Jumaat, 14 Jun 2013

Siti punya pasal...

Guwa bukanlah seorang pencinta haiwan. Serius. Guwa tak tahu apa masalah guwa sebenarnya, tapi guwa memang tak berapa sangat dengan makhluk yang diklasifikasi binatang ni. Dengan kucing pun guwa tak ngam. Bukan guwa benci, cuma guwa tak ada perasaan nak berkasih dengan kucing tu. Sebab tu kucing jiran guwa pandang guwa semacam jer. Guwa dah tolak cinta dia mungkin. Binatang lain apatah lagi. Monyet, hanjeng, tikus memang tak aa nak berkenalan. Tapir?

Nak kata guwa benci sangat tu tak aa. Jahat sangat dah tu. Ada jugak sisa perikemanusiaan (ker perikebinatangan?) dalam jiwa guwa ni sebenarnya. Guwa dapati guwa juga seorang yang penyayang. Walau tak banyak, sikit tu ada laa.


Tapi semalam ada seekor binatang bernama Siti(kus) ni nak tackle guwa. Guwa awal-awal lagi dah cakap guwa tak minat dekat dia, tapi dia ni jenis yang tak makan saman punya. Siap masuk bilik guwa lagi tu. Nanti apa pulak pandangan mak bapak guwa tentang guwa? guwa taknak kawen dengan Siti tu. Tak hingin guwa. Pastu dia bukan main punya frust, kacau guwa yang tengah layan Paranormal Activity 3. Dah la citer tu saspen, dia tambah lagi kesuspenan citer tu. Guwa nak halau, tak sampai hati. Tu dah kira baik sebab guwa bagi dia tidur dalam bilik guwa semalaman. Disebabkan guwa gentlemen, guwa pindah tidur dekat ruang tamu. Guwa tak nak nanti kena fitnah tidur sebilik dengan Siti padahal guwa masih belum kawen serta still bujang dan kacak lagi. Macam mana tu?

Please la korang tolong bagi guwa nasihat atau tips macam mana nak settlekan hal nih. Guwa dah buntu. Guwa tak tahu nak buat apa. Guwa keliru, celaru, haru. Huu~

Tolong guwa pleaseeee.

lakaran wajah Siti

T^T

6 ulasan:

  1. Bawa bersabar..

    BalasPadam
  2. wakakaka . gedik kau . siti tu habis kuat pun buat love bite ke kau jeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dia kencing macam mana? bahaya tu kencing die. :S

      Padam
  3. huh.. aku dah pernah utarakan dah kat blog aku.. cuba ko searhing and surfing.hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala bro. Paste la link. Terpaksa la aku korek-korek entri lama ko tu. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...