Rabu, 10 Ogos 2016

Berlatih mengarang

**Terus-terang aku katakan, mengarang bukanlah kekuatan aku**

Semenjak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogging, dari masa ke semasa aku dapati teknik dan gaya mengarang aku tidak menentu. Tidak statik dan umpama gelombang Tsunami. Ketepikan kepelbagaian kata ganti diri kerna bagi aku ada kalanya bertujuan untuk memberi "mood" yang tertentu selari dengan intipati entri. Pun begitu (cewah~), intipati entri itu sendiri yang membuatkan aku tertanya-tanya dimana punca kesilapannya.

Nak dijadikan cerita, tempohari aku ada menghadiri satu ujian. Ujian yang dikenali sebagai UPLB (Ujian Pengambilan Lantikan Baru) untuk beberapa orang individu terpilih (merangkap calon) duduki sebelum disenarai pendek menghadiri temuduga merebut jawatan sebagai Penolong Jurutera bergred JA29. Ujian dibahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D & E. 3 bahagian pertama A, B & C dijalankan pada sebelah pagi, manakala dua bahagian lagi pada sebelah petang (Bahagian D & E). Rasanya tak perlu aku cerita dengan penuh detail ujian tersebut. Secara ringkasnya kertas sebelah pagi berbentuk objektif melibatkan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah (matematik) dan penguasaan kefahaman esei manakala kertas sebelah petang pulak merupakan kertas berbentuk esei; Bahasa Melayu (Bahagian D) & Bahasa Inggeris (Bahagian E). Menjawab soalan esei, membuatkan aku terkedu, tergamam, terkaku dan yang seerti dengannya. Disitu bagaikan sudah benderang lagikan terang bahawasanya aku sangat lemah dalam mengarang. Boleh dikatakan nasib baik yang aku mahir dalam mereka kata-kata yang manis bagaikan gula kapas serta bermadah helah dalam memberi contoh dan misalan. Itu sedikit sebanyak membantu aku memanjangkan karangan (seperti entri yang dibaca ini, kurang isi bukan? tapi.. nampak panjang).

Bila aku renung dan imbas semula zaman persekolahan, aku cuba mengingati semula bagaimana aku dikenalkan dengan makhluk dipanggil "karangan" tersebut. Terlintas difikiran aku akan zaman "PTS" (mana yang lahir generasi Y2K dan yang terkemudian, memang tak akan nak kenal lah dengan objek dipanggil "PTS" nie). PTS adalah Penilaian Tahap Satu yang mana diduduki oleh kanak-kanak sewaktu di darjah 3. Barangsiapa yang lulus dengan cemerlang dan jayanya, akan diberi kesempatan untuk meloncat ke darjah 5 tanpa perlu memijak walau sebelah kaki pun ke darjah 4. Aku seperti kebanyakkan yang lainnya haruslah memikirkan nilai-nilai murni dalam persahabatan dimana aku tidak sanggup berpisah dengan rakan sekelas yang ku kasihi (kononnn). Lalu kami memutuskan untuk bersama-sama mengharungi satu tahun sebagai kanak-kanak darjah 4 biarpun ada 2~3 biji lagi rakan kami yang berjaya bergaul mesra, serasa diri senior dan makan ayam goreng dikantin dengan sebelah lutut "berdiri" sambil menjeling rakan (yang sewaktu ketika dahulu seperjuangan) dengan pandangan hina lagi dina. Jujur aku kata, itu aku tokok tambah untuk memberi kesan ke atas emosi pembaca sekarang. Aku tiada mahu entri ini dibaca dengan wajah yang kusam dan sugul. Kurang-kurang, wajah yang menahan cirit yang tinggal "hujung-hujung" saja lagi pun jadilah kiranya.

Lihat sahaja entri ini, hingga ke perenggan ini aku mulai menuju ke laut. Bukan main entri ini aku garap untuk menyatakan kelemahan diri untuk dijadikan pedoman dikalangan pembaca, pun begitu, masih lagi ke laut. Intipati sungguh basi, kurang isi dan bergred C. Oleh itu, sepuluh jari aku susun memohon ampun kerna aku harus pergi sekarang jua. Tiadalah daya dan kemampuan ku lagi menahan cirit ini. Tiada juga ku mahu ianya berpeleseran meninggal jejak. Malulah aku suatu masa nanti.

Doakanlah aku berjaya untuk UPLB kerna nampak sangat yang sekarang nie aku tidak layak jadi penulis. Berblog mungkin boleh, sekadar santai-santai, ye dak? bergerak-gerak lah hamba dahulu sehingga kita berjumpa lagi, simpan (jarum yang patah) sahaja didalam peti. Ehh??

Selasa, 9 Ogos 2016

Pokemon Go or Not to GO..?

**Gotta catch em' all!!**

Guwa dah donlod dowh Pokemon GO. Syiok gilerr guwa cakap sama lu. Bapak besttt game nihh. Semua Pokemon guwa ada 15 bigik dah sekarang semuanya guwa dapat dalam bilik jer. Ha'ah, guwa jalan dari katil, singgah jap sebelah almari, chill sesame. Lepas tu guwa jalan ke pintu bilik, guwa tatap sebarang duwa sawang yang ada. Kot-kot lah ada Pokemon sedang berasmara disana. Bila dah penat, guwa balik ke katil guwa. Itulah secara ringkasnya perjalanan guwa sebagai sebuah Pokemon Trainer yang pemalas.

Hek eleyyy~ Pokemon jerr punn. Guwa malas laa nak jalan-jalan keluar, tatap fon lepas tu kantoi main Pokemon GO. Nanti tak pasal-pasal guwa kene ceramah, Pokemon GO tu haram lah, memudaratkanlah, guwa malas beb. Guwa pun tak hendak kena lenyek barang se-pickup (mahupun selori) dua bila khusyuk sangat mencari Pokemon ditepian jalan. Tu belum ambik kira jelingan maut masyarakat bila dapat tau guwa layan Pokemon GO sebab dieorang tahu game tu haram dimainkan. Panas dowhh. Macam kena laser beam Superman. Kau penah rasa? tak penah rasa, tak payah lah tahu. Dok diam sudah.

Nak dijadikan cerita, bekalan bebola Pocket guwa semakin berkurangan. Guwa sikit lagi (ada dalam satu inci) nak tercirit kemarahan sebab kena beli bebola tu dengan ringgit Malaysia. Mende nie weyh?? guwa download free per. Nak kene bayar pulak beli bebola tu. Baek guwa beli bebola daging supermarket, tak gitoo? tapi senanya.. itu laa yang dikatakan istilahnya "in-apps purchases..".. seb baek guwa belum mengamok lagi, kalau tak mane guwa nak hantar muka guwa yang tebal menanggong kemaluan itu. Gara-gara bengeng sangat tak membaca (kalau baca pun, tiadanya nak difahami) sejurus sebelum menyentuh skrin tanda setuju nak donlod. Pun begitu, guwa dapat tahu bebola tu jugak boleh dapat free dengan syarat kene pergi ke hentian Pocket lah. Atau lebih mesranya dipanggil Poke Stop (ini terjemahan lah weyhh).

Guwa skang nie nak tanya pendapat korang laa sebab guwa tengah bunting (eh, buntu lah). Pecahan wajar atau tidak wajar kiranya kalau guwa menyinggah di hentian Pocket tuh? kalau wajar, berapa hentiankah yang guwa harus pergi? adakah ianya 7 Perhentian? soalannya... kirakan jarak dari rumah guwa ke hentian tersebut (Hahah. Ini guwa gurau jer. Harap tiada yang meroyan).

Guwa nak kena gerak dulu sebab sekarang line tengah clear. Tiada pengguna sedamg menggunakan tandas so ada chance guwa nak mandi malam nie. Doakan guwa berjaya iya kawan-kawan. Sehingga berjumpa lagi (dihentian Pocket?) byeeeeeee~

Isnin, 30 Mei 2016

Apa boleh jadi, akan terjadi

Bilamana kau sedar dalam diri kau ada serupa daya graviti yang menarik negativiti, apa tindakan yang paling wajar patut kau buat untuk diri sendiri?

Dimasa yang sama kau tahu, berharap, bergantung dan berpaut pada yang lain memang tak membantu, membuatkan kau nampak lebih ketara macam beban dan tak diperlu.

Apa kau pilih untuk dibuang atau kau lagi rela lontar diri? mesti masa tu kau rasa nak tolak yang di depan, belakang, atas, bawah, kanan dan kiri.

Serasa lebih senang nak faham, bila kau pilih untuk "mati". Dan "mati" bukan pada jasad dan fizikal, mungkin hanya pada hati.

Kerana kau sedar, banyak hati yang telah kau lukakan. Seolah hati kau sendiri, tidak punya perasaan. Padahal hakikatnya, saat luka dihati mereka kau tinggalkan, dihati kau sendiri turut merasakan kesakitan.

Semua itu hanya kau yang "nampak". Bagitahu yang lain, tidak tahu mereka percaya atau tak. Mungkin mentah-mentah mereka tolak. Kerana kau, tidak kelihatan "rabak". Sebab pada mereka, kau tampak berlagak.

