"Siapa aku...?" persoalan yang berlegar diruang minda bawah sedar mengkhayalkan diriku buat seketika. Sebesar mana pentingnya persoalan itu? "aku" yang mana mahu kau kenali? aku yang dulu? atau aku yang sekarang? mungkinkah "aku" yang berada dikawasan terbuka disamping khalayak ramai atau mungkin juga "aku" yang didalam kelompok yang lebih kecil? ketika kita berdua bersama? "kita" itu boleh jadi kau yang sedang membaca entri ini. Lebih tepat lagi, "kita" itu adalah siapa-siapa sahaja yang mengenali aku, akan tetapi jauh didalam sudut hatinya, timbul satu pertanyaan, "Siapa aku...?"

Lantas, mengapa soalan sebegitu harus ditanya? mungkinkah perubahan "drastik" (tidaklah terlalu drastik sebenarnya) pada aku secara harfiah mahupun zahiriah membuka minda untuk "kau" bertanya soalan itu?

Maafkan aku "kawan", "teman", "sahabat", "kekasih" (jika masih ada) dan juga "peminat dalam diam" (juga, jika ada), bagi aku persoalan itu bukan untuk aku yang menjawabnya. Kalau "kau" kenal aku, maka, kau nilailah sendiri. Baik, buruk, cantik, hodoh, tinggi, rendah, putih, hitamnya aku, kau boleh "nampak" sendiri. Apa yang penting bagi aku adalah siapa aku yang sekarang. Ya, aku mungkin berubah. Berubah atas keinginan aku sendiri. Betul atau silap, tergantung kepada bagaimana aku dimatamu.

Jika hidup ini ada "butang" untuk aku "keluar" dari drama dan sandiwara sementara ini, mungkin telah lama aku tekan. Aku tertekan. Jujur, aku tertekan. Tertekan disebabkan perkara-perkara yang berlaku dan menimpaku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan