"Dah lama dah tak update blog.." <--- most wrote quote for a blogger. Ayat pemes. Tak sah kalau dah lama tinggal blog, lepas tu update tapi tak letak quote tersebut. Blog jadi blog luar nikah. Tak sah taraf dan bla.. bla.. bla..
Banyak benda yang jadi. Tak sempat nak update dalam blog. Blog jer kot, bukannya diari. Diari, guwa update hari-hari. Opps! guwa manede ada diari. Abaikan kata-kata nista itu. Jap jap, bagi guwa 2 saat. Guwa nak imagine apa agaknya guwa update dalam diari guwa. Mesti kelakar dan sangat jilaka, kan? kan kan kan? korang yang baca entri guwa ni pun dah boleh rasa ter-annoying, apatah lagi kalau korang baca diari guwa. Memang muntah hijau campur turqouise plus magenta minus cyan kali amber. Kaler tu korang imagine sendiri macam mana. Kalau guwa tepek kat sini dia punya gambar, nanti muntah hijau campur bla.. bla.. bla.. dan jadi la muntahception. Muntah sebab tengok gambar muntah. Urghh~ nak muntah guwa. -.-"
Dari isu sapi mengamuk gara-gara nak dikorbankan, pengawal keselamatan yang tembak pegawai bank (bukan pegawai keselamatan tembak pengawal bank, faham), bini Mat Yo, Bobby Gonzales terlepas banyak peluang ketika menentang Pahang dan banyak lagi lah isu yang dipanas dan dihangatkan sekarang ni. Oh, dikesempatan ini, guwa ada satu berita sedih nak dikongsikan. Mungkin ada antara korang yang selalu singgah Blog Iron Girl (semak dekat bloglist guwa diruangan sebelah kanan 45 darjah kebawah). Blog Iron Girl dah pergi meninggalkan kita semua. Pergi yang tak akan kembali. Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah dan ucapkan takziah buat pemilik blog tersebut, Tugau Gates a.k.a Nisa Gay. Semoga beliau tabah dan sabar menghadapi hidup yang penuh mencabar dan pelbagai rintangan ini. Bukan senang sebenarnya nak senang, dan bukan susah nak susah. Eh, asal perumpamaan guwa macam cel(short form lah! guwa maksudkan celake) ni? gi mamp(ni pun sama, short form) lah dengan perumpamaan guwa!
Okay, dah dah. Tak nak sedih-sedih. Mari kita bergumbira. Oh, apa guwa nak cite tadi? guwa nak cite pasal PES 2014. Guwa dah try dah. Guwa tau guwa lambat apdet tapi guwa peduli apa. Guwa nak share gak kat sini.
Sebelum tu, ada sapa-sapa yang tak tahu apa itu PES 2014? Apa?? menatang apa bajet 2014?? itu tak sama. Nak cite pasal bajet mohon singgah blog lain. PES 2014 (Pro Evolution Soccer 2014) a.k.a Winning Eleven ke-berapa-entah ni adalah permainan video bergenre sukan bolasepak. PES 2014 ni kalau tak silap adalah release yang ke-14 (ker 13?) dalam francais (Europe release). Bagi yang biasa main Playstation, game ni dipanggil Winning Eleven, WE. Game yang sama, nama jer berbeza sebab Winning Eleven ni untuk Japan punya release. Game ni KONAMI yang buat dan memandangkan KONAMI datang dari Jepon, so thats why ada perbezaan branding. Macam Resident Evil jugak. Dieorang panggil Biohazard. Gitu~
Untuk release yang terbaru ni guwa agak berpuas hati dari segi gameplay dan pergerakan player dalam game. Dari segi grafik, guwa agak sedih sedikit sebab guwa punya hardware tak sehebat mana. Hanya boleh support game dalam kualiti medium. Ini gara-gara KONAMI target game ni untuk high end console. Fakin shit, dalam bahasa mudahnya. Tapi tara pa, guwa still layan. Bercakap pasal grafik, guwa rasa kali ni ada perbezaan sedikit. Muka player macam plastik. Berkilat semacam. Dieorang tak pakai garnier ker per? pastu guwa nampak muka player macam dah build up dan bukannya guna kaedah amik gamba macam sebelum-sebelum ni (sejak PES 2010). Means, muka player dibuat secara 'old style' cuma dengan decent software. Sila jangkakan banyak player yang ada muka kurang lebih sama (walaupun player kelab pemes). Paling tak boleh blah, tekstur rambut player remind guwa dengan game The Sims 3. Sama kot dia punya rendering. Ker guwa seorang jer yang perasan benda tu? but not bad sebenarnya. Ianya o-kay. :)
Motion dan pergerakan pemain agak superb. Lagi "real" dari sebelumnya. Kadang-kadang, buat seketika guwa rasa macam guwa tengah layan game sebenar padahal guwa main video game rupanya. Paling ketara adalah ketika pemain buat hantaran bola. Cantik doe die punya pass. Kali ni sangat jarang nak jumpa pass yang bangang macam cipan. Mostly bola akan dihantar ke player terdekat dan yang mana paling logik (tak macam sebelum ni boleh backheel dengan kelajuan 160km/j. Backheel kott!!). Tapi, fair warning, bola mudah nak lolos. Kena cekap bila send & receive bola. Kalau stay kat satu tempat macam tugu negara menanti bola sampai, memang hancurlah. Even buat pemain yang ada body balance tinggi pun bola still boleh dirampas walau kau guard macam mana pun. AI sangat impressive kali ni. Agak bijak tak kira AI untuk player mahupun goalkeeper.
Yang lain-lain guwa tak nak sentuh sangat. Audio okay. Interface boleh tahan. Banyak liga dimasukkan cuma macam biasa, liga perdana Inggeris memang takde lesen. Persoalannya, bila KONAMI nak beli lesen BPL?? dan ada option untuk bermain liga selain Master league. Dan ada screenshot dari match lepas sebelum korang masuk main. Pasal lesen tadi no hal sangat sebenarnya. PESEDIT dah buat yang terbaek. Korang cari la release yang latest. Setakat ni Patch 1.1 yang guwa pakai. Tengah tunggu 1.2 jer lagi. Januzaj masih belum ada dalam Man Utd (dimana guwa berharap akan ada dalam patch release 1.2 ni nanti).
Ok lah, guwa nak gi cari Yoko Yoko jap. Belakang guwa sakit. Tak tahu kenapa. Salah posisi tidur ke caner? bye~