Jumaat, 30 Ogos 2013

Nak beli power bank

Yeay! besok cuti. Cuti sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke..? hah, ke berapa? mesti ada yang terkedu ni kan? mesti ada yang tak tahu sebenarnya kita ni dah 56 tahun merdeka dari serangan penjajah yang menjajah tanah dan hak kita dibumi kita sendiri. Tapi kalau serangan mentaliti pulak macam mana? adakah kita bebas?

Walau apa pun, aku nak mengucapkan selamat bercuti buat korang semua. Diharap cuti ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Asalkan korang puas hati dan gembira. Jangan pulak nanti, habis jer cuti korang rasa menyesal pulak sebab bazirkan masa cuti macam tu jer. Aku saje jer nak remind sebab aku pun takut aku jadi macam tu. Huu~

Anway, sebenarnya aku ni sedang survey dan mencari-cari apa jenama power bank yang paling sesuai dan boleh dipercayai. Biasa la, didunia serba moden ni setiap orang kebiasaannya akan dilengkapi dengan gajet-gajet terkini dan up to date. Normally ramai yang dah ada smartphone sekarang dan masalah yang sering melanda smartphone user adalah bateri cepat nak kong, flat, lowbet dan yang sama spesis dengannya. Sebab tu, memiliki power bank adalah satu keharusan (ker kewajipan?) untuk pengguna smartphone. Tak gitu Kak Limah?

Sebelum ni aku memang ada sebijik power bank jenama Edvan berkapasiti 7600mAh. Bagi aku cukup la kapasiti sebesar tu dapat charge fon sampai penuh lebih kurang 4 kali. So far aku pakai okay tapi power bank tu aku dah bagi kat adik kesayangan lah sangat aku tu. Dia perlu sangat power bank (katanya), so sebagai seorang abang yang macho dan penyayang, aku bagi la kat dia dan aku pulak yang end up takde power bank. Haritu ada survey dan cari dengan Miss S tapi tak jumpa lagi macam yang aku beli tu. Jenama lain banyak tapi China made. Aku ni skeptik sikit bila nak beli barang dari China. Takut beli barang tak ori. Biasa yang aku jumpa Yao Bao tu. Ada gak member yang pakai, dieorang kata okay jer tapi still gak aku takut-takut nak beli. Sebab aku ada terbaca pasal Yao Bao tiruan.

Kebetulan pagi tadi aku online dan memandangkan gaji dah masyukk, aku rasa nak beli sebijik power bank. Survey punya survey, ramai yang suggest powerbank jenama Pineng. Pineng ni pun aku tak sure either China made atau tak, tapi ramai yang mencadangkan powerbank ni dan banyak respon positif yang aku dapat, so aku ingat nak angkat la satu. Tadi ada try masuk page Lazada tapi tak pasti aku pernah register atau tak. Bila aku try register, dia kata registration aku fail. Dah 4~5 kali try masih gak sama. Pening kepala aku.
Macam besar jer aku tengok. Perghh!

Apa pun, pasni aku try lagi. 

5 ulasan:

  1. Kalau nak beli on Lazada tapi tak register pon boleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah. Ye ke? tak tahu ponn. Takpe arr. Dah terbeli. :)

      Padam
  2. aku takde pakai pun power power bank ni. ASB ada la

    BalasPadam
  3. USB kot hehehe....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...