Jumaat, 18 Julai 2014

Dear SCAMMER!!

Well hello there..

Assalamualaikum dan Salam Jummuah guys, gals,

So it's like beberapa hari jer lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tak tahu la sempat atau tak jumpa next Ramadhan. Jadi untuk itu, untuk saki baki Ramadhan yang tinggal, elok la kita sama-sama tingkatkan amal ibadah kita (aku sendiri la terutamanya *sigh*) dan niat lillahi ta'ala. Kan? kan? ker tak kan?

Owh, awal pagi tadi ada dua berita yang mengejutkan dan menyedihkan. Mata aku yang tersangat heavy, mengantuk mengalahkan yahudi mabuk yang tewas kena candu tiba-tiba jadi segar dan terang-benderang. Gelombang otak yang sedang berada dalam keadaan alpha, berubah menjadi beta sekaligus menyebabkan aku fokus 100% (well, boleh jadi 99.9% sebenarnya). Ianya adalah mengenai pesawat MH17 yang dilaporkan ditembak dan terhempas di Ukraine manakala satu lagi berita yang juga agak menyedihkan, tentera zionis Israel laknatullah telahpun melakukan serangan melalui jalan darat setelah 5 jam genjatan senjata dipersetujui.

Anyway, kali ni bukan nak cerita mengenai Ramadhan, bukan MH17 ataupun serangan Israel laknatullah melalui jalan darat (sebab rasanya ramai yang dah cover pasal isu tu), tapi hal yang berlaku kat aku recently. Very recent, still panas, dalam minggu ni jugak dan tujuan aku share ni sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita semua agar jadi lebih berhati-hati. Be extra cautious okay.



This might be a lame post but I have that feeling, that I must share about this.

Ianya adalah mengenai aktiviti penipuan yang berlaku melalui Facebook atau dalam bahasa yang kita lebih familiar, scam. Scam, scammer, scamming, mesti biasa dengar atau sendiri pernah kena, betul tak? well, aku pun sama. Dah banyak kali jugak dah terkena. Ada yang konon claim dari bank (letak nama bank pilihan kat sini. Tehee~) dan bagitau yang dieorang dah update sistem lah bla bl la, bla bla bla dan minta korang bagi acc no. serta pin no. sekali. Weyy!! ada wotak kaa macha?? why the heaven would we gave our acc no. together with the pin no. to you? ingat aku bingai sangat ker? dan tak kurang jugak yang ngaku dieorang dari keturunan diraja (tapi negara macam Zimbabwe, Kongostan, Kyrgistan & Go-head-gostan laa. Hahah.) Pastu dieorang claim yang dieorang takde pewaris, harta banyak lepas tu nak transfer ke acc kita sejumlah duit tu (baik gila atau memang dah gila?). And much more stuff la which I guess korang lagi arif lagi tahu dari aku, ye tak?

But this time, dieorang dah upgrade dan advanced to the next level. Kali ni (aku kena dekat Facebook), ada seorang awek (yerr~ awek siott) dia claim dia kononnya berada di UK, berdarah kacukan Sabah (bapak die kononnya) dan UK (mak dia lah of course, takkan abang angkat pulakkk). Kononnya bapak dah meninggal dan tak pernah nak bawak dieorang sefamily ke Malaysia, kenalkan dengan family di Malaysia. Jadi hati dieorang pun teringin nak ke Malaysia dan tup tup jumpa profile Facebook aku (dalam kes ni laa). Lepas tu bagitau la nak berkenalan dengan aku dan mintak aku jadi tour guide (kurang lebih mcam tu la bunyi nya) tunjukkan apa yang menarik di Malaysia ni. And later on dia bagi no. dia lah dan private email dia bagitau nak contact through email jer. Ouh, dia juga ada hantar gambar. Comel lah jugak. Ehem! (Miss S mana Miss S?)

Okay, here's the thing. Dia ada hantar few messages sebelum dia kenalkan diri dengan lebih detail and I gotta say, at first they are sound(ed) so real. Tak nampak pun macam sebuah penipuan even though of course masa tu aku doubt a bit. Tapi itu la, aku hampir 'termakan' kot 'umpan' dieorang. Fewh! nasib baek terlepas (okay, mungkin aku 'termakan' sikit). Aku tak tahu apa yang dieorang nak sebenarnya sebab sepanjang perbualan, tak ada motif berunsurkan wang diceritakan / mentioned.

So, tadi ada google sikit mengenai scamming activities nih dan apa yang aku boleh kongsikan kat sini, ada beberapa cara nak kenalpasti scammer.  Pertama, kalau ada seseorang menghantar email / mesej yang menawarkan wang / berunsurkan wang, ianya adalah scam. Kedua, if ada terima mesej / email yang menggunakan alamat email percuma dan obviously orang itu korang tak kenal, tahu menahu termasuk la rakan-rakan korang (no mutual friend), it's highly chance that itu juga scam. Ketiga (which is yang paling obvious, yang mana 'awek' yang mesej aku tu terkantoi) adalah sekiranya orang itu mendakwa dirinya dari UK dan dia bagi no. telefon dan no. itu +44 070 atau +44 (0) 70, 70 tu sebenarnya adalah personal forwarding number. Ada certain time, dieorang akan bagi no. yang seakan-akan no. telefon sebenar (perhatikan kod 70 pada no. tu) dan makesure no. tu tak ada 70. Kalau ada, maka chances bahawa itu adalah scam amatla tinggi.

So that is it. Tu jer yang aku boleh share kali ni. Mungkin la tak banyak, tapi aku harap ianya boleh membantu korang mana yang terkena tu. Mana antara korang yang rasa post ni bermakna, ringan-ringankan la tangan untuk share. This scam activities could be still new guys, gals so ada chance yang lain pun turut terkena sama. Ada baiknya kita kongsikan info ni dengan dieorang, okeyh?

Untuk itu, aku tinggalkan korang kat sini dan till next time brotha, sista.

Selamat tinggal dan Assalamualaikum!

psst: Agak-agak Miss S baca tak entri nih? *gulp!*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...