Kau tak perlukan mereka untuk percaya. Cukup sekadar artikel ini, mereka baca dan terima. Mereka sendiri boleh terjemah, 1001 makna. Tak perlu pun kau keluarkan suara.

"Perkara yang bisa dan boleh terjadi, akan jadi juga suatu saat nanti..."

Isnin, 16 Mei 2016

Gelas biru dan 1/3 air suam

"Don't hold your glass for too long..". Petikan kata-kata dari artikel viral berkaitan pakar psikologi serta syarahannya mengenai gelas yang berisi air penuh. Rasanya kau yang sedang baca entri nie memang exposed well dan aware akan artikel tersebut. Mana yang belum pernah @ unaware akan artikel tersebut boleh cuba google quote tadi. Aku malas nak cari dan kopipasta disini sebab aku malas. Good luck mencari artikel tersebut.

Baru balik lepak dengan member since quite some time dah tak lepak bersama. Mungkin sebab aku dengan aktiviti aku sendiri serta aku kurang join dieorang lepak (my baddd). Jangan salah faham dan being judgemental disini, biar aku clearkan keadaan terlebih dahulu. Melepak dengan dieorang bukan something yang salah, cuma timing aku jer yang tak cun. Most of the time always clash dengan my own program (harapan lah kalau member nak caye alasan aki nie, tapi betul laa apa yang bagitau disini). As a matter if fact, bagus sebenarnya socialize nie sebab boleh membuka minda terutamanya perkara berkaitan hal ehwal semasa. Since last week punya pilihanraya (PRN di Sarawak), cerita politik memang inevitable lah. Ouh, last week merupakan kali pertama aku pergi mengundi and yeah, it is really awesome menjalankan tugas sebagai rakyat (meyhh~). First time kot, dakwat biru pun masih lekat bak kata member aku tadi "menunjukkan yang kitorang dah matang (lah sangat) sebab dah pergi mengundi..". Itu bukan quote atau petikan kata-kata member, mana aku ingat apa dia kata cuma bunyinya kurang lebih gitulah.

Nak dijadikan cerita, kembali ke hal artikel viral yang di war-warkan tadi, berkaitan dengan topik yang kitorang bincangkan sebenarnya. Aku mentioned "bincang" eh? yer lah tu bincang. Sembang kosong dan saling bertukar loyar buruk juga yang menjadi crucial point bila melepak nie. Atleast, that is one way of relieving our stress, betul? isn't that what we have learnt from that infamous article that has spread virally and amplified through the power of Facebook?

Hell yeah, nothing for me to tell any further. Wonder why would I wrote this in english. Heck, this "alter ego" of me already took charge from me from this point onward. One thing that I want to pointed out here is, that "blue plastic glass used to sterillized utensils have been touched and made famous by us tonight...". Lol! funny when I wrote about this when only us (me and my friends that were on scene only knew about this). Why would I have this kind of urge (or whatever you called it) that them people (my so-on-scene members) would ever read this article? the answer is because I knew one of them would have read this and spread this to the other two in any means necessary because them friends... are really friends and only friend could tell it.

Sorry if this input unable to be decrypted by your brain or ever being understood (whomever you are) when you read this. It is already half past midnight and I am not in my right mind right now.

Psst: Truth is... I miss Miss S... damn much... someone please let her know that I miss her please.. I can't directly tell her myself... I just feel like I want to cry... so, bye now.. gotta go... T..T

THE END

Selasa, 3 Mei 2016

Siapa aku..?

"Siapa aku...?" persoalan yang berlegar diruang minda bawah sedar mengkhayalkan diriku buat seketika. Sebesar mana pentingnya persoalan itu? "aku" yang mana mahu kau kenali? aku yang dulu? atau aku yang sekarang? mungkinkah "aku" yang berada dikawasan terbuka disamping khalayak ramai atau mungkin juga "aku" yang didalam kelompok yang lebih kecil? ketika kita berdua bersama? "kita" itu boleh jadi kau yang sedang membaca entri ini. Lebih tepat lagi, "kita" itu adalah siapa-siapa sahaja yang mengenali aku, akan tetapi jauh didalam sudut hatinya, timbul satu pertanyaan, "Siapa aku...?"

Lantas, mengapa soalan sebegitu harus ditanya? mungkinkah perubahan "drastik" (tidaklah terlalu drastik sebenarnya) pada aku secara harfiah mahupun zahiriah membuka minda untuk "kau" bertanya soalan itu?

