Khamis, 15 Januari 2015

Cerpen Remaja: Oh! Syiera...

"Brpp.. brpp.. brppp"

Kedengaran perutku mula miskol beberapa kali. Mintak diisi kerana belen simpanan mula berkurang. Aku yang sememangnya melayani perasaan malasku pun tak mampu untuk tidak bersimpati terhadap perutku sendiri. Dengan sedikit kudrat yang ada, aku gagahi jua diri ini untuk mandi dan seterusnya menyerang cafe bagi mengisi perutku.

SEMENET SETENGAH KEMUDIAN...

"Celaka!!" kataku dengan nada yang paling sopan. Rupanya aku bermimpi. Aku masih disini lagi, didalam bilik, diatas ranjang bersama selimut serta bantal gulingku. Bantal guling yang handsome, menemani malam-malamku. "Thanks for last night, syg..." aku bisikkan bisikan syahdu ke bantal gulingku. Gila! ya, aku memang gila. Kau jangan sebok, boleh tak? *tiba-tiba*

Okay, kali ini baru betul. Ini real. Aku memang di alam realiti dikala ini. Dan aku.. aku..

"Brpp.. brpp.."

Oh sh*t! perut miskol lagi. Aku kena mandi sekarang juga. Tak boleh tangguh lagi dah. Harus la tampil canteyk dan menawan untuk tontonan umum. Well, aku kan awek paling hot dikampus. Memang merudum la imej aku kalau pergi Cafe dengan penampilan yang selekeh. Itu bukan aku, mungkin Annabelle agaknya.

SETENGAH JAM KEMUDIAN...

"Hmmphh..." aku menarik nafas sedalam yang mungkin. "Oh, sungguh wangi.." terdengar beberapa bisikkan disekitarku. Mataku meliar mencari, tapi tak tahu dari mana. Aku saspek, agaknya daun pintu dan koner dinding yang mengumpat aku. "Ah biarlah.. biasala, awek paling hot memang selalu begini.." aku katakan pada lipstik merah yang ku pegang sebelum aku kucup beberapa kali dengan penuh mesra. Dua menet aku luangkan untuk mencari segala cacat cela yang ada, menatapi chermin yang retak seribu. Setelah segala usaha aku lakukan, aku berpuas hati dan confident untuk tampil dikhalayak ramai. Sempat juga aku hinggapkan kucupan manis pada pipi chermin itu tadi. Sudah tentu ia blushing gara-gara aksiku itu.

Aku mulai mengatur langkahku ke Cafe. Dan...

***Aku stop sini dulu, lain kali aku update lagi. Kekangan masa weyhhh~

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...