

Ternyata, kehebatan aku masih lagi ditahap yang memberangsangkan dengan bukti Kane mampu merampas title dari Randy Orton dalam perlawanan "First Blood Match". Ingatkan dah lama tak main, diri terasa kekok dan tak sehebat dulu. Ternyata anggapan ku silap. Lama-lama, bosan pulak layan WWE Smack Down vs Raw. Aku tukar CD. Layan Tekken 5 pulak.

Alang-alang dah terpasang memory card, ada baiknya aku layan story mode. Dapat jugak unlock karekter baru. Idea tersebut mula terlintas difikiran. Aku pilih karekter Paul Pheonix, pakar Judo. Dulu antara karekter favourite aku sebab dia ada teknik "one-blow fist" dimana satu tumbukan tu mampu melenyapkan lebih dari separuh "nyawa" pihak lawan. Infact, aku rasa semua karekter pun ada skill yang lebih kurang sama, cuma dengan Paul ni kebarangkalian teknik tu nak keluar, agak tinggi. Semakin tinggi stage, perlawanan terasa semakin sukar. Masuk stage 4, jumpa Kuma (ini storyline untuk Paul). Berjaya beat Kuma, ada sedikit cinematic dimainkan. Kuma minta tolong Paul selamatkan Zaibatsu (Who the hell Zaibatsu? aku pun lagging, cuba untuk recall siapa itu Zaibatsu). Sedangkan Paul sibuk nak jadi yang terhebat dialam semesta (the best fighter in the universe) dan tak berapa nak endah akan permintaan Kuma. Diawal story mode (untuk Paul), kononnya perlawanan sebelum ini dia dikalahkan oleh Kuma dan terlantar diatas lantai (K.O mungkin) dan timeline untuk story line Tekken 5 adalah dua bulan selepas insiden itu. Jadi, tak hairan la kenapa Paul terkinja-kinja melompat kegirangan bila berjaya beat Kuma walhal baru jer stage 4 masa tu.

Perlawanan diteruskan sampailah ke stage 9 (dimention kat screen stage 9 ni adalah final stage). Lawan dengan Jinpachi. Wait wait, Jinpachi ni siapa? alter-ego untuk Heihachi kah? (seperti Devil's Jin yang menjadi alter-ego kepada Jin Kazama, cucu Heihachi Mishima). Seriously, aku tak layan Tekken 4, tapi Tekken 3 (PS1) aku ada layan. Biasanya stage 9 memang akan jumpa Heihachi dan next stage jumpa Ogre (betulkan aku kalau silap). Tapi, who the "F" is this Jinpachi??

"It's okay, my Paul gonna beat anyone. Just anyone (even Kuma and Devil's Jin got beaten by him)..". Namun... sekali lagi aku silap. Prasangka aku dan over-confident yang ditaruhkan menyaksikan Paul berkali-kali dikalahkan dengan mudah oleh Jinpachi. Akhirnya aku mengalah. Paul tak mungkin dapat kalahkan Jinpachi, atleast bukan waktu itu. Aku masih lagi geram, nak kalahkan Jinpachi. Aku tukar karekter. Kali ini aku pilih Hwoarang sebab Hwoarang ada chance nak build up combo (plus, banyak gerakkan Hwoarang hanya melibatkan kaki; menendang dan menyepak; Tae Kwon Do la katakan). Sekejap jer aku sampai stage 9 (even storyline pun aku tak kisah sangat). Oh, storyline Hwoarang adalah untuk kalahkan Jin Kazama pada stage ke 8 (stage 7 ada susah sikit bila jumpa Kazuya Mishima). Stage ke 9, guess who? yup, masih lagi Jinpachi. Still, aku tak dapat nak beat Jinpachi (dah lima kali aku try). Last-last, aku give up. Letih, morale turun, tak bermaya, aku off PS2 dan tv. Mood aku sendiri dah hilang. F!!

P/S: Eh, siapa itu Jinpachi daa? malasnya aku nak Wiki. Haishhh!! :/

Selasa, 11 Mac 2014

Komen yang membina...sa..?

"I used to able to find good info from your articles.."

"Your style is very unique compared to other folks..."

"Very nice article, totally what I needed..."

Pergh!! bila baca komen diatas, terasa kembang kempis hidung seolah-olah entri yang ditaip sangat menusuk kalbu, menerpa minda dan mengubah persepsi para pembaca. Namun itu hanyalah sekali imbas. Imbas kali kedua, tepek dahi sampaikan bergegar otak mengakibatkan beberapa sel yang berhubung, terputus, disconnect dan mati serta merta. Ya, komen-komen diatas adalah wujud didalam blog ini namun sebagai para pembaca blog, adalah wajar untuk engkorang semua ketawa terbahak-bahak dengan maklum balas diatas.

Kenapa daa semua komen tu masuk spam folder??

