Salam...
Lama dah tak blogging, terasa kekok pulak. Macam ada jer yang tak kena. Taip huruf per huruf, supaya tiada typo berlaku. Kiranya ada, mohon korang buat-buat paham dan tak nampak apa-apa. Tehee~
Okaylah, apa cerita dunia blogging? lama dah aku tak ambek port pasal blogging-blogging nih. Aku pun tak tau nak explain kat korang macam mana dan kenapa (cewah~ padahal sendiri tak tau reason sebenar) aku menghilang, tapi... itu lah. Pa-pa pun, aku kembali. I'm back~ *pasni hilang lagi* lol!
Cukup untuk intro, aku saja tanak intro panjang-panjang. Aku tau korang tengah seybok kat bazaar Romadhon, shopping menu bebuka arini, betol tak? nanti intro pepanjang, tak sempat pulak korang nak survey juadah bebuka. Heheh. Eh, batik jawa dah beli tak tadi? karipap? murtabaq? tudiaa, keluaq semua nama kueh-mueh heheh. Lapo kerr? tepuk pusat, tanya perut.
"Ni bilanya nak masok isi berita ni? dari tadi dok sari berita penting, sari berita penting ja.." -anon-
Haishh~ sabaq naa. Chill chill, jangan mara. Tajuk diatas saja ja aku letak sebab tak tau nak letak tajuk apa. Heheh. Ye la, sebab sekarang ni kalau bukak media sosial (perghh!! bahasaa~) yang paling trending (local) dua isu ni. Gaza, Piala Dunia. Piala Dunia, Gaza. Piala Gaza, Dunia. Masa ni nampak la kelompok yang nak angkat diri kononnya nampak besungguh berjihad menukar avatar Twitter, profile photo Facebook dan post apa-apa isu mengenai Gaza tapi pada masa yang sama, kondem orang lain pulak. Kononnya tak aware isu Gaza lah, terlalu asyik dengan piala dunia lah, menyokong produk yahudi lah dan sebagainya. Itu satu kelompok.
Kelompok yang satu lagi, kelompok yang fanatik FIFA. Dia ada pecahan, banyak sub-kelompok tapi aku bagi dua yang major jer. Sub-kelompok pertama, yang tak layan bola, tapi layan player hensem sahaja. Asal team ada player hensem (iras-iras aku, ehem!) jer sapot. Player hensem jer sapot. Team yang takde player hensem, tak sapot. Tapi spesis yang macam ni, rata-ratanya dari golongan Hawa lah. Jarang yang dari golongan Adam. Bukan takde, tapi jarang. Almaklum la sebab yang main tu sume jantan. Badan ketak-ketak (sador kate nye), bejambang sikit, stail rambut yang menawan, muka yang jambu (ini advantage) adalah antara kriteria-kriteria yang diambil kira. Tapi kalau korang perasan, penonton-penonton yang datang tengok game secara live, yang awek-awek pun bukan main hot eh. Lawa siot, which is kinda bebaloi jugak bersengkang mata pukul 1 - 3 pagi nak tengok game. Hahah. Kira ada rencah laa jugak, ye dak?
Itu baru sub-kelompok yang tak berapa nak into game. Sub kelompok yang kedua, kelompok yang serius, layan game bahkan mengalahkan jurulatih serta mereka-mereka yang pakar dalam bidang bolasepak bila diorang buka mulut. Padahal sepak bola tu pun belum tentu nak betol. "Kekalahan Brajil aritu bukan sebab takde Neymar, tapi sebab takde Thiago Silva selaku kapten diorang. Setakat Neymar, no hal punya. Tapi takde Silva, kuca-kacir aa alamatnya.. blablabla... blabla.. blablabla.." haa. Ko mampu? analisis diorang, perghhh~ entah betol entah tidak laa kan. Layan saja bro~
Itu la senario media sosial sekarang. Dan awal pagi tadi, FIFA pun dah tamat, berkesudahan dengan piala menjadi milik Jerman. Mungkin lepas ni, kelompok yang FIFA FIFA FIFA dah boleh mula fokus join kelompok Gaza. Sorry, jangan salah faham kat aku. Aku bukan tak suka, infact bagi aku bagus la kalau post benda macam tu. Atleast boleh bagi orang lain aware sama. Cumanya yang tak berapa nak syok, bila kau post benda-benda macam tu, at the same time, kau kondem orang lain sebab diorang tak post macam yang kau post. Tak puasa ker apa? haduii~
Pa-pa pun, semuanya bergantung niat. Aku harap yang post semua benda macam tu, niat diorang memang betul la bukan sekadar publisiti murahan atau sekadar nak menunjuk-nunjuk.
Dah lah. Dah nak berbuka weyh. Aku berhenti kat sini. Salam~
Psst: Sorry takde gamba. Tak sempat cilok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan