Selasa, 24 September 2013

Contract sambung?

Gembira, teruja, dan lega. Itu perasaan yang aku boleh describe bila aku "terbaca" email petang tadi. "Your contract would be continue till 15th Dec or drag to 31st Dec due to site progress and condition". Okay, quote tu aku main hentam je tapi lebih kurang macam tu la isi-isi penting yang terkandung dalam email tersebut. Kontrak aku dah nak habis sebenarnya by next month.

Tak terasa, dah hampir setahun dah bekerja dengan company ni. Tup tup, next month contract dah nak habis. Aku apa lagi, sebulan lebih sebelum.contract habis dah mula gelabah. Not literally gelabah sebab aku cover buat-buat cool, tapi aku dah mula cari vacancy kat tempat lain. Ada jugak aku email kat HQ company aku tu tapi feedback takde. Not until petang tadi walaupun sebenarnya email tu dah sampai kat aku sabtu lepas. Honestly aku jarang check email through email company. Kalau email personal, memang aku check tetiap hari. Selalunya ramai yang hantar (retis la katakan) tapi masuk spam folder. Sebab? mostly dieorang jual viagra dah ubat menguatkan kejantanan. Kalau yang tak faham, buat-buat faham okay. Baiklah, ketepikan persoalan itu, bukan itu yang aku nak cerita.

Nak dijadikan cerita, petang tadi Lead Design Dept kitorang tanya aku apa cerita dengan contract aku tu. Aku kata dieorang tak bagi feedback lagi. Tak tahu status macam mana. Moments selepas aku jawab soalan dia baru aku teringat yang aku pernah email HQ sebelum ni. Lepas tu baru aku terfikir nak bukak email. Rupanya ada satu email masuk inbox. Bila check rupanya dieorang ada reply. Reply lambat sebab staff yang handle tu balik Jepun. Bila dia mula masuk kerja, baru ada terima reply. No wonder la aku tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul. Dah bertambah 2 inci segala bulu yang tumbuh kat badan aku. Okay, sila jangan ter-distract. Fokus okay, fokus.

So terjawab la segala persoalan aku. Bukan main aku gelabah bila tak dapat jawapan lagi. Nak fokus buat kerja pun tak dapat. Asyik terkenang je. Dah la terkenang dengan Miss S, terkenang pulak dengan benda ni. Mana la nak kerja lepas ni kalau kontrak habis. Tak gila aper tu. Heh! nak cari kerja bukan senang beb. Maksud aku yang halal dan setimpal dengan kelayakkan diri ini laa. Aku dulu study pun tak tinggi mana. Paling tinggi pun tingkat 3 kat Jabatan Kejuruteraan Awam masa di Poli dulu. Huhu~ acah jerr, alahh korang nihh.

Okay lah. Besok sambung lagi update entri. Lenguh dah tangan aku menaip kat smartphone nih. Macam.panjang jer text yang aku taip. Kalah text manifesto Pok Jib masa pilihanghayo haritu. Till next time then.

Ciao!
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...