Rabu, 10 Ogos 2016

Berlatih mengarang

**Terus-terang aku katakan, mengarang bukanlah kekuatan aku**

Semenjak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogging, dari masa ke semasa aku dapati teknik dan gaya mengarang aku tidak menentu. Tidak statik dan umpama gelombang Tsunami. Ketepikan kepelbagaian kata ganti diri kerna bagi aku ada kalanya bertujuan untuk memberi "mood" yang tertentu selari dengan intipati entri. Pun begitu (cewah~), intipati entri itu sendiri yang membuatkan aku tertanya-tanya dimana punca kesilapannya.

Nak dijadikan cerita, tempohari aku ada menghadiri satu ujian. Ujian yang dikenali sebagai UPLB (Ujian Pengambilan Lantikan Baru) untuk beberapa orang individu terpilih (merangkap calon) duduki sebelum disenarai pendek menghadiri temuduga merebut jawatan sebagai Penolong Jurutera bergred JA29. Ujian dibahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D & E. 3 bahagian pertama A, B & C dijalankan pada sebelah pagi, manakala dua bahagian lagi pada sebelah petang (Bahagian D & E). Rasanya tak perlu aku cerita dengan penuh detail ujian tersebut. Secara ringkasnya kertas sebelah pagi berbentuk objektif melibatkan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah (matematik) dan penguasaan kefahaman esei manakala kertas sebelah petang pulak merupakan kertas berbentuk esei; Bahasa Melayu (Bahagian D) & Bahasa Inggeris (Bahagian E). Menjawab soalan esei, membuatkan aku terkedu, tergamam, terkaku dan yang seerti dengannya. Disitu bagaikan sudah benderang lagikan terang bahawasanya aku sangat lemah dalam mengarang. Boleh dikatakan nasib baik yang aku mahir dalam mereka kata-kata yang manis bagaikan gula kapas serta bermadah helah dalam memberi contoh dan misalan. Itu sedikit sebanyak membantu aku memanjangkan karangan (seperti entri yang dibaca ini, kurang isi bukan? tapi.. nampak panjang).

Bila aku renung dan imbas semula zaman persekolahan, aku cuba mengingati semula bagaimana aku dikenalkan dengan makhluk dipanggil "karangan" tersebut. Terlintas difikiran aku akan zaman "PTS" (mana yang lahir generasi Y2K dan yang terkemudian, memang tak akan nak kenal lah dengan objek dipanggil "PTS" nie). PTS adalah Penilaian Tahap Satu yang mana diduduki oleh kanak-kanak sewaktu di darjah 3. Barangsiapa yang lulus dengan cemerlang dan jayanya, akan diberi kesempatan untuk meloncat ke darjah 5 tanpa perlu memijak walau sebelah kaki pun ke darjah 4. Aku seperti kebanyakkan yang lainnya haruslah memikirkan nilai-nilai murni dalam persahabatan dimana aku tidak sanggup berpisah dengan rakan sekelas yang ku kasihi (kononnn). Lalu kami memutuskan untuk bersama-sama mengharungi satu tahun sebagai kanak-kanak darjah 4 biarpun ada 2~3 biji lagi rakan kami yang berjaya bergaul mesra, serasa diri senior dan makan ayam goreng dikantin dengan sebelah lutut "berdiri" sambil menjeling rakan (yang sewaktu ketika dahulu seperjuangan) dengan pandangan hina lagi dina. Jujur aku kata, itu aku tokok tambah untuk memberi kesan ke atas emosi pembaca sekarang. Aku tiada mahu entri ini dibaca dengan wajah yang kusam dan sugul. Kurang-kurang, wajah yang menahan cirit yang tinggal "hujung-hujung" saja lagi pun jadilah kiranya.

Lihat sahaja entri ini, hingga ke perenggan ini aku mulai menuju ke laut. Bukan main entri ini aku garap untuk menyatakan kelemahan diri untuk dijadikan pedoman dikalangan pembaca, pun begitu, masih lagi ke laut. Intipati sungguh basi, kurang isi dan bergred C. Oleh itu, sepuluh jari aku susun memohon ampun kerna aku harus pergi sekarang jua. Tiadalah daya dan kemampuan ku lagi menahan cirit ini. Tiada juga ku mahu ianya berpeleseran meninggal jejak. Malulah aku suatu masa nanti.

Doakanlah aku berjaya untuk UPLB kerna nampak sangat yang sekarang nie aku tidak layak jadi penulis. Berblog mungkin boleh, sekadar santai-santai, ye dak? bergerak-gerak lah hamba dahulu sehingga kita berjumpa lagi, simpan (jarum yang patah) sahaja didalam peti. Ehh??

Selasa, 9 Ogos 2016

Pokemon Go or Not to GO..?

**Gotta catch em' all!!**

Guwa dah donlod dowh Pokemon GO. Syiok gilerr guwa cakap sama lu. Bapak besttt game nihh. Semua Pokemon guwa ada 15 bigik dah sekarang semuanya guwa dapat dalam bilik jer. Ha'ah, guwa jalan dari katil, singgah jap sebelah almari, chill sesame. Lepas tu guwa jalan ke pintu bilik, guwa tatap sebarang duwa sawang yang ada. Kot-kot lah ada Pokemon sedang berasmara disana. Bila dah penat, guwa balik ke katil guwa. Itulah secara ringkasnya perjalanan guwa sebagai sebuah Pokemon Trainer yang pemalas.

Hek eleyyy~ Pokemon jerr punn. Guwa malas laa nak jalan-jalan keluar, tatap fon lepas tu kantoi main Pokemon GO. Nanti tak pasal-pasal guwa kene ceramah, Pokemon GO tu haram lah, memudaratkanlah, guwa malas beb. Guwa pun tak hendak kena lenyek barang se-pickup (mahupun selori) dua bila khusyuk sangat mencari Pokemon ditepian jalan. Tu belum ambik kira jelingan maut masyarakat bila dapat tau guwa layan Pokemon GO sebab dieorang tahu game tu haram dimainkan. Panas dowhh. Macam kena laser beam Superman. Kau penah rasa? tak penah rasa, tak payah lah tahu. Dok diam sudah.

Nak dijadikan cerita, bekalan bebola Pocket guwa semakin berkurangan. Guwa sikit lagi (ada dalam satu inci) nak tercirit kemarahan sebab kena beli bebola tu dengan ringgit Malaysia. Mende nie weyh?? guwa download free per. Nak kene bayar pulak beli bebola tu. Baek guwa beli bebola daging supermarket, tak gitoo? tapi senanya.. itu laa yang dikatakan istilahnya "in-apps purchases..".. seb baek guwa belum mengamok lagi, kalau tak mane guwa nak hantar muka guwa yang tebal menanggong kemaluan itu. Gara-gara bengeng sangat tak membaca (kalau baca pun, tiadanya nak difahami) sejurus sebelum menyentuh skrin tanda setuju nak donlod. Pun begitu, guwa dapat tahu bebola tu jugak boleh dapat free dengan syarat kene pergi ke hentian Pocket lah. Atau lebih mesranya dipanggil Poke Stop (ini terjemahan lah weyhh).

Guwa skang nie nak tanya pendapat korang laa sebab guwa tengah bunting (eh, buntu lah). Pecahan wajar atau tidak wajar kiranya kalau guwa menyinggah di hentian Pocket tuh? kalau wajar, berapa hentiankah yang guwa harus pergi? adakah ianya 7 Perhentian? soalannya... kirakan jarak dari rumah guwa ke hentian tersebut (Hahah. Ini guwa gurau jer. Harap tiada yang meroyan).

Guwa nak kena gerak dulu sebab sekarang line tengah clear. Tiada pengguna sedamg menggunakan tandas so ada chance guwa nak mandi malam nie. Doakan guwa berjaya iya kawan-kawan. Sehingga berjumpa lagi (dihentian Pocket?) byeeeeeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...