Jika tekanan angin/udara dan juga air/cecair didalam sesuatu bekas boleh diukur, bagaimana pula dengan tekanan perasaan? apakah unit SI nya?
Adakah seperti ini :-
"Hari ini aku sungguh tertekan, kurang lebih dalam 40² KRk (kerunsingan kepala) begitulah, Ali.." kata si Abu kepada Ahmad (juga dikenali sebagai Pak Mat Ali, mohon tidak keliru).
Atau...
"Weyh, gila lah weyh!" kata Ranjit kepada teman buskingnya, Shariff. Kemudian Ranjit berkata "..hari nie kepala aku bagai nak pecah, bayangkan dalam 43,501 p/PsRs^-1 (Pressure per Pyschological Reaction x seconds)...". Shariff, yang terkenal dengan "kekebalannya" dari segala jenis serangan yang pernah dilontar kepada beliau (serangan fizikal, emosi, seksual, batin dan apa lagi yang kamurang tahu sila tambah disini, you say it, he's gonna endure it) malangnya didapati koma dan meletup jerawat muda diwajahnya 15 saat setelah mendengar keluhan teman buskingnya (juga selaku teman sepermainan sewaktu sekolah menengah) dilokasi kejadian, yakni "tempat melepak kegemaran mereka dizaman 60-an" lalu digegaskan ke hospital.
Maaf jikalau contoh kedua tampak lebih agresif dan bagai tidak mengenal titik kecil persis tahi lalat yang wujud dalam suatu ayat penuh atau yang biasa kita kenali dengan panggilan "nok-tah".
Secara kesimpulannya, entri ini berbentuk kenyataan bertujuan untuk "memberitahu" atau "memberitakan" kepada para pembaca. Sekadar memberitahu. Cukup bagi saya jika entri ini dibaca dari mula hingga ke perenggan ini. Saya tidak merayu untuk didermakan rasa simpati, empati mahupun pati ayam akan tetapi tidak juga saya menghalang para pembaca dari berlaku demikian. Terpulanglah kepada diri individu masing-masing.
Sekadar nota selingan, ini merupakan perenggan terakhir yang saya sunting untuk kali ini. Maaf dipinta jika terdapat banyak kekurangan (ataupun jika keseluruhan entri ini mencabar serta menjatuhkan daya IQ para pembaca), sesungguhnya saya hanyalah insan biasa. Apa saya tulis sampai ke perkataan dan huruf ini pun kelihatan samar-samar tujuan serta maksudnya biar pun dari potongan konteks ayat mahupun keseluruhan artikel. Saya tiada faham. Anda juga mungkin begitu. Oleh itu, hingga berjumpa lagi. Salam alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Terima kasih.
~_~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan