Been a while setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogging. Tak dinafikan, kesibukkan duniawi dan perasaan depresi akan kehidupan serta profesyen merupakan antara faktor penyumbang terbesar. Disamping minat yang "suam-suam kuku" semakin meluntur dalam diri untuk berblogging. Menyebabkan aku terhenti disuatu titik yang mana aku bercadang nak padamkan semua "bekas" atau "kesan" perjalanan blog aku. Still, tidak akan mengubah apa-apa. Itu pasti.
Dalam pada mana aku masih berada pada titik "perhentian" (atau patut aku kata "hiatus point"), aku bertanya dan ditanya pada diri sendiri @ oleh diri sendiri "Kenapa berblogging?". Lantas aku diam dan kentut selama 5 saat.
Heck yes! that's the reason. Aku enjoy bila menaip tentang sesuatu walaupun pada pertengahan aku bercerita tentang suatu perkara itu, aku mula ke laut. Bahkan ending untuk apa yang aku cerita, tidak relatable dengan apa yang aku nak sampaikan mula-mula. Ya, aku enjoy bila aku publish kemudian tiada yang komen pada blog walau aku tahu, ada insan seekor dua sebenarnya baca satu-satu entri yang aku hantar. Dan ya, aku enjoy ulang-ulang buat perkara sebegitu. Dan ya, apa benda yang aku nak cerita sebenarnya tadi pun aku lupa dan bagaimana boleh sampai ke perenggan ini, ianya adalah sesuatu yang "amazing". Lebih amazing dari The Amazing Spiderman lakonan Andrew Garfield.
Hatta, sehingga ke perenggan ini, aku pun masih kagum bagaimana bisa aku taip karya sebegini. Ini.. ini.. setahu aku, bukan bakat. Ini adalah... bosan. Bosan kerana hari ini langsung tiada produktiviti dan segan untuk aku akui bahawa aku lah contoh modal insan yang dicari untuk memantapkan ekonomi negara. Punah, ranah, musnah, rosmah dan apa-apa "ah" yang sezaman dengannya.
"Puii!!" aku meludah keluar. Air liur aku lebih padat dan lengkap berinformasi daripada entri yang aku kira sudah lima perenggan ditaip sedari tadi. Enam perenggankah? tujuh? aku peduli apa pada angka dan jumlah perenggan? ibu jari kanan dan kiri aku lebih arif berkarya, berketik-ketik (aku pakai papan kekunci telefon pintar, bukan papan kekunci komputer, tahu!) menekan-nekan aksara menghasilkan perkataan dan seterusnya ayat-ayat roman picisan (mende?!) lalu dijadikan entri untuk tatapan engkorang semua.
Ah sudahlah! taip panjang bukan kau baca juga. Kalau benar kau baca hingga ke perenggan ini, terima kasih daun semalu aku ucapkan padamu. Dengan ini, sebelum aku melalut dan terjunam ke laut, eloklah aku berhenti, dan sampai berjumpa lagi. Bye! selamat tinggal! chaow! adios!
Psst: Nak buang "gian" sebenarnya. Lama dah tak berblogging. Tadi dah aku senaraikan alasannya, incase engkorang nak tanya "Kenapa?". ;8)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan