Isnin, 24 Jun 2013

Sebenarnya Saya Boyfriend Dia

Whats up bro & ho sekalian. Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pergh! jarang sekali guwa nak buat pembukaan entri dengan greet diatas. Guwa tampak macam poyo jer. Amacam tajuk entri guwa? rasa nak patah tak bulu hidung korang membaca tajuk tersebut? jikalau begitu, guwa sarankan korang semua amek beg plastik sampah dan sumbat ke dalam mulut. Insya-Allah boleh membantu sistem pernafasan korang dan mengurangkan kejadian-kejadian pematahan bulu hidung dikalangan masyarakat.

Sebenarnya guwa nak buat entri pasal "SSID" atau dalam bahasa saintifiknya "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Alaa, drama tv3 yang sedang hangat sekarang ni. Ibarat mee goreng mamak yang baru siap dimasak lah kira hangatnya. Guwa ada gak dengar pasal ni tapi guwa tak nak amek port sangat. Almaklum la guwa mana boleh layan sangat drama-drama romantis ni. Mudah sangat guwa nak lekat.


First time guwa tahu pasal drama ni adalah apabila Miss S macam meroyan tatkala kitorang jalan-jalan. Guwa ingat apa, rupanya dia ternampak novel SSID ni. Guwa kehairanan, apa yang signifikannya novel tersebut sehingga mencetuskan aura yang agak hebat. Lepas tu Miss S mula cerita pasal drama SSID tersebut. Masa tu normal la, guwa menguap tanpa sengaja. Tandanya... err.. korang paham la kan. Guwa malas sebenarnya nak layan cerita-cerita jiwang ni. Walaupun guwa tahu yang dalam hati guwa ada taman bunga. Guwa boleh jadi seromantis Firash tau tak. Peh!

2 minggu lepas, first time guwa tonton drama tersebut. Bagi guwa drama tu tak kurang ibarat drama-drama lain yang disajikan oleh tv3. Ada seorang lelaki kacak lepas tu seorang awek innocent. Lepas tu ada awek jahat yang cuba merosakkan hubungan orang lain. Jenis yang tak boleh nak tengok orang bahagia. Heh!

Percaya atau tak, apa yang menarik guwa lekat didepan tv masa tu adalah sebab Firash. Guwa macam tak pernah tengok pelakon tersebut melakonkan mana-mana watak didalam tv. Bila dikaji selidik, rupanya lelaki tersebut la Izzue Islam yang nama nya kerap digembar gemburkan dalam alam maya. Dalam twitter, asyik nama dia jer yang keluar dekat timeline. Masa tu, baru la guwa tahu kenapa dia menjadi daya tarikan awek-awek dekat timeline. Nasib baik guwa tak gay dan nasib baik guwa dah ada Miss S.

Bila guwa tengok Syaf a.k.a Tiz Zaqyah, suddenly guwa teringat dengan Nur yang juga dilakonkan oleh beliau. Nampak cute sebenarnya bila beliau bertudung. Member guwa siap layan Nur Kasih sebab beliau. Tapi member guwa frust tahap cipan bila tengok gambar beliau mengenakan pakaian yang tak mungkin Nur akan pakai. Tipu la kalau guwa kata guwa tak kecewa. Ada la jugak rasa kecewa tu walau sekelumit jua.

Sebenarnyakan, sehingga perenggan ni, guwa blurr dan guwa tak tahu nak cerita apa. Jadi guwa putuskan untuk berhenti disini buat kali ini. Guwa nak layan muvee seram thai ni. Tajuk muvee tu Long Weekend. Korang dah tengok? kalau dah baik korang diam. Guwa nak layan muvee ni. Ok? dah dah, guwa nak blah dulu.

Ciao! bye~

Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...