Isnin, 5 Januari 2015

Asalkan happy...

Selingan: Kemainkan nak hapdet tetiap hari... huhu~

Masuk 2015 nie memang terasa sedikit getaran tekanannya. Baru 5 hari, mood dah macam turun-naik. Agak sukar untuk berasa okay bila kita sebenarnya tak. Dan agak pelik bila tidak ditanya soalan sebegitu bila diri sebenarnya okay.

"You just gotta be kiddin' me..."

Apa masalahnya nie sebenarnya? aku tak faham orang lain atau orang lain tak faham aku?

"Okay, tak apa. Apa-apa pun, just go through lah..."

Tahun nie aku cuba gembirakan siapa yang aku mampu. Terutamanya yang berada disekeliling aku (keluarga, Miss S, kawan-kawan etc. etc.). Walaupun kadang-kadang ended up dengan aku yang makan hati, tapi tak apa, as long as dieorang happy. "Kita hidup nie tak lama, mati itu pasti..." macam biasa jer dengar orang kata macam tu.

Hidup nie bagaikan perjalanan dalam kereta api (padahal naik keretapi pun tak pernah), betul tak Miss S? kita naik dengan ibu bapa kita. Kita ingat dieorang akan berada bersama-sama kita sepanjang perjalanan, sampai bila-bila, padahal sebenarnya tidak. Suatu hari nanti, dieorang akan "berhenti" juga di "stesyen" mereka, meninggalkan kita. Itu "destinasi" mereka. Begitu juga dengan kita, takpun orang-orang yang bersama dengan kita sepanjang "perjalanan" itu. Oleh itu sebagai muhasabah diri, senang cerita kita amalkan konsep "buang yang keruh, ambil yang jernih..". Belajar la memaafkan orang lain dan belajar meminta maaf (dengan ikhlas, bukan setakat menyebut "sorry" yang hanya sekadar kata-kata sahaja). Supaya kita lebih "fleksibel" dan akan sentiasa berasa "selesa" sepanjang "perjalanan" kita itu tadi. Kerana kita tak akan tahu siapa yang akan pergi dahulu dan siapa pula yang akan menyertai kita dalam "perjalanan" kita.

Maaf! aku sendiri rasa sebak bila taip entri nie. Aku berhenti takat nie lah. Tak sanggup rasanya nak panjangkan lagi. Lain kali aku update lagi, jika tak ada apa yang menghalang. Selamat tinggal semua!

**Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku "berhenti" di "destinasi" aku, apa akan jadi dengan blog nie? ada ker yang sudi nak "tutup" blog nie? :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...