Maafkan aku "kawan", "teman", "sahabat", "kekasih" (jika masih ada) dan juga "peminat dalam diam" (juga, jika ada), bagi aku persoalan itu bukan untuk aku yang menjawabnya. Kalau "kau" kenal aku, maka, kau nilailah sendiri. Baik, buruk, cantik, hodoh, tinggi, rendah, putih, hitamnya aku,  kau boleh "nampak" sendiri. Apa yang penting bagi aku adalah siapa aku yang sekarang. Ya, aku mungkin berubah. Berubah atas keinginan aku sendiri. Betul atau silap, tergantung kepada bagaimana aku dimatamu.

Jika hidup ini ada "butang" untuk aku "keluar" dari drama dan sandiwara sementara ini, mungkin telah lama aku tekan. Aku tertekan. Jujur, aku tertekan. Tertekan disebabkan perkara-perkara yang berlaku dan menimpaku.

Ahad, 17 April 2016

Setiap pertemuan ada...?

Dua hari lepas aku jumpa kawan baru, Tony. Orang kata setiap pertemuan itu ada hikmahnya. Aku tahu mesti ada sebab mengapa aku dipertemukan dengan Tony, dan pastinya bukan kerna cinta. Mana mungkin aku boleh jatuh hati pada Tony sedangkan hati aku dibawa oleh kekasih hati *uhuk uhuk* (dibaca: Miss S). Lagipula, bukankah Tony nama seorang laki-laki? bagaimana mungkin terbitnya perasaan cinta dicelah itu. Dan yang paling penting sekali, above all and everything, Tony adalah seekor cicak. Ya, cicak. Ada masalah? kalau tak ada, teruskan baca.

Tony, cicak yang terkurung didalam botol Pepsi Twist bersaiz besar merupakan satu penemuan yang mikro-memeranjatkan aku. Nampak tak aku guna perkataan "mikro" disitu? maknanya aku terkejut pada skala yang teramat kecil sekaligus membuktikan aku bukanlah seorang yang penakut. Dikala itu, aku diberi dua pilihan. Pertama, kutip botol tersebut dan throwfront far-far away dan yang kedua, gunakan peluang ini mengenali dengan lebih dekat binatang yang dipanggil dengan panggilan mesra, chee-chak. Pada saat dan ketika ini, mengetahui aku bukanlah seorang penakut, sangkaan kamu semua memang tepat. Sudah semestinya aku memilih pilihan yang kedua. Aku jalankan beberapa eksperimen ke atas Tony disamping membuat pemerhatian dengan lebih dekat ke atas beliau.

Ouh, kenapa "Tony"? ya, soalan ini sangat menarik untuk dijawab. Well, sejujurnya nama tersebut datang dengan sendirinya. Beberapa bilion sel otak aku bergabung dan auto-generate nama tersebut. Itu pun, dikala itu, aku pun tertanya soalan yang kamu semua tanya tadi. Kenapa "Tony"? kenapa macam familiar nama tersebut? tak semena-mena, 3 saat kemudian aku teringat akan "Anthony Stark" a.k.a Ironman. Tony itu juga bernama "Tony Stark" namun, bunyi "Stark" sahaja sama akan tetapi ejaannya adalah S-T-U-C-K (pun intended).

Rasanya, tak perlulah aku cerita dengan terlalu detail disini, eksperimen apa yang aku lakukan. Kalau aku cerita, sudah tentu kamu semua fikir aku seorang yang gila mahupun seorang freak. Apatah lagi kalau lihat sendiri apa yang aku telah lakukan. Urghh. Kasihan juga dengan Tony. Namun, semuanya seperti sudah terlambat. Aku kejam. Maafkan aku Tony...

Tak adalah. Aku bergurau sahaja. Tony tak mati pun (jikalau kamu semua fikir Tony telahpun aku bunuh). Tak, aku tak bunuh dia. Aku tiada bakat seorang pembunuh. Rupa lagilah tiada. Siapalah diriku ini untuk membunuh cicak yang tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi denganku. Pun begitu, aku ada google laa sedikit sebanyak mengenai spesis Tony. Dari kajian itu, aku boleh kata aku kagum dengan Tony dan tak sangka banyak lagi fakta yang aku tak tahu mengenai spesis beliau sungguhpun spesis mereka memang sudah biasa berlepeseran dikawasan luar rumah terutamanya pada waktu malam. Kalau kamu nak tahu, kamu google lah sendiri. Tidak ohsem lah kalau aku cerita disini. Lagi juga, ini jari suda penad taip ini yentri. Sakid woa~

Wokaylah. Dilainkali sambung lagi.

I you like,
Please click Like,

Haa... pantunnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...