Dah nama pun spam. Masuk blog ni, blog itu, blog oh! bla bla bla dan sebagainya, tuuuu jugak yang dieorang komen. Entah manusia entah tidak yang mengomen tu. Jikalau laa komen-komen itu semua datang dari insan sejati, sungguh terasa dihargai diri ini. Cett!! la ni jugak nak bersusastera. Deyy, susastera atau sastera. Arghhh!! peduli ape nye pun haduii~

Motif tempek gambar ini?? imej dicilok dari Google

Dah lah. Ada baiknya layan DotA segame-dua. Kurang-kurang, seronok laa jugak. Engkorang yang tengah baca nie, bila lagi nak komen seperti yang tertera diatas? huu~ *nangis-nangis lap hingus*

Okay lah. Bebel panjang pun tak guna. Keep on pray for MH370. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik. Dah baca entri sebelum nie? kalau belum baca, luangkan la semenet dua. Bagi yang rajin tu, ringan-ringankan la tangan menaip komen. Aiseyy~

Stop stop. Tak nak taip lagi. Letihhhh daaa. Bye!

P/S: Mana Miss S nie? kata rinduuu. Huu~

Barang yang hilang: Konspirasi atau Kebetulan

Entri pendek jeww...

Tak perlu nak mention lagi, siapa yang update dan maklum dengan isu semasa sekarang, sudah tentu tahu mengenai kes kehilangan pesawat MH370. Malah, aku rasa ramai lagi yang expert dari aku sendiri. Jadi, entri ini bukanlah nak mengupas mengenai isu tersebut. Lagipula, kita tak boleh nak buat spekulasi sendiri. Yang jadikan isu tersebut bahan lawak pun, satu hal jugak. Otak dan hati letak mana der? bawah kelambu atau simpan dalam wallet? ish ish ish. *geleng kepala*

Tanggal 8 Mac 2014, kita dikejutkan dengan berita yang agak mengejutkan. Berita yang membuatkan kita tertanya-tanya. Persoalan tentang bagaimana, kenapa dan siapa, sering kali bermain difikiran. Isu pesawat @ kapal hilang ni bukan pertama kali berlaku. Jadi tak hairan lah ada yang mengaitkannya dengan isu segi tiga bermuda. Disebabkan hal sebegitu, kita dilarang sama sekali dari membuat spekulasi yang dilevelkan sebagai "hentam kromo". Sebelum itu, tahukah engkorang mengenai "The Devil's Triangle"? sila google jika nak tahu. Tapi, itu pun berada dikawasan Jepun sedangkan pesawat MH370 yang hilang ini dikatakan lesap dari radar dikawasan Laut China Selatan. Tadi ada terbaca artikel "Pesawat MH370: 'Red Flag atau 'False Flag'" (maaf, tiada link diberi sebab entri tu pun tak jumpa dah) dan semakin banyak persoalan yang timbul. Sudut pandang atau persepsi melihat kepada kes ini pun turut berubah. Kepada sesiapa yang belum membaca artikel tersebut, boleh la cari dan baca. Nak percaya atau tidak, itu hak sendiri.

1 Mac 2014, seminggu sebelum hilangnya MH370, aku sendiri ada hilang "barang". Adakah ini suatu konspirasi juga? atau hanya sekadar kebetulan? puas aku luangkan masa mencari, namun tak jumpa. Nak tanya dengan mak aku, sudah tentu dia tak tahu menahu pun apa benda yang aku cari. Jadi, usahkan CIA mahupun FBI Amerika, dengan mak aku pun aku tak tahu nak explain macam mana. Hari ni jer dah 11 haribulan. Dah 10 hari dah hilang. Namun, firasat aku sangat-sangat kuat mengatakan "barang" tu masih ada dalam bilik aku ni. Firasat dieorang yang sedang mencari, yang menunggu berita terkini (ahli keluarga mangsa), dan yang follow-up berita (mostly kita-kita) nie pulak macam mana (berkaitan isu MH370)?

Walau apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik. Walaupun logik mengatakan MH370 tidak lagi berada diatas udara (semua barang yang naik ke atas, sudah tentu jatuh ke bawah; hukum graviti), even peluang mereka (penumpang dan petugas MH370) untuk survive amatlah tipis, kita doakan mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan ahli keluarga dalam keadaan mana dieorang pergi meninggalkan mereka. Kalau benar ini semua konspirasi, perancangan puak-puak yang ingin menakluki dunia (baca artikel yang aku mention tadi), jadi khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya perancangan Allah itu lagi besar dari perancangan mereka.

Akhirul kalam, jangan putus untuk berdoa demi kesejahteraan mereka (penumpang dan petugas MH370 serta ahli keluarga dieorang) dan kesejahteraan kita dan semoga kita semua bebas dan terhindar dari tipu daya dan fitnah "Penipu Besar akhir zaman". Wallahualam.

P/S: Dah macam Ustard pulak entri aku ni. Saja jer nak update. Walau tangan sakit. Punya lah payah nak menaip. Ish ish ish